January 14, 2011

5 Kebebasan Beragama Bukan Bermakna Agama Islam Diperkotak-Katikkan

Penulis menyanjung kebebasan beragama di Malaysia seperti mana terkandung di dalam prinsip Rukunegara. Namun ianya tidak bermakna penganut-penganut Agama lain bebas menghina dan memprovokasi Agama Islam, yang merupakan Agama Rasmi Malaysia. Dua kes di bawah cukup menghiris hati penulis. Umat-umat Islam di Malaysia cukup banyak bertolanransi dan bersabar. Jangan jadikan kesabaran kami sebagai tiket untuk mempersendakan dan memperkotak-katikkan Agama kami.

Kes I


Tunaikan bai'ah kita kepada Allah untuk berjihad. Diminta semua Umat Islam yang bekerja atau tinggal di sekitar Lembah Kelang dapat bersama-sama menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al  Ikhlasiah, Pantai Dalam hari ini 14 Januari 2011 dan bersama-sama membuat bantahan kepada peguam Cina dari MCA kerana meminta laungan azan diberhentikan. 

Sungguh kurang ajar bagi seorang peguam Cina MCA membuat bantahan supaya laungan azan di Masjid Ikhlasiah diberhentikan selepas 30 tahun azan diperdengarkan tanpa sebarang masalah. Alasan menganggu tidurnya amat tidak masuk akal. Apa hak nya untuk mendesak supaya laungan azan diberhentikan? Peguam Cina ini juga dengan bongkak, sombong dan ego telah menulis surat bantahan kepada Perdana Menteri dan menggunakan hak asasi manusia sebagai umpannya. Untuk makluman lahanat ini baru sahaja berpindah ke kawasan majoriti Umat Islam tidak sampai 15 bulan!

Kami juga meminta agar Ahli Parlimen Lembah Pantai turut bersama-sama Umat Islam di dalam bantahan ini seperti mana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kota Raja ketika menghadiri pembakaran Novel Interlok dengan alasan, "menunjukkan kebersamaan ketika mereka (Rakyat)  memerlukan pemimpin".

Kes II

Mengapakah pembuat gula-gula jenama "Clorets Infinity" meletakkan gambar salib secara jelas di kotak-kotak gula-gula mereka. Apakah ini dakyah halus yang cuba diterapkan ke atas penguna-pengguna di Malaysia, majoritinya berugama Islam.

Perkara sebegini harus dipandang secara serius oleh pihak berkuasa kerana sekiranya perkara sebegini tidak diambil peduli, orang-orang Islam yang membeli gula-gula "Clorets Infinity", sudah pastilah menyumbang sedikit sebanyak dana kepada syarikat atau pertubuhan yang mahu menyesatkan Umat Islam. Secara langsung atau tidak, salib berbentuk sempurna ini akan berada di dalam poket Umat Islam walaupun ketika beliau sedang solat, jika ianya tidak diketahui. Ini mungkin salah satu sebab kenapa kita tidak khusyuk di dalam solat atau ibadah lain kerana kita sering menggunakan produk yang tidak tahu asal usulnya, sama ada halal atau tidak ketika makan.

Sungguh bijak peranan yang dimainkan oleh misionari-misionari Kristian di dalam melaksakan dakwah mereka. Gambar-gambar di bawah merupakan bukti agenda-agenda jahat yang cuba mereka serapkan ke dalam jiwa Umat Islam:








January 13, 2011

4 Pak Syeikh Semakin Tertekan - Sidang Akhbar Ummi Hafilda Untuk Menyaman!




Bertempat di Mahkota Padang Restaurant, USJ City Mall, USJ 19 pukul 3.30 petang tadi, Ummi Hafilda yang terkenal sebagai saksi perbicaraan Anwar Ibrahim dalam kes liwat Sukma dan Azizan telah menjemput bloggers dan pemberita-pemberita termasuk portal pembangkang bagi mengadakan Sidang Media memaklumkan bahawa beliau akan membuat saman sebanyak RM700 juta ke atas individu-individu seperti Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Wan Azizah dan Mat Sabu serta parti PAS. Video Sidang Media berkenaan akan disiarkan bila-bila masa dari sekarang yang akan disediakan oleh sahabat blogger, Darul Ehsan Today (DET).

Sidang Media Bahagian I  
Sidang Media Bahagian II
Sidang Media Bahagian III

Nantikan pendedahan Ummi Hafilda. Beliau bukan muncul kembali bukan untuk mengulang sejarah sebaliknya membetulkan kembali sejarah yang cuba disembunyikan Pak Syeikh Anwar Ibrahim Al Juburi (meminjam kata-kata Mat Sabu)

January 12, 2011

10 Selepas Fasha Sandha, Diana Danille Pula Bergambar Hanya Berbikini!





Apa hendak jadi dengan dunia artis Malaysia. Belumpun sejuk kontroversi pelakon (semakin kurang) popular Fasha Sandha memakai bikini ketika bercuti di pantai Tanjung Benoa, Bali, Indonesia pada 30 Disember lalu tersebar di Internet, kini timbul pula gambar seorang artis baru yang turut tidak malu-malu berpakaian bikini ketika bergambar dengan teman-temannya. Artis yang dimaksudkan adalah Diana Danille. 

Diana Danille (Kanan) tidak segan silu bergambar secara menjolok mata seperti mana yang dilakukan oleh Fasha Sandha. Inikah tahap moral artis wanita sekarang. Penulis berharap Menteri Kebudayaan, Komunikasi dan Perlancongan, DS Dr Rais Yatim dapat mengambil tindakan tegas ke atas artis-artis seperti ini yang mencemarkan industri hiburan tanahair. Penulis masih ingat, Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat (Tok Mat) sewaktu menjadi Menteri Penerangan begitu tegas di dalam mengambil tindakan "gam" artis yang gagal mengawal disiplin.

January 11, 2011

6 Interlok - Betulkah Sasterawan Negara Abdullah Hussain Menghina Kaum Hindu?

Polemik novel Interlok masih berterusan di mana desakan golongan tertentu yang mahukan novel Interlok diharamkan daripada diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula tahun ini. Ini disebabkan golongan-golongan berkenaan mendakwa novel berkenaan mempunyai elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini.

Terbaru Ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud telah menghadiri demonstrasi kira-kira 100 penduduk India sambil membakar novel karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang. Namun Dr Mariah telah berjaya memutar belitkan penglibatan beliau dengan demonstrasi pembakaran itu dengan memberi alasan sebagai, "menunjukkan kebersamaan ketika mereka memerlukan pemimpin".

Penulis melihat isu Interlok ini sebagai bukan satu penghinaan kepada mana-mana kaum sebaliknya merupakan realiti tentang apa yang berlaku pada zaman berkenaan. Apakah Kaum Hindu di Malaysia mahu mengatakan bahawa kasta-kasta ini dicipta oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia terutama Bangsa Melayu. Bukankah kasta-kasta ini telah wujud turun temurun seperti 5 kasta berikut:

1. Brahmin
2. Ksatriya
3. Vaisya
4. Sudra
5. Pariah

Apakah sahabat-sahabat India saya ingin menafikan tentang kewujudan kasta-kasta ini di dalam adat dan agama mereka atau adakah gelaran-gelaran kasta ini hanya sah dipergunakan di negara India sahaja. Adakah AGAMA HINDU ORANG INDIA di INDIA tidak sama dan berlainan dengan AGAMA HINDU ORANG INDIA di MALAYSIA? 

Oleh itu apalah pula dosa novel Interlok yang mengangkat martabat Maniam di dalam novel berkenaan. Sudahkah sahabat-sahabat INDIA saya yang di MALAYSIA membaca dan memahami isi kandungan dan jalan cerita novel berkenaan? Salahkan Datuk Abdullah memberi fakta bahawa golongan Paria telah dibawa memasuki Tanah Melayu oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah. Datuk Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin atau golongan Ksyatria.

Kepada sahabat-sahabat India saya jangan terjebak dengan politik murahan yang hanya mahu memecah belahkan perpaduan yang telah lama kukuh dan stabil ini. Saya meminta agar semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah. Buatlah satu rumusan dan menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosio budaya dan sejarah dan bukan berdasarkan sentimen  politik yang sempit.

January 10, 2011

8 Kalau Bukan Bermulut Celupar, Bukan Zuraidah Namanya

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan YB-YB wanita daripada sebuah Pakatan Pembangkang yang tidak berdaftar sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung untuk tujuan lawatan sambil belajar. Dalam perjalanan itu mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas.

Hendak dijadikan cerita, ada seorang lelaki berdekatan tepi jalan menahan bas tersebut dengan tujuan hendak menumpang. Bas berkenaan berhentilah. Tiba-tiba lebih kurang 6 orang perompak keluar dari dalam semak dan menyerbu untuk merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata, "Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada!! Cepat!!"

Sorang YB di dalam bas kilang itu membalas, "... tapi ... kami tak bawak barang kemas kalau pergi kerja ... duit pun ada sikit saja untuk belanja," kata YB berkenaan dengan tujuan untuk menipu perompak.

Perompak berfikir seketika dan berkata, "Ha .. gini la ... sebab korang takder barang kemas dan duit, kami akan rogol korang SEMUA ahahhaa.."

Seorang YB yang agak muda sedikit berkata, " Alalaa...takkan la orang-orang tua yang dekat belakang tu nak rogol jugak. Tak kesian ker?"

Tetiba seorang perempuan tua bernama Zuraidah yang digelar orang tua itu marah seraya berkata, "Weh ... ko nie. Tak paham ker. Kalau dia cakap SEMUA ... SEMUA la!"
Cerita di atas adalah sekadar hiburan dan tidak ada kena mengena di antara yang hidup atau yang telah dikebumikan.

Beberapa hari lepas, Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang mendesak Menteri Kebudayaan dan Perlancungan, DS Dr Rais Yatim supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri disebabkan fitnah yang dilakukan ke atas beliau. Petikan penuh kenyataan media beliau adalah seperti berikut dan juga boleh dibaca di blog beliau, di sini.


Gantung Segera Tugas Rais Yatim!!

Kenyataan Media: 06 Januari 2010 (Khamis)

Saya berasa amat kesal apabila insiden “Menteri Rogol Amah” ini seolah dipandang sambil lewa oleh kerajaan Malaysia sedangkan sudah jelas apa yang berlaku mencemarkan imej dan kredibiti Malaysia di peringkat antarabangsa. Tindakan PM sendiri yang mengambil jalan mudah dengan berdiam diri seolah ‘merestui’ jenayah pihak terbabit.

Sebagai sebuah negara Malaysia yang telah bersama menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), sikap sambil lewa ini amat bertentangan dengan CEDAW itu sendiri iaitu bertujuan menghapuskan semua bentuk diskriminasi, bukan sahaja terhadap wanita Malaysia semata-mata, tetapi juga merangkumi perlindungan daripada diskriminasi terhadap wanita imigran dan pekerja asing.

Sebagai respon kepada penafian Menteri Datuk Seri Rais Yatim terhadap isu ini, sya mempersoalkan tindakan Rais Yatim yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini adalah ciptaan permainan politik berkepentingan. Wanita Keadilan menganggap ini sebagai suatu tuduhan keras dan Rais Yatim patut segera memohon maaf.

Pihak kerajaan juga seharusnya mengantung tugas Rais Yatim buat sementara dan berkuat-kuasa serta merta bagi menjamin sebuah pentadbiran yang benar-benar bersih, sehingga keputusan siasatan selesai.

Semakin lama kerajaan Umno-BN memerintah semakin bertimbun kes-kes penindasan, diskriminasi dan memalukan terhadap wanita berlaku. Bermula dari kes Rahim Tamby Chik, isu Penan, pemerdagangan manusia, penyeksaan pembantu rumah Bonita dan kini sudah sampai ke kemuncaknya apabila seoarang Menteri sendiri dikaitkan dengan jenayah serius ini. Kerajaan Malaysia nampakkan tidak menunjukkan ketegasan dan tiada ‘potical-will’ dalam menjanjikan keadilan hak kemanusiaan buat semua.

Maka, atas dasar kebimbangan dan kebertanggungjawaban terhadap keadilan buat semua wanita di negara ini saya menggesa agar Kemmenterian Pembangunan Wanita, Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Perdana Menteri memandang perkara ini dengan serius dan segera mendapatkan japawn kepada jenayah ini bagi membersihkan imej kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa sekaligus membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan.

Sekian. Terima kasih.

YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG
Saya tidak tahu, di atas kapasiti apakah Zuraidah membuat kenyataan akhbar, mungkin sebagai Ketua Wanita PKR, sedangkan Ketua Umum PKR sendiri mendiamkan diri, mengenai isu ini. Kenapakah beliau tidak lantang menyuruh Ketua Umum PKR yang sedang dibicarakan meliwat jubur lelaki supaya meletakkan jawatan? Kenapakah beliau menjadi manusia paling lantang membela Ratu Porno Seks, YB Eli Wong dan menyokong seks bebas. Kenapa YB Eli Wong tidak turut sama disaran supaya meletak jawatan? Bagaimana dengan kes Setiausaha Parti Islam SeMalaysia Hulu Selangor ditahan reman selama 5 hari untuk siasatan mencabul kanak-kanak. Kenapa beliau tidak menyaran tindakan dikenakan ke atas suspek juga merupakan pengusaha Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam (PASTI) anjuran Parti Islam SeMalaysia?

YB Zuraidah sepatutnya meminta maaf dengan tertuduh berkaitan kenyataan akhbarnya kerana yang dituduh, Robingah, sudahpun membuat akuan bersumpah seperti tersiar di akhbar Sinar Harian bertarikh 09 Januari 2011, bahawa beliau tidak dirogol oleh DS Dr Rais. Habis tu, kalau Robingah telah mengakui dirinya tidak dirogol, siapa yang dirogol? YB Zuraidah kah?

Nasihat saya kepada YB Zuraidah, lawat-lawatlah kawasan sendiri dan jangan sibuk hendak membuat fitnah dan menjaga tepi kain orang. Buat pengetahuan YB, tinjauan kami ke atas kawasan Parlimen YB mendapati ramai warga-warga tua yang tidak berumah dan tidur bergelimpangan di bangunan-bangunan yang baru dibina. Kalau YB tidak percaya, lawatlah kawasan YB selepas jam 10.00 malam terutama di kawasan kaki lima kedai Jalan 16A, Ampang Jaya. Janganlah hanya mencari warga-warga tua yang daif ini hanya pada ketika pilihanraya semata-mata.

0 Artikel CTS Mengenai Fitnah Menteri Rogol Amah Dipetik Sinar Harian Bertarikh 09 Januari 2011

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates