January 7, 2011

6 Checkmate! Surat Khabar Indonesia Nafi Rubingah Diperkosa Menteri Malaysia

Jumat, 07/01/2011 15:31 WIB
BNP2TKI: Rubingah Tidak Diperkosa Menteri Malaysia 
Fitraya Ramadhanny - detikNews

 Jakarta - Media Malaysia meramaikan dugaan pemerkosaan TKW Rubingah oleh Menteri Rais Yatim. LSM Migrant Care juga membenarkan data perkosaan adalah milik mereka yang dibocorkan blogger Malaysia. Namun menurut BNP2TKI, Rubingah tidak pernah diperkosa.

Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat menegaskan, kasus dugaan pemerkosaan terhadap Tenaga Kerja Indonesia Rubingah (48) oleh Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Rais Yatim, tidak pernah ada.

"Sudah ada keterangan langsung dari Ibu Rubingah dan juga pernyataan tertulis bahwa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja pada keluarga majikan Datuk Rais Yatim di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak pantas," kata Jumhur dalam rilis ke detikcom, Jumat (7/1/2011).

Penjelasan Jumhur didasarkan hasil pertemuan 4 staf Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang dengan Rubingah dan suaminya, Sukirman. Rubingah bekerja di Malaysia sejak 1999-2007 di rumah Datuk Rais Yatim dan Datin Masnah, kemudian kembali ke kampungnya di Dukuh Kramenan Rt 2 Rw 3, Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Banjarnegara, Jawa Tengah.

Rubingah memiliki dua anak yaitu Monika Umami (26) dan Agustina Umami (21). Anak terakhirnya kini bekerja sebagai TKI di Taiwan. Sedangkan suami Rubingah membuka usaha bengkel reparasi elektronik.

"Saya juga sudah melaporkan penjelasan Ibu Rubingah ini kepada Menakertrans Muhaimin Iskandar," tambah Jumhur.

Jumhur selanjutnya meminta pihak mana pun agar berhati-hati dalam mengangkat kasus dugaan pemerkosaan terhadap TKI oleh Menteri Malaysia itu. "Sebab, ini menyangkut nama baik Ibu Rubingah bersama keluarganya yang saat ini hidup tenang dan nyaman di kampungnya," ujar Jumhur.

Dalam pernyataan tertulisnya di atas materai, Rubingah menjelaskan tidak pernah terjadi upaya pelecehan seksual oleh majikannya selama ia bekerja di Malaysia. "Saya bekerja selama delapan tahun di rumah Datuk. Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya," kata Rubingah dalam pernyataannya.

Pernyataan ini berbeda dengan keterangan Migrant Care. Mereka betul mengadvokasi Rubingah, namun Rubingah meminta kasusnya tidak dilanjutkan. Migrant Care mengakui yang dibocorkan blogger Malaysia adalah dokumen advokasi mereka yang semestinya untuk kalangan terbatas.

"Migrant Care pada pertengahan Juli 2007, melakukan investigasi kasus dugaan perkosaan yang dialami RB selama menjadi PRT migran di Malaysia dengan pelaku adalah majikannya sendiri. Pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak mau pula menuntut secara hukum," ujar Direktur Eksekutif Migrant CARE, Anis Hidayah, dalam konferensi pers di Restoran Warung Daun, Jl Cikini, Jakarta Pusat, Jumat (7/1/2011).

Kabar pemerkosaan terhadap Rubingah (46) asal Banjarnegara, diramaikan salah satu situs berita oposisi Malaysia, Harakah Daily. Harakah mengklaim ada bocoran WikiLeaks terkait hal itu, seperti ditulis seorang blogger Malaysia, Rocky Bru.

Namun diduga itu pelintiran Harakah yang menjadi oposisi UMNO. Sebab, Bru tidak menyebut demikian di blognya. Seperti dilansir detikcom dari blognya, yang berjudul 'Wikileaks: Malaysian senior politician and his maid?', Bru mengatakan sejauh ini kasak-kusuk WikiLeaks adalah diskusi antar blogger. Bru yang mantan Pemimpin Redaksi The Malaysia Mail pun belum tahu apakah benar ada bocoran WikiLeaks soal kasus perkosaan ini.

Bru hanya memberikan tautan dokumen lain yang bukan WikiLeaks. Dokumen itu adalah laporan investigasi lembaga pembela hak-hak pekerja asal Indonesia, Migrant Care. Dokumen Migrant Care ini juga yang menjadi modal pihak oposisi mengkritisi Rais Yatim, misalnya saja dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sementara, Rais Yatim pun dalam pernyataan kepada kantor berita milik pemerintah Malaysia, Bernama, membantah keras tudingan itu. "Saya membantah tuduhan perkosaan yang dilakukan empat tahun lalu ataupun tuduhan yang disampaikan oleh penulis liar di internet atau partai politik," kata dia dalam pernyataannya, Kamis (6/1) kemarin.
Sumber: detikNews.
Satu perkara yang bermain di fikiran saya - Apa pula tindakan bangsat-bangsat yang hendak menjatuhkan DS Dr Rais Yatim selepas ini. Do it better next time Bro. We will be ready! Damn!!!

6 Fitnah Menteri Rogol Amah - Kenali Robengah dan Teman Sebilik Sumati

Kemaskini 3.30 p.m.:

Video Pengakuan Rakan Robengah - Kes Rogol Amah


video


Posting Asal:

Gambar di atas adalah gambar Robengah (kanan), amah yang membuat fitnah diperkosa oleh majikannya. Sementara di sebelah kiri pula adalah Sumati, teman sebilik Robengah selama mana Robengah bekerja di rumah DS Dr Rais Yatim. Bukan setakat itu sahaja. Bersama-sama mereka terdapat dua lagi amah yang turut tidur sebilik sepanjang Robengah bekerja selama 10 tahun. Gambar berkenaan diambil 14 tahun yang lalu sewaktu Robengah dan Sumati baru sampai di rumah majikan mereka, DS Dr Rais dan DS Maznah. 

Ikuti temubual ekslusif yang berjaya kami lakukan bersama Sumati di kediaman DS Dr Rais semalam. Temubual ekslusif ini disaksikan oleh beberapa bloggers termasuklah  RBF, Parpu Kari, Gerakan Anti PKR (GAP), Papa Gomo, Darul Ehsan Today (DET),  Megat Pisau, Medan Info Kita, Sanggah Tok Janggut, Gelombang Rakyat dan saya sendiri, Cucu Tok Selampit. Sahabat kami, Minaq Jinggo ditugaskan untuk merakamkan keterangan yang diambil dari rakan sebilik Robengah selama 10 tahun, Sumati. 

Walaupun kami bloggers seperti nama di atas kerap berselisih pandangan mengenai sesuatu isu, sering bertelagah dan bertengkar sehinggakan pernah tidak bertegur sapa selama beberapa ketika, dalam isu DS Dr Rais Yatim difitnah dengan tuduhan mengaibkan iaitu memperkosa orang gajinya sendiri, kami membuang perbezaan di antara kami demi membersihkan nama seorang Menteri Kabinet yang cuba dijatuhkan oleh pihak-pihak tertantu.

Demi menegakkan kebenaran, kami telah meminta kebenaran DS Dr Rais supaya membenarkan kami membuat temubual dengan Sumati. Walaupun agak sukar, Alhamdulillah, kami mempunyai RBF yang bijak memujuk dan berjaya meyakinkan DS Dr Rais suami isteri agar temubual ekslusif ini menjadi kenyataan.







Nantikan video eksklusif pendedahan Sumati, yang akan diuploadkan di Youtube dan akan disiarkan pada pukul 3.00 petang nanti.

January 6, 2011

16 Luahan Rasa DS Utama Dr Rais & Datin Seri Maznah






Aib dan menjijikkan. Itulah yang saya dapat katakan mengenai fitnah seorang Menteri yang dituduh merogol amahnya sejak 10 hari lepas. Atas permintaan blogger-blogger, Datuk Seri Utama Rais Yatim dan isterinya Datin Seri Maznah berbesar hati untuk berjumpa dengan kami para blogger seramai lebih kurang 10 orang. Pertemuan yang diadakan secara santai dan penuh mesra berlansung lebih kurang 2 jam di pejabat beliau di Kementerian Kebudayaan dan Perlancongan, Bangunan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

DS Dr Rais dan DS Maznah menceritakan segala tomahan yang dibuat ke atas kedua-dua pasangan bahagia ini. Pasangan romantis yang tidak dibuat-buat seperti mana yang dilakukan oleh DS Anwar dan DS Azizah telah menjawab segala pertanyaan bloggers yang selama ini bersarang di kepala kami.

Berikut adalah antara fakta-fakta yang terkandung di dalam perbualan kami para bloggers dan pasangan DS:
  • Tomahan yang dilemparkan di dalam laman-laman blog dan media-media elektronik bukan merupakan fitnah yang baru. Fitnah ini telah bermula sejak tahun 2007 sewaktu orang gaji berkenaan, Robegah berhenti kerja dari menjadi orang gaji DS sekeluarga dengan alasan untuk memberikan perhatian kepada keluarganya. Tambahan lagi, anak-anaknya sudah berhenti sekolah dan beliau mampu membina rumah sendiri di Indonesia hasil dari pekerjaannya sebagai pembantu rumah DS Rais selama 10 tahun.
  • DS Dr Rais semalam telahpun menafikan sekeras-kerasnya perkara ini dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci untuk membersihkan nama baiknya sebagai seorang Menteri yang telah 46 tahun berjuang untuk UMNO dan telah berkhidmat dengan 6 Perdana Menteri.
  • Robegah, 46 tahun, bukalah merupakan satu-satunya orang gaji di dalam rumah berkenaan. DS Rais mempunyai 4 orang gaji termasuk Robengah yang tinggal satu bilik. Agak mengelikan hati sekiranya perkosaan itu dilakukan di dalam rumah berkenaan. Seperti yang diperkatakan tadi Robengah telah bekerja dengan DS Rais selama 10 tahun. Alhamdulillah, terdapat seorang lagi orang gaji yang telah bekerja  bersama-sama dengan Robengah sejak dulu  dan beliau masih lagi bekerja dengan DS Rais sehingga kini. Kami akan cuba mendapatkan temubual ekslusif dengan orang gaji berkenaan yang turut kecewa dengan dakwaan Robengah.
  • Gambar perempuan cantik yang didakwa Robengah oleh blog Sabahkini merupakan gambar palsu yang sengaja diada-adakan untuk menguatkan dakwaan fitnah berkenaan. Kami akan mendapatkan gambar terakhir Robengah sebelum berhenti kerja untuk dijadikan bukti pembohongan yang dilakukan untuk menjatuhkan DS Rais.
  • Kenapakah Robengah mengambil masa 5 bulan sebelum laporan dibuat oleh adiknya. Kenapakah tidak beliau sendiri yang membuat laporan berkenaan? Robengah meninggalkan Malaysia pada bulan Februari 2007 dan laporan yang dibuat oleh adiknya hanya pada Julai 2007. Robengah hilang ingatankah untuk membuat laporan dengan segera atau beliau hanya mengambil kesempatan untuk mengugut keluarga DS Rais?
  • Husam Musa, Wakil Rakyat PAS telah berjumpa dengan Robengah pada tahun 2007 untuk mendengar sendiri tuduhan berkenaan. Sekiranya tuduhan ini benar, sudah tentu Husam Musa akan menjatuhkan DS Rais sejak dari PRU12, Perhimpunan Agong UMNO serta memburuk-burukkan beliau ketika beberapa PRK yang berlangsung selepas PRU12. Kenapa tuduhan ini hanya timbul sekarang? Tahun 2010?
Kami mendoakan agar Allah SWT memberi kekuatan kepada DS Sekeluarga di dalam menghadapi fitnah yang jijik dan memualkan ini. Kebenaran akan pasti mengatasi kebatilan. Sesempurna mana sekalipun perancangan manusia untuk menjatuhkan DS Dr Rais pastinya akan gagal sekiranya Allah tidak mengizinkannya.

January 5, 2011

1 Wakil Rakyat PR Ponteng Kerja Hari Ini Dan Makan Duit Haram!

Tidak kurang daripada 10 Wakil Rakyat Pakatan Haram kelihatan menghadiri Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock (TBH) yang mati dua tahun lalu.

Antara lain mereka terdiri daripada YB-YB Lim Kit Siang, Teo Nie Ching, Elizaberth Wong, Nurul Izzah Anwar, Dr Dzulkifly Ahmad, TS Khalid Ibrahim, Tian Chua, Ean Yong, Gobind Singh Deo dan Teressa Kok.
Adakah mereka menghadiri keputusan inkues ini betul-betul kerana bersimpati dengan nasib TBH atau sekadar mengejar keuntungan politik?


Wakil-wakil Rakyat PR lebih sibuk berpolitik sehinggakan mengabaikan tanggungjawab berkhidmat untuk Rakyat. Untuk apa Rakyat membayar gaji mereka?

Apapun keputusan yang akan dibuat oleh koroner, pembangkang pasti tidak akan berpuas hati. Mereka akan minta pula diadakan Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) atau yang paling teruk demonstrasi jalanan akan dijalankan kembali. Ahhh ... pembangkang, boleh baca apa yang ada dalam kepala hotak mereka.

Saya tertanya-tanya apakah YB-YB di atas akan turut menghadiri keputusan kes Sosilawati dan 3 yang lain yang mati dibunuh? Saya juga tertanya-tanya, Suruhanjaya DiRaja mereka minta, sedangkan perkenan Raja mereka engkar, bantah dan derhaka!

1 Kerajaan Selangor Tidak Habis Berpolitik, Nasib Rakyat Terbiar

Seorang Setiausaha bernama Faekah yang baru pulang bercuti dari luar negara telah membawa seekor burung kakak tua yang petah berkata-kata sebagai kenangan terhadap majikannya yang tersayang, En Khalid.

En Khalid: Kenapa Faek (nama manja) beli burung ini? Istimewa sangat ke?
Faekah: Oooo Sayang nak tahu ye? (Panggilan Faekah untuk En Khalid sewaktu tidak berhadapan dengan kakitangan lain.
Sambil Faekah mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya, secara spontan burung kakak tua berkenaan menyanyikan lagu pop. Lalu Faekah menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan. Burung kakak tua itu menyanyikan pula lagu rock pula.

En Khalid: Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?

Faekah: Entahlah. Tak pernah pula dicuba. Cubalah Sayang angkat tangan kalau nak tahu.

En Khalid terus mengangkat kedua belah tangan maka terdengarlah:

Burung Kakak Tua: Angkat satu-satulah bodoh!
Cerita ini atas tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah memejamkan mata. Cumanya moral cerita, hendaklah kita melakukan sesuatu perkara satu-satu. Jangan ini nak buat, itu nak buat. Akhirnya satu perkarapun tak berhasil. Macam juga dengan Kerajaan Selangor. Sebelum ini sibuk dengan isu Air Untuk Rakyat. Habis seluruh EXCO dan ADUN dikerah untuk memujuk Rakyat kononnya untuk mengembalikan air untuk Rakyat. Akhirnya isu ini senyap sunyi. Tiada kedengaran lagi semangat yang dulunya berkobar-kobar.

Tup ... tup ... sekarang ini timbul pula isu ketidakpuasan hati Kerajaan Selangor dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohammed Khusrin Munawi. Habis seluruh pejabat Menteri Besar, EXCO dan ADUN sibuk membahaskan isu berkenaan sehinggakan ada cadangan untuk memanggil sidang DUN bagi meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Penulis bukanlah pakar undang-undang, tetapi kalau mengikut pendapat Bekas Peguam, Bekas Majesterit dan merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi:
"Saya tidak nampak apa yang dikatakan atau dihujahkan bahawa kuasa Raja Pemerintah telah dikurangkan atau telah dilucutkan. Yang jelas, sejak dulu lagi Suruhanjaya Perkhidmatan itu telah ada wujud dan apa yang dikatakan sebagai "Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan" itu ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi lantikan jawatan SUK dan Pegawai Kewangan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bagi Penasihat Undang-Undang."

Sumber rujukan: Blog Small Talk.
Soalan saya, kalau tidak ada pengurangan atau perubahan sejak pindaan perlembagaan 1993, apa yang Kerajaan Selangor hendak ubah? Perlembagaan apa yang hendak diubah atau ditokok tambah? Apakah ADUN-ADUN BN seramai 20 orang akan bersetuju untuk membolehkan undi 2/3 diperolehi sebelum sesuatu undang-undang tubuh negeri hendak diubah? Saya cuma kasihankan Rakyat Selangor. Kerajaan Selangor terlalu banyak berpolitik sehinggakan Rakyat terpinggir. Wakil-wakil Rakyat Selangor dibayar elaun untuk membolehkan mereka berpolitik dan bukannya untuk berkhidmat kepada Rakyat!

January 3, 2011

5 ADUN Seri Muda Biadap Dengan Sultan Selangor. Laporan Polis Akan Dibuat Petang Ini.

Kemaskini 5.30 p.m.:

Gambar-gambar sekitar laporan polis dilakukan dan sidang media:







Posting Asal:

Penulis bersama Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan NGO-NGO Selangor akan membuat laporan polis ke atas ADUN Seri Muda, Shuhaimi bin Haji Sahfiei, berikutan kenyataan ADUN berkenaan yang menghina dan mengertak Tuanku Sultan Selangor di dalam artikel di dalam blog beliau bertarikh 30 Disember 2010. Artikel beliau berbunyi:
"Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan pekakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang Sultan yang tegas dan tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuat. 

Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? adakah Baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan oleh ego.Dalam sejarah terbukti, apabila Rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peprangan menetang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.
Shuhaimi Bin Haji Shafiei
ADUN Seri Muda
30 Disember 2010
Kurang ajar dan baiadap seorang wakil Rakyat dari Pakatan Haprak. Jika DYMM Sultan Selangor menggunakan budi bicara dan bidang kuasa Baginda digelar ego dan dihasut supaya menderhaka dengan Baginda, sememangnya politik Pakatan Haprak sudah sampai ke kemuncaknya. Jangan ingat kuasa Rakyat hanya terletak kepada pengikut-pengikut Pakatan Haprak. Kami barisan GAPS dan NGO-NGO Negeri Selangor akan berdiri menjadi benteng hadapan mempertahankan Kesultanan Selangor dan Raja-Rajanya. Setakat Shuhaimi Bangsat itu, biarlah penulis seorang yang menghadapinya. Itupun kalau beliau ada telor!

Bagi Rakyat Selangor yang cintakan Sultannya, nombor telefon ADUN Seri Muda kelahiran Bagan Serai, Perak adalah seperti berikut : 019-6185239. Sampaikan salam dan nasihat serta teguran ke atas Anak Perak yang kurang ajar, tidak sedar diri berdagang ke negeri orang. Satu laporan polis akan diadakan seperti berikut:
Tempat: IPD Shah Alam, Seksyen 11 ( Berdekatan Bangunan UMNO Selangor dan Hotel Blue Wave)
Tarikh / Masa : 03 Januari 2011 / 3.00 p.m.
Tuan-tuan dan Puan-Puan, sahabat-sahabat dijemput hadir. Penulis akan mengemaskinikan artikel ini petang nanti beserta gambar-gambarnya. InsyaAllah.

January 2, 2011

5 Menteri Besar Kelantan Jadi Broker Tanah Pulak?

Kalau melihatkan kepada Facebook dan Twitter Menteri Besar Kelantan ini, nampak gayanya beliau sudah berubah jadi broker tanah pulak dah. Berapa komisyen yang Menteri Besar Kelantan perolehi hasil daripada penjualan tanah berkenaan? Hendak bertukar kerjaya ke Dato'? Agak-agak berapa ringgit ye kalau hendak mengiklankan di Facebook dan Twitter Menteri Besar Kelantan ini? Nasib baik bukan iklan menegangkan atau membesarkan kemaluan lelaki atau ubat kuat. Kalau tidak keras kita tuan-tuan!

January 1, 2011

2 Menteri KDN Gagal Bertindak Ke Atas Golongan Pencetus Provokasi Agama

Apabila DS Najib Tun Razak difitnah bahawa beliau telah mengarahkan supaya lambang salib disisihkan daripada satu majlis yang dihadirinya di kediaman Ketua Gereja Katolik, Kuala Lumpur pada 25 Disember 2010, kebanyakan blogger-blogger pro-Kerajaan mengambil pendirian untuk mendiamkan diri. Ini bagi mengelakkan mereka dari menulis sesuatu yang boleh mencetuskan provokasi Agama. Arahan berkenaan juga didakwa melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Lebih perit lagi beberapa Ahli Parlimen dan ADUN seperti Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid "Gereja" Samad, ADUN Seri Setia YB Nik Nazmi dan yang paling lantang mengherdik dan mengkritik DS Najib, Ahli Parlimen Seputeh, YB Teressa Cock opps ... Kok telah mendesak dan menuntut DS Najib Razak supaya memohon maaf berhubung kononnya arahan berkenaan didakwa datangnya daripada Pejabat Perdana Menteri.
 
Semalam apabila Malaysiakini menyiarkan berita mengenai Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang arahan rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri supaya supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak pada 25 Disember lalu, semua pihak yang memfitnah DS Najib mendiamkan diri. Malah penulis sendiri telah meminta agar ketiga-tiga YB berkenaan supaya mengeluarkan kenyataan rasmi meminta maaf kepada Perdana Menteri. Setakat posting ini ditulis, tiada balasan Twitter diterima walaupun ketiga-tiga YB ini memang selalunya menjawab Twitter yang ditanya.

Penulis merasakan sudah sampai masanya Kementerian Dalam Negeri terutama Menterinya, DS Hishamuddin Tun Hussien bertindak tegas ke atas ketiga-tiga YB berkenaan di dalam cubaan mereka untuk membuat provokasi Agama dan menimbulkan keresahan di antara penganut Agama Islam dan Agama Kristian. Ketiga-tiga YB berkenaan wajar dikenakan Akta Hasutan kerana mencetuskan fitnah dan provokasi Agama. Sekiranya inipun gagal dilaksanakan, penulis berharap Menteri KDN mengundurkan diri secara terhormat dari jawatannya itu kerana seburuk-buruk DS Nazri Aziz, beliau tidak pernah tidak akan sentiasa mempertahankan "boss"nya daripada serangan fitnah pihak pembangkang!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates