November 21, 2011

3 Belum Lawan Indonesia Sudah Diisytiharkan Juara Bolasepak Sukan SEA? Baca Provokasi Yahoo News


Provokasi Indonesia untuk menewaskan Malaysia dalam perlawanan akhir menentang Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno berterusan apabila sebuah rencana yang ditulis oleh Aidan Jones di Yahoo News secara langsung atau tidak, telah mengeluarkan sebuah berita yang bertajuk, "Indonesia Mengalahkan Malaysia Dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA" sedangkan perlawanan sebenar hanya akan bermula malam ini.

Harimau Muda menghadapi laluan sukar menentang Garuda Indon malam ini. Bukan kerana kekuatan pasukan Garuda Indon, tetapi lebih kepada sifat fanatik pasukan Indonesia yang menyebabkan pasukan Harimau Muda Malaysia terpaksa ke stadium dengan menaiki "baracudda" iaitu sebuah kereta perisai. Kita berharapkan penyokong-penyokong Indonesia lebih bersifat matang. Biarlah hanya cercaan dan makian yang diterima oleh pemain-pemain Malaysia di stadium. Kita mengharapkan tiada kekerasan fizikal dilakukan ke atas pemain-pemain dan penyokong-penyokong Malaysia di stadium malam ini. Masih ingatkah lagi peristiwa ini?


Inilah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh negara jiran, Indonesia dan negara kita sentiasa tunduk dan mengalah kepada mereka dalam serba serbi. Kita mengharapkan pasukan Harimau Muda bukan setakat teguh dan kuat dari segi fizikal, persediaan mental dan kekuatan jiwa juga perlu ada. Marilah kita semua memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan negara dan mendoakan pasukan Malaysia selamat pulang ke tanah air dan berjaya mempertahankan pingat emas yang kita menangi.


3 comments:

Sudir said...

Perkara ni buat report je kat FIFA atau badan induk sukan dunia yang lain.. Biar Indon kena ban dari menyertai mana-mana temasya sukan dunia.. Baru padan dengan muka dia..

Anonymous said...

btoi tuh.... sepatutnya indonesia di banned dr apa2 event skali pun di sana.... xkiralah sukan mahupun lawatan apa2 skalipun......

Anonymous said...

Betul... cari dalam Youtube kes org luar terajang pesilat atau orang dlm team pesilat.

Perang Psychology dia agak keterlaluan. Kalau nak menang sangat, cakap je... orang boleh bagi... dari nak lawan lepas tu buat macam macam. Nak menang sangat......

Kadang-kadang kesian bila rasa bangga mereka terlalu artificial....

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates