September 24, 2011

2 Kenaikan Harga Sewa Lot Niaga Kompleks PKNS - Cara Halus Khalid Gagap Menghalau Peniaga Melayu


Kompleks PKNS adalah satu nama sinonim dengan peniaga Melayu. Walaupun bangunannya tidak secantik dan semewah pusat-pusat perniagaan lain seperti The Pavillion, Mid Valley, SACC dan KLCC, namun di sinilah ramai peniaga dan usahawan Melayu berniaga. Tidak dapat tidak di sinilah pusat perniagaan orang Melayu yang boleh dibanggakan seperti mana Pekan Rabu di Alor Setar.

Keputusan Kerajaan Pakatan Haram di bawah pentadiran YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menaikkan kadar sewa pejabat dan lot kedai di situ bermula Januari 2012 ternyata menekan peniaga-peniaga Melayu di situ. Peniaga-peniaga di kompleks berkenaan telahpun menerima surat kenaikan sewaan berkenaan 12 September lepas. Tidak dapat tidak pengunjung pasti akan mengalami tempias yang sama apabila terpaksa menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat kenaikan kadar sewa.

Inilah natijah yang bakal dihadapi akibat daripada kerakusan Kerajaan Pakatan Haram Selangor membuat urusniaga "penjualan" tiga aset milik PKNS iaitu Kompleks PKNS, SACC Mall dan Menara PKNS di Petaling Jaya kepada sebuah syarikat pelaburan, Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT).

Usaha Kerajaan Pakatan Haram Selangor "menjual" kompleks kepada syarikat pelaburan untuk proses pengubahsuaian kompleks berkenaan menjadi moden, mungkin atas sebab untuk pulangan yang lumayan sebelum mereka disingkirkan oleh Rakyat Selangor dalam PRU13. Namun, penulis melihat ini sebagai satu usaha halus dan agenda tersembunyi Kerajaan Pakatan Haram Selangor untuk meminta peniaga-peniaga Melayu untuk keluar secara sukarela sekiranya tidak mampu dan enggan menerima kenaikan kadar sewa yang baru.

Penulis merayu kepada Masyarakat Melayu di Selangor, insaflah. Inikah yang anda mahukan untuk anak cucu kita pada masa hadapan? Dihalau dan merempat di bumi sendiri. Menjual nama dan harga diri atas tiket politik? Berubahlah atau anda akan diubah!!!

2 comments:

Anonymous said...

dia nk cr duit,
kumpul utk warchest pilihanraya,
sebab itu dia gadai,
dapat duit dulu, hutang penyewa bayar,

dia naikkan sewa, peniaga tertindas,
peniga naik harga, rakyat tertindas,
rakyat tertindas, kena bgantung kpd negeri kebajikan,
deme tolong rakayat tertindas, they get credit,
miskinkan rakyat, kekalkan kuasa!!

zuan

zm.azami said...

asalam..

mohon untuk share sebagai rujukan dan makluman bersama

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates