February 20, 2011

3 Bukti Berdokumen Kerajaan Kelantan Lacurkan Ladang Rakyat Kepada Taukeh Cina







Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Besarnya memang licik. Banyak penyelewengan yang dibongkarkan di blog-blog mesra Kerajaan terutama yang melibatkan menantu hantu Menteri Besar Kelantan gagal dimanafaatkan oleh SPRM untuk mengheret Arrifahmi ke mahkamah. Terbaru Wali Selipar PAS bersubahat pula dengan dua orang Melayu Kelantan yang kaki penipu, Rahmat Ibrahim dan saudaranya Amnah Ibrahim dalam kes Ladang Rakyat. Dua saudara ini telah mendapat tanah seluas 2,963 ekar di Mukim Kandek, Dabong melalui syarikat mereka, Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd. (LTM) pada 23 Mac 2006.
Tanah ini untuk fasa kedua Ladang Rakyat yang kononnya untuk membantu 4,500 orang miskin. (Baca salinan Haprakdaily di atas). Wayang yang dimainkan bukanlah sebenarnya untuk membantu orang-orang miskin sebaliknya hanya untuk membuncitkan pemimpin-pemimpin PAS dan taukeh Cina. Tanah yang kononnya diberikan kepada dua beradik Amnah dan Ibrahim rupa-rupanya hanyalah satu silap mata untuk mengaburi penjualan kesemua saham LTM kepada sebuah syarikat Cina, Leong Hup Holdings Sdn. Bhd. (LHH) dengan harga RM12,750,000 (lihat salinan dokumen pengambil alihan di atas). Perjanjian itu turut membabitkan pengambilalihan kesemua aset dalam  LTM. Dalam dokumen yang dipaparkan di atas jelas membuktikan LHH turut memiliki tanah seluas 10,095 ekar untuk fasa 1 Ladang Rakyat di Jajahan Gua Musang. Tanah ini berstatus pajakan untuk 99 tahun.
Habis jahanam semua tanah rizab Melayu digadaikan dan dilacurkan kepada syarikat Cina ini. Perjanjian memorandum yang dilaporkan oleh Haprakdaily itu hanyalah untuk menutup mata Rakyat Kelantan bahawa kerajaan negeri telah memberikan tanah Rakyat Kelantan kepada Bumiputera Kelantan untuk dibangunkan untuk kebajikan Rakyat Kelantan melalui Ladang Rakyat. Hakikatnya, tanah Melayu digadaikan kepada bangsa Cina. Inilah wajah sebenar Kerajaan PAS Kelantan yang menipu rakyat. Bertopengkan Agama Islam dan bersembunyi di sebalik lebai di kepala!

3 comments:

Anonymous said...

salam saudara

Doh nak buat macamana memang rakyat Kelantan samada terlampau baik atau terlampau bodoh ....merestui pemimpin dia buat begitu,sebab taat boleh masyuk suurga PAS....TAUKEY CINA MEMANG SANGAT SUKA ADA MB SEPERTI NIK AZIZ ....tak banyak songeh bila orang kepercayaan mintak tandatangan....ha,ha,ha....MB boloh ah tak tau apa-apa macam xpm sleepy jugak!

Anonymous said...

CTS, Sila buat aduan rasmi kepada SPRM untuk siasatan. Jika benar, heret mereka-mereka ini ke pihak pengadilan kerana telah mengkhianati bangsa dan juga sebab telah menipu rakyat. Inilah dia Nik Ajis yg kononnya nak memperjuangkan agenda dan kaum Melayu, kononnya. Cakap tarak serupa bikin. Kami ta rela tanah melayu ini tergadai disebabkan sifat tamak haloba pemimpin PAS!

Penditakainsingkat said...

Salam Bro.

Masalahnya Pas tidak menganggap semua ini sebagai penyelewengan.

Mereka ada fatwa sendiri dan seluruh ahli dan pengikut akan percaya dan berpegang kuat kepada apa sahaja yang keluar dari mulut beruk tua ni. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang duduk dalam tandas politik yang busuk dan hanyir.

Cara nak mengatasi masalah ini mudah jer...PRU 13 kita ajak seluruh rakyat Kelantan dan seluruh negara bungkus dan simpan PAS, DAP dan PKR ke dalam tandas politik yang mereka bentuk sendiri selama ini.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates