January 18, 2011

0 Ahh Sudah! Sebut Paria Pun Sudah Menjadi Kesalahan

Saya termenung memikirkan tindakan seorang Pengetua Wanita, Zaini Mohd Zin dari SMK Taman Tasik Ampang, Selangor yang terpaksa meminta maaf kepada pelajar-pelajarnya akibat dikatakan membuat ucapan menghina masyarakat India di Malaysia, apabila menyebut perkataan "paria" ketika membuat beliau membuat rujukan kepada novel 'Interlok'.

Saya ingin bertanya sejak bila pula perkataan "paria" menjadi badi atau perkataan yang haram disebut di kalangan Masyarakat India. Apakah ada di dalam mana-mana Akta Hasutan yang menyebut kesalahan menyebut atau menulis perkataan tersebut? Ini baru perkataan "paria",  apa lagi perkataan lain yang sensitif bagi mereka? Bagaimana pula dengan tindakan kaum-kaum lain yang memakan daging lembu yang dianggap Tuhan oleh penganut Hindu?  Apakah ini juga tergolong di dalam kategori menghina dan menguris perasaan kaum India?

Berbalik kepada perkataan keramat "paria", bukankah "paria"merupakan salah satu kasta dalam Agama Hindu. Apakah kasta "paria" telah dihapuskan dari kitab-kitab moden Hindu di Malaysia. Masyarakat India kena membuat penjelasan mengenai perkara ini. Apakah dengan menyebut dan menulis perkataan "paria" saya telah menghina sahabat-sahabat saya dari kaum India. Brahmin boleh sebut tak? Bagaimana pula dengan perkataan kasta-kasta lain seperti Ksatriya, Vaisya dan Sundra? Menjadi kesalahan juga ke untuk disebut?Adakah ada lagi perkataan dan perbuatan lain yang masyarakat India rasa terguris hati dan menganggu perasaan apabila dilakukan oleh masyarakat kaum lain? Cuba habaq mai! Biaq kita jaga perasaan mereka betul-betul!

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates