December 25, 2010

3 Menyanggah Tulisan Citizen Nades Dalam The Sun Hari Ini

Apabila seseorang bukan Muslim cuba menulis tentang Islam, seboleh-bolehnya dapatkan sumber daripada orang yang berpengetahuan tentang Islam dan bukan seseorang yang mengaku dirinya Islam atau sekadar mempunyai nama yang berbunyi Islam.

Kesimpulan ini saya buat setelah selesai membaca ruangan Citizen Nades yang ditulis oleh R. Nadeswaran di dalam akhbar The Sun, hari ini. Rencana yang bertajuk "Sharing the joys of all festives" agak mengecewakan apabila kesimpulan berikut dibuat, "It is the right "feel good" story which needs to be told when everyone seems to be embroiled in religious rights and wrongs, it become the perfect anecdote."

Saya akui saya memang pengemar ruangan Citizen Nades ini kerana ruangan ini telah lama berjaya membongkarkan penyelewengan dan salah kuasa di Malaysia. Namun apabila Saudara Nadeswaran cuba menulis tentang Islam dengan mendapatkan rujukan daripada dua orang karekter di dalam rencananya itu iaitu Des dan Ash, saya terpaksa menegurnya kerana kedua-dua karekter itu tidak mengambarkan mereka menjalani kehidupan Islam seperti yang digariskan melalui Al Quran dan Hadis. Berikut adalah teguran saya kepada Nadeswaran di Twitter:

Saya tidak mahu mengulas artikel berkenaan secara ilmiah kerana saya rasa Saudara Nadeswaran tidak bermaksud untuk menghina Islam. Cukuplah saya berikan kesalahan-kesalahan kedua-dua karekter tersebut iaitu Des dan Ash yang menyebabkan mereka tidak layak untuk bercakap mengenai Islam:

1. Kedua-dua suami isteri tersebut adalah peminum arak. Ini berdasarkan kepada petikan berikut:
Out of respect for the community, no liquor is served at home. While Des has his weekly football forays over a few pints, Ash has the occasional wine or a Babycham when they go to parties.

What about Des’s drinking habits? Says Ash: "He does not do it at home. He needs to relax and if he needs to have a few with the boys, I am OK with it."
2. Des mengambil ringan mengenai larangan meminum minuman keras dan arahan menunaikan sembahyang 5 waktu:

"If it is God’s law, be it. But the problem with most religions is that self-righteous people interpret to suit their own interests."

"Sometimes I work on a big job and it may take me through the times and I skip it. I know God understands it."
3. Sejak bila Sembhayang Jumaat dilakukan di rumah dan boleh menjemput bukan Islam untuk menyertainya?

Our conversation ends with an open invitation to join him for the obligatory Friday prayers. He does not know his work schedule for the week ahead, but says when he is fixed, he would call me.
Agak malang bagi orang-orang bukan Islam cuba mengambarkan (re-defined) Islam dengan gambaran yang agak kurang tepat yang boleh memesongkan pandangan masyarakat. Ini ditambahkan lagi dengan mendapat rujukan daripada orang-orang Islam yang sekadar Islam pada nama. Saya tidak salahkan Saudara Nadeswaran. Mungkin tiada niat di hatinya untuk memberi gambaran yang salah. Cumanya, rujukannya diperolehi adalah daripada sumber yang tidak tepat.

2 Fuckatan Rakyat Christmas Jokes! ho ho ho

Knock! Knock!

Who's there ?
Eli.

Eli who?
Eli Christmas!

What does Gobala err I mean Dracula write on his Christmas cards to Azmin Ali?
Best vicious of the season!

How long should an elf's legs be?
Just long enough to reach a ground like Shamsul AMK.

How long does it takes to burn a candle down?
Asked ex Perak MB, Nizar Jamaluddin.

What do Fuckatan politicians send to each others at Christmas ?
Placards!

What did the Anwar Ibrahim's coffee boy say when he got boxer for christmas?
Thanks! I'll never part with it like Saiful.

What do politician monkeys sing a Christmas song in parliament?
Jungle Bells, Jungle Bells. Jungle all the way.

What does Santa "Khalid Ibrahim" Claus write on his Christmas cards ?
Ban 1Malaysia in Selangor!

Merry Chrismas everybody and a Happy New Year. ho ho ho!

3 Faekah Si Anak Dara Tua Sudah Meniupkan Semboyan Perang Ke Atas 1Malaysia

Selangor Declares War On 1Malaysia
The Selangor Menteri Besar's office has clarified that the state had made a “political decision” barring 1Malaysia logos and slogans in government or private premises. The menteri besar's political secretary, Faekah Hussin, said that the Pakatan Rakyat administration will not recognise 1Malaysia, that she contends is designed to mislead the public.
“The 1Malaysia slogan is a BN political slogan which I believe all right-minded politicians agree should not be supported by any government body in Pakatan states. This is not just a political decision but it is also a decision which needs to be seen in the context of the political situation between the federal government and Selangor,” she said. Faekah (left) explained that the federal government has been heavily criticising Selangor's Program Merakyatkan Ekonomi (Peoples' Economy Programme), conduct that she called unprofessional. “This is not an attempt to seek revenge. But the question is, should the state government help to promote a hypocritical slogan by BN?” she asked.
Source: Malaysiakini Edisi Berbayar.
Fekah ... Fekah. Tulah Mak Bapa suruh kahwin, kamu memilih. Bila jadi anak dara tua, meroyan yang bukan-bukan. Senggugutlah tu sehinggakan keluar kenyataan yang bukan-bukan. Jangan ikut perangai YB Eli Wong. Dia tu tak kahwinpun tak pa. Keperluan zahir dan batin mengalahkan perempuan beranak lima.

Dengan siapa Kerajaan Selangor hendak berperang Fekah? Cuba cakap mai sini. Cukupkah bala tentera yang sanggup berjihad fisabilillah di bawah arahan Gabenor Khalid Gagap. Tidakkah kamu nampak gelombang perubahan di Selangor yang mahu mengubah Kerajaan Pakatan Haram yang sedia ada? Bermaharajalelalah kamu wahai Fekah & Co selagi kamu berkuasa. Kami hanya akan memerhati sebelum kami menggunakan kuasa kami i.e. Kuasa Rakyat sepenuhnya di dalam PRU13 nanti.

Saya tidak tahu undang-undang mana yang kamu pakai. Saya tidak kisah sekiranya kamu hendak mengharamkan 1Malaysia di premis-premis Kerajaan kerana kamu berkuasa hari ini. Tetapi sekiranya pengharaman ini melibatkan premis-premis individu, ini sudah lebih! Saya ingin lihat bagaimana kamu hendak menguatkuasakan larangan 1Malaysia ke atas premis-premis individu. Sebagai contohnya, rumah yang satu saya duduki dan satu lagi saya sewakan di Selangor, kedua-duanya milik saya di bawah cagaran Bank. Saya sudah letakkan poster besar 1Malaysia di pagar rumah. Saya mahu melihat adakah anak dara tua ini berani untuk mengarahkan MBSA menurunkannya. Buatlah kalau berani! Fekah, Saya mengistiharkan perang ke atas kamu dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor!

December 24, 2010

8 Belumpun Penamaan Calon DUN Tenang, PAS Sudah Kutip Derma?

Rosak puak-puak PAS ni. Belumpun sempat SPR mengumumkan tarikh penamaan calon pada 22 Januari 2011 dan Hari Pengundian pada 30 Januari 2011 hari ini, semalam PAS Kawasan Gelang Patah sudahpun sibuk mengeluarkan surat minta derma seperti di atas. Minta derma sini, minta derma sana. Nak pilihanraya minta derma, buat ceramah minta derma. Tapi duit derma tidak diaudit. Siapa makan siapa balun, kitapun tak tau. Yang kita tahu, YB-YB PAS suka "menterdarah" isteri orang!

December 23, 2010

5 Pemilik Kenderaan Berat Perlu Ada Diploma? Idea Kurang Bijak Dari Senator Dewan Negara!

Penulis pernah membicarakan di dalam posting yang lalu mengenai "kebijaksanaan" seorang Senator bertanyakan soalan mengenai Planet X atau Planet Nibiru yang kononnnya akan melanggar bumi pada tahun 2012. Hari ini pula penulis membaca pula di MStar Online mengenai seorang lagi Senator yang membincangkan isu yang agak serius : "Pastikan Pemandu Kenderaan Berat Ada Kelulusan Diploma". Petikan berita berkenaan antara lain berbunyi:
Kerajaan hendaklah memastikan kesemua pemandu kenderaan berat sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan seperti lori dan bas, kata Senator Datuk Idris Buang. Beliau berkata pemandu kenderaan berat perlu dihantar ke institut-institut teknikal yang menawarkan kursus menjurus kepada pekerjaan mereka."Pada masa yang sama, gaji pemandu juga perlu dinaikkan setelah mereka mendapat kelulusan tersebut ... jadi setelah perkara-perkara ini diimplementasi, isu seperti ini tidak akan berlaku kerana pemandu tersebut mempunyai kelayakan," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 di Dewan Negara, Rabu.
Umum mengetahui bukan semua orang sanggup menjadi pemandu kenderaan berat. Pekerjaan ini memerlukan kesabaran dan ketabahan kerana jarak perjalanannya yang jauh dan kekadang mengambil masa berhari-hari di atas jalan raya. Apabila kita bercakap mengenai pemandu kenderaan berat, bukan saya bermaksud untuk merendah-rendahkan golongan ini tetapi kita seharusnya akur, hampir keseluruhan dari golongan ini bukan dari kumpulan berpendidikan tinggi.

Dengan mengenakan syarat minimum iaitu seorang pemandu kenderaan berat perlu mempunyai diploma, agak-agak tuan-tuan berapa orang yang layak? Apakah setelah memiliki segulung diploma, pemandu-pemandu kenderaan berat ini masih mahu meneruskan karier mereka sekarang? Kita hendaklah menerima pekerjaan sebagai pemandu kenderaan berat bukan satu pekerjaan yang bertaraf Eksekutif seperti Senator yang memerlukan daya keintelektulan yang tinggi. Sedangkan Senator dan Wakil Rakyat yang dipilih sekalipun, masih ramai yang berkelulusan SRP dan SPM. Mereka ini yang sepatutnya menyambung pelajaran, bukan pemandu kenderaan berat! Banyak faktor keselamatan lain yang perlu diambil kira sebagai penyebab kemalangan dan saya yakin taraf pendidikan seseorang bukan penyumbang utama meningkatnya kemalangan di negara kita.

Adakah dengan mengenakan syarat yang ketat seperti perlu ada diploma bagi pemandu kenderaan berat dapat mengurangkan jumlah kemalangan di negara kita? Apakah kemalangan yang berlaku di negara kita hanya disebabkan oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi iaitu sekurang-kurangnya memiliki diploma? Sayang sekali Senator-Senator yang dilantik ke Dewan Negara tidak mencapai piawaian yang dapat dibanggakan di dalam membincang masalah Rakyat dan mencari jalan penyelesaiannya.

December 22, 2010

0 Kerajaan PAS Kedah Sambut Tahun Baru Masihi? Biar Betul!

Terkejut beruk CTS melihat poster "Sambutan Ambang Sejahtera 2011" yang diperolehi daripada rakan Puteri UMNO Kedah. Hebatnya YAB Ustaz Azizan sekarang. Tahun Baru Masihi hendak disambut secara besar-besaran. Siap ada penyanyi undangan lagi, penyanyi rock pulak tu! Cayalah YAB MB CTS seorang ni. Yang CTS pasti, majlis seumpamanya seperti di atas tidak pernah dibuat oleh Kerajaan BN sebelum ini.

CTS pun sudah lama tidak balik ke kampung halaman di Aloq Setaq. Jadi tak pastilah sama ada sambutan yang sama turut diadakan untuk sambutan Maal Hijrah baru-baru ini. Cumanya CTS ada beberapa soalan yang hendak ditanya. Kenapa buat dekat Sungai Petani dan bukan Aloq Setaq? Bukankah Aloq Setaq bandaraya dan Ibu Negeri? Yang keduanya faktor percampuran antara bukan muhrim sudah diambilkira ka? Gumbira, gumbira jugak. Bunga api, bunga api jugak. Faktor berdua-duaan dan percampuran tanpa batas kena ambil kira jugak. Bukankah ini Kerajaan Islam kedua selepas Kerajaan "Serambi Mekah" Kelantan di Malaysia?

Semenjak berkawan dengan DAP, budaya sekular semakin meresapi pemimpin-pemimpin PAS. Kalau Kerajaan BN yang buat macam ni, mampus kena tutuh dengan Ketua Pemuda PAS, apa nama Tantawi ... Bentawi? Mungkin ini pendekatan baru YAB Ustaz Azizan kot untuk mendekati golongan muda. Seperti kata pepatah English, "If you can't beat them, join them!"

3 Gempar! Kereta Ustaz Saidi Dilanggar!


Berita gempar yang kami terima dari Nadi Rakyat memberitahu bahawa kereta Ustaz Saidi yang telah mendedahkan kes ADUN Selising berzina dengan isteri orang (lihat di sini) telah dilanggar dari belakang. Kami difahamkan Ustaz Saidi baru sahaja keluar dari hospital pagi ini tanpa mengalami kecederaan parah. Menurut Ustaz Saidi, kereta yang melanggarnya telah lama mengekori beliau dari belakang.

Malang sekali untuk wira-wira yang berjuang menentang kemunafikan PAS. Nasib beliau sama seperti nasib Kickdefella yang keretanya dibaling kapak di rumahnya sendiri setelah beliau mendedahkan isu RM4 juta kepada bloggers.

Celaka betul puak-puak ini!

3 Al Fatihah Buat Datin Shazarina Samsuddin

Innalillahhiwainna Ilaihirajiun dan Al Fatihah buat Datin Shazarina Samsuddin, isteri kepada Dato' Zainal Abidin Osman, Timbalan Menteri Pembagunan Luar Bandar telah kembali ke Rahmatullah pagi ini. Jenazah Allahyarhamah akan berada di kediaman mereka di No. 2, Jalan Eksekutif U1/6B, Glenmarie Court (berdekatan Holiday Inn Glenmarie) dari 9 pagi ke 2.30 petang. Allahyarhamah akan dikebumikan di Perkuburan Parit Mahang, Kuala Selangor jam 5 petang ini. Kami mengucapkan takziah kepada Dato' Zainal Abidin sekeluarga di atas kehilangan isteri dan ibu mithali. Al Fatihah.

December 21, 2010

2 Pemuda PAS Mahu Isu Gay Dikhutbahkan? Khutbah Dulu Si Ketua Umum PKR!

Dewan Pemuda PAS Pusat, mahu semua pihak berwajib memantau kegiatan 'gay' yang didakwa semakin berleluasa. Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily berkata, pihaknya bimbang melihat premis-premis gay yang kini tumbuh seperti cendawan selepas hujan.Sebagai satu langkah pencegahan, beliau mahu permasalahan gejala songsang ini turut disebut dalam khutbah Jumaat selain pemantauan terhadap aktiviti golongan itu.

"Setakat ini, kita selaku rakyat Malaysia masih belum pernah mendengar mana-mana masjid di Malaysia diberikan teks khutbah mengenai keburukan gay dan impaknya kepada Negara," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa semua perkara yang menyentuh soal agama dan akidah umat Islam di Negara ini akan sentiasa dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) termasuk laman blog gay.

Bagi Nasarudin, pemantauan dari sudut blog tidak cukup dan lebih penting katanya pemantaun premis dan aktiviti yang dianjurkan golongan itu perlu diperbanyakkan. "Dewan Pemuda PAS juga mendesak agar pihak-pihak berwajib memantau premis-premis yang dimiliki oleh golongan ini. Dewan Pemuda PAS juga bersedia untuk membantu bagi membanteras kemungkaran ini," katanya lagi. Selain itu, pihak JAKIM jelasnya perlu memantau segala jenis hiburan yang terdapat di Negara ini. Lebih mengejutkan, apabila 'ikon' gay yang baru-baru ini dibenarkan untuk membuat konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya ditambah pula dengan pembikinan filem “ Anu dalam botol “ yang didakwa cuba menyuburkan lagi gejala itu kepada masyarakat.

Sumber: Haprakdaily.
Inilah akibatnya kalau kuman seberang laut nampak jelas di mata, bangkai gajah membusuk di depan mata buat tak tahu sahaja. Kenapa dirisaukan tentang remaja di luar sana yang terlibat di dalam aktiviti gay sedangkan PAS sendiri mendewa-dewakan dan mengangkat seorang biseksual (depan belakang sama saja) sebagai Ketua Pembangkang dan semua cakap-cakapnya bagai merupakan satu mahfum. Kenapalah susah sangat puak-puak ini hendak mengakui Anwar "God Send" Ibrahim merupakan seorang biseksual sedangkan kesemua bukti menjurus ke arah perlakuan terkutuk beliau. Sudah lupakah kita bahawa 7 orang Hakim dari Mahkamah Tinggi sehinggalah Mahkamah Persekutuan telah sepakat, seia sekata bersetuju bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang PELIWAT. Cumanya, beliau dibebaskan dari tuduhan meliwat disebabkan, 2 dari 3 Hakim Mahkamah Persekutuan menolak kes ini disebabkan mereka tidak pasti bila tarikh sebenar belakunya liwat!

Isu penzinaan YB DUN Selising dengan isteri orang walaupun berlaku hampir 4 tahun lepas, gagal ditangani dengan baik oleh PAS. Malah ADUN berkenaan sekali lagi diangkat menjadi pemimpin di dalam PRU12. Kenapa ini berlaku? Ini adalah kerana Mursyidul Am PAS merangkap Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan 2010 merangkap Menteri Besar Kelantan merangkap bapa mertua Ariffahmi, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah berfatwa bahawa beliau telah mendapat ilham bahawa ADUN Selising yang berzina itu telah diampunkan oleh Allah! Subhanallah! Kalau betullah Nik Aziz pernah berkata, "Allah Taala sudah maafkan. Allah Taala dah maafkan Ustaz Saiful Bahari (ADUN Selising)" untuk mensucikan ADUNnya yang berzina, MasyaAllah! Ini bukan rekaan kata-kata saya. Ini adalah kata-kata Ustaz Saidi Hussain di dalam salah satu ceramahnya. Lihatlah link ceramah beliau yang di"upload" di Youtube, di sini atau taip sahaja "ADUN PAS Berzina" di Youtube.

Wahai Ketua Pemuda PAS, tidak perlu kamu risaukan tentang dosa dan pahala kerana Dato' Nik Aziz Nik Mat boleh menyucikan dosa sebagaimana beliau menyucikan dosa Anwar "God Send" Ibrahim, Eli "Ratu Bogel" Wong dan juga ADUN Selising!

December 19, 2010

0 Corat-Coret CONvensyen PR Ke 2

Hari ini, Pakatan Haram telah mengadakan CONvensyen kali ke 2 di kubu kuat Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Berikut adalah corat-coret sekitar CONvensyen berkenaan:
  • Melayu yang tak tahu dek untung nasib beginilah jadinya. Entah di mana silapnya, Zairil, anak Allayarham Dato Khir Johari, bekas Menteri UMNO berucap di CONvensyen PR, mewakili DAP.
  • PKR di dalam CONvensyen kali ini galak membicarakan pasal demokrasi tulen. Apa guna bercakap pasal demokrasi tulen kalau pemilihan PKR sendiripun tidak telus. Pemimpin PKR memang terkenal dengan cakap tak serupa bikin!
  • Tema CONvensyen kali ini sepatutnya, "Buat Apa Yang Saya Suruh, Bukan Tiru Apa Yang Saya Buat" dan bukannya "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia".
  • Karpal Singh di dalam ucapan penggulungannya berkata CONvensyen PR yang ke 3 akan diadakan nanti di Putrajaya! hahaha ... Seingat saya, sewaktu Tun Dr Mahathir mula-mula mengusulkan pembinaan Putrajaya, puak-puak pembangkang terutama Karpal Singh lah yang sibuk berkempen dan menyalak mengatakan projek Putrajaya merupakan satu pembaziran dan Gajah Putih. Aikk, sekarang apa jadi? Sudah meroyan pulak dengan Putrajaya?
  • Chegubard, anak muda yang tewas secara "tidak adil" kepada Shamsul Kemetot di dalam pemilihan Ketua AMK, telah disenyapkan dengan pemberian jawatan Timbalan Setiausaha Agung. Nampak gayanya jawatan, wang dan pangkat adalah perjuangan mereka. Ada yang mengatakan, era reformasi telah menjadi reforbasi!
  • CONvensyen kali ini tidak lansung menyentuh mengenai dasar Negara Islam oleh PAS dan dasar Malaysian Malaysia yang selama ini diperjuangkan oleh DAP. Apatah lagi isu "nepotism" dan "cronyism" yang berlaku di dalam DAP dan PKR hendak dibangkitkan. Semuanya, disapu dengan kemas ke bawah permaidani.
  • Tentunya tidak ada orang yang percaya apabila Karpal Singh di dalam ucapannya berkata, "DAP mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia sehabis-habisnya!" Fuhh! Orang yang sama yang pernah berkata, "Langkah mayat saya dulu sekiranya PAS ingin mendirikan Negara Islam!" Selepas ini PAS bolehlah dibubarkan, DAP boleh menjaga Islam!
  • Agak lucu mendengar ucapan panjang lebar DS Haji Hadi, kerana walaupun beliau yang mengetuai perwakilan PAS ke CONvensyen ini, balik esok, segala keputusan dan perancangan akan diambil kembali oleh Dato' Nik Abdul Aziz, dengan buah fikiran dan telunjuk DAP dan Pak Syeikh Al Jubs.
  • Presiden PAS tegaskan bahawa UMNO bukannya wajah Islam yg sebenarnya! Habis takkan Anwar Ibrahim kot Datuk Seri? Ke DAP Datuk Seri?
  • Ucapan Anwar Ibrahim. Tak payah ulaslah. Bukan ada isipun. Sampah semata-mata. Antara sampah di dalam ucapannya, Anwar Ibrahim menyebut tentang keterbukaan. Piiiiiirah! Akaun Tweeter kitapun di"block"nya. Keduanya, Anwar Ibrahim ada menyebut "kesetiaan kepad a Raja tetapi bersyarat, bukan setia buta-buta. Kita setia dgn syarat ada keadilan!" Nampak gaya ada yang hendak menderhaka ni.
  • Ucapan pengulungan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Karpal Singh adalah salah seorang pengulung di CONvensyen ini selain dari DS Haji Hadi dan Anwar Ibrahim. Bukankah orang yang sama sejak 1997, telah membangkitkan isu berkenaan kegiatan homoseksual san liwat Anwar Ibrahim? Mengikut laporan Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, Karpal Singh telah mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai dokumen bukti akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim. Karpal Singh telah mendesak Kerajaan pada masa itu menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut. Lama sebelum Tun Dr Mahathir dan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Anwar Ibrahim. Sekarang apa jadi?
  • Perwakilan sudah mulai resah, sehingga ada yang berdengus dan sempat mengorek hidung. Jam di tangan sudah menunjukkan hampir pukul 6.00 petang.
  • Giliran Anwar Ibrahim sebagai penggulung terakhir tidak banyak memberi impak dari segi ucapan penggulungannya. Beliau mengesahkan bahawa wakil PAS akan bertanding di DUN Tenang.
  • Tiada apa lagi yang penting untuk diulas. Kita bertemu di CONvensyen PR Kali ke 3 di Putrajaya, kalau ikut kata Karpal Singh lah!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates