December 16, 2010

8 Anak N Gobalakrishnan Ditangkap Polis!

Dua ahli AMK PKR, Lee Khai Loon dan G Pravin, anak kepada N Gobalakrishnan MP Padang Serai, telah ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di atas tindakan memprotes pergantungan 3 MP Pakatan Haram. MP-MP Parlimen sibuk bersidang hari ini, yang dua ekor ni nak jadi hero, apasal? Tanggung sendirilah jawabnya. Inilah ciri-ciri Pakatan Haram. Pemimpin dekat dalam Parlimen jadi beruk, ahli-ahli dekat luar jadi monyet!

2 "Live" Kemaskini Daripada Parlimen

Usul untuk mengantung Karpal, Azmin, Sivarasa selama 6 bulan telah diluluskan selepas dibahaskan. Tiada pengulungan oleh YB Nazri Aziz memandangkan tiada MP PR di dalam Dewan Rakyat.

Kemaskini 12.10 a.m.:

Beberapa MP sedang membahaskan isu pergantungan. Sekarang giliran MP Pasir Mas, YB Ibrahim Ali yang agak panjang membahas.

Kemaskini 11.30 a.m.:


Tahniah MP-MP Pembangkang menjadikan Dewan Rakyat seperti Pasar!

YB Nazri Aziz baru selesai membentangkan isu pergantungan. Kebanyakan MP-MP Pembangkang keluar Dewan bersama-sama dengan Ketua Pembangkang.

Kemaskini 11.15 a.m:

MP-MP pembangkang cuba memalukan Dewan Rakyat dengan melakukan aksi jalanan seperti menjerit dan menyangkan "playcard" yang diseludup masuk ke dalam Dewan oleh YB Batu, Tian Chua. MP-MP pembangkang cuba menjadikan Dewan Rakyat seperti circus dan mereka merupakan badut-badutnya.

Selain APCO, ini adalah satu contoh "Playcard" yang dibawa MP Pembangkang.

Posting Asal:

Seperti yang dijangkakan Dewan Rakyat dijangkakan menjadi "zon perang" hari ini. Semua MP-MP BN diarah hadir untuk berdepan dengan MP-MP Pembangkang bila mana usul pergantungan Anwar Ibrahin dan 3 MP lain selama 6 bulan akan dibentangkan.

Sejak pagi tadi kelihatan Ketua Pembangkang dan MP-MP beliau cuba melengah-lengahkan Sidang Dewan Negara bagi pengantungan Anwar Ibrahim dalam isu mengenai APCO. Situasi di dalam dewan kelihatan agak kecoh dan MP-MP Pembangkang cuba membuat provokasi.

Sebentar tadi MP Shah Alam, YB Khalid Samad sedang bersoal jawab dengan Speaker, bunga-bunga pergaduhan sudah mula ketara dengan sesekali MP dari Pokok Sena YB Mahfuz "Bean" Omar kelihatan masuk campur.

Kami akan kemaskinikan posting ini dari masa ke semasa tentang apa yang berlaku di Dewan Rakyat.

December 14, 2010

5 Apa Faedahnya Planet Nibiru Dibincang Di Dewan Negara?

"Adakah Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012?" Pelik tapi benar! Tetapi inilah soalan yang ditanya oleh seorang Senator di Dewan Negara. Tak lain dan tak bukan Senator ini bernama Datuk Shamsudin Mehat. Khabarnya orang Melaka. DS Ali Rustam kena tengok sikit senator-senator dari Melaka ni. Nampak macam merapu saja.

Ku sangkakan semua senator-senator yang dilantik ke Dewan Negara semuanya bijak-bijak pandai. Kalau sudah bijak pandai kenapalah soalan mengarut ini yang ditanya di Dewan Negara? Sudah habiskah permasalahan Rakyat Malaysia sehinggakan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili terpaksa turun padang untuk menjawab soalan bodoh ini. Kenapa saya kata bodoh? Kalau betulpun Planet Nibiru akan melanggar bumi pada tahun 2012, apa yang kita dapat lakukan?

Planet Nibiru bukan isu baru. Ianya telah bermula sejak 1995 lagi di mana idea ini dicetuskan oleh pemilik website ZetaTalk, Nancy Lieder, yang mendakwa bumi akan hancur dilanggar Planet X atau Planet Nibiru pada May 2003. Apabila teorinya pada May 2003 gagal, beliau kini mengubah tarikhnya kepada April 2012 dan isu ini semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutamanya di internet sejak tahun lepas. Saya boleh faham kalau isu ini dibincangkan oleh orang kebanyakan seperti saya, tetapi kalau isu ini dibincangkan oleh Senator yang dilantik , dibayar elaunnya, mewakili Rakyat dan dibincangkan di Dewan Negara, memang perabis beras betul!

Senator Datuk Shamsudin Mehat ni mungkin baru pandai buat carian di internet atau banyak sangat tengok "movie fiction" di Astro ni sampai sukar untuk membezakan antara fantasi dan realiti. Kalau beginilah tahap Senator yang kita ada, kemanalah masalah Rakyat hendak disuarakan. Mungkin Kerajaan boleh menghantar Senator ini menjadi "space tourist" seperti Datuk Dr Muszaphar supaya dia boleh melihat sendiri Planet Nibiru ini di angkasa lepas.

December 13, 2010

1 Adakah Menantu Menteri Besar Kelantan Akan Didakwa Hari Ini?

Penulis telah menerima satu SMS daripada rakan-rakan yang berada di Kelantan selepas subuh pagi tadi yang berbunyi:
"sekumpulan pegawai sprm dilihat memasuki kediaman bekas ceo pmbk, abdul ariffahmi pada jam 2 pagi @ (isnin) dan dilihat keluar 3 jam kemudian sambil membawa beberapa biji kotak. Bagaimanapun ariffahmi tidak kelihatan ditahan oleh sprm."
Sementara itu, semalam saya ada membaca Twitter daripada orang yang tahu benar dengan selok belok politik Kelantan, blogger Kickdefella seperti berikut:

Adakah ada orang penting di Kelantan yang akan ditahan dan didakwa di mahkamah seperti yang ditulis di dalam Twitter Kickdefella adalah menantu Menteri Besar Kelantan?

Adakah episod yang berlaku sejak semalam ada kaitannya dengan Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke HUSM, Kubang Kerian?

Betulkah Menteri Besar Kelantan berkenaan sakit belakang seperti yang didakwa anaknya?

Apakah Menteri Besar Kelantan "dimasukkan" ke hospital bertujuan untuk melengah-lengahkan SPRM dari menangkap dan mendakwa menantu kesayangannya?

Di atas adalah gambar terbaru Menteri Besar Kelantan yang diperolehi dari Facebook beliau. Macam tak sakit saja Dato' duduk di HUSM?

Penulis tidak mahu membuat andaian dan tohmahan. Kita tunggu saja episod seterusnya.

December 12, 2010

1 Dato' Nik Abdul Aziz Sah Berada Di Hospital!

Apabila penulis melaporkan bahawa Menteri Besar Kelantan dikejarkan ke Hospital Swasta di Kota Bharu 08 Disember lepas dan mendoakan beliau cepat sembuh, ramai juak-juak PAS melompat dan menuduh penulis dengan pelbagai gelaran, lihat disini.

Malam ini penulis mendapat maklumat sahih bahawa Menteri Besar Kelantan sah berada di wad Hospital USM Kubang Kerian sejak Jumaat lepas. Tak payahlah tanya penulis tentang nombor bilik wadnya kerana pastilah Dato' Nik Aziz ditempatkan di wad orang kenamaan ya tak. Penulis akan kemaskinikan posting ini dengan gambar terbaru Menteri Besar Kelantan itu sekiranya wakil penulis di Kelantan dibenarkan masuk melawat esok pagi.

Walaupun Twitter Menteri Besar Kelantan kelihatan aktif dan dikemaskinikan setiap hari, namun kami difahamkan ianya dilakukan oleh "Admins" dan Setiausaha Politiknya yang ditugaskan mengemaskinkan akaun Twitter tersebut. Malah kuliah pagi Jumaat yang selalu dilakukan oleh Menteri Besar tersebut telah digantikan dengan Ustaz Nasruddin Daud, Speaker DUN Kelantan pada hari Jumaat lepas.

Buat juak-juak PAS, tak payahlah melompat. Kalau tidak percaya, pergilah sendiri melawat Mursyidul Am PAS itu. Apa yang terbaik sama-samalah kita doakan penyakitnya tidak mudarat dan beliau segera sembuh.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

9 WikiLeaks - Anwar Ibrahim Memang Seorang Peliwat!

Hari ini hampir setiap inci laman sosial "Twitter" dimuatkan dengan komen-komen dari pengunjung yang memperkatakan tentang pendedahan terbaru WikiLeaks semalam yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim memang seorang peliwat.

Di dalam kenyataan nya semalam, WikiLeaks menyebut, Singapura didapati mengesahkan kepada agensi perisikan Australia bahawa Anwar memang seorang peliwat. Ini bermakna di kalangan agensi perisikan dan keselamatan Barat, terutama Amerika Syarikat memang sudah sedia maklum mengenai aktivti sumbang seks Anwar ini. Kenyataan penuh seperti berikut:
Wikileaks: Anwar did engage in sodomy

MALAYSIAN opposition leader Anwar Ibrahim's sodomy charges are the result of a "set up job" that the politician "walked into", according to an assessment by Australia's peak intelligence agency.

A leaked US State Department cable reveals that Singaporean intelligence officials told their Australian counterparts that Mr Anwar engaged in the conduct of which he is accused, a claim he has steadfastly denied.

Australia's Office of National Assessments (ONA) also states the conduct was the result of apparent entrapment by Mr Anwar's enemies.

The cable that deals with Mr Anwar's sodomy case, dated November 2008 and released to The Sunday Age by WikiLeaks, says: "The Australians said that Singapore's intelligence services and [Singaporean elder statesman] Lee Kuan Yew have told ONA in their exchanges that opposition leader Anwar 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted'."

The document says the Singaporeans told ONA they made this assessment on the basis of "technical intelligence", which is likely to relate to intercepted communications.

The ONA is also recorded as saying that Mr Anwar's political enemies engineered the circumstances from which the sodomy charges arose.

"ONA assessed, and their Singapore counterparts concurred, 'it was a set up job and he probably knew that, but walked into it anyway','' the cable states.

Sodomy is illegal in Malaysia and carries a jail sentence of up to 20 years.

Mr Anwar, a former Malaysian deputy prime minister, was jailed in 1999 on charges of corruption and sodomy after a falling out with then prime minister Mahathir Mohamad.

He later had his sodomy conviction overturned and was freed in 2004. In 2008 he was charged again with sodomy. Mr Anwar has maintained the case against him is fabricated and trumped up by political enemies who fear his political resurgence.

The case against him, which is continuing, has drawn widespread international criticism and has included bizarre twists.

Earlier this year, a prosecutor in the sodomy trial was dropped after she was accused of having an affair with the star witness.

The witness, 25-year-old Mohamad Saiful Bukhari Azlan, worked as an aide in Mr Anwar's office. He has accused the 62-year-old of sodomising him in an apartment in Malaysia.

In December 2009 Mr Anwar criticised then prime minister Kevin Rudd for not meeting him during a visit to Australia.

Mr Anwar accused Mr Rudd of appeasing Malaysia's ''corrupt leaders'' by snubbing him.
Juga baca mengenai kenyataan WikiLeaks yang diulas dan laporkan oleh The Sydney Morning Herald, di sini mengenai "Dr Anwar" dan sodominya. Mungkin coffee boys "Dr" Anwar Ibrahim, pejuang-pejuang PKR / Al Jubs dan PAS boleh merancang demonstrasi secara besar-besaran di Kedutaan Singapura, Australia dan Amerika Syarikat berikutan pendedahan WikiLeaks ini.

Tidak ramai juak-juak Pakatan Haram yang berani mempertahankan isu ini di alam siber. Munculnya hero dan heroin Anwar Ibrahim, Azmin Ali mempertahankan orang yang disayanginya di dalam blog beliau. Baca di sini.

Kita tak tahu apa lagi bukti yang dimahukan oleh penyokong-penyokong "Dr" Anwar Ibrahim sedangkan seluruh dunia sedang membicarakan mengenai kelakuan seks luar tabiinya. Bagi mereka semua tuduhan ke atas Anwar Ibrahim adalah fitnah dan bukti yang dibuat-buat. Minta simpang malaikat 44 dari diturunkan bala daripada Allah dengan terlantiknya "God-sent" seorang peliwat memimpin Malaysia. Nauzubillah himinzalik!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates