December 10, 2010

7 Namawee & Nazri Aziz - Ibarat Isi & Kuku

Hebat! Hebat sungguh penerimaan Menteri Jaga Pintu Parlimen kepada Babiwee opps ... Namewee. Kalau Bloggers Melayu di tempat Namewee, mampus sudah kena macam-macam tindakan undang-undang. Ada yang kena blacklist atau didakwa oleh SKMM, ada yang kena buat laporan polis dan macam-macam lagi tindakan ke atas mereka. Lain pulak halnya dengan Cina komunis ni. Bukan main sayang lagi Si Nazri Aziz. Siap dibelanya si Namewee melalui kenyataan medianya bahawa Namewee bukan "racist".

Walaupun berbagai onar yang dilakukan oleh Namewee ini, semuanya kelihatan harum dan cantik di mata Nazri. Sehinggakan kedatangan si tukang karut ini ke Parlimen mendapat layanan seorang Menteri, walaupun seorang Menteri yang haprak. Etika berpakaian jauh tolak ketepi. Walaupun peraturan untuk masuk ke Parlimen mewajibkan berpakaian baju kemeja bertangan panjang dan bertali leher, untuk si Namewee apa sahaja yang dipakainya pun tak mengapa, walaupun sehelai T-Shirt berkolar bulat.

Mungkin si Namewee ini datang berjumpa dengan Nazri Aziz hendak meminta pinjaman RM1 juta bagi membolehkan dirinya menyiapkan filem terbarunya berjudul Nasi Lemak yang tertangguh akibat kurang dana. Penulis hendak mencabar Ahli Parlimen Padang Rengas ini supaya membiayai si Namewee ini kalau beliau berani, kerana penulis hendak melihat apa yang pengundi-pengundi di Padang Rengas hendak lakukan kepada Pembela Namewee ini di dalam PRU13. Malu betul penulis dengan Menteri haprak dari Perak ini. Kalau tidak mengenang jasa Ayahnya yang pernah mentadbir di Perak, sudah lama kuludah gambar di atas.

December 9, 2010

3 Berita Pedih Ulu Hati Buat MB Selangor!

SYABAS dan Puncak Niaga baru sahaja menerima Anugerah Tertinggi Kecemerlangan Perniagaan Beretika daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Anugerah tertinggi berkenaan telah disampaikan oleh DS Ismail Sabri Yaakob. SYABAS telah diwakili oleh Dato Ruslan Hassan, Ketua Pegawai Operasinya manakala Puncak Niaga pula diwakili oleh Dato Hashim Mahfar, Pengarah Urusannya.

Saya sudah dapat merasakan MB Selangor sudah tidak senang duduk. Mana mungkin syarikat pembekal bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan yang dituduhnya korup, tidak mementingkan pengguna dan dibebani hutang yang menggunung boleh dianugerahkan dengan anugerah tertinggi di dalam Kecemerlangan Perniagaan Beretika! Mana mungkin! Ini semua salah UMNO. Ini semua propaganda UMNO. Kerajaan Pakatan Haram tetap betul.

Pakatan Haram tetap tidak bersalah. Pakatan Haram mementingkan Rakyat walaupun 2 kawannya, Ketua Negeri di Utara iaitu Kedah dan Pulau Pinang telah menaikkan tariff air sebanyak 100%, tiada demo diadakan dan tiada bantahan dikemukan. Mengapa ada pilih kasih? Kadar tariff baru yang mencekik Rakyat sudahpun bermula di Kedah sejak 01 Oktober manakala di Pulau Pinang pula bermula sejak 01 November. Mana juak-juak demonstrasi-demontrasi yang diketuai oleh Badrul Hisham tampil untuk mempertahankan Rakyat?

MB Selangor yang berbuih mulut mencerca SYABAS rupa-rupanya memecahkan tembelang pembohongannya apabila beliau sendiri mengaku akan membuat tawaran pembelian syarikat pembelian konsesi air Selangor daripada 4 syarikat konsesi iaitu SYABAS, Puncak Niaga Sdn Bhd, SPLASH dan Konsortium ABASS baru beberapa . Laaa .. Belum buat tawaran sebelum ini rupanya. Apa yang bengap sangat MB seorang ini? Kalau belum buat tawaran pembelian secara formal, bagaimana orang hendak membuat persediaan menjualnya. Kalau kena dengan harganya, apa salahnya kan.

Takkan keempat-empat syarikat konsesi berkenaan hendak dijual main timbang kati kot? Ibarat hendak mendapatkan anak orang, hendaklah secara beradab. Mulakan dengan merisik, kemudian meminang. Bukan pergi canang satu kampung macam samseng Kampung Dusun! Lagi satu, agak-agaknyalah, Selangor hendak membeli 4 syarikat konsesi air ni ada duitkah? Puas saya membelek Bajet Kerajaan Negeri, langsung tidak disentuh tentang pembeliaan berkenaan. Jadi dari manakah duit itu datang? Kroni MB kah? US kah atau dana dari Kerajaan Israel?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

December 8, 2010

34 Dato' Nik Aziz Sakit Tenat?

Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kelantan 2010 yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS yang juga bapa mertua kepada Ir Ariffahmi diberitakan sakit tenat dan beliau telah dimasukkan ke Hospital di Kota Bharu malam tadi.

Sebagai seorang Muslim, kita mendoakan yang terbaik buatnya dan semoga beliau cepat sembuh. Cumanya, penulis agak terkilan kerana belum pernah lagi dalam sejarah Malaysia seorang Menteri Besar memilih dirinya sendiri menjadi Tokoh Maal Hijrah. Tahniah YAB Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memilih diri sendiri sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kelantan 2010.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

December 6, 2010

6 Bon Voyage DS Samy Vellu!

DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insiders has its story, here. Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

There you are folks. For DS Samy Vellu, we wish you all the best!

10 Lagi Demo Air Di Penang, Kedah & Kelantan

KUALA LUMPUR, 5 Dis - Setelah Kerajaan Pakatan Haram Selangor berjaya memporak perandakan Ibu Kota Kuala Lumpur dengan perhimpunan dan perarakan haram, Kerajaan Kedah dan Pulau Pinang sebulat suara akan mengadakan demonstrasi untuk menghantar petisyen memorandum kepada Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang mengenai kenaikan air di kedua-dua negeri itu.
Jurucakap Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan meneruskan tradisi untuk tidak turun berdemontrasi. Tugas melakukan demonstrasi akan dilakukan oleh balachi-balachi mereka daripada PAS dan PKR seperti biasa.

Rata-rata tinjauan yang dilakukan mendapati pendemonstrasi-pendemonstrasi amat gembira dengan kejayaan semalam. Menurut mereka, wang saku RM50 yang diterima amat menyuntik semangat. Begitu juga dengan pengunaan warna Merah yang merupakan warna rasmi parti UMNO. Kebanyakan mereka berharap dapat dilatih menjadi pedemonstrasi professional seperti rakan-rakan mereka, Kumpulan Bendera di Indonesia. Mereka mengharapkan di lain kali, bukan hanya Masjid Negara sahaja yang digunakan bagi pendemonstrasi-pedemonstrasi menyembunyikan diri, malah segala kuil, gereja dan tokong dapat turut digunakan. Kalau tidak, mengikut kata mereka, kaum lain akan tersinggung kerana tidak berlaku kesamarataan.

Kalau demonstrasi air di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah adalah berkenaan kenaikan tariff air, lain pula halnya di Kelantan. Jurucakap MB Kelantan ketika dihubungi berkata, demonstrasi berkenaan diadakan kerana kegagalan Kerajaan Barisan Nasional menyediakan kemudahan air yang bersih dan tetap walaupun Kerajaan PAS Kelantan telah memerintah lebih 20 tahun. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Rakyat Kelantan akan dipaksa menerima air kotor dan sentiasa terputus selama lagi 15 tahun seperti yang Kerajaan Kelantan janjikan.

Namun demikian, ketiga-tiga KM Pulau Pinang, MB Kedah dan Kelantan merasa bangga dengan MB Selangor yang berjaya menghantar petisyen memorandum air di pagar luar Istana Negara, walaupun mereka tahu MB Selangor dapat menyerahkan sendiri ke tangan YDP Agong ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dihadiri oleh semua MB dan KM.

- Laporan Agensi Cucu Tok Selampit.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates