December 6, 2010

6 Bon Voyage DS Samy Vellu!

DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insiders has its story, here. Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

There you are folks. For DS Samy Vellu, we wish you all the best!

10 Lagi Demo Air Di Penang, Kedah & Kelantan

KUALA LUMPUR, 5 Dis - Setelah Kerajaan Pakatan Haram Selangor berjaya memporak perandakan Ibu Kota Kuala Lumpur dengan perhimpunan dan perarakan haram, Kerajaan Kedah dan Pulau Pinang sebulat suara akan mengadakan demonstrasi untuk menghantar petisyen memorandum kepada Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang mengenai kenaikan air di kedua-dua negeri itu.
Jurucakap Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan meneruskan tradisi untuk tidak turun berdemontrasi. Tugas melakukan demonstrasi akan dilakukan oleh balachi-balachi mereka daripada PAS dan PKR seperti biasa.

Rata-rata tinjauan yang dilakukan mendapati pendemonstrasi-pendemonstrasi amat gembira dengan kejayaan semalam. Menurut mereka, wang saku RM50 yang diterima amat menyuntik semangat. Begitu juga dengan pengunaan warna Merah yang merupakan warna rasmi parti UMNO. Kebanyakan mereka berharap dapat dilatih menjadi pedemonstrasi professional seperti rakan-rakan mereka, Kumpulan Bendera di Indonesia. Mereka mengharapkan di lain kali, bukan hanya Masjid Negara sahaja yang digunakan bagi pendemonstrasi-pedemonstrasi menyembunyikan diri, malah segala kuil, gereja dan tokong dapat turut digunakan. Kalau tidak, mengikut kata mereka, kaum lain akan tersinggung kerana tidak berlaku kesamarataan.

Kalau demonstrasi air di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah adalah berkenaan kenaikan tariff air, lain pula halnya di Kelantan. Jurucakap MB Kelantan ketika dihubungi berkata, demonstrasi berkenaan diadakan kerana kegagalan Kerajaan Barisan Nasional menyediakan kemudahan air yang bersih dan tetap walaupun Kerajaan PAS Kelantan telah memerintah lebih 20 tahun. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Rakyat Kelantan akan dipaksa menerima air kotor dan sentiasa terputus selama lagi 15 tahun seperti yang Kerajaan Kelantan janjikan.

Namun demikian, ketiga-tiga KM Pulau Pinang, MB Kedah dan Kelantan merasa bangga dengan MB Selangor yang berjaya menghantar petisyen memorandum air di pagar luar Istana Negara, walaupun mereka tahu MB Selangor dapat menyerahkan sendiri ke tangan YDP Agong ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dihadiri oleh semua MB dan KM.

- Laporan Agensi Cucu Tok Selampit.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

December 3, 2010

20 Gaji TS Rozali Ismail CEO SYABAS RM425,000 Sebulan? Wow!!!

Antara isu yang sering dimainkan berulang-ulang kali, setiap hari , di media maya dan laman-laman sosial oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor untuk menjatuhkan syarikat Bumiputera Melayu adalah dengan memomok-momokkan isu gaji CEO SYABAS, TS Rozali Ismail. Di dalam pamplet dan "flyer" yang disebar luas di internet, perkara ini menjadi satu isu penting yang mereka canangkan:
"The CEO of SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail, Treasurer of Selangor UMNO, is paid RM5.1 million a year or RM425,000 a month or RM16,346 a day."
Bengap betul siapa yang membuat "flyer" berkenaan. Di mana beliau mendapat fakta bahawa TS Rozali Ismail adalah Bendahari UMNO Selangor? "Check your facts first before you write la Macha!" Walaupun saya bukan ahli UMNO, namun saya tahu hiraki dan jawatan-jawatan penting di dalam UMNO Selangor. Inilah akibatnya orang membuat fitnah tanpa membuat sebarang penyelidikan.

Kedua, TS Rozali Ismail walaupun merupakan CEO SYABAS, beliau tidak pernah satu senpun menerima gaji beliau dari Syarikat SYABAS. Gaji beliau selama ini dibayar oleh syarikat induk beliau, Puncak Niaga Holding Berhad. Apalah salahnya bagi seorang tokoh korporat menerima bayaran sebanyak RM425,000 sebulan? Puncak Niaga Holdings Berhad bukan calang-calang syarikat. Syarikat berkenaan bukan sahaja menjalankan perniagaannya di Malaysia malah Puncak Niaga juga turut bertapak di China, Veitnam, Cambodia, Loas dan beberapa negara ASEAN yang lain. Jadi setimpallah dengan gaji yang diterima oleh TS Rozali Ismail. Kalau hendak menerima gaji bulanan yang tinggi, berniagalah bodoh. Jangan kita sendiri makan gaji dan dengki dengan pendapatan orang lain yang menjalankan perniagaan. Bukankan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 9/10 dari punca rezeki datang dari perniagaan.

Isu ini ditimbulkan kerana Cina-Cina DAP terutama ADUN-ADUN DAP Selangor tidak boleh menerima kejayaan seorang Anak Melayu. Ini kerana TS Rozali Ismail adalah Anak Melayu yang berasal dari Selangor. Bagi mereka Melayu tidak boleh berjaya di dalam ekonomi dan perniagaan. Lihatlah sendiri usaha-usaha busuk hati dan dengki ADUN-ADUN bukan Melayu di dalam Kerajaan Pakatan Haram Selangor untuk menjatuhkan Anak Melayu. Mereka sengaja memberi persepsi bahawa TS Rozali Ismail memeras wang Rakyat untuk kesenangan hidupnya, sedangkan GAJI BELIAU BUKAN DARI SYARIKAT SYABAS. Kenapakah bangsat-bangsat DAP ini tidak pernah mempertikaikan gaji-gaji dari tokoh-tokoh korporat bukan Melayu seperti Anandha Krishnan, pemilik MAESAT, ASTRO, Bumi Armada dan sebagainya dan juga Tan Sri Dr. Teh Hong Piow, pemilik Public Bank. Kenapa gaji-gaji mereka tidak pernah dipertikaikan dan dihebahkan kepada umum?

Rakyat Malaysia umumnya dan Rakyat Selangor khasnya diharap tidak terpedaya dengan jarum perkauman yang dimainkan oleh DAP Selangor. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Melayu dan Kesultanan Selangor dengan menunggangi PAS dan PKR yang hanya pelakon sampingan dan pak turut. Berhati-hatilah.

Nota: Jangan ketinggalan mendengar penerangan daripada wakil SYABAS, En Halim Matsom, Executive Director, Corporate Affairs, mengenai isu-isu panas berkaitan SYABAS yang sempat dirakam oleh rakan blogger, Kita Gempur, di dalam perjumpaan beliau bersama kami semalam. Lihat video di sini.

2 Kerajaan Pakatan Haram Derhaka Dengan Sultan Selangor

Pada Disember 05, 2010, Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor akan mengadakan perarakan untuk menyerahkan tandatangan yang mereka kumpul melalui kempen petisyen tandatangan melalui maya melalui alamat www.airuntukrakyat.net/main/petition.php.

Perarakan haram dan tidak mendapat permit polis itu akan diadakan pada pukul 12.00 tengahari hari yang berkenaan di Masjid Negara, Kuala Lumpur untuk diserahkan kepada DYMMSPB Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

Sungguh biadap dan kurang ajar sekali tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Mereka sanggup menderhaka dan membelakangkan DYMM Sultan Selangor di dalam isu air yang melibatkan Rakyat Selangor. Bukankah Tuanku Sultan Selangor Ketua dan Payung Negeri. Kenapa petisyen berkenaan tidak dihantar terlebih dahulu kepada Tuanku Sultan Selangor???

Kerajaan Pakatan Haram Selangor semakin hari semakin biadap dan kurang ajar. Haram jadah betul!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

December 2, 2010

0 Lagi Masjid Akan "Dilacurkan" Oleh Pakatan Haram Selangor Esok

Kami difahamkan di dalam perjumpaan EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Gombak Setia, Dato' Dr Hassan Ali dengan nazir-nazir masjid di sekitar Selangor Selasa lalu, beliau telah "mengarahkan" nazir-nazir berkenaan untuk mengutip tandatangan daripada jemaah-jemaah yang menghadiri sembahyang Jumaat esok. Ini adalah ekoran kegagalan Kerajaan Selangor sebelum ini untuk mengumpul tandatangan Rakyat Selangor bagi menunjukkan sokongan dan membolehkan mereka "merompak" hasil air negeri melalui pengembalian sumber air yang diswastakan kepada SYABAS kepada Kerajaan Pakatan Haram Selangor.

Kami juga menjangkakan khutbah Jumaat esok yang akan disampaikan oleh masjid-masjid di dalam Negeri Selangor akan digunakan sewenang-wenangnya untuk menyampaikan propaganda Kerajaan Selangor. Adalah diharapkan pihak JAIS dapat memantau situasi ini agar masjid tidak "dilacurkan" sewenang-wenangnya oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Ini bertepatan dengan titah DYMM Sultan Selangor agar institusi masjid tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

December 1, 2010

5 Lagi Derma Untuk Tabung Serambi Mekah

Terkini 02/12/2010:
Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim atau Tabung Serambi Mekah hari ini berjaya mengumpul sejumlah RM4.9juta hasil sumbangan orang ramai, korporat, agensi kerajaan dan badan berkanun.

Majlis Perasmian Pelancaran Kutipan Derma Tabung Serambi Mekah yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mewakil Menteri Besar tersebut turut menyaksikan pelancaran penggunaan mesin elektronik bagi penyaluran sumbangan derma iaitu melalui kad kredit dan kad debit.

Sumber: Haprakdaily.

Nota: Semoga dana RM4.9 juta berkenaan digunakan untuk kepentingan Rakyat Kelantan dan bukannyauntuk kemewahan Pejabat Menteri Besar, anak beranak dan kroni.

Posting Asal:

1. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz akan melancarkan kempen kutipan derma sempena ulang tahun ke-20 Tabung Serambi Mekah, jam 9.30 pagi esok di Dewan Kompleks Balai Islam Lundang. Walaupun Kerajaan Kelantan boleh membelanjakan berjuta-juta wang Kerajaan Negeri untuk membiayai blogger-blogger Pro Pakatan Haram di dunia maya namun mereka terpaksa meminta sedekah untuk program membantu golongan yang memerlukan. Inikah corak pemerintahan yang diagung-agungkan?

2. Pengerusi Jawatankuasa Tabung Amanah Darulnaim (Tabung Serambi Mekah), Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan dari semua pihak sangat diperlukan sebagai alternatif menambah dana ekoran kerajaan pusat masih membisu berhubung tuntutan wang royalti Kelantan. Pada pendapat saya, kenyataan tersebut tidak relevan memandangkan tuntutan berkenaan masih lagi di peringkat perbicaraan mahkamah, Kerajaan Negeri Kelantan tidak seharusnya menggoyang kaki selama 20 tahun pemerintahannya, iaitu semenjak tabung berkenaan ditubuhkan pada bulan Febuari 1991.

3. Apakah Kerajaan PAS Kelantan hanya mentadbir Negeri Kelantan dengan ihsan dan derma orang ramai? Ke mana hilangnya hasil bumi seperti balak yang luas dan bernilai di Kelantan? Kelantan bukannya seperti Melaka yang tiada hasil buminya. Apakah usaha-usaha yang telah dan akan Kerajaan Negeri Kelantan lakukan untuk membawa masuk peluang-peluang ekonomi contohnya seperti di sektor pelancongan? Bukannya Kerajaan Negeri Kelantan tidak tahu bahawa negeri itu berpotensi besar di dalam sektor pelancongan memandangkan inilah satu-satunya negeri yang mempunyai paling banyak sekali patung-patung Buddha sama ada yang duduk, yang tidur atau berdiri.

4. Adakah derma-derma yang disalurkan melalui tabung ini selama 20 tahun melalui satu proses pengauditan secara telus dan bersistematik dilakukan oleh pihak-pihak yang berwajib? Bukan apa, kita tidak mahu wang dari tabung berkenaan "ghaib" secara tiba-tiba seperti mana yang berlaku kepada tabung-tabung ceramah PAS selama ini dan Tabung Mangsa Memali sehingga sekarang gagal dikesan kemana hilangnya wang hasil sumbangan orang ramai. Pak-Pak Lebai ni bukannya boleh percaya sangat dengan bab-bab duit.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates