November 7, 2010

25 YAPIM Dijadikan "Alat" Oleh Dato Mukhriz Mahathir?

Sebelum saya memaparkan e-mail dari seorang sahabat saya yang mahu nama penuhnya tidak disiarkan, saya ingin tegaskan beberapa perkara. Pertama, saya bukan pengikut tegar YB Dato Mukhriz Mahathir (MM) mahupun YB Khairy Jamaluddin (KJ). Saya juga tidak pernah atau sedang menerima habuan atau elaun bulanan dengan bertujuan untuk mempertahankan satu pihak dan memburukkan satu pihak yang lain 24 jam sehari 7 hari seminggu. Saya pernah beberapa kali memberi kritikan pedas kepada KJ tetapi bukan bermakna saya membencinya secara individu. Sepatutnya kita membeci seseorang kerana tingkah lakunya dan bukan berdendam kerana individu itu sendiri. E-mail berkenaan berbunyi:

"Salam 1Malaysia,

Hari ini 6/11/2010 berlansungnya satu program anjuran Yayasan Pembangunan Insan Malaysia (YAPIM) dengan kerjasama Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Perak, seminar sehari yang diadakan di Bankuet Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang dirasmikan oleh YAB Dato Seri Zambry Abdul Kadir Menteri Besar Perak yang juga merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak ini diberi nama "Kolokium UMNO Perak". Seminar yang bermula pada jam9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang ini di anggarkan mendapat penyertaan yang mengalakkan daripada ahli UMNO Perak yang terdiri daripada Wanita, Pemuda dan Puteri. Kolokium ini turut dihadiri oleh Pengerusi (YAPIM) iaitu YB Dato Seri Dr. Hilmi Yahaya ADUN Telok Bahang yang menyampaikan ucapan alu-aluan dan Dato Mukhriz Mahathir selaku Naib Pengerusi (YAPIM).

Kolokium yang membincangkan dua tajuk iaitu "Survival Umat Melayu Islam" dan "Bangun Runtuhnya Tamaddun Besar Dunia" dimana ianya disampaikan oleh dua fasilitator iaitu YBhg. Kapt (B) Dr. Shamsudin Munir selaku Pengurus Operasi (YAPIM) manakala tajuk kedua disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadzil bin Mohd Kasim dari Institut Latihan Islam Malaysia. Pada awalnya dilihat sesuatu yang menarik untuk dikupas bersama perserta kolokium tersebut.

Sebaik ketibaaan YAB Dato Zambry Abdul Kadir, majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan lagu UMNO Bersatu, Bersedia Berkhidmat dan lagu rasmi UMNO Perak iaitu Bersatu, Berjasa Berbakti. Kolokium pada awalnya dilihat sempurna ini telah dicacatkan dengan tayangan video ketika lagu keramat UMNO dinyanyikan. Sehingga menyebabkan beberapa pemuda bertindak memulau seminar ini, mereka bertindak keluar dari dewan sebaik sahaja selesai proses perasmian oleh MB Perak. Dalam tayangan itu memaparkan wajah Dato Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil iaitu Ketua Wanita UMNO dan wajah Ketua Puteri UMNO Dato Rosnah Haji Rashid tetapi malang sekali wajah Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr. Khairy Jamaluddin TIDAK DIPAPARKAN LANSUNG seolah-olah beliau bukan pemimpin utama barisan pemuda hari ini, wajah ini digantikan dengan wajah-wajah Dato Mukhriz Mahathir serta aktiviti Pemuda
semasa proses Pemilihan UMNO 2008.

Satu persoalan yang ingin saya tanya kepada pihak terbabit, kenapa aktiviti pemilihan pemuda 2008 yang sudah 2 tahun berlalu dipaparkan di dalam tayangan video ketika lagu UMNO dimainkan? Di mana wajah Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia? jika mereka mengatakan wajah Dato Mukhriz Mahathir dipaparkan disebabkan Khairy Jamaluddin tidak berada di dalam majlis tersebut kenapa wajah kesemua pemimpin UMNO lain dipaparkan? Adakah kerana Dato Mukhriz Mahathir adalah Naib Presiden (YAPIM) maka wajahnya perlu diberi keutamaan dan keistimewaan luar biasa oleh (YAPIM)?

Dari tindakan penganjur ini bagi saya seolah-olah wujud satu 'permainan' untuk memperlihatkan yang Khairy Jamaluddin tidak layak untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebaliknya hanya Dato Mukhriz Mahathir yang layak dan patut memenangi pemilihan dulu. Melalui 'mesej' ini jelas yang cakap-cakap dikalangan pemuda ketika Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari yang kononnya golongan 'pro Mukhriz' masih wujud satu perasaan dendam terhadap Khairy Jamaluddin, mereka juga dikatakan giat menyusun langkah untuk melakukan 'pembunuhan karier' politik Khairy Jamaluddin dengan mempergiatkan cerita buruk terhadap Khairy Jamaluddin, hal ini jelas dapat dilihat melalui beberapa blog terutama blogger dari Kedah.

Jika diteliti daripada dua tajuk yang dibawa dalam kolokium ini menunjukkan yang tujuan dan matlamat ianya diadakan adalah untuk menaikkan semangat kemelayuan serta mengupas isu-isu yang berkaitan dengan Melayu serta Islam bersama peserta yang terdiri daripada ahli UMNO Perak, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila pihak (YAPIM) dilihat menyelitkan dengan agenda 'menaikkan' bos mereka atau 'menakuk di kepala takuk'. Hal ini diakui sendiri oleh peserta sehingga ada dari kalangan mereka menyuarakan "program apa ni?". Perkara ini timbul kerana mereka tidak mendapat sebarang input malah program ini juga dikatakan satu program "last minute". Kerana kebanyakkan peserta dipercayai diberitahu mengenai program ini dua hari
sebelum berlansungnya kolokium ini.

Bila perkara sebegini berlaku dalam sebuah seminar, maka amat benarlah dakwaan saya yang barisan pemuda hari ini masih ada yang mengamalkan amalan berpuak, mereka tidak bersatu di bawah nama Pemuda UMNO Malaysia. Kalau tidak masakan mereka sanggup 'meminggirkan' Ketua Pemuda yang menang melalui pemilihan yang sah sehingga sekarang? Mungkin mereka mengikut jejak sesetengah televisyen atau suratkhabar yang dilihat 'agak berat' untuk menyiarkan cerita mengenai Khairy Jamaluddin.

Benarkah (YAPIM) dijadikan "alat" untuk menjayakan agenda Dato Mukhriz Mahathir untuk merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk pemilihan yang akan datang? Ataupun (YAPIM) digunakan untuk menyatakan protes di atas kekalahan pada tahun 2008? Jika ini benar, saya sarankan (YAPIM) tukar nama kepada Yayasan Angkat Pihak Mukhriz."

Pemilihan Agung UMNO telah lama berlalu. Seharusnya ahli-ahli UMNO merapatkan barisan dan menumpukan perhatian menentang Pakatan Rakyat dan bukannya bergaduh sesama sendiri. Kalau benar sekalipun segala rasuah dan skandal yang dilakukan oleh KJ, jatuhkanlah beliau secara terhormat di dalam pemilihan yang akan datang. Bagi pengikut fanatik YB Dato MM dan YB KJ, cukuplah dengan mengadu domba kedua-dua pemimpin berkenaan yang tidak memberikan sebarang keuntungan terutamanya kepada UMNO. Sudah-sudahlah tu. Bosanlah membaca pertelingkahan ini di laman sosial FB dan Twitter. Tahulah upah yang anda semua terima amat lumayan sekali.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

November 4, 2010

0 Selamat Menunaikan Tanggungjawab Pengundi-Pengundi Batu Sapi & Galas




Selamat menunaikan tanggungjawab kepada pengundi-pengundi di Batu Sapi dan juga Galas. Semoga kemenangan berpihak kepada pihak yang benar. Amin.

November 1, 2010

6 Ansari Masih Berlakon

Siapa boleh mencari benda pelik di dalam gambar ini? Gambar yang diambil di Sidang Media di Bilik Gerakan PKR di Batu Sapi 11.00 pagi semalam. Tak jumpa? Cuba lihat calon PKR Bukit Sapi. Tangan siap berbalut dan bergantungan di leher tetapi dengan tangan yang sama masih boleh menggunakan telefon bimbit untuk ber sms/e-mail/Facebook. Hebat lakonan calon PKR ni. Teringat saya lakonan diva artis terkenal di sebelah kiri Ansari. Siap berkerusi roda dan berbalut tengkoknya suatu ketika dahulu sedangkan di dalam penjara boleh berjalan dengan elok. Sandiwara betul!

6 Inikah Sikap Kesukanan Yang Kita Mahukan?



Final Piala Malaysia sudah 2 hari berlalu. Corat-coret gelagat penyokong kedua-dua pasukan masih lagi jadi bualan. Lihatlah gambar di atas. Inikah rupa wajah anak bangsa bakal pewaris negara? Apa agaknya kata Menteri Besar Kelantan?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates