October 21, 2010

18 Rosmah Perlu Memikirkan Penglibatannya Dalam Islamic Fashion Festival

Ramai yang bertanyakan kepada saya kenapa tulisan saya sejak akhir-akhir ini kelihatan seperti pembangkang. Ingin saya tegaskan di sini, saya menulis di blog tanpa dibayar oleh sesiapa. Oleh itu, saya tidak bertanggungjawab untuk memuaskan hati "Boss" saya seperti mana blogger-blogger berbayar lain yang 24 jam tugas mereka untuk memuaskan hati boss masing-masing dengan menghentam pihak yang tidak sealiran dengan mereka.

Saya sayangkan pemimpin-pemimpin saya. Adalah tanggungjawab saya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk menegur pemimpin-pemimpin saya sekiranya mereka tergelicir dari asas perjuangan dan ajaran anutan mereka iaitu Agama Islam. Sebagai blogger jalanan yang tidak bertuan, kami seboleh-bolehnya mahu bertindak sebagai "Check & Balance" buat Kerajaan yang ada. Tanpa bermaksud untuk membangkang 24 jam, kami juga tidak mahu seperti burung kakak tua, yes boss ... yes boss!

Berbalik kepada isu penganjuran Islamic Fashion Festival (IFF), saya menyokong penuh tindakan beberapa ahli parlimen pembangkang seperti PAS MP untuk Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Ghazali, yang meminta Kerajaan supaya mengkaji semula penglibatan Malaysia di dalam IFF kerana bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam lebih malang mereka berani menghina Rasulullah SAW dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian secara terbalik.

IFF ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara DS Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya (founding patron). Perancangan asal untuk melahirkan IFF memang satu tindakan yang bernas namun pengisiannya perlu difikirkan semula. IFF adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam yang diajarkan oleh Islam kepada kita.

DS Najib, DS Rosmah, Prince Albert dan TS Taib Mahmud kelihatan di pertunjukan Islamic Fashion Festival di Monte Carlo, August 9, 2010
Seorang peragawati memperagakan fesyen "buka aurat" dan nama "Muhammad" secara terbalik.
Seorang model memperagakan ciptaan pereka fesyen Palestin, Hindi Mahdi

Model memperagakan ciptaan pereka fesyen Indonesia, Ghea Panggabean

Antara barisan model yang menjayakan IFF di Monte Carlo

October 19, 2010

6 The Best Place To Work In Malaysia

  • Prime Minister Department had been allocated a whopping RM18.4 million for the year 2011, almost double the RM10.2 billion in 2010. (What on earth they need extra RM8.2 billion?)
  • Prime Minister Department has more than 40,000 employees. (Anybody can help me get the total number of White House' staff please!)
  • The government had spent RM4.3 billion for the Prime Minister Department in 2006 and the amount had increased to RM10.2 billion in 2009. (Wow! that means between 2006 and 2009 there was a 136% increase!)
  • Official trips overseas made by the Prime Minister cost RM9.807 million this year alone, an increase of almost RM4 million from 2008. While the costs of overseas trips in 2008 was RM5.597 million and RM6.041 million in 2009. This mean that from 2008 to 2009, there was 7.94% increased and from 2009 to 2010, there is a 62.32% increased. (No wonder Kak Rosmah is so happy accompanied his husband on their overseas trip!)
I would say that this is the best place to work in Malaysia. Great salary package and most likely shaking legs. WOW!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates