October 8, 2010

1 Kenyataan Pengerusi HINDRAF Terhadap Tuanku Sultan Johor Biadap!

Kenyataan Pengerusi HINDRAF, P. Waytha Moorthy dengan nada mengajar DYMM Tuanku Sultan Johor tentang Perlembagaan Negara dan menganggap Tuanku Sultan sebagai jurucakap kepada PERKASA amat biadap dan keterlaluan. Waytha Moorty yang masih melarikan diri ke London dan pernah berusaha menyaman Kerajaan British kerana membawa Datuk dan Neneknya dari India ke Tanah Melayu, mempertikaikan Tuanku Sultan Johor kerana telah mencemarkan pemisahan kuasa dan demokrasi berparlimen. Beliau juga turut mengajar dan memberi arahan kepada Tuanku Sultan Johor untuk melihat keseluruhan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang turut memperkatakan tentang hak orang bukan Melayu dan bukan Islam. Baca Kenyataan penuh bangsat ini di sini.

Orang-orang Melayu memang baik hati, bersopan santun dan berbudi bahasa. Sudahlah negeri sendiri sanggup dikongsi dengan bangsa lain dengan harapan kemerdekaan dapat tercapai dengan kadar segera, malah mereka juga turut merelakan Tuanku Sultan mereka untuk diperintah dan diajar oleh kaum pendatang ini. Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam dengan senangnya disindir dan diberi arahan oleh seekor India yang tidak sedar diri asal usul keturunannya.

Saya masih menunggu kenyataan dari PERKASA. Mungkin orang-orang kuat PERKASA tengah sibuk menghitung nasib mana-mana pihak yang sudi mencalonkan mereka sebagai calon pilihanraya DUN Galas. Jangan sekadar mencari publisiti murahan dengan memaparkan "banner" bergambar besar ala-ala wakil rakyat di Gombak sehingga membuatkan orang lalu lalang menjadi meluat, sedangkan apabila Ketua Agama dihina, kamu semua mendiamkan diri!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates