October 1, 2010

11 Dua Wajah "Racist" Bakal Pencetus Rusuhan Kaum?

Penulis bukan seorang "racist" atau ektremis perkauman. Penulis mempunyai ramai sahabat-sahabat terdiri dari kaum Cina, India, Melanau, Iban, Dayak, Singh, Kadazan, Murut dan juga orang-orang asli. Namun, penulis amat bencikan dua wajah yang kebetulan berketurunan Cina. Pertamanya, seorang wartawan Malaysian Insiders bernama Boo Su-Lyn, yang menyamar dengan berselendang menceroboh masuk ke dalam majlis Puteri UMNO bersama Tun Dr Mahathir berlansung pada 27 September yang lalu.

Tujuannya, tidak lain dan tidak bukan mempunyai niat tersebunyi untuk mengadu-domba, mencari jalan untuk ‘memporak-perandakan’ atau menimbulkan syak-wasangka di antara kaum. Sahabat penulis, Mohd Faizal Mohd Salleh dalam blognya Sahabat Gunung, mengulas dengan terperinci di sini. Lihat gambar di bawah baik-baik. Pastikan amoi ini tidak lagi menyelinap masuk ke dalam mana-mana majlis tertutup dengan bertujuan mencetus api perkauman.

Keduanya, seorang komposer, penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi, Namewee yang merancang hendak mengadakan konsert bergerak "Nah" yang antara lain menghina seorang guru Melayu, Cikgu Inshah. Penghinaan Namewee kepada Cikgu Inshah telah terbukti melalui klip video "Youtube"nya tetapi apakah dakwaan ramai orang kepada Cikgu Inshah itu benar? Setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil mengemukakan bukti bahawa Cikgu Melayu berkenaan telah menghina bangsa India dan Cina. Yang ada hanyalah laporan polis yang dibuat oleh hanya dua keluarga pelajar yang juga "kebetulan" ahli Hindraf? Rasanya, semua orang sudah menghafal gambar di bawah bukan?

Semalam kononnya 100 pelajar (cuba bilang gambar di bawah, cukup 100 tak?) Kolej New Era, milik pertubuhan ekstrimis Cina, Dong Zong, berhimpun dan mendesak pentadbiran kolej itu menarik balik pembatalan program Namewee di tempat mereka malam ini.

Penulis melihat semua ini sebagai ada pihak cuba bermain dengan api. Mainlah. Tengok terbakar diri atau tidak!

September 30, 2010

10 Ku Li Dilantik Pengarah PRK DUN Galas, PAS Pasti Bungkus!

Penulis mengambil beberapa hari untuk mengulas isu DUN Galas bagi menghormati sekembalinya arwah Che Hashim Sulaima ke Rahmatullah. Saya menyokong penuh keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO semalam yang melantik anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mesra dipanggil Ku Li sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil DUN Kelantan kawasan Galas.

Umum mengetahui Ku Li mempunyai pengaruh yang begitu besar di Gua Musang. Tidak mungkin UMNO dan BN mampu mengambil balik kerusi DUN berkenaan dari PAS tanpa sokongan Ku Li. Pihak parti PAS mengetahui mengenai perkara ini sehinggakan ada di antara pemimpin-pemimpinnya mengeluarkan kenyataan supaya UMNO tidak bertanding di dalam PRK DUN Galas atas alasan perpaduan Melayu. Antara suara-suara dayus dan pengecut datangnya dari Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan. Sejak bila pula PAS mementingkan perpaduan Melayu. PAS ibarat seperti anjing yang tersepit. Tidak mustahil mereka akan menggigit tangan yang menolong mereka di dalam kesusahan.

Pastinya isu yang bakal dimainkan oleh PAS adalah sokongan Ku Li terhadap Kerajaan Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak. Saya tidak nampak isu ini dapat melabelkan Ku Li sebagai gunting di dalam lipatan atau musang berbulu ayam. Tidak salah bagi Ku Li menyatakan sokongannya mengenai tuntutan royalti minyak kerana sebagai seorang yang berketurunan Raja, beliau pasti mahukan apa yang terbaik untuk Rakyat Kelantan. Namun, sokongan dan kesetiaannya kepada UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh dipertikaikan.

Dengan isu air bersih yang tidak pernah selesai sejak 20 tahun Kelantan dipegang oleh PAS, saya rasa pengundi-pengundi DUN Galas akan membuat keputusan yang bijak. Saya yakin dengan sokongan setiap akar umbi dan segenap lapisan kepimpinan UMNO / BN, kerusi DUN Galas yang dirampas oleh PAS di dalam PRU12 dengan majoriti kecil 646 undi mampu diambil kembali. Kalau hendak betul-betul yakin, letak sahaja Ku Li sebagai calonnya. Potong jari saya kalau beliau kalah!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates