September 6, 2010

9 Panas! Selepas Seksyen 23, Shah Alam Kerajaan Selangor Ghairah Membina Kuil Di USJ 27

Tidak sudah-sudah Kerajaan Pakatan Haram di Selangor hendak melakukan kontroversi. Setelah Kerajaan Selangor puas memporak-perandakan penduduk-penduduk di Seksyen 23 dengan perancangan pembinaan kuil Hindu di kawasan yang majoriti penduduknya adalah Melayu, kini setelah hampir setahun berlalu, Kerajaan Selangor kini telah memulakan kontroversi yang lebih kurang sama.

Kerajaan Selangor kini telah membuat perancangan untuk pembinaan kuil ke tapak kosong di USJ 27 yang juga berhadapan dengan Putra Crest dan Putra Heights, Subang Jaya. Pembinaan kuil Hindu tersebut mendapat tentangan yang padu dari majoriti penduduk USJ 16 - 27, Putra Crest & Putra Avenue. Mereka telah mewujudkan Jawatankuasa Bertindak Penduduk untuk mewakili suara penduduk di dalam membantah pembinaan kuil Hindu tersebut.

Jawatankuasa Bertindak Penduduk telah pada 26 Ogos 2010 telah menghantar memo bantahan kepada Pengerusi, Lembaga Rayuan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dengan menghantar salinan-salinan kepada ADUN-ADUN dan pihak-pihak yang berkaitan. Salinan memo berkenaan adalah seperti di bawah:

Penulis merasakan penduduk-penduduk USJ 27, Putra Crest dan Putra Avenue mempunyai alasan-alasan yang sangat konkrit untuk membantah pembinaan kuil Hindu di tempat mereka , antaranya seperti berikut:

1. Kuil Hindu yang akan dibina terletak berhadapan jalan utama menuju ke Putra Height. Penduduk bimbang dengan masalah trafik dan parking haram yang menghalang penduduk-penduduk untuk keluar dan masuk ke kawasan penempatan mereka.

2. Kuil Hindu berkenaan terletak berhadapan dengan taman permainan kanak-kanak USJ 27. Tambahan lagi kuil berkenaan terletak berhadapan dengan perumahan lot banglo mewah yang sedang dibina serta rumah teres penduduk.

3. Pelan asal perancangan bandar tidak langsung menunjukkan kewujudan sebarang tapak kuil sebelum penduduk-penduduk membeli hartanah mereka di situ.

4. Penduduk-penduduk merasa hairan mengapakah kuil baru hendak dibina di situ sedangkan terdapat 2 kuil besar yang sudah sedia ada terbina yang terletak berdekatan USJ 25, iaitu kira-kira 1 kilometer jarak perjalanan.

5. Penduduk-penduduk Melayu Islam berjumlah lebih 80% mendiami kawasan Putra Height. Mengapakah kuil Hindu ingin dibina di kawasan yang majoritinya kawasan Melayu Islam? Berapa banyakkah kuil Hindu yang hendak dibina di kawasan berkenaan? Ramai sangatkah penduduk-penduduk India beragama Hindu di Selangor amnya dan Putra Height khasnya?

Penulis akan sentiasa melaporkan di dalam blog ini perkembangan kes ini dari semasa ke semasa. Penulis berharap agar penduduk Putra Crest @ Putra Heights akan tabah menghadapi liku-liku di dalam proses bantahan ini sehinggalah Kerajaan Selangor menarik balik cadangan pembinaan kuil. Perkara yang sama telah menghantui kami dan jerih perih membantah keputusan zalim Kerajaan Selangor telah dialami oleh kami, penduduk-penduduk Seksyen 23, Shah Alam sehinggakan 12 orang penduduk telah didakwa di mahkamah. Kami akan memberikan segala pertolongan yang termampu kepada mangsa-mangsa di kawasan berkenaan, Insyaallah. Ingatlah suara Rakyat, suara keramat. Marilah sama-sama kita tukarkan Kerajaan Selangor di dalam PRU13.

September 4, 2010

12 Iklan Hari Raya Di TV3 Wajar Ditarik Balik!

Penulis merasa agak terkilan dengan menonton iklan hari raya terbitan TV3 tahun 2010. Iklan ini memaparkan bagaimana seorang pakcik berbasikal roda tiga yang mengangkut cucu mereka terbang ke bulan umpama seorang Santa Claus membawa pendati yang diheret oleh rusa-rusanya. Apakah ini caranya mengambarkan suasana lebaran yang menyerupai Hari Natal. Tambahan lagi, apa kena mengena bunga teratai di dalam iklan tersebut dengan hari lebaran? Bukankah bunga teratai amat sinonim dengan perayaan Thaipusam? Lihatlah iklan berkenaan yang telah dimuat turun di Youtube, di sini.

Jika iklan ini diulang-ulang, maka jangan terkejut sekiranya selepas ini ramai penganut Islam celup di luar sana yang terikut-ikut dengan budaya dan kepercayaan agama lain. Silap-silap boleh menyebabkan tergelincir akidah dan lebih teruk boleh murtad. Jika nak buat iklan 1Malaysia pun, tolong jangan melibatkan hal-hal keagamaan. Tolong jaga keaslian Agama Islam. Pihak media tolong ambil perhatian. Jangan tunjuk kejahilan diri. Penulis berharap agar pihak TV3 tolong peka terhadap hal-hal sebegini. Sepatutnya setiap keluaran perlu melibatkan pandangan orang pandai Agama.

Penulis masih ingat beberapa tahun dahulu ada mufti yang telah memfatwakan bahawa iklan kongsi raya adalah haram. Apakah perkara yang sama telah berulang? Apakah iklan ini terlepas pandang dari pantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Apakah pihak SKMM hanya sibuk dengan kes-kes di internet seperti kes Namewee dan Hassan Skodeng? Penulis ingin ingatkan 1Malaysia bukan bererti kita semua menganut satu Agama. Sensitiviti umat Malaysia di negara ini perlu dijaga. Diharap pihak TV3 dapat menarik kembali siaran iklan berkenaan dengan kadar segera.

September 3, 2010

9 Intelligent Riddle

DS Anwar Ibrahim once has an opportunity to meet former Singapore Prime Minister, Lee Kuan Yew over a cup of tea. Anwar Ibrahim then asked Lee Kuan Yew, "Mr Lee, how do you run such an efficient government before? Are there any tips you can give to me?"

"Well," said Lee, "the most important thing is to surround yourself with intelligent people."

Anwar frowned, and then asked, "But how do I know the people around me are really intelligent?"

Lee took a sip of tea. "Oh, that's easy, you just ask them to answer an intelligent riddle." Lee pushed a button on his intercom. "Please send Goh Chok Thong in here, would you?"

Goh Chok Thong walked into the room and said, "Yes, my mentor?"

Lee smiled and said, "Answer me this please, Goh, your mother and father have a child. It is not your brother and it is not your sister. Who is it?"

Without pausing for a moment, Goh answered, "That would be me."

"Yes! Very good," said Lee.

Anwar Ibrahim went back home to ask his counterpart, Lim Kit Siang the same question. "Answer this for me. Your mother and your father have a child. It's not your brother and it's not your sister. Who is it?"

"I'm not sure," said Lim Kit Siang. "Let me get back to you on that one." He went to his advisors and asked every one, but none could give him an answer. Finally, he ended up in the men's room and recognized TS Mahyuddin's shoes in the next stall. Lim Kit Siang didn't want but asked anyway, "Tan Sri, can you answer this for me? Your mother and father have a child and it's not your brother or your sister. Who is it?"

TS Mahyuddin yelled back, "That's easy, it's me!"

Lim Kit Siang smiled, and said, "Thanks!" Then, he went back to speak with Anwar Ibrahim.

"Say, I did some research and I have the answer to that riddle. It's TS Mahyuddin!"

Anwar Ibrahim got up, stomped over to Lim Kit Siang, and angrily yelled into his face, "No! You idiot! It's Goh Chok Thong!"

AND THAT MY FRIENDS IS PRECISELY WHAT'S GOING ON WITH OUR OPPOSITIONS. NEVER USE THEIR BRAINS AND DO THE THINKING.

September 2, 2010

16 Setengah Juta Untuk Sekolah Cina Swasta - Siapa Yang "Racist"?

Speaker DUN Selangor, Teng Cham Kim, semalam melalui laman sosial Twitter dengan bangganya menyebut:
"Selangor gvmet gives RM500K to every Chinese Independent school in Selangor. BN can't do it, so it gives RM15K to 50 students."
Apabila ADUN-ADUN DAP hendak memberikan wang sumbangan kepada surau-surau sebanyak hanya RM1,000, umat Islam Selangor merelakan saf-saf sembahyang dipijak-pijak semata-mata untuk mengemis habuan yang sedikit. Sedangkan Kerajaan DAP Selangor dengan begitu "racist" menyumbang SETENGAH JUTA RINGGIT MALAYSIA untuk setiap sekolah Cina swasta yang tidak langsung berada di bawah Kementerian Pelajaran. Siapa yang "racist" dan perkauman? Berapalah agaknya dana yang diperolehi oleh Sekolah Agama Rakyat daripada Kerajaan DAP Selangor? Itupun masih ramai orang Melayu Islam yang tidak sedar diri menyokong parti "racist" DAP.

September 1, 2010

1 Poor Advertisement By TNB

I came across with this TNB's advertisement appeared in The Star yesterday.

Question: What's wrong with it?

Answer: TV came to Malaysia in 1963!!

Moral of the story: Please do your homework properly Mr Advertising Company. You give bad remark to this GLC company. lol.

6 Bukti Kenapa Satu Sebab Hudud PAS Wajar Ditolak

Fasal 14 dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu dan Enakmen 16 Kanun Jenayah Syariah Kelantan jelas menyatakan liwat bukan kesalahan jika dilakukan terhadap isteri, sesuatu yang bertentangan dengan Kanun Keseksaan dan hukum Agama. Fasal berkenaan dipetik berbunyi:
"Liwat adalah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di atara seorang lelaki dengan seorang perempuan SELAIN ISTERINYA yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur."
Masyaallah, begitu rendah nilai seorang isteri di mata juak-juak PAS. Walaupun Agama Islam mengHARAMkan liwat atau "mendatangi" isteri melalui duburnya, namun Enakmen Kesalahan Syariah (Hudud dan Qisas) di Terangganu dan Kanun Jenayah Syariah Kelantan ternyata menghalalkannya. Penerangan Ayat Al Quran dan Hadis mengenai pengharaman mendatangi isteri melalui duburnya boleh di baca di sini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates