August 25, 2010

29 Hebat Melayu Islam PAS

Hebat ustaz-ustaz PAS ni. Sudahlah nama DYMMSPB Yang Dipertuan Agong tidak didoakan di dalam khutbah Jumaat. Nama Khalifah Lim Guan Eng pula yang dijadikan sebagai galang gantinya. Beliau didoakan kononnya supaya dibuka pintu hati untuk memeluk Islam. Ada saya kata salah. Mana ada salah. Semua yang dibuat PAS semuanya betul belaka.

Terbaru, Ahli Parlimen bukan Islam telah dijemput untuk memberi tazkirah Ramadhan di dalam surau tempat umat Islam menunaikan sembahyang berjamaah. Pada 22 Ogos 2010, lebih kurang pukul 9.33 malam, Ahli Parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching telah memberi tazkirah di Surau Al Huda, Kajang. Ada saya kata salah, mana ada salah! Orang PAS buat semua betul. Kalau tak betul pun boleh minta Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat untuk menghalalkan semuanya. Hebat puak-puak Melayu Islam PAS ni!

Baca sendiri ulasan ADUN Serdang dan Pengerusi Surau, Ustaz Azemi Ahmad di blog Teo Nie Ching For Serdang.

August 24, 2010

10 1 Hudud - 3 Pendapat Dari 1 PR Terdiri 3 Parti Berlainan Idealogi

1. Segalalanya bermula, sekali lagi, apabila Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bahawa PAS akan tetap melaksanakan undang-undang Hudud di Malaysia.

2. Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh tidak sependapat dengan Dato' Nik Aziz dan mengatakan DAP tidak akan sekali-kali menerima sebarang bentuk perlaksanaan hudud di negara ini. Baca Bernama di sini.

3. Dato' Nik Aziz walaubagaimanapun cuba menyembunyikan keadaan dengan mengatakan bahawa kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu. Baca Bernama, di sini.

4. Karpal Singh hari ini menafikan dakwaan Dato' Nik Abdul Aziz bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan Negara Islam yang dicadangkan PAS. Baca Bernama di sini.

5. Penasihat dan pemilik parti DAP anak beranak, Lim Kit Siang turut sama lantang menolak Hukum Hudud. Kit Siang ketika menulis di dalam blognya, tetap mempertahankan pendirian yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular. Katanya, undang-undang Hudud bukanlah polisi Pakatan Haram. Baca posting blog beliau, di sini.

6. Terbaru, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad membuat kenyataan bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan. Menurut Bernama, Nik Nazmi berkata, “PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan." Beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

7. Penasihat PKR dan ikon Pakatan Haram, Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti biasa berdiam diri dan "play safe" dari melibatkan diri di dalam isu-isu sensitif di dalam gabungan haram ini.

8. Yang pasti juak-juak PAS akan tetap menyalahkan UMNO walaupun kenyataan-kenyataan di atas dibuat oleh rakan seranjang mereka sendiri.

9. Inilah yang dikatakan tidur sebantal dan sekatil tetapi mempunyai mimpi lain-lain.

August 23, 2010

8 Gempar! Kariah Masjid Kampung Menora Diancam



Pihak kami baru mendapat maklumat rumah anak kariah Masjid Padang Menora yang telah membuat laporan polis mengenai isu doa Lim Guan Eng di dalam Khutbah Jumaat tempoh hari telah dilempar mercun yang kuat letupannya sebanyak 3 kali pada jam 2.00 pagi tadi. Tambahan lagi bendera DAP telah dipacak di hadapan rumahnya. Kami difahamkan laporan polis kali kedua mengenai kejadian semalam telahpun dibuat hari ini.

Penulis tidak mahu menunding jari ke atas pihak mana yang bertanggungjawab. Kemungkinan besar ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mencetuskan api perkauman di sana. Diharap semua pihak agar menjadi rasional dan tidak mengambil tindakan yang membelakangkan undang-undang. Biarlah pihak polis yang menyelesaikan perkara tersebut.

12 Tantawi Dan Nikah Gantungnya

Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” - pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi. “Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial. “Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini. Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah. “Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.
Sumber: The Malaysian Insiders.
Saya tidak tahulah mana Ustaz PAS seorang ni belajar tentang nikah khitbah atau nikah gantung ni. Mungkin beliau belajar dari Khalifah Lim Guan Eng atau Syeikul Karpal Singh Al Mangkuki kot. Setahu saya sekiranya sudah di aqad nikah dan mematuhi rukun-rukun nikah, maka sahlah kedua-dua lelaki dan perempuan tersebut sebagai pasangan suami isteri. Sejak bila ada gantung-gantung ni.

Ada perbezaan ke nikah gantung Syeikh Tantawi ni dengan aqad nikah yang disyaratkan oleh Agama Islam? Kalau tak ada perbezaan kenapa Ustaz Tantawi dari PAS ini sanggup mengeluarkan perkataan "tidak perlu risau setelah terlanjur". Terlanjur kepala bana. Sejak bila pula orang yang sah ikatan perkahwinannya dikira sebagai terlanjur. Orang bagi pendapat mengenai kes pembuangan bayi, dia pun nak bagi pendapat. Media salah lapor lagi ke Ustaz? Mungkin saya belajar Agama tak tinggi. Mungkin ada pendapat lain yang tidak pernah saya belajar sebelum ini, mungkin.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates