July 5, 2010

13 Kerajaan Kelantan Sanggup Membiarkan Rakyatnya Tinggal Di Reban Ayam

Zalim dan tidak berhati perut. Itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut saya apabila membaca kehidupan 5 sekeluarga yang terpaksa tinggal di kolong bawah rumah, bekas reban ayam. Penderitaan keluarga malang yang tinggal di Kampung Pauh Dalam, Pengkalan Chepa, Kelantan boleh di baca di Utusan Malaysia. Menteri Besar Kelantan masih sibuk berpolitik. Tidak habis-habis bertekak dengan Karpal Singh mengenai penubuhan negara Islam sedangkan beliau tahu beliau tidak ada daya dan usaha untuk melawan cakap OKU berkenaan. Di mana wakil rakyat, di mana ADUN dan di mana Ahli Parlimen kawasan berkenaan? Sibuk memenuhkan kantung poket dan membesarkan perut yang buncit masing-masing sehinggakan penderitaan Rakyat tidak diambil peduli? Makhluk-makhluk ini hanya akan kelihatan 4 tahun sekali sewaktu merayu undi di dalam PRU dengan berjanjikan bulan dan bintang.

Sekiranya Kerajaan Kelantan sanggup mengeluarkan RM4 juta untuk kelengkapan bloggers PAS menghentam Kerajaan BN, tidak bolehkah sedikit peruntukan Kerajaan Negeri digunakan untuk membina rumah keluarga malang berkenaan. Berapa banyak sangat jumlah untuk membina rumah kampung yang murah di Kelantan. Sanggup mereka membiarkan keluarga malang ini tinggal di kolong bekas reban ayam berkeluasan 3 meter persegi dan ketinggian satu meter. Saya kesihankan Rakyat Kelantan. Demi dijanjikan syurga, setiap 4 tahun sekali pasti mereka akan memangkah lambang bulan walaupun terpaksa merana di negeri sendiri. Apa nak buat. Tanggung sendirilah.

July 1, 2010

3 Hebat Betul Pakatan Haram - Pelancaran "Friend Of Pakatan Rakyat" Dibuat Di London

Mulanya tertanya-tanya juga. Kaya betul Pakatan Haram ni ya. Apa tidaknya. Pelancaran "Friends Of Pakatan Rakyat" akan dilancarkan di London. Bukan Lendu dekat Melaka tau! Tidak cukup hebatkah bumi Malaysia ini untuk dibuat pelancaran majlis berkenaan. Pelancaran berkenaan yang bakal diadakan pada 4 Julai 2010, yang akan dilancarkan oleh anak emas PKR, Dato' Zaid Ibrahim yang turut akan dihadiri oleh anak perempuan Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah, YB Sivarasa dan tidak ketinggalan juga penjenayah besar yang dikehendaki oleh Kerajaan Malaysia, Raja Petra Kamaruddin. Aturcara penuh boleh dilihat di blog penjenayah dalam buangan berkenaan, Malaysia Today.

Saya mengucapkan tahniah kepada Pakatan Haram yang sejak akhir-akhir ini kelihatan sangat mewah. Pelancaran kelab penyokong parti pun dapat diadakan di London. Bukan calang belanja hendak mengadakan majlis berkenaan. Mungkin sebahagian perbelanjaan adalah dari sumbangan daripada negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka. Yalah, di Selangor sahaja berapa banyak hasil pasirnya.

Keduanya, mungkin YB-YB Pakatan Haram hendak merasai kemewahan melancong dan membeli belah di kota London. Selama ini mereka hanya mencemburui rakan-rakan mereka daripada BN yang menganjurkan majlis yang seakan-akan sama di sana. Siapa yang tidak terliur berbelanja di butik-butik terkenal seperti Donna Karan, Gucci, Dolce Gabbana dan Prada. Ingin juga sekali sekala kan YB YB?

Ketiganya, apalah faedah yang diperolehi oleh Rakyat Malaysia yang juga merupakan pembayar cukai dengan tertubuhnya Kelab Penyokong Pakatan Haram di Kota London. Adakah masalah air di Kedah dapat diselesaikan. Adakah slogan "Merakyatkan Ekonomi Selangor, Hasil Bumi Akan Dikembalikan Kepada Rakyat" di Selangor akan tercapai? Apakah Rakyat Kelantan yang miskin papa kedana di pendalaman turut boleh merasakan keseronokan penubuhan ikelab ini. Tepuk dada tanya iman.

Yang terakhir, bukankah dahulu pihak PDRM sibuk mencari penjenayah yang dikehendaki yang telah melarikan diri secara haram dari Malaysia, Raja Petra Kamaruddin untuk diektradisi, kononnya. Bukankah artikel ini jelas memberitahu di mana beliau berada? Kalau kurang jelas biar saya beritahu. Pada 4 Julai 2010, Raja Petra Kamaruddin akan berada di Conway Hall, 25 Red Lion Square, Holborn, London. Dengan bantuan Interpol, penjenayah ini tidak dapat dibawa pulang untuk dibicarakan kah? Atau kes Raja Petra ini hanya hangat-hangat tahi ayam dan Menteri Amaran sekali lagi akan memberi amaran keras untuk menangkap Raja Petra. Kita tunggu dan lihat.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates