July 1, 2010

3 Hebat Betul Pakatan Haram - Pelancaran "Friend Of Pakatan Rakyat" Dibuat Di London

Mulanya tertanya-tanya juga. Kaya betul Pakatan Haram ni ya. Apa tidaknya. Pelancaran "Friends Of Pakatan Rakyat" akan dilancarkan di London. Bukan Lendu dekat Melaka tau! Tidak cukup hebatkah bumi Malaysia ini untuk dibuat pelancaran majlis berkenaan. Pelancaran berkenaan yang bakal diadakan pada 4 Julai 2010, yang akan dilancarkan oleh anak emas PKR, Dato' Zaid Ibrahim yang turut akan dihadiri oleh anak perempuan Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah, YB Sivarasa dan tidak ketinggalan juga penjenayah besar yang dikehendaki oleh Kerajaan Malaysia, Raja Petra Kamaruddin. Aturcara penuh boleh dilihat di blog penjenayah dalam buangan berkenaan, Malaysia Today.

Saya mengucapkan tahniah kepada Pakatan Haram yang sejak akhir-akhir ini kelihatan sangat mewah. Pelancaran kelab penyokong parti pun dapat diadakan di London. Bukan calang belanja hendak mengadakan majlis berkenaan. Mungkin sebahagian perbelanjaan adalah dari sumbangan daripada negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka. Yalah, di Selangor sahaja berapa banyak hasil pasirnya.

Keduanya, mungkin YB-YB Pakatan Haram hendak merasai kemewahan melancong dan membeli belah di kota London. Selama ini mereka hanya mencemburui rakan-rakan mereka daripada BN yang menganjurkan majlis yang seakan-akan sama di sana. Siapa yang tidak terliur berbelanja di butik-butik terkenal seperti Donna Karan, Gucci, Dolce Gabbana dan Prada. Ingin juga sekali sekala kan YB YB?

Ketiganya, apalah faedah yang diperolehi oleh Rakyat Malaysia yang juga merupakan pembayar cukai dengan tertubuhnya Kelab Penyokong Pakatan Haram di Kota London. Adakah masalah air di Kedah dapat diselesaikan. Adakah slogan "Merakyatkan Ekonomi Selangor, Hasil Bumi Akan Dikembalikan Kepada Rakyat" di Selangor akan tercapai? Apakah Rakyat Kelantan yang miskin papa kedana di pendalaman turut boleh merasakan keseronokan penubuhan ikelab ini. Tepuk dada tanya iman.

Yang terakhir, bukankah dahulu pihak PDRM sibuk mencari penjenayah yang dikehendaki yang telah melarikan diri secara haram dari Malaysia, Raja Petra Kamaruddin untuk diektradisi, kononnya. Bukankah artikel ini jelas memberitahu di mana beliau berada? Kalau kurang jelas biar saya beritahu. Pada 4 Julai 2010, Raja Petra Kamaruddin akan berada di Conway Hall, 25 Red Lion Square, Holborn, London. Dengan bantuan Interpol, penjenayah ini tidak dapat dibawa pulang untuk dibicarakan kah? Atau kes Raja Petra ini hanya hangat-hangat tahi ayam dan Menteri Amaran sekali lagi akan memberi amaran keras untuk menangkap Raja Petra. Kita tunggu dan lihat.

June 29, 2010

11 Kalau Hendak Fitnah Tu Agak-Agaklah Haprakdaily

Inilah bakal ulamak munafik. Namanya Ustaz Hosni Mubarak Abdul Majid. Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berbangga dengan ciri-ciri ustaz munafik seorang ini. Kalau tidak masakan diaraknya Ustaz munafik ini ke majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI Jaya. Kenapa saya katakan bahawa Ustaz Hosni seorang munafik. Sudahlah datang tidak dijemput, makan percuma pulak. Lepas sudah kenyang, balik tabur fitnah. Kalau betul dakwaannya bahawa beliau telah ditipu oleh UMNO, sepatutnya beliau tidak menunggu lebih lama untuk meninggalkan majlis tersebut. Ini boleh sempat menterdarah bersama-sama Perdana Menteri.

Haprakdaily sememangnya suka bab-bab fitnah ni. Tajuk beritanya sahaja adalah "UMNO Tipu, Jatuh Reputasi Ulama Muda". Tidak ada apa yang hendak dihairankan dengan keletah Haprakdaily ini. Al Maklumlah apa sahaja yang boleh mengenakan UMNO akan dijadikan ikon mereka. Tahniah Ustaz Hosni, tidak sia-sia pembelajaran anda di Jordan kalau setakat balik Malaysia hendak jadi penipu. Baca penipuan Ustaz Hosni seperti dilaporkan di Haprakdaily dan tembelangnya dipecahkan di Malaysiakini.

June 28, 2010

2 Ragam Ahli Politik "Rakyat" Seluruh Dunia

Turkey

Mexico

Korea Selatan

Ukraine

Russia

Italy

Taiwan

India

Jepun

Dan tidak kurang di Malaysia

Persoalannya, mengapakah mereka tidak boleh berbahas dengan sopan seperti di People Republic Of China. Aman dan tenteram.

Moral cerita: NGO Melayu Perkasa, jangan dok sibuk-sibuk hendak bergaduh dengan Pemuda UMNO. Tidak bolehkah duduk semeja berbincang tanpa perlu masyarakat luar tahu apa yang kita perdebatkan. Kenapa mesti bergaduh sesama orang-orang Melayu? Pernahkah melihat NGO Cina di Malaysia bergaduh dan bertelagah di media massa dengan parti MCA, Gerakan maupun DAP. Ada otak letakkan di kepala, jangan di kepala lutut. Kalau ada pergeseran selesaikan dengan baik, bijak dan secara orang dewasa. Kalau ada tidak sefahaman jangan diungkit di media massa. Tidak perlu jadi hero. Menang jadi abu, kalah jadi arang. Hentikan sifat dengki mendengki dan busuk hati yang menjadi teras amalan orang-orang Melayu. Boleh tak?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates