3. Wakil MIC tidak ada apa yang boleh dikomen. Itu sudah dibuat perjanjian sebelum PRK Hulu Selangor. Dijanji dilantik menjadi senator dan diserap sebagai Timbalan Menteri. DS Najib juga yang tertipu. Orang yang membuat perjanjian berkenaan masih ditampuk kuasa sampai mati.
4. Menteri-menteri yang gagal di dalam prestasi KPInya di mata rakyat masih memainkan peranan penting di dalam kabinet DS Najib. Menteri yang ditangkap basah, Menteri Amaran, Menteri "Bangkrap" Malaysia, Menteri yang memiliki pembantu peribadi yang menyimpan wang berjuta di rumah masih terus diberi kepercayaan.
5. Rombakan Kabinet kali ini memberikan satu petanda, apa yang perlu dirisaukan sekiranya kalah di dalam PRU dan PRK. Tidak ada hal. Nanti PM akan lantik jadi senator dan seterusnya akan dilantik sebagai Timbalan Menteri atau Menteri Penuh. Janji dengan PM kena bodek dan "kipas" kuat. Pelantikan lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh DS Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata. Dimanakah konsep Rakyat Didahulukan?
Kesimpulannya, hati Chua Soi Lek dan Samy Vellu jugak banyak senang. Nasib baik S Vell Paari tidak dilantik DS Najib sebagai senator dan seterusnya Timbalan Menteri. Mana tahu, esok lusa belum tentu.
