May 18, 2010

10 Usahlah Isu Bung Mokhtar Berpoligami Dipolitikkan

Saya amat tidak faham apabila sekumpulan NGO wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Bertindak Untuk Kesetaraan Gender (JAG) telah membuat perhimpunan mendesak Ahli Parlimen Kinabatangan, YB Bung Mokhtar meletak jawatan kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Sekiranya tujuan mereka mendesak Bung Mokhtar meletak jawatan kerana dia adalah penggubal undang-undang (lawmaker) yang tidak mengikut undang-undang, saya rasa saya boleh bersetuju dengan desakan itu. Jika itulah asasnya. Soalan saya, salah besarkah undang-undang yang dilanggar oleh Bung itu? Tidak adakah penjenayah-penjenayah yang duduk di dalam kerusi Dewan Rakyat sekarang sebagai penggubal undang-undang? Kalau begitu saya juga ingin menyeru NGO ini supaya mendesak lebih ramai lagi penggubal undang-undang yang melanggar undang-undang negara. Kalau nak saya boleh buat senarainya.

Sekiranya Bung didesak meletak jawatan kerana poligami saya sama sekali tidak bersetuju. Poligami adalah satu perkara yang diharuskan di dalam Islam dan dinyatakan secara jelas di dalam Al Quran. Ianya berkait rapat dengan keizinan dan hukum hakam Allah SWT. Oleh itu agak keterlalauan sekiranya perkara ini dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Poligami dapat menjauhkan seseorang dari maksiat dan zina serta mengelakkan fitnah. Malang sekali jika lelaki poligami diberi imej negatif oleh sebahagian masyarakat. Apabila perkara poligami ini dipandang sebagai sesuatu yang bersalahan dengan norma hidup dan negatif, tidak hairanlah kes zina berleluasa dan kes buang anak bagaikan satu pesta.

Cuma pendapat saya, tidak salah sekiranya Bung secara "gentleman" memberitahu dan meminta keizinan isteri pertamanya untuk berkahwin lain. Bukankah isteri pertamanya yang bertungkus lumus susah senang hidup bersamanya? Bukankah isteri pertamanya juga yang membesarkan zuriatnya dengan jerih perih menjadi manusia berguna? Sudah lupakah Bung? Satu lagi nasihat saya, tak perlulah mengusung Zizie Ezzati ke majlis-majlis hiburan seperti seorang selebriti, kerana sudah pasti ada hati yang terluka.

Buat NGO berkenaan, adakah anda semua lebih suka Bung bersekedudukan tanpa nikah atau mahukah anda bertanggungjawab untuk membuatkan wanita-wanita ini menjadi andartu seperti anda? Tepuk dada tanya iman.

Sila baca ulasan CTS di Utusan Online, di sini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

May 17, 2010

13 Dato' Nik Aziz Sangat Sayangkan DAP

Bila saya berdebat di laman sosial Facebook mengenai betapa sayangnya Datuk Nik Aziz dengan sahabat "syaitan"nya, DAP, ramai puak-puak PAS yang melompat. Jadi saya terpaksa mencari balik kata-kata Datuk Nik Aziz satu waktu dahulu. Jangan tanya dia, pasti dia akan kata wartawan memutar belitkan kenyataannya, atau setidak-tidaknya dia tak ingat.

Kenyataan Pertama:

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.


Kenyataan Kedua:

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.


Yang Terbaru:

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka. "Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh." - Nik Aziz Nik Mat, Malaysiakini, 15 Mei 2010.

Jadi saya nak tanyalah sikit pengikut-pengikut PAS ni. Janganlah ghairah sangat membelasah Kerajaan dalam isu Menghalalkan Isu Judi Dalam Sukan. Bawa-bawalah balik merenung kembali apakah perjuangan asal parti ini. Jangan kata Negara Islam, DAP suruh buat apapun, tak boleh berjalan, merangkak pengikut-pengikut PAS akan mengerjakannya. Kalau dah Mursyidul Am parti pun dah syok gila kat parti Cina ni, apatah lagi pengikut-pengikutnya. Lihatlah gambar di bawah dan nilaikan sendiri.

Lagi satu saya nak cakap. Yang menang PRK kat Sibu tu Cina komunis DAP. Yang raya sakan, puak-puak Melayu Islam PKR dan PAS ni apahal? Tak tahu malu ke? Tersengih Lim Kit Siang melihat perangai puak-puak yang tak tahu malu ni.

Yang lelakinya sanggup menjadi "balaci" mengutip dana untuk parti Anak Beranak Lim Kit Siang & Co. Yang perempuannya ...

Isteri siapa ni? Kalau anak dara, tidak teringin Mak nak buat menantu aiih!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates