May 15, 2010

11 Surat Terbuka Buat PM Dan TPM Malaysia

Align Center
Inilah negara yang betul-betul NEGARA ISLAM. Demi kemakmuran negaranya, pemerintah dan rakyatnya sanggup menolak semua usul arak, pelacuran dan judi.

Di bawah ini saya lampirkan kembali surat terbuka yang ditulis oleh sahabat baik saya, Dr Zulhisham bin Ghazali yang mempunyai pandangan yang sama mengenai isu menghalalkan perjudian di dalam sukan. Bacalah, bacalah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bismillahi rahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Surat terbuka ini aku tujukan khas kepada YAB Menteri Kewangan Malaysia dan Timbalan Menteri Kewangan YB Datok Awang Adek. Dan saya tidak pandai berbahasa indah untuk mengampu melainkan apa yang terasa di jiwa saya ketika ini.

Ini adalah berkenaan dengan keputusan Menteri meluluskan lesen perjudian sukan (sports betting) kepada Berjaya Group milik jutawan ternama yang juga memiliki lesen judi yang lain.

Surat ini untuk melahirkan BANTAHAN saya dengan keputusan YAB Menteri. Dan ingin saya bertanya adakah ini mengikuti hasrat YAB PM dalam cogankata 1Malaysia "Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan".

Adakah ini bermaksud majoriti rakyat mahukan perjudian sukan dihalalkan? Adakah majoriti rakyat Muslim redha dengan kelulusan ini? Adakah ini yang rakyat mahukan setelah memberi mandat kepada YAB.

As a Muslim we had our oath to ALLAH and our responsibilities are with ALLAH. Bila ada mungkar kita ada 3 pilihan untuk bantah kemungkaran tersebut iaitu melalui tangan/kekerasan, melalui kata kata atau nasihat dan kalau kita ni lemah sangat atau takut akan ada backlash atau tindakan zalim ke atas kita cukup sekadar melawan melalui hati ( iaitu tidak reda tindakan tersebut).

Dalam hal ini ramai kita telah dan memilih jalan kedua dan ketiga. Tindakan kita ini semoga menjadi bukti di hadapan ALLAH bahawa kita menentang keputusan kerajaan untuk halalkan yang ALLAH haramkan.

Biarlah Menteri dan Timbalan Menteri atau kolumnis-kolumnis nak guna istilah apapun atau nak bagi pelbagai alasan untuk justifikasi penghalalan judi ni. Matlamat tidak menghalalkan cara dan istilah tidak menghalalkan yang sedia haram.

Kepada ulama, mufti-mufti, JAKIM dan lain-lain ilmuan agama , aku bersangka baik sajalah pada mereka bahawa mereka telah beri nasihat sekadar yang mereka BERANI berikan kepada Menteri dan Timbalan Menteri. Dan mungkin Menteri dan Timbalan telah dengar nasihat-nasihat tersebut tapi tak tau lah kalau sekadar dengar atau masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Atau mungkin juga Menteri tidak suka tapi TERPAKSA luluskan. For what ever reasons yang mereka nak berikan.

Cuma, ingin saya beri sedikit nasihat kecil kepada Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri yg sememangnya seorang Muslim, bertaubat nasuhalah saudara YAB dan YB. (Dan taubat nasuha pun ada prosedurnya.a Tanyalah mufti-mufti jika YAB dan YB tak tahu) kerana keputusan anda akan ALLAH soal di akhirat kelak dan ALLAH akan tunjukkan segala bukti termasuk niat anda di depan kami semua nanti.

Anda mungkin boleh memperdayakan kami rakyat, tetapi anda tiada daya dan upaya memperdayakan malaikat di kanan kiri anda mahu pun ALLAH Azza Wa Jalla.

Demi ALLAH, yang nyawaku di tanganNYA, aku telah lakukan tanggungjawab ku dalam perkara ini.

Semoga ALLAH berikan hidayah kepada diriku, YAB Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Kewangan dan meluruskan semula jalan kita yang semakin sesat kepada Sirrotulmustaqeem.

Assalamu'alaikum.

Zulhisham bin Ghazali
Durian Tunggal
Melaka.
Demi Allah, aku juga telah sedaya upaya menjalankan tanggungjawabku dan aku pohonkan keampunan di atas kedhaifanku ini. Wallahualam.

May 10, 2010

15 YB Khalid Samad Promosi Aktiviti Gereja???

Ni apa cerita ni YB? Dah tak ada modal lain ke nak "mengemis" undi di Parlimen Sibu? Bila Bloggers Pro BN panggil Khaled Gereja, puak-puak PAS marah. Tengoklah apa yang dia buat tu. Dia dok promosi seminar yang akan diadakan oleh sebuah gereja bernama "Sibu Sacred Heart Church" untuk memancing undi.

Mengikut seorang rakan yang berada di sana memberitahu, kelihatan MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad, MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, MP Seputeh Teressa Kok dan isteri calon DAP, Irene Cheng ada di situ untuk mempromosikan ceramah agama yang akan diadakan di Hotel Paramount, esok.

Irene dan Teressa Kok tak apalah, mereka Kristian. Yang dua keldai Melayu Islam pergi promosi Ceramah Agama Kristian tu kenapa? Labu ... Labu ... Mungkin Khalid akan kata, inilah kebebasan Agama cara PAS. PAS For All. Halal Haram masuk sekali. Janji undi masyukkk! Soalan saya:

Kemaskini 1:50 p.m.:

Saya nak kongsi gambar lucu mengenai calon DAP yang saya baca di "wall" laman sosial Facebook Dato' Rafi Awang Kechik:

Ni calon DAP. nama dia Richard Wong Ho Leng - KP 591221-13-5337, ada penyakit kencing manis. Sesekali kena ghout. Isteri satu, GF saya tak tau berapa. Duduk dalam DAP, tapi menyokong gagasan 1 Malaysia. Bukan saya fitnah. Tengok gambar ni. Agak2 super impose ke ni?

5 Timbang Lesen Judi? Tak Payah Timbanglah. Buat Berat Dosa Saja

Saya memang nak buat komen mengenai isu "cerdik pandai" yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein. Cuma masa agak sibuk untuk menulis dan isu telah menjadi sejuk. Namun ada permintaan dari pembaca yang mahu saya mengulas isu ini semalam dan tergerak hati untuk saya menulisnya. Kita baca dulu apa komen orang bijak pandai yang menguruskan kewangan negara:
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram). Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,"

Sumber: Malaysiakini.
Dalam bab ini memang saya tak faham. Kita akui memang masyarakat Malaysia terdiri dari Masyarakat Majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum. Betulkan saya jika saya salah. Cuma Agama Islam sahaja yang mengharamkan judi. Ini yang si bijak pandai, berbangsa Melayu, beragama Islam, berasal dari Negeri Serambi Mekah dok sibuk nak menghalalkan apa yang haram ni kenapa? Apa yang dok timbang-timbang lagi kalau memang sah dah judi tu haram. Ingat main sepak takraw ke main timbang-timbang?

Iskh ... mana perginya Malaysia sebagai Negara Islam. Mana perginya Islam Hadhari, ada had dan ada hari. Tak cukup lagikah segala bentuk perjudian halal di Malaysia seperti Sport TOTO, Magnum, Genting dan kepala mak nenek perjudian halal yang ada di Malaysia?

Lagi satu, apa yang bagi alasan macam budak Taska ABIM saja. Ada ka patut cerdik pandai ni kata ianya bertujuan untuk "bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini". Nak kata bebal, dia Timbalan Menteri Kewangan. Bagi saya bukankah alasan ini membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan? Bila sudah gagal mereka akan keluarkan lesen untuk menghalalkan pula. Cuba buat perbandingan orang bodoh sebegini:

Kempen memerangi gejala najis dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah dengan sepenuhnya. Dadah sudah pun diistiharkan sebagai musuh negara oleh kerajaan. Mengapa? Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan rakyat Malaysia melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama? Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi juga diistiharkan sebagai musuh utama negara juga seperti dadah. Tak gitu saudara dan saudari?

Agaknya kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi, Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula. Seperti kata Nabil Raja Lawak, lu fikirlah sendiri!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates