May 7, 2010

7 Kerajaan Pulau Pinang Pembela Mak Nyah ... Auww You!

Mulai Isnin minggu depan, Penulis akan membuat audit di Pulau Mutiara selama dua minggu. Apabila membaca keratan akhbar di atas, hati menjadi risau dan gundah gulana. Penulis akan ke satu tempat di mana ADUNnya adalah penyokong dan pembela 10,000 golongan Mak Nyah di sana. Wow! hebat betul ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tak salahlah selama ini apabila Penulis berpendapat golongan Pakatan Haram adalah penyokong tegar golongan peliwat.

Oh ya! Kita jangan lupa. ADUN DAP ini juga yang merupakan MPPP Councillor telah meminta di dalam mesyuarat MPPP supaya diambil tindakan segera merobohkan gerai-gerai Melayu di Tanjung Tokong tidak berapa lama dulu. Kebanyakan golongan Mak Nyah (bukan semua) terlibat di dalam aktiviti kurang bermoral di rumah-rumah urut. Adakah ADUN berkenaan benar-benar prihatin dengan nasib golongan tersebut atau sekadar melindungi satu aktiviti perniagaan dan pelaburan yang memberikan pendapatan lumayan kepada pihak-pihak tertentu di Pulau Pinang? Fikir-fikirkanlah.

Apabila seorang Ahli Parlimen Australia, Micheal Danby menyokong secara terbuka Anwar Ibrahim, juak-juak PAS begitu gembira dan melalak di ruangan-ruangan maya walaupun mereka sedari Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar adalah seorang GAY yang memperjuangkan Golongan GAY Australia. Malah dengan lebih teruk lagi apabila Michael Danby ini merupakan ketua Yahudi Australia. Apabila ADUN Tanjung Bungah, Teh Yeh Chew, prihatin dengan nasib Mak Nyah di Pulau Pinang, apa pulak kata pengikut-pengikut Pakatan Haram? Yang pasti ... Takebeer!

Pakatan Haram. Sama rata sama rasa. Depan belakang sama saja.

Nota kaki: Saya meminta maaf kerana terpaksa mengaktifkan semula fungsi "moderation" untuk komen-komen yang dihantar ke blog CTS, memandangkan ada seekor "paid cybertrooper" Pakatan Haram yang sering mencarut dan membuat komen-komen bertaraf sampah di sini. Saya akan terus menyiarkan semua komen yang dihantar ke sini, pro atau kontra melainkan yang mencarut. Buat Lord Reid, selamat berjaya.

May 6, 2010

9 Memo Buat Zaid Ibrahim

Dikemaskinikan 9.30 p.m.:

Laporan polis mengenai penghinaan Zaid Ibrahim terhadap Sultan Selangor akan dilakukan esok, Jumaat pada pukul 3.00 petang di IPD Polis Klang. Semua dijemput hadir.

Posting Asal:

Zaid Ibrahim, saya merujuk kepada kenyataan kamu di Sinar Harian, hari ini. Walaupun kamu seorang peguam yang mempunyai bekas firma terbesar di Malaysia hasil sokongan UMNO selama ini, kamu memang agak licik mentafsir undang-undang mengikut hawa nafsu kamu. Memang betul, Malaysia bukan lagi berada di dalam zaman feudal seperti zaman keagungan pemerintahan Kerajaan Melaka sekitar tahun 1500 yang dahulu.

Lupakah kamu fakta-fakta berikut:

1. Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan Raja Berperlembagaan.

2. Di dalam perlembagaan menyatakan Raja-Raja Melayu memiliki kuasa mutlak dalam urusan Agama Islam dan Adat Melayu di semua negeri dan sempadan pembahagian kuasa yang perlu dipatuhi semua pihak.

3. Titah Tuanku Sultan Selangor tertakluk di bawah penguatkuasaan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003, iaitu mengajar tanpa tauliah.

4. Zaid Ibrahim, cuba kamu baca titah penuh DYMM Sultan Selangor Berkaitan Pengurusan Masjid di laman web MAIS, disini. Antara lain Baginda bertitah:

2. Penggunaan Masjid

Masjid-masjid di negeri Selangor hendaklah digunakan sebagai:

a. Tempat untuk orang-orang Islam beribadat, terutamanya untuk mendirikan solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat;

b. Pusat kegiatan agama Islam dan penyebaran dakwah; dan

c. Pusat sumber maklumat penduduk dan maklumat tentang MAIS dan maklumat lain.

Masjid tidak boleh digunakan sebagai:

a. Gelanggang politik yang boleh menyakiti dan memecahbelahkan perpaduan ummah

b. Hotel, rumah tumpangan atau tempat penginapan.

Kaedah 34 (1) dan (2), Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001

Senang cerita. Ini negeri Selangor. Walaupun saya Rakyat Kedah, saya menjunjung tinggi undang-undang negeri di tempat saya bermaustautin. Kamu dan Dato' Nik Aziz Rakyat Kelantan. Jangan sibuk-sibuk membuat komen mengenai undang-undang, rakyat dan negeri orang lain. Kalau tidak suka tinggal di Selangor, boleh berambus balik Kelantan. Itupun kalau Rakyat Kelantan masih mahu menerima kamu.

May 5, 2010

11 Minta Perhatian! Karpal Singh Dan Khalid Samad Diperlukan Segera

Minta perhatian! Minta perhatian! Sesiapa yang mempunyai maklumat di manakah YB Karpal Singh dan YB Khalid Samad berada diminta menghubungi penulis dengan segera. Ini adalah kerana awal pagi tadi iaitu lebih tepat 3.10 pagi tadi, Seorang remaja berusia 17 tahun, telah cedera ditembak di kaki apabila beliau dan enam rakan lain bersenjatakan parang, pisau, kapak, pedang dan gergaji cuba merompak sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini. Laporan penuh boleh dibaca di Utusan Online dan Berita Harian Online. Tak tahulah pulak penulis kalau Haprakdaily dan Malaysiakini ada menyiarkan berita berkenaan.

Sudah tentunya YB Karpal akan memberikan perkhidmatan guaman percuma yang terbaik dan YB Khalid akan membela habis-habisan remaja yang telah ditembak oleh pihak polis itu. Sudah pastinya esok akan kedengaran YB Nik Nazmi selaku Setiausaha Politik MB Selangor dan YB Eli Wong (takkan tak kenal kot) akan bergegas ke SUHAKAM untuk membantah keras tindakan pegawai-pegawai polis itu.

Seperti kelaziman, antara alasan-alasan yang bakal diberikan adalah:

1. Remaja berkenaan dan 6 rakannya yang lain hanya keluar untuk ke siber internet dan ber"chatting" dan ber"Facebook" pagi-pagi buta semalam.

2. Ketujuh-tujuh "budak-budak baik" itu tidak mungkin membawa parang, pisau, kapak, pedang dan gergaji. Pastinya kesemua senjata tersebut kepunyaan taukeh siber cafe berkenaan.

3. Pihak polis tidak sewajarnya menembak paha "budak baik" berkenaan. Seharusnya tindakan lain seperti memujuk, memberi kaunseling dan membelai remaja-remaja berkenaan harus dilakukan dengan penuh kasih sayang dan berhemah.

Sidang akhbar juga harus diadakan esok dengan memanggil keenam-enam "budak-budak baik" berkenaan untuk menjadi saksi betapa "kekejaman" telah dilakukan oleh pihak polis. Semua pihak polis salah. Pasti puak-puak Pakatan Haram ini akan berkata, Polis ganas! Polis kejam! Agaknya yang jaga keamanan Malaysia selama ini bapa-bapa atau suku sakat Pakatan Haram mereka agaknya. "Budak-budak baik" ini juga yang betul.

Tunggu apa lagi puak-puak Pakatan Haram yang amat bencikan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Jalankan tugas anda!

May 4, 2010

33 Muhamad Azamuddin, Saksi Kes Aminulrashid Boleh Pakai Ke?

Kena belasah dengan lima anggota polis yang terlatih. Cedera di tangan sajakah? Ajaib! Ajaib!

Berikut adalah petikan akhbar-akhbar portal yang memaparkan sidang media Muhammad Azamuddin, yang bagi penulis mendedahkan pekung di dada:
Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak. Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri. (Sumber: Malaysiakini)
Muhamad Azamuddin mendakwa, sebaik kereta itu berhenti, dia keluar dari kenderaan untuk menyerah diri tetapi diterajang serta dibelasah oleh lebih lima anggota polis, selain diacu dengan senjata. “Saya bagaimanapun dapat lari dengan melalui sebuah sekolah berhampiran untuk pulang ke rumah,” katanya yang turut menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya di tangan kanan dan beberapa bahagian tubuh lain. (Sumber: Berita Harian Online)
Bagi penulis budak-budak ni memang berani. Kena kejar dengan mat-mat motor memang elok lah lari. Ini jumpa dengan polis pun nak lari lagi ke? Walaupun diarah berhenti, Aminulrasyid terus memecut dan setiba di simpang berhampiran sebuah stesen minyak di Seksyen 11, dan apabila dia terdengar bunyi tembakan sebelum menyedari tayar kereta itu pancit, pun boleh memecut kereta lagi. Dahsyat ... Dahsyat ...

Diberitakan oleh budak itu di dalam laporan akhbar, lima anggota polis membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri. Kena belasah dengan lima anggota polis yang terlatih hanya cedera di lengan sajakah? Kalau setakat bengkak di lengan bukankah itu perkara biasa di dalam kemalangan? Kalau betul remaja berkenaan dipukul oleh pihak polis, pastinya ada kesan-kesan lebam di muka atau di badan? Budak Azamuddin ni memang hebat, walaupun dibelasah lima anggota polis dan diacu dengan senjata, beliau masih dapat melepaskan diri dan balik ke rumah seperti tiada apa yang berlaku.

Adakah keterangan awal sudah diubah. Adakah apabila berlaku campurtangan politik dan penglibatan peguam-peguam Karpal Singh dan N Surendran telah menyebabkan remaja berkenaan mengubah kenyataannya? Adakah budak Azamuddin ini kelihatan trauma seperti yang dilaporkan oleh pihak-pihak tertentu? Lihatlah di sini, bagaimana tenang dan selamba saja beliau mengadakan sidang akhbar. Penulis memang bersimpati dengan keluarga mangsa. Tetapi kita tidak boleh melupakakan fakta-fakta berikut dan menunding jari 100% kepada pihak polis:

1. Kedua-dua remaja yang masih bersekolah menengah tersebut keluar awal tengah malam tanpa pengetahuan keluarga? Lebih buruk dengan pengetahuan mereka? Keluarga apakah ini?

2. Enjin kereta yang dihidupkan tidak didengari oleh ahli keluarga. Sudah tidurkah mereka atau mereka membiarkan mangsa keluar dengan kerelaan keluarga.

3. Seorang kakak sanggup membiarkan mangsa menggunakan keretanya tanpa lesen? Kunci kereta diberikan secara sukarela atau dicuri?

Kalau keluarga sendiri gagal menjaga anak sendiri. Janganlah terlalu mengharap masyarakat luar akan menjaga mereka.

May 1, 2010

14 Tahniah Khalid Gagap Hampir Berjaya Beri Nama Jalan Pemimpin DAP

Demi kesinambungan kuasa Pakatan Haram dan mengetahui bahawa Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak mungkin berkuasa lagi tanpa sokongan rakan-rakan komunis DAPnya, Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim yang lebih dikenali dengan panggilan Khalid Gagap telah hampir menggantikan nama Jalan Barat di Petaling Jaya dengan nama Jalan V. David sempena Hari Pekerja, hari ini. (Sumber: The Star) Tidak sampai 24 jam, beliau telah menukar fikiran dan menangguhkan sementara hasratnya itu. (Sumber: The Star)

Ini kerana mengikut katanya, Kerajaan Pakatan Haram Selangor sedang berkira-kira untuk membuat pembangunan semula di Petaling Jaya. Dalam bahasa mudah orang biasa seperti saya, untuk menghormati tokoh kebanggaan mereka ini, jalan ini hendaklah dibesarkan, dibuat cantik-cantik dan kalau boleh letak kuil dan gereja sekali untuk kemudahan semua, barulah beliau akan melancarkan nama Jalan V. David yang ditunggu-tunggu itu.

Penulis tidak rasis apabila membicarakan nama jalan-jalan di Malaysia. Malah penulis bangga dengan nama-nama jalan seperti Jalan Tun Sambathan, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan juga Jalan Doraisamy yang terkenal dengan supnya. Kalau nama jalan bersempena nama tokoh-tokoh yang banyak berjasa kepada negara, tiada siapa yang hendak pertikaikannya. Ini Kerajaan Selangor rasis. Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hendak membina UiTM, untuk kaum Bumiputera Malaysia, mereka bantah malah sampai sanggup sehingga hendak merampas tanah YBK. Kalau pasal nak jaga hati Samseng Ronnie, Eli Bogel dan Sivarasa sanggup letak nama jalan dengan nama pemimpin DAP.

Mungkin Khalid Gagap sedang berkira-kira untuk mengantikan nama Jalan Timur dengan nama Jalan Lim Kit Siang atau menggantikan nama Bangunan Sultan Sallehuddin dengan nama Bangunan Chin Peng!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates