April 16, 2010

9 Harakah Yang Pernah Mengecam Zaid Tonggang Mengenai Isu Murtad Kini Menjilat Kembali Ludahnya


Pepatah Melayu yang mengatakan "Pelanduk Mudah Melupakan Jerat, Tetapi Jerat Tidak Pernah Melupakan Pelanduk" amat bertepatan dengan apa yang berlaku terhadap Haprakdaily, lidah rasmi parti PAS. PAS dan Harakah yang selama ini menemplak dan mengecam Zahid mengenai isu murtad Lina Joy, kini menjilat kembali ludah dan kahak mereka dengan mengangkat Putera Katak Tonggang ini sebagai calon wakil rakyat Pakatan Haram Hulu Selangor.

Sekiranya PAS dan Haprakdaily telah melupakan apa yang pernah diucapkan oleh Zaid Si Putera Katak Tonggang ini, saya sertakan kembali kata-katanya yang pernah tersiar di lidah rasmi parti berkenaan:
"Islam tidak terancam, pemikiran kolot anda yang terancam. Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)? Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya? Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu? Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam. Itu kebodohan. Tidakkah kita memberi agama kita penghormatan dan pengiktirafan. Tidakkah kita malu dengan kenyataan seperti itu, menunjukkan kita tiada keyakinan terhadap kekuatan nilai-nilai dalam agama kita? Tiada ahli politik mahu menerangkan tentang isu agama kerana ada risiko politik, adalah mudah untuk mendapat sokongan apabila anda bangkitkan isu agama dan perkauman."

Sumber: Haprakdaily.
Apa kata Nik Aziz mengenai perkara ini. Adakah beliau akan mengeluarkan fatwa baru? PAS sepatutnya bukan sahaja menyokong pencalonan Zaid sebagai calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, meraka seharusnya lebih berani mengatakan KAMI PENYOKONG PENAGIH ARAK TEGAR JADI CALON KAMI DAN KAMI BERDIRI TEGUH DENGAN ORANG YANG MENYOKONG KUAT ISU MURTAD DI KALANGAN UMAT ISLAM. Saya cabar PAS. Saya cabar pengikut-pengikut fanatik PAS. Sahut cabaran saya kalau ada telor! Cheers dan yamseeng!

April 14, 2010

4 Peringatan Buat Calon-Calon Dan Penyokong Di Proses Penamaan Calon P094 Hulu Selangor

Peringatan buat Calon-Calon dan Penyokong-Penyokong yang akan mengiringi calon-calon bagi proses penamaan calon Pilihanraya Kecil P094, Hulu Selangor:

AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 mengariskan:

44. (1) Mana-mana orang yang, semasa memandu atau cuba memandu sesuatu kenderaan motor di jalan atau tempat awam lain, berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah hingga setakat yang menyebabkannya tak daya mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, dan dalam hal sabitan kali kedua atau yang kemudiannya, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya butir-butir mengenai apa-apa sabitan di bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.

(3) Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini, melainkan jika atas sebab-sebab khas mahkamah memikirkan patut untuk memerintahkan selainnya, dan tanpa menjejaskan kuasa mahkamah untuk memerintahkan tempoh hilang kelayakan yang lebih lama, hendaklah dihilangkan kelayakan bagi suatu tempoh yang tidak kurang dari dua belas bulan dari tarikh sabitan itu daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu.

Kepada calon-calon dan penyokong-penyokong, "don't drink and drive". Ingatlah yang tersayang. Takebeer, yamseng dan cheers.

Kredit kepada mentorku, DSN.

Kemaskini 4.14 p.m. : Adun Bagan Pinang, YB Tan Sri Mohd Isa Samad selamat dinikahkan dengan Bibi Sharliza Mohd Khalid dengan sekali akad jam 3.30 petang tadi. Selamat Pengantin baru untuk kedua-duanya. Syukur Alhamdulillah dan tahniah.

April 13, 2010

5 "Prince Of Frog" Calon PKR P094 Hulu Selangor

Berita yang amat mengembirakan saya di laman sosial Facebook dan di dada akhbar-akhbar "online" tempatan hari ini adalah pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR / Pakatan Haram di P094 Parlimen Hulu Selangor. Penulis lebih bimbang PKR akan mencalonkan Dr Halili kerana beliau lebih berkarisma dan mempunyai nilai moral yang jauh lebih baik.

Buat jentera-jentera Barisan Nasional di Hulu Selangor, ini adalah bonus besar bagi kempen kita di Hulu Selangor. Ini berdasarkan faktor-faktor berikut:

1. Datuk Zaid merupakan seekor katak yang terang-terang melompat dari parti UMNO ke PKR. Di dalam usaha terdesak puak-puak Pakatan Haram menghentam ahli-ahli mereka keluar parti dengan menjadi ahli bebas, Datuk Zaid merupakan Putera Katak yang sebenar. Saya namakan sebagai "The Prince Of Frogs"

2. Datuk Zaid terkenal dengan kegemarannya "menonggang" botol-botol minuman haram. Sejak saya bertugas di sebuah Bank di Petaling Jaya awal tahun 90an, adalah menjadi kebiasaan bagi pegawai kredit seperti saya melawat pejabatnya, Zaid & Co. untuk urusan dokumentasi perundangan pelanggan. Bagi sesiapa yang pernah melawat pejabat Datuk Zaid dan rapat dengannya, pasti tahu kegemarannya dengan minuman syaitan ini.

3. Datuk Zaid juga terkenal dengan penyakit goutnya. Buat penduduk-penduk di Hulu Selangor, banyak-banyakkanlah belanja Datuk Zaid makan daging merah dan makanan laut. Silap-silap bertongkat kemudiannya.

4. Datuk Zaid merupakan calon bukan anak tempatan Hulu Selangor. Beliau pernah bertanding atas tiket UMNO bagi kawasannya di Kota Bharu dan kalah kepada calon PAS. Untuk calon bidan terjun sebegini adakah penduduk Hulu Selangor mengharapkan beliau akan membela nasib mereka?

5. Siapa yang pernah melupakan calon PKR ini. Puak-puak PAS jangan cuba buat-buat lupa. Datuk Zaid semasa di dalam UMNO adalah orang yang paling lantang menentang hukum hudud. Sehingga beliau telah mengeluarkan kenyataan akan menyaman Kerajaan PAS Kelantan sekiranya Kerajaan PAS mengadaptasikan hukum hudud di Kelantan.

Akhir kalam, diharap kempen-kempen keselamatan dipertingkatkan di Hulu Selangor. Kita tidak mahu lebih banyak kemalangan berlaku akibat memandu dalam keadaan mabuk. Biarlah calon sahaja yang mabuk. Ingatlah orang yang tersayang. "Don't drink and drive". Buat penyokong-penyokong PAS, takebeer, yamseeng dan cheers!!!

April 12, 2010

9 Mentaliti Cybertroopers Pakatan Haram

Inilah "banner" untuk iklan cybertroppers puak Pakatan Haram di laman sosial Facebook, berkenaan majlis ceramah yang akan diadakan esok malam di kawasan panas PRK, P094 Hulu Selangor. Walaupun ianya nampak kecil bagi sesetengah orang, namun bagi saya melambangkan kebejetan mentaliti kebanyakan cybertroopers mereka sama ada yang berbayar atau tidak. Ini antara kesalahan yang dilakukan:

1. Apa kebendanya "Dato Menteri Besar Selangor"?
2. Sejak bila Presiden PAS menggunakan YAB (Yang Amat Berhormat)?
3. Apa sudah jadi dengan gelaran Datuk Seri bagi Nizar "The Puppet" Jamaluddin? Tuanku Sultan Perak sudah tarik balikkah?
4. Akhirnya mereka mengaku juga Nizar sebagai Mantan Menteri Besar Perak.
5. Kenapa secara tiba-tiba di Hulu Selangor hendak dilokalisasikan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor untuk Anwar Berahi. Tidakkah elok menggunakan Ketua Pembangkang atau Ketua Umum PKR atau Ketua Pakatan Haram?

Penulis bukannya apa, kalau pengikut-pengikut sendiri buta hati dengan pemimpin-pemimpin mereka, bagaimana hendak menang, ya tak?

4 DAP dan Pornstar Opps ... Pornthip Buat Drama Lagi

Setelah tidak yakin untuk memberikan bukti terhadap kenyataan awalnya di inkues bahawa 80% sebab kematian Teoh Beng Hock (TBH) disebabkan oleh dibunuh, Dr Pornstar opps ... Pornthip telah membuat drama bahawa beliau telah mendapat tekanan politik daripada Kerajaan Malaysia. Oleh sebab demikian, beliau tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues TBH apabila ia bersambung pada 20 April ini.

Maka berbondong-bondonglah ahli keluarga dan pemimpin-pemimpin DAP seperti anjing menyalak menyalahkan Kerajaan Malaysia dengan kenyataan-kenyataan bodoh mereka:
“Any effort to impede a fair hearing in the TBH case is an effort to cover up the truth and should be condemned,” Teoh’s younger sister, Teoh Lee Lan.
“If she cannot come we’ll be very disappointed. The Malaysian government should come out with an official statement to confirm or deny it” said Selangor state executive councillor Ean Yong Hian Wah, who was also Teoh’s boss.
“The Malaysian government should provide her all the necessary protection to facilitate her appearance at the inquest on the 20th. The government should offer an explanation. There’s ample time for the government to correct the wrongs,” Cheras MP Tan Kok Wai said.
"The Malaysian government should openly invite Pornthip to come to Malaysian court to testify for the case. It’s very important for Pornthip to testify because she has the knowledge and the experience and the guts to tell the truth,” the DAP assemblyman for Pandamaran, Ronnie Liu said.
"World-renowned pathologist Dr Pornthip’s evidence and statements are critical to ensure that justice will be served. Any attempts which result in her failure to testify will be a mockery of justice in this country. I hope that the Prime Minister will give his total commitment to ensure the safety and freedom of Dr Pornthip for her to testify in such an important trial,” Petaling Jaya Utara MP, Tony Pua said.
“If the the statement is true, it is very stupid for the Malaysian government to do this during election time. By not allowing Pornthip to come, it just casts more doubts in the mind of the public. Pakatan Rakyat has enough members who will come forward to guarantee her safety,” Seputeh MP Teresa Kok.

“With Pornthip barred from the Teoh Beng Hock inquest, public confidence in the Barisan Nasional government and MACC would plunge to a new all-time low as the overwhelming majority of Malaysians do not believe that Teoh Beng Hock committed suicide by jumping off the 14th floor of the MACC headquarters in Shah Alam on July 16 last year,” the DAP Parliamentary Opposition Leader, Lim Kit Siang said.

Source: The Malaysian Insiders.
Nyatalah pihak DAP tidak habis-habis mahukan layanan VIP dan karpet merah untuk Cina DAP seekor ini. Sejak bilakah pula Dr Pornstar ini mendapat tekanan dari Kerajaan Malaysia? Sejak bilakah pergerakannya tidak bebas ketika berada di negara ini? Buktikan dan namakan pihak yang memberi tekanan kepadanya dan bukan hanya pandai membuat tuduhan dan fitnah. Adakah tekanan yang dimaksudkan sama dengan "ugutan bunuh" yang diterima oleh Ketua Pembangkang, Anwar Berahi sehingga memaksa beliau menyembunyikan diri di Kedutaan Turki suatu waktu dahulu?

Di sini saya bersetuju dengan Teressa Cock papabila beliau menyatakan, Pakatan Rakyat mempunyai ahli-ahli yang mencukupi yang bersedia ke hadapan untuk menjamin keselamatannya. Mungkin apa yang Miss Cock maksudkan ini ialah Unit Amal PAS yang seperti lembu mempertahankan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat.

Adalah diharapkan Kerajaan bertindak tegas tidak melayan lagi permintaan bukan-bukan dari puak komunis DAP ini. Kita amat mengharapkan agar Dr Pornstar dapat menghadirkan diri dan memberikan keterangan susulannya agar segala tembelang beliau, DAP dan Kerajaan Selangor dapat sama-sama dibongkarkan untuk tatapan rakyat.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates