March 7, 2010

8 Yang Tersurat Dan Yang Tersirat

Yang Tersurat:

"Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu. Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dan dua undi! Alhamdulillah, tidak ada yang melompat," kata Nik Aziz Nik Mat.

Sumber: Malaysiakini.

Yang Tersirat:

Lucu jugak dengan kenyataan Mahaguru Wali Selipar ini. Bagaimanakah mereka hendak melompat parti sedangkan mereka terikat dengan perjanjian keluar parti yang lebih dikenali dengan "Bai'ah". Bagaimana ahli-ahli wakil rakyat Pas hendak meninggalkan parti bulan mengambang itu dengan mengetahui mereka terpaksa bercerai talak tiga dengan pasangan masing-masing? Kalau pimpinan Pas ada telur, cuba batalkan "Bai'ah" yang dibuat dan kita tengok sama ada ada tak wakil-wakil rakyat mereka yang melompat parti. Ada berani ka? Kalau setakat "Bai'ah", tak payah sembanglah. Seperti kata Allahyarham P. Ramlee dalam filem Masam-Masam Manis. "siapa tak sayang bini oii".

Yang Tersurat:

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghentikan perbuatan 'merampas' ahli parlimen Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR demi menghormati proses demokrasi.

"Mengapa beliau begitu kemaruk dengan majoriti dua pertiga di Parlimen? Buat masa ini, Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi meluluskan sebarang undang-undang, Kami (Umno) dengan mudah boleh merampas Kelantan tetapi Pak Lah tidak bersetuju kerana tindakan memancing itu tidak bermoral."

Sumber: Malaysiakini.

Yang Tersirat:

Bila kena batang hidung sendiri, tahu pula mereka bercakap soal menghormati proses demokrasi, pandai pula mereka bangkitkan isu tidak bermoral. Lupakah Zaid dengan peristiwa 16 September? Bermoralkah niat Pak Syeikh Anwar Al Juburi untuk mengulingkan Kerajaan Persekutuan pada masa itu dengan isu memancing ahli-ahli parlimen menyertainya untuk membentuk kerajaan pintu belakang? Lupakah dirinya bahawa beliau juga adalah katak seperti orang-orang yang dihinanya. Lupakah beliau bagaimana beliau menjadi jutawan dan kaya raya dengan mencangkul segala bentuk projek guaman semasa di dalam UMNO? Kenapa baru sekarang sibuk menuduh kerajaan memancing ahli-ahli politik Pakatan Haram? Orang yang sering bercakap mengenai ketelusan ini mempunyai buktikah untuk mempertahankan dakwaaannya? Kalau orang lain yang buat sudah pasti beliau sibuk untuk menyaman sana menyaman sini. Inilah yang dikatakan dalam peribahasa Inggeris, "a kettle calling a pot black".

Yang Tersurat:

“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Sumber: The Malaysian Insiders.

Yang Tersirat:

Sejak bilakah di dalam politik PAS, politik diasingkan daripada Agama? Adakah semenjak berkahwin mutaah atau berzina dengan DAPig dengan hubungan haram tidak berdaftar? Bukankah DS Haji Hadi pernah mengeluarkan fatwa menjadi kafir seseorang Islam mengasingkan politik dan agama. Sudah lupakah kita DS Haji Hadi pernah berkata, "Kita tidak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Budha, tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku. Kalau mengikut fatwa DS Haji Hadi, sudah kafirlah si Naib Presiden Pas ni ye?

March 3, 2010

10 Kerenah Birokrasi, Dimanakah Silapnya?

Kisah seoarang Ibu Tunggal Islam yang mendapat pembelaan sebuah gereja wajar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berwajib. Dimanakah kita sebagai umat Islam hendak meletak muka apabila gagal mengatasi masalah umat Islam itu sendiri. Terharu hiba perasaan saya apabila membaca kisah Ibu Tunggal malang ini yang begitu memerlukan wang untuk belanja anak ke universiti, namun permohonan pada wakil rakyat dan banyak lagi badan kebajikan termasuk pertubuhan Islam sering mengecewakan. Sebaliknya sebuah gereja telah menghulurkan bantuan sebanyak RM2,000. Yang paling sadisnya, paderi yang mewakili pihak gereja telah mengeluarkan sekeping cek sumbangan bernilai RM2,000 untuk menaja pengajian anaknya tanpa banyak soalan. Malah, cek itu diberikan paderi gereja itu kepada Ibu Tunggal yang beragama Islam tanpa sebarang syarat. Bacalah kisah yang menaikkan kemarahan saya ini di MyMetro, di sini.

Dimanakah peranan Baitulmal? Di mana peranan Pusat Zakat? Di mana ADUN dan Ahli Parlimen kawasan sewaktu Ibu Tunggal berkenaan mengemis memerlukan pertolongan? Apakah masih berleluasa masalah birokrasi dan sikap sambil lewa Agensi Kerajaan dan beberapa wakil rakyat dalam menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada Rakyat Marhaen? Saya tertarik kepada persoalan bagaimana pihak Gereja dan agama lain memudahkan perkara tersebut, sekaligus menarik perhatian masyakat umum kepada agama mereka. Sampai bilakah masalah ini akan selesai? Usahlah bercakap mengenai akidah umat Islam yang akan dan telah terjejas dan peratusan Umat Islam yang telah murtad sekiranya masalah kecil sebegini tidak diambil perhatian. Hentikan slogan retorik. Hentikan momokan kosong sekiranya wakil-wakil Rakyat dan agensi-agensi berkenaan masih dibuai mimpi dan masih terikat dengan gari birokrasi.

March 1, 2010

28 Inilah Produk Hasil Ajaran PAS

Siapakah mamat di atas yang muka seperti tongkang pecah? Beliau adalah Zulkarnain Ismail, seorang yang mengaku ahli dan pejuang PAS. Kenapa beliau begitu penting sehingga mendapat tempat di Blog Cucu Tok Selampit? Ini adalah kelancangan beliau di dalam menghina pemergian Allahyarhamah Ketua Puteri UMNO Ampang, Saudari Haslinda Mohd Zerain dengan tulisan berikut di laman sosial Facebook:

"alhamdulilah...ketua putri neraka dari ampang telah kembali ke neraka buat selama-lamanya.."


Tahniah Dato' Nik Aziz, bukan setakat Nik Aziz sahaja pemegang kunci syurga. Anak buah pula sudah mula terikut-ikut menentukan siapa yang boleh masuk syurga dan neraka. Nauzubillahhiminzalik.

2 Betulkah Tidak Ada Istilah Kawan Dan Lawan Dalam Politik?

Berita yang paling hangat disiarkan oleh mana-mana media dan blog sejak semalam adalah kepulangan kembali Mantan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin, ke dalam UMNO.

Bagi saya, tidaklah teruja seperti rakan-rakan yang lain dengan kemasukan Fairus ke dalam UMNO. Sewaktu di dalam PKR banyak kerosakan yang beliau lakukan terhadap UMNO dan BN. Bagi saya cakap-cakap orang-orang yang melompat parti ini memang tidak boleh dipakai, baik di sebelah sana mahupun di sebelah sini. Mereka ini adalah golongan "opportunist", iaitu golongan yang sering mengambil kesempatan untuk laba dan keuntungan diri sendiri. Apakah Fairus menyertai UMNO disebabkan kesedaran beliau terhadap Agama, Bangsa dan Negara atau memikirkan laba yang bakal dinikmati di dalam UMNO atau beliau telah lemas dan karam di dalam PKR.

Buat rakan-rakan bloggers, tak payahlah "eager" dan "exaggerate" sangat. Bagi saya tiada musuh dan kawan yang kekal di dalam politik. Kita menulis dan mengkritik bukan terhadap diri mereka secara individu tetapi kelakuan atau tingkahlaku mereka yang tidak selari dengan kehendak kita sebagai Rakyat Marhaen. Lihatlah golongan-golongan yang sering melompat parti seperti Dato' Ibrahim Ali, Dato' Zaid Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai lagi. Bukankah mereka ini golongan "opportunist"?

Mungkinkah sekiranya CIFUT Anwar Ibrahim kembali semula ke pangkuan UMNO, blogger-blogger dan media yang selama ini menghentamnya kiri dan kanan akan kembali menjilat kembali ludah mereka dan menjulangnya kembali. Hanya masa sahaja yang bakal menentukannya.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates