March 3, 2010

10 Kerenah Birokrasi, Dimanakah Silapnya?

Kisah seoarang Ibu Tunggal Islam yang mendapat pembelaan sebuah gereja wajar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berwajib. Dimanakah kita sebagai umat Islam hendak meletak muka apabila gagal mengatasi masalah umat Islam itu sendiri. Terharu hiba perasaan saya apabila membaca kisah Ibu Tunggal malang ini yang begitu memerlukan wang untuk belanja anak ke universiti, namun permohonan pada wakil rakyat dan banyak lagi badan kebajikan termasuk pertubuhan Islam sering mengecewakan. Sebaliknya sebuah gereja telah menghulurkan bantuan sebanyak RM2,000. Yang paling sadisnya, paderi yang mewakili pihak gereja telah mengeluarkan sekeping cek sumbangan bernilai RM2,000 untuk menaja pengajian anaknya tanpa banyak soalan. Malah, cek itu diberikan paderi gereja itu kepada Ibu Tunggal yang beragama Islam tanpa sebarang syarat. Bacalah kisah yang menaikkan kemarahan saya ini di MyMetro, di sini.

Dimanakah peranan Baitulmal? Di mana peranan Pusat Zakat? Di mana ADUN dan Ahli Parlimen kawasan sewaktu Ibu Tunggal berkenaan mengemis memerlukan pertolongan? Apakah masih berleluasa masalah birokrasi dan sikap sambil lewa Agensi Kerajaan dan beberapa wakil rakyat dalam menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada Rakyat Marhaen? Saya tertarik kepada persoalan bagaimana pihak Gereja dan agama lain memudahkan perkara tersebut, sekaligus menarik perhatian masyakat umum kepada agama mereka. Sampai bilakah masalah ini akan selesai? Usahlah bercakap mengenai akidah umat Islam yang akan dan telah terjejas dan peratusan Umat Islam yang telah murtad sekiranya masalah kecil sebegini tidak diambil perhatian. Hentikan slogan retorik. Hentikan momokan kosong sekiranya wakil-wakil Rakyat dan agensi-agensi berkenaan masih dibuai mimpi dan masih terikat dengan gari birokrasi.

March 1, 2010

28 Inilah Produk Hasil Ajaran PAS

Siapakah mamat di atas yang muka seperti tongkang pecah? Beliau adalah Zulkarnain Ismail, seorang yang mengaku ahli dan pejuang PAS. Kenapa beliau begitu penting sehingga mendapat tempat di Blog Cucu Tok Selampit? Ini adalah kelancangan beliau di dalam menghina pemergian Allahyarhamah Ketua Puteri UMNO Ampang, Saudari Haslinda Mohd Zerain dengan tulisan berikut di laman sosial Facebook:

"alhamdulilah...ketua putri neraka dari ampang telah kembali ke neraka buat selama-lamanya.."


Tahniah Dato' Nik Aziz, bukan setakat Nik Aziz sahaja pemegang kunci syurga. Anak buah pula sudah mula terikut-ikut menentukan siapa yang boleh masuk syurga dan neraka. Nauzubillahhiminzalik.

2 Betulkah Tidak Ada Istilah Kawan Dan Lawan Dalam Politik?

Berita yang paling hangat disiarkan oleh mana-mana media dan blog sejak semalam adalah kepulangan kembali Mantan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin, ke dalam UMNO.

Bagi saya, tidaklah teruja seperti rakan-rakan yang lain dengan kemasukan Fairus ke dalam UMNO. Sewaktu di dalam PKR banyak kerosakan yang beliau lakukan terhadap UMNO dan BN. Bagi saya cakap-cakap orang-orang yang melompat parti ini memang tidak boleh dipakai, baik di sebelah sana mahupun di sebelah sini. Mereka ini adalah golongan "opportunist", iaitu golongan yang sering mengambil kesempatan untuk laba dan keuntungan diri sendiri. Apakah Fairus menyertai UMNO disebabkan kesedaran beliau terhadap Agama, Bangsa dan Negara atau memikirkan laba yang bakal dinikmati di dalam UMNO atau beliau telah lemas dan karam di dalam PKR.

Buat rakan-rakan bloggers, tak payahlah "eager" dan "exaggerate" sangat. Bagi saya tiada musuh dan kawan yang kekal di dalam politik. Kita menulis dan mengkritik bukan terhadap diri mereka secara individu tetapi kelakuan atau tingkahlaku mereka yang tidak selari dengan kehendak kita sebagai Rakyat Marhaen. Lihatlah golongan-golongan yang sering melompat parti seperti Dato' Ibrahim Ali, Dato' Zaid Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai lagi. Bukankah mereka ini golongan "opportunist"?

Mungkinkah sekiranya CIFUT Anwar Ibrahim kembali semula ke pangkuan UMNO, blogger-blogger dan media yang selama ini menghentamnya kiri dan kanan akan kembali menjilat kembali ludah mereka dan menjulangnya kembali. Hanya masa sahaja yang bakal menentukannya.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates