February 13, 2010

10 CIFU Anwar Mempertahankan Diri Di Jalanan Dan "Chicken Out" Di Mahkamah Sebenar

Sewaktu peguamtunda Karpal Singh sibuk mencadangkan Hakim Mohamad Zabidin dibuang dari mengendalikan kes berkenaan kerana tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak CIFU Anwar Ibrahim pula menggunakan kesempatan ini untuk mengadakan ceramah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah. Ceramah ini telah diadakan di Dewan Sri Siantan di Batu Caves malam tadi bagi mendengar penjelasan CIFU Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak meliwat Saiful Bukhari. Orang suruh masuk mahkamah bela diri, dia sibuk mengadakan mahkamah jalanan untuk mempertahankan dirinya. Bukankah ini menghina mahkamah atau "contempt of court"? Lihat laporan Malaysiakini, di sini.

Berikut adalah petikan daripada salah seorang juak-juak CIFU Anwar Ibrahim, Nizar "The Puppet" Jamaluddin yang berucap mengenai kes berkenaan:
Menyentuh kes liwat Anwar, Mohd Nizar berkata ia tidak mungkin berlaku kerana Anwar sering mengimamkan solat jemaah. "Kalau Datuk Seri Anwar pergi ke mana-manapun, orang akan menjemput beliau supaya menjadi imam. Siapa pernah tengok Najib mengimamkan solat? Jadi, adakah seorang kaki liwat boleh mengimamkan solat?" kata Mohd Nizar.

Sumber: Malaysiakini.
Jawapan CTS:

Apa ... orang yang berlakon mengimamkan solat tidak boleh meliwat atau merogol ke Nizar? Awat yang bangang sangat ko ni. Sedangkan berapa ramai imam yang pernah ditangkap kerana merogol, meliwat dan rasuah. Bergantung pada diri masing-masing la. Lepas ini suruh semua penjenayah imamkan solat. Tak ada sesiapa yang akan dikenakan hukuman mengikut tafsiran Nizar "The Puppet" ini.

Kalau CIFU Anwar Ibrahim dan peguamtunda-peguamtunda beliau boleh menghina mahkamah (contempt of court) dengan menjaja kes berkenaan di jalanan, iaitu di ceramah-ceramah beliau, saya rasa tidak ada salahnya bagi kita untuk membicarakan kes ini sesama kita. Ya tak?

Kes Sodomy I

Fakta kes:

Sewaktu kes 1998, Mahkamah telah sahkan bahawa Polis Forensik telah menjumpai kesan air mani CIFU Anwar dan Syamsidar Taharin atas sebuah tilam yang menjadi bahan bukti kes.

Alasan peguamtunda-peguamtunda CIFU Anwar:

Air mani Anwar Ibrahim telah dikeluarkan secara paksa melalui proses ejakulasi oleh pihak Polis sewaktu Anwar pengsan dipukul Polis. Pihak Polis kemudiannya bersubahat menyapu air maninya atas tilam itu untuk sabitkan kesalahannya.

CTS kata:

Kalau benarpun air mani CIFU Anwar dikeluarkan secara paksa dan disapu ke tilam berkenaan, ianya tidak menjawab persoalan bagaimana air mani Shamsidar Taharin boleh berada di atas tilam berkenaan bercampur dengan air mani CIFU Anwar. Bagaimana air mani Shamsidar Taharin boleh diperolehi secara paksa sedangkan ianya tidak pernah seharipun ditahan oleh pihak polis.

Baca kisah CIFU Anwar Ibrahim + Shamsidar Taharin = Afifa, di sini.

Kes Sodomy II

Fakta Kes:

Pasukan pakar-pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur bakal membuktikan di dalam hujah pendakwaan, bahawa "semen" atau air mani CIFU Anwar Ibrahim telah dijumpai 4 cm hingga 5 cm di dalam saluran dubur Saiful Bukhari.

Alasan peguamtunda-peguamtunda Anwar:

Mereka mungkin akan menjawab pembelaan dengan mengatakan bahawa air mani tersebut telah dipaksa keluar dari kemaluan CIFU Anwar dan telah di suntik ke dalam saluran dubur Saiful Bukhari menggunakan picagari.

CTS kata:

Terdapat 3 cara sesuatu air mani tersebut boleh dikeluarkan. Pertama, melalui mimpi. Kedua, melalui ejakulasi dan ketiga melalui persetubuhan. Kalau mengikut kaedah pertama, agak sukar bagi sesiapa untuk mencuri air mani CIFU Anwar memandangkan kita tidak tahu bilakah CIFU Anwar Ibrahim akan bermimpi dengan mimpi ghairah. Kedua, sekiranya air mani berkenaan dikeluarkan secara paksa melalui ejakulasi, bilakah perkara itu berlaku? Sepanjang kes ini dibacakan, tidak pernah seharipun CIFU Anwar Ibrahim berada di dalam tahanan polis. Cuma tinggal kaedah ketiga iaitu melalui persetubuhan. Bab itu jangan tanya CTS, tanya CIFU Anwar Ibrahim sendiri.

I rest my case.


11 Anak Pontianak Buat Hal Lagi

Pelakon drama bersiri Anak Pontianak, Zarina Ann Julie buat hal lagi. Beliau antara tujuh yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam sekatan jalan raya di susur keluar Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) jam 9.00 malam tadi selepas didapati positif dadah. Ketika itu mereka menaiki kereta yang dipandu rakan pelakon terbabit dalam perjalanan pulang dari LCCT selepas mendakwa menghantar barang ke pejabat pos di situ.

Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin, berkata pelakon terbabit dan rakan pada mulanya enggan menjalani ujian air kencing sebaik ditahan untuk saringan secara rambang. Bagaimanapun, sejurus kemudian pelakon terbabit mengaku kepada anggota AADK bahawa dia mengambil ketamin, manakala rakannya mengambil syabu. Laporan penuh boleh dibaca di Berita Harian Online, di sini.

Penulis juga pernah memaparkan mengenai gaya hidup "clubbing" dan seks bebas Zarina Ann Julie ini, di sini dan di sini. Nampak gayanya kehidupan sosialnya semakin teruk hari demi hari.

Sudah sampai masanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil langkah serius membendung isu artis-artis yang berperangai yang tidak sepertinya ini. Kita masih ingat di zaman Allahyarham Tok Mat menjadi Menteri Penerangan, beliau begitu tegas di dalam hal-hal disiplin artis. Kena tangkap basah kena gam, kena tangkap dadah kena gam dan ambut panjangpun kena gam. Kenapa Menteri-Menteri sejak zaman Tun Abdullah begitu lembik dan tidak tegas di dalam buat keputusan? Agaknya, DS Rais hendak ikut jejak langkah Menteri Amaran kot, asyik bagi amaran saja. Hmm ...

February 12, 2010

16 Sokongan Buat Adik Mohd Bakri Mohd Bazli

Kemaskini 13/02/2010:

Adik Mohd Bakri telah sedar daripda koma dan dikeluarkan dari ICU, namun beliau masih terlalu lemah untuk diambil keterangan oleh pihak polis. Laporan NST Online di sini. The Malay Mail ada membuat laporan susulan mengenai kes Adik Bakri semalam, di sini.

Posting Asal:

Esok malam genaplah seminggu Adik Mohd Bakri Mohd Bazli terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Ini berikutan kejadian kira-kira pukul 10.50 malam Ahad lepas, Mohd Bakri, 23, cedera parah di kepala setelah terlibat dalam kemalangan dengan kereta yang dipandu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim. Suee Lim diberitakan mabuk ketika memandu pada malam tersebut setelah menghadiri jamuan Hari Raya Cina.

Setakat hari ini hanya Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi jaminan akan membantu menampung kos perbelanjaan ibu bapa penuntut berkenaan. Bantuan berkenaan membabitkan kos tempat tinggal, makanan, minuman dan kenderaan sepanjang ibu bapa kepada Mohd Bakri Mohd Bazli berada di sini bagi menemani anak mereka yang dirawat di ICU, HTAR.

Di manakah Kerajaan Negeri pada ketika ini? Apakah sumbangan yang Kerajaan Negeri Selangor berikan setelah ADUN mereka sendiri dari Pakatan Haram yang melanggar Adik yang tidak bersalah ini dalam keadaan mabuk? Mana Menteri Besar Khalid Gagap? Mana Ratu Bogel Eli Wong? Mana? Mana? Kenapa tiada laporan sejak hari kejadian sehingga seminggu kejadian ini berlaku di dalam mana-mana akhbar cauvinis seperti Haprakdaily, Malaysiakini dan The Malaysian Insiders? Kenapa akhbar-akhbar rasis ini tidak berani melaporkan kejadian sebenar yang berlaku? Mana bantuan Kerajaan Negeri Selangor yang sebelum ini begitu cepat disalurkan kepada keluarga Teoh Beng Hock, suspek penjenayah, A. Kuhan dan pesalah-pesalah ISA.

BANGSAT MENTERI BESAR KHALID GAGAP DAN EXCO-EXCONYA. CELAKA CELAKA CELAKA.

13 Kapal Selam Yang Tidak Boleh Menyelam

Satu lagi episod yang melucukan dalam sistem pertahanan negara. Belum beberapa lama kita dihidangkan dengan kejadian kehilangan dua enjin jet, kita mendapat berita pula kapal selam pertama negara yang baru dibeli tidak dapat menyelam. Sementelah lagi ianya baru lima bulan tiba di perairan Malaysia. Saya pun hairan juga bagaimana proses urusan jual beli dijalankan. Tiadakah mana-mana pihak yang menguji keberkesananannya sebelum membawa ke Malaysia?

Semalam Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam. Kerosakan mekanikal pada kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah. Adakah kerosakan teknikal ini hanya melibatkan kapal berkenaan tidak boleh hendak menyelam. Atau ada apa-apa lagi kerosakan teknikal yang lain. Cuba periksa dengan lebih teliti, manalah tahu, 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api pun tidak boleh digunakan. Lagi haru biru bila berperang nanti.

Saya berharap kapal selam kita akan dapat digunakan sepenuhnya seperti yang dijanjikan oleh Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mulai 18 Februari ini. Kita tidak mahu orang lain ada kapal selam, kita ada kapal selam. Orang lain guna kapal selam untuk operasi tinjauan strategik dan peperangan, kapal selam kita tidak boleh menyelam dan hanya digunakan untuk pameran LIMA di Langkawi. Lawak ... lawak ...

February 11, 2010

5 Jenaka Sang Nga Kor Ming

Sila "double click" untuk besarkan gambar.

Ramai sahabat-sahabat saya bertanya kenapa saya menjadi "Fan" kepada ramai tokoh-tokoh pembangkang seperti Nga Kor Ming, Khalid Samad, Lim Kit Siang, CIFU Anwar Ibrahim dan sebagainya di dalam laman sosial Facebook. Jawapan saya mudah. Dengan berdampingan dengan mereka, saya boleh mengawasi setiap tingkah laku, perancangan dan perbualan mereka. Berpegang kepada kata-kata Sun Tzu dalam bukunya The Art Of War, "If you are far from your enemy, make him believe you are near".

Berbalik kepada posting Kor Ming, agak jenaka apabila beliau meminta supaya UMNO bertaubat di dalam kes kekalahan 5 - 0 mereka di dalam kes rayuan jawatan Menteri Besar Perak. Tak tahulah saya sama ada taubat yang beliau sarankan itu sama atau tidak dengan taubat yang Karpal Singh sarankan kepada CIFU Anwar Ibrahim. Hebat betul hidayah yang Kor Ming perolehi dari tarbiah Nizar "The Puppet". Sudahlah boleh membaca ayat Al Quran yang lintang pukang makhraj dan tajuidnya. Sekarang nak suruh UMNO bertaubat pula. Kalau UMNO perlu bertaubat, Kor Ming perlu bersunat.

Posting beliau yang lagi satu pula mengambarkan DS Dr Zambry sebagai MB Mahkamah dan Nizar "The Puppet" sebagai MB Rakyat. Kalau kenyataan ini keluar dari mulut juak-juak Pakatan Haram saya tak hairan sebab mereka ni memang buta perut. Tetapi kalau kenyataan ini datang dari seorang peguam dan bekas EXCO, saya rasa agak sedikit pelik. Sejak bilakah pula rakyat memilih MB di dalam mana-mana pilihanraya di negara ini? Bukankah kuasa melantik dan memperkenan seseorang MB terletak di bawah bidang kuasa Sultan? Siapa MB Mahkamah kalau bukan si pelaku yang membuat rayuan demi rayuan demi tamakkan kuasa dan meroyan gelaran?

February 10, 2010

26 Sultan Azlan Shah, Duli Paduka Raja Perak Dipanggil Anjing


Bangsat kamu wahai Denny Thevarakam. Menghina seorang Sultan dengan panggilan anjing. Screen shoot di atas diperolehi dari laman sosial Facebook, Lim Kit Siang. Di manakah Pemuda-pemuda dan Puteri-Puteri UMNO. Di mana pejuang-pejuang Agama, Bangsa dan Negara? Di mana polis, SKMM dan Menteri Amaran? Sultan kita dihina, apakah kita akan duduk diam. Dayuskah kita? Bangun ... Bangun ... Bangun ... wahai saudara-saudaraku sekalian mempertahankan Sultan kita. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

4 Rakan Bloggers Jeffry Damien Ditahan Polis

Kemaskini 11/02/2010:

Satu daripada puluhan laporan polis yang dibuat terhadap Nizar "The Puppet" dan Lim Kit Siang, dibuat oleh Mejar (Rtd) Anuar Abdul Hamid.

Posting Asal:

Blogger kreatif yang telah didakwa oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Pas Kelantan, petang semalam telah menyerah diri ke balai polis Permas Jaya. Laporan penuh dapat dibaca di The Star Online, di sini. Buat Jeffry Damien pemilik blog Dimensi, doa kami rakan-rakan bloggers seperjuangan sentiasa bersama anda dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anda mengatasi dugaan ini.

Apabila blogger-blogger jalanan seperti kami ditindas dengan membuat pelbagai laporan polis, pemimpin-pemimpin pembangkang pula bebas untuk menghina institusi kehakiman dengan sewenang-wenangnya. Tidak ada pihak yang cukup berani dan mempunyai telor untuk mengheret mereka ke muka keadilan. Seolah-olah Malaysia ini Mak dan Bapa mereka yang punya.

Apabila keputusan mahkamah berpihak kepada mereka, Mahkamah itu adil dan saksama. Jika tidak, kata-kata nista dan kejian terhadap mahkamah akan dikeluarkan. Kalau kenyataan di bawah bukan bersifat "contempt of court", saya tidak tahu nak kata apa lagi. Kepada Menteri Amaran, tidak ada apa yang boleh saya harapkan. Mungkin sekali lagi amaran akan dikeluarkan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Hmmm ...
DAP secretary-general Lim Guan Eng urged Barisan Nasional to dissolve the Perak state assembly and hold fresh elections. Lim, who is Penang Chief Minister, said Barisan has to restore democracy and the constitutional right of the people to determine their government. “Any government that does not have any directly elected mandate violates the democratic principle of people’s power,” he said in a statement yesterday.

DAP adviser Lim Kit Siang, who was also at the press conference at the Palace of Justice in Putrajaya yesterday, described the unanimous decision as shameful.

PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail said the Pakatan Rakyat would continue its political battle to wrest Perak from the Barisan despite the Federal Court’s ruling. He said PKR regarded the decision as a black mark in the history of the country’s judiciary. “It definitely will not break Pakatan’s spirit in its efforts to ensure its victory in Perak in the next general election,” he said.

The party’s political bureau chief Datuk Zaid Ibrahim said the court has decided that the principles of constitutional law, parliamentary democracy and justice were subservient to political wishes. “It means that the Malay Rulers now have an absolute power over the Chief Executive of the State. The Sultan now not only has the power to refuse the appointment of anyone proposed by the government of the day as the Mentri Besar that he disapproves of, he also has the power to dismiss the said Mentri Besar if he so wishes,” he said. He said it seemed that the constitutional requirement that a constitutional head only acted on the advice of the Mentri Besar or the Prime Minister was now no longer applicable.

PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat called on the people to reject the Federal Court decision. He said in Kota Baru that it was not wrong for the people to reject the decision because people have recently demonstrated their displeasure over a High Court decision. He said it was not wrong to demonstrate against the decision as it was part of democracy.

Perak DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham claimed that if fresh elections were not called, the rights of 54% of the people of Perak whom he claimed supported Pakatan, would be denied.

Source: The Star Online.

... Dan kita boleh lihat betapa takutnya Kerajaan hendak mengambil tindakan kepada puak-puak ini. Saya berharap semua pihak memberi kerjasama untuk membuat laporan polis berdasarkan laporan akhbar The Star hari ini. Laporan polis adalah berdasarkan kenyataan menghina mahkamah atau "contempt of court". Saya sendiri secara individu akan membuat laporan polis. Kerjasama dari tuan-tuan amat diharapkan. Terima kasih.

Lagi saranan supaya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan boleh dilihat di blog Abang Blogger saya, di sini. Pemuda UMNO dan BN, wake up please.

February 9, 2010

7 Pendapat Bloggers Jalanan Diiktiraf Media Arus Perdana

Pendapat-pendapat Bloggers jalanan seperti Gerakan Anti PKR (GAP) dan Cucu Tok Selampit telah mendapat perhatian media arus perdana. Rencana di atas diambil dari Berita Harian hari ini 09 Februari 2010, mukasurat 4. Walaupun hati kecil terdetik rasa gembira, tetapi ini bukan yang kami cari. Kami tidak mengejar populariti, kami tidak mengejar kemewahan dan wang ringgit atau kami tidak menjadi "anjing" jurucakap pihak-pihak tertentu. Kami mahu suara RAKYAT MARHAEN didengari. Kami hanya mahu Bangsa, Agama dan Tanahair kami terpelihara. Kami berjuang demi mempertahankan prinsip kami. Walaupun yang melakukan kesalahan kepada RAKYAT itu saudara-saudara kami sendiri, demi Allah akan tetap kami tentang. Itu janji kami. Insyaallah.

Komen CTS juga pernah mendapat liputan di Utusan Online di sini dan di sini.

12 Laporan Polis Harus Dibuat Ke Atas Nizar "The Puppet" Kerana Menghina Mahkamah

Grafik diambil daripada The Malaysian Insiders
Mahkamah Persekutuan dengan keputusan sebulan suara dari panel hakim telah mengistiharkan DS Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah mengikut perlembagaan. Tahniah DS Zambry. Daulat Tuanku Paduka Sultan Perak. Laporan penuh Berita Harian seperti di bawah:
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi. Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lalu setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.
Rayuan itu dibuat Mohammad Nizar dalam cubaan terakhirnya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 4 Februari 2009 menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu melepaskan jawatan selepas mendapati beliau tidak memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Pada Mei tahun lalu, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.

Sumber: Berita Harian.
Ini pula sebahagian daripada ucapan Nizar "The Puppet" Jamaluddin yang masih tidak dapat menerima Qada dan Qadar Allah:

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.

Sumber: Haprakdaily.

Saya berpendapat Nizar "The Puppet" Jamaluddin harus membuktikan mahkamah dikongkong oleh pihak-pihak tertentu atau pihak berwajib sepatutnya menghadapnya ke mahkamah di atas pertuduhan "contempt of court".

February 8, 2010

24 Sokongan Terbuka Cucu Tok Selampit Terhadap Jeffry Damien

Di sini saya mengambil kesempatan menyatakan sokongan terbuka kepada rakan blogger dan sahabat baik saya, Jeffry Damien yang telah dilaporkan kepada pihak polis mengenai postingnya, di sini serta gambar seperti di bawah. Laporan polis telah dibuat oleh Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan dan mendesak pihak polis menyiasat blogger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya. Lihat laporan Haprakdaily, di sini.

Apabila ahli Pakatan Haram, Saudara Zunar, seringkali membuat kartun-kartun jenaka sinisnya yang berbentuk fitnah, Cartoonkini di dalam akhbar portal, Malaysiakini, juak-juak Pakatan Haram bertepuk tangan. Apabila Tien Chua membuat gambar super-impose gambar DS Najib bersama Altantuya di dalam blognya, mereka masih boleh tertawa. Tiada komen daripada Datuk Nik Aziz berkenaan hal tersebut. Bila kena dengan batang hidung sendiri, baru tahukan betapa sakit dan peritnya? Baru tahu hendak membuat komen ye Datuk?

Saya ingin bertanya kepada Datuk Nik Aziz, gambar-gambar "super-impose" menghina Ketua Negara seperti contoh di bawah telah lama dilakukan oleh "cybertroopers" pembangkang. Apa puak-puak Datuk buat kira halal ka?

Buat pihak PAS yang membuat laporan polis, anda bukan sahaja berdepan dengan Jeffry Damien sebaliknya anda berdepan dengan kami semua, blogger-blogger jalanan. Kami semua bukan blogger upahan seperti juak-juak "cybertroopers" Pakatan Haram. Kami menulis kerana sayangkan Agama, Bangsa dan Tanahair. Anda juga tersilap sekiranya menuduh UMNO mendalangi kami. Saya sendiri, Gerakan Anti PKR (GAP) dan Jeffry Damien bukan merupakan ahli UMNO.

Jeffry Damien, teruskan perjuanganmu. Biarkan laporan polis ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus berjuang. Baca juga sokongan bloggers GAP, GOMO, Pisau dan Siddique Azani.

3 Mentaliti Pembangkang Kerajaan Pulau Pinang

Sudah lama saya tidak membaca akhbar tabloid politik Haprak. Selain dari isi kandungannya yang bersifat "denial syndrom" dan fitnah, tidak ada maklumat berguna yang boleh diperolehi daripadanya.

Terbaru adalah laporan mengenai cerita perobohan gerai-gerai Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan DAP Lim Guan Eng telah mempergunakan wakil-wakil PAS dan PKR melalui Salleh Man dan Dr Mansor Othman untuk membuat spin ke atas isu tersebut. Seperti biasa, kerajaan Barisan Nasional yang dipersalahkan walaupun Pakatan Haram telah memerintah Pulau Pinang selama hampir 2 tahun.

Kerajaan Negeri, Mengikut Dr Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang terpaksa berhadapan dengan masalah yang berpunca dari arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan BN sebelum ini. Kalau betullah seperti yang didakwa Dr Mansor, saya kagum dan memandang tinggi keupayaan BN untuk menguasai Pulau Pinang yang ditadbir oleh Pakatan Haram. Kerajaan Pulau Pinang masih bermentalitikan pembangkang. Semua pihak salah kecuali diri mereka sendiri.

Amat malang sekali kedua-dua Melayu Islam ini dipergunakan oleh DAP untuk menafikan bahawa perobohan gerai di Pulau Pinang telah melibatkan semua kaum dan tidak terhad kepada gerai Melayu sahaja sedangkan Rakyat Pulau Pinang tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Kalau betul sekalipun keputusan perobohan gerai Melayu dibuat oleh kerajaan BN 2 tahun lepas, kerajaan Pakatan Haram sekarang tidak ada kuasakah untuk membatalkannya? Adakah betul apabila didakwa tindakan MPPP membelakangi kerajaan negeri? Adakah ini bermakna kerajaan Pakatan Haram tidak boleh mentadbir kakitangannya sendiri? Kalau semua perkara hendak salahkan orang lain dan tidak dapat membuat keputusan sendiri, patutlah YB Zahrin Mohd Hashim, AP Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong dan AP Nibong Tebal, YB Tan Tee Beng telah bertali arus mendesak Lim Guang Eng untuk meletak jawatan.

February 7, 2010

11 Beza Pelajar Melayu Dan Pelajar Cina

Sewaktu pelajar-pelajar Cina sibuk mentelaah pelajaran, pelajar-pelajar Melayu bertebaran di jalanan dengan ideologi politik sempit.

Sewaktu pelajar-pelajar Cina sibuk berdebat mengenai tesis cendiakawan mana yang terhebat, pelajar-pelajar Melayu sibuk berdebat Timbalan Naib Canselor mana hendak mereka turunkan.

Sewaktu pelajar-pelajar Cina insaf mereka harus belajar besungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga, pelajar-pelajar Melayu alpa dan lupa diri bahawa mereka dari keluarga merempat, berhutang sana sini untuk menyambung pelajaran.

Sewaktu pelajar-pelajar Cina berbangga dengan CGPA cemerlang dan Sijil Dekan digengam, pelajar-pelajar Melayu berbangga dapat mengambil sesuatu subjek dua tiga kali akibat mengulang kerana gagal.

Sewaktu pelajar Cina tamat pelajaran di Menara Gading dengan Ijazah Kelas Pertama dan menjadi Pelajar Terbaik, pelajar-pelajar Melayu berbangga dengan Ijazah Kelas Ketiga dan Ijazah Am, seperti mentor mereka, CIFU Anwar Ibrahim.

Akhirnya, pelajar-pelajar Cina berbangga dengan pekerjaan yang baik seperti Pengurus, Doktor, Saintis dan sebagainya, anak-anak Melayu berbangga dengan gelaran Penganggur Terhormat dan menyambung kerja mereka sewaktu di kampus sebagai PENDEMONSTRASI JALANAN.

Siapa yang mereka salahkan selepas itu? Kalau tak UMNO, pastinya kerajaan Barisan Nasional!
Nota: Luahan hati penulis dan gambar adalah berdasarkan rencana Malaysiakini, di sini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates