January 28, 2010

15 Usaha Terdesak Pembangkang Untuk Memburukkan UMNO

Kemaskini 29/01/2010:

Lagi surat palsu UMNO yang telah disiarkan di dalam blog Malaysian Waves oleh Abdul Rahman Talib a.k.a. Tulang Besi dengan tujuan untuk memfitnah. Lihat di sini. Terima kasih sahabat saya Grand Marquis. Mungkin sudah sampai masanya UMNO menyaman puak-puak yang membuat fitnah ini.

Posting Asal:

Dalam keghairahan para mahasiswa-mahasiswa kita sibuk berkempen di dalam pilihanraya kampus, terdapat tangan-tangan nakal daripada Pakatan Haram yang cuba untuk memburuk-burukkan UMNO. Surat layang di bawah telah disebarkan secara meluas di Facebook. Surat tersebut kononnya menyatakan Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Johor, Dato' Abdul Ghani Othman telah menghantar surat kepada Pejabat Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), bertarikh 04 Januari 2010. Antara lain, fitnah yang ditaburkan di dalam surat tersebut adalah UMNO telah menyalurkan dana sebanyak RM20,000 untuk membantu calon Pro-Aspirasi UTHM bagi memenangkan calon-calonnya yang bertanding.

Dalam keghairahan puak-puak Cybertroopers Pakatan Haram membuat fitnah, mereka telah alpa dan terkhilaf mengambil "letterhead" UMNO yang sebenarnya. Cuba bandingkan dengan "letterhead" sebenar UMNO seperti di bawah:

Berikut adalah perbezaan-perbezaan yang telah dinyatakan oleh seorang veteran UMNO yang juga sahabat baik di Facebook, Kamaluddin Idrus:
1. Pada tulisan jawi, "PERTUBUHAN" ada dua huruf "wau" iaitu ڤرتوبوهن dan bukannya ڤرتوبهن seperti pada surat palsu.
2. Letterhead sebenar cuma ada logo UMNO di tengah-tengah dan bukannya bendera UMNO bersama.
3. Alamat surat menyurat terdapat pada "letterhead" yang asal.

4. BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT tercatat di bahagian bawah "letterhead" yang asal / original.
Nasihat saya kepada "cybertroopers" upahan Pakatan Haram. Cuba di lain kali untuk memfitnah UMNO. Buat kerja "photoshot" dengan sebaik mungkin dan bukannya tangkap muat. Nasihat yang terakhir, apa yang hangpa bangang sangat!!! Kalau benarpun UMNO menaja calon Pro-Aspirasi di dalam pilihanraya kampus, takkanlah nak bagi dana menggunakan surat rasmi? Menteri Besar Johor banggang sangatkah seperti hangpa yang akal letak dekat kepala lutut. Bukankah lebih tersusun dan berahsia sekiranya wang dana berkenaan disalurkan terus secara tunai (cash) kepada pihak yang sepatutnya. Akai ada ka?

January 26, 2010

15 Kenapalah Menteri Kabinet Bercakap Ikut Sedap Mulut?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan seorang Menteri Kabinet yang bercakap ikut sedap mulut beliau sehinggakan menjadi bahan ketawa blogger-blogger pembangkang. Menteri yang saya maksudkan adalah DS Mohd Nazri Abdul Aziz. Ini berikutan kenyataannya yang berbunyi, "Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan." Sila baca laporan Malaysiakini, di sini. Bukankah kes berkenaan masih lagi di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan? Tidakkah tindakannya itu boleh ditakrifkan sebagai "contempt of court"? Betulkan saya jika saya tersilap, bukankah Menteri yang menjaga Hal Ehwal Keagamaan terletak di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom? Kenapa pula beliau pula yang sibuk-sibuk mengeluarkan kenyataan?

Hari ini seorang lagi Menteri Kabinet mengeluarkan kenyataan mengikut sesuka hati. Sudah pastinya kenyataan jenakanya akan dipermainkan di blog-blog pembangkang. Ini berikutan kenyataannya sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor yang mangkat Jumaat lalu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, DS Dr Rais Yatim berkata kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka. Sila baca laporan Berita Harian, di sini.

Pertanyaan saya kepada Menteri Kabinet berkenaan yang bijaksana:
  • Adakah ini kenyataan peribadi beliau atau kenyataan Kabinet. Kalau mengikut laporan Berita Harian, "Kerajaan tidak berhasrat ....". Kalau ini keputusan kerajaan, bila pula masanya kabinet bersidang untuk membincangkan isu ini?
  • Adakah dengan hanya meminta maaf, semua masalah boleh selesai? Sudah lupakah kita isu Namawee yang menghina lagu Negaraku? Selepas meminta maaf beliau dilepaskan, sekarang blogger Aduka Taruna telah menghina Sultan yang telah mangkat. Adakah beliau juga akan turut dimaafkan. Adakah ini akan menjadi "precedent case"? Sesiapa sahaja boleh menghina sesiapa sahaja dan tidak ada tindakan yang akan dikenakan kalau beliau meminta maaf? Undang-undang rimba apakah ini?
  • Bolehkah seorang Menteri mencampuri urusan siasatan yang sedang dan masih dijalankan oleh pihak polis? Kalau begitu kenapa kita perlukan PDRM untuk menyiasat. Tanya sajalah kepada menteri-menteri kabinet sama ada hendak maafkan penjenayah atau tidak. Bukankah begitu?
Ada kalanya saya merasa muak dan jelak dengan kelakuan menteri-menteri kabinet ini.

January 25, 2010

18 Lagi Bloggers Menghina Almarhum Sultan Johor

Kemaskini 26/01/2010:

Inilah muka si bangsat yang membuat komen di dalam Gutter Malaysia. Penemuan si bangsat dari Singapork ini berjaya dikesan oleh sahabat saya di MyKMU, Tokapi di sini. Tahniah buat Tokapi. Buat rakyat Johor, sebarkan gambar tersebut dan jangan biarkan bajingan ini menjejakkan kaki di bumi Malaysia.

Posting Asal:

Kurang ajar, bangsat dan di luar perikemanuasian bagi pemilik blog ini, Gutter Malaysia. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kelancangan dan keceluparan blogger Aduka Taruna menghina Almarhum Sultan Johor. Namun walaupun beliau telah meminta maaf secara terbuka, kelancangan dan sikap beliau tidak mahu menyatakan kekesalan dan mengaku kesilapan diri amat-amat dikesalkan, baca di sini. Karya bangsat Aduka Taruna @ Khairul Nizam boleh dilihat di sini. Rentetan daripada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, memberi jaminan satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat blog Aduka Taruna dan akan mengheret mereka ke mahkamah, baca di sini.

Adalah diharapkan PDRM supaya segera mengambil tindakan terhadap blogger Aduka Taruna dan Gutter Malaysia serta pihak-pihak yang membuat komen berupa hasutan agar perkara ini tidak menimbulkan kemarahan rakyat yang sayangkan Sultan mereka dan tiada kejadian buruk yang berlaku kesan daripada tindakan bloger-blogger di atas. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah padahnya.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates