January 7, 2010

12 Nik Aziz Ditipu Menantu ... Biarkan ... Biarkan…!!

Mesti ramai penyokong-penyokong Menteri Besar Kelantan marah dengan CTS dengan tajuk posting kali ini. Sabar ... sabar ... Ini bukannya kenyataan CTS. Saya baru mendapat panggilan daripada seorang sahabat baik yang bekerja di Kota Bharu memberitahu bahawa banner-banner yang bertulisan sebegitu telah banyak terpampang di sekitar Kota Bharu dan beberapa tempat strategik di Negeri Kelantan.

Katanya, melihat kepada reka bentuk dan jenis banner yang digunakan iaitu dibuat menggunakan tarpolin, beliau yakin ini adalah kerja-kerja terancang yang tidak dibuat bersendirian. Pihak disebalik kerja-kerja memburukan imej Menteri Besar Kelantan ini adalah mereka yang mempunyai sumber kewangan yang banyak.

Saya tidak mahu menuduh sesiapa. Yang pastinya Pakatan Haram akan mengatakan ini adalah kerja UMNO seperti kebiasaannya walaupun pengikut-pengikut PAS tegar telah mula mempertikaikan Menteri Besar Kelantan dengan isu kroni Almenantunya. Wallahualam.
Nota kaki: Mantan Menteri Besar Perak, DS Nizar "The Puppet" Jamaluddin, cedera selepas kereta dipandunya terbalik dengan empat tayar ke atas akibat kemalangan jalan raya di Ipoh pada 9.30 pagi tadi. Beliau kini dirawat di Hospital Ipoh. Mungkinkah perlu diadakan Suruhanjaya Diraja atau sekurang-kurangnya inkues bagi memastikan UMNO tidak terlibat di dalam konspirasi kemalangan ini. Alasan yang digunakan ialah ini jalan Kerajaan BN. Pastinya ada tangan-tangan ghaib berlakunya kemalangan ini. ha ha ha. Siapa bersetuju?

January 3, 2010

1 Kelantan Lintang Pukang Akibat Politik Keluarga

Sedih dan terharu membaca posting terbaru Syed Azidi atau lebih dikenali dengan gelaran Kickdefella, Asyik-Amelina. Bagaimana seorang yang diperakui oleh pengikut-pengikutnya sebagai ulama sanggup memperlakukan bekas Setiausaha Politiknya, Tuan Haji Anual Bakhri Haroon, yang setia dan berusaha menjaganya selama 10 tahun seperti sampah. Orang yang sama sanggup menidakkan tindakannya itu di hadapan seluruh rakyat di dalam Buletin Utama tempoh hari.

Betullah kata orang, "blood is thicker than water". Mungkin ahli-ahli syura "Meja Bulat Pulau Melaka" (meminjam terma Syed Azidi) tersenyum riang kerana rancangan mereka telah berjaya. Saya tidaklah mengatakan tindakan ini salah kerana adalah menjadi hak seorang Menteri Besar untuk melucutkan jawatan Setiausaha yang tidak dikehendakinya pada bila-bila masa. Bukankah lebih molek sekiranya dibenarkan Haji Anwal untuk menghabiskan tempoh notis perletakkan jawatannya selama satu bulan dan bukannya "serta-merta". Bukankah zalim tindakan tersebut? Kalau almenantuhantunya, Ariffahmi senang-senang diberikan tempoh notis menamatkan perkhidmatan selama 3 bulan, apakah salahnya untuk diberikan peluang yang sama kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan itu berdasarkan terma kontrak.

Apabila pemerintahan keluarga berlaku di Kelantan, inilah akibatnya. Mungkin mereka tidak mengambil iktibar dari kejatuhan pemerintahan keluarga Bani Abbassiyah? Tak habis-habis kerajaan PAS di Kelantan ini hendak berpolitik. Rakyat jadi lintang pukang. Kalau tidak masakan kes rogol di Kelantan naik 25% pada tahun 2009, manakala 60% daripada 313 kes melibatkan golongan kanak-kanak bawah umur. Nama saja gelaran Serambi Mekah! Apa-apapun pastinya selepas ini Syed Azidi akan kena maki pula, "Celako ... celako ... celako blogger yang melaporkan berita ini."

January 1, 2010

13 Hadiah Tahun Baru Dari Kerajaan

KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI ELAK HARGA GULA NAIK

KUALA LUMPUR, 18 Januari: Kerajaan mungkin membatalkan hasrat menaikkan harga gula berikutan langkah terbarunya untuk menambah pemberian subsidi sebagai alternatif bagi menampan kenaikan harga barang keperluan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata langkah menambah subsidi itu antara cadangan utama yang diteliti secara serius kementeriannya sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Ada kemungkinan harga gula tidak dinaikkan berikutan kelembapan ekonomi dunia. Kementerian mengambil kira pelbagai perkara sebelum membuat keputusan apatah lagi kita mahu elak membebankan rakyat.

“Industri gula membabitkan pengeluar serta pemborong juga memberikan jaminan tidak menaikkan harga gula pada waktu terdekat dan akur terhadap keputusan kerajaan yang dijangka diumumkan empat minggu lagi,” katanya.

Sumber:Berita Harian
HARGA GULA TIDAK NAIK , BEKALAN DIJAMIN CUKUP – ISMAIL SABRI
KUALA LUMPUR, 2 0gos (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan gula di negara ini mencukupi serta tiada kenaikan harga akan berlaku sehingga akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan peniaga agar tidak menyorokkan bekalan gula untuk meraih perhatian kerajaan bagi menaikkan harga gula.

Sumber: Bernama.
Gula naik 20 sen sekilo hari ini

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Kementerian itu pada masa sama menarik balik subsidi ke atas harga roti putih yang sebelum ini dikategorikan sebagai barang kawalan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, kenaikan harga gula tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia terutama sejak Ogos lalu.

Sumber: Utusan Malaysia.

Kerajaan sudah menunaikan janjinya. Kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga gula sehingga hujung tahun 2009. Kerajaan memang berpegang kepada janji. Masuk sahaja 31 Disember 2009, kerajaan mengumumkan akan menaikkan harga gula sebanyak RM0.20. Kenapa dinaikkan RM0.20 sahaja. Kenapa tidak dinaikkan RM0.40 atau RM0.50. Naiklah harga barangan pengguna banyak sedikit supaya senang rakyat hendak membuat keputusan di dalam PRU13.

Selepas ini pastinya Sabri Yaakob akan terhegeh-hegeh membuat penjelasan bahawa harga gula tidak akan menaikkan harga barangan pengguna. Rakyat marhaen yang miskin tidak akan terjejas dengan kenaikkan ini ataupun alasan yang paling bodoh abad ini ialah Kerajaan menaikkan harga gula kerana peningkatan penyakit kencing manis atau diabetis di kalangan rakyat Malaysia.

Selamat Tahun Baru Masihi 2010. 1Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!!!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates