May 28, 2010

25 Lagi Satu Menteri Kerajaan DS Najib Buat Kenyataan Bangang

Di saat Kerajaan DS Najib diserang bertalu-talu dengan tindakan seorang Menteri Bijak Pandai Kerajaan Barisan mengusulkan untuk meluluskan lesen perjudian bola sepak piala dunia yang telah diluluskan oleh kabinet, semalam pula, seorang lagi Menteri Kerajaan DS Najib mengeluarkan kenyataan yang bangang.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Idris Jala, yang juga CEO "Performance Management And Delivery Unit" (PEMANDU - apakah natang jawatan ini?) telah memberi ceramah di KLCC mengusulkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang paling tinggi menerima subsidi di dunia harus mengurangkan pengantungan subsidi kepada Rakyatnya terutama untuk minyak, elektrik dan toll (yang merupakan keperluan asas) untuk menjimatkan defisit dan hutang Kerajaan sebanyak RM103 billion selama 5 tahun.

Siapa ini Idris Jala? Bekas CEO MAS yang telah dilantik terus menjadi Menteri Penuh Kerajaan DS Najib tanpa perlu menjadi wakil Rakyat. Apa jasanya? Kata orang, dia telah berjaya memulihkan kewangan syarikat penerbangan utama negara dari mengalami kerugian sehinggakan mencatat keuntungan. Keuntungan? Pergi dah! Yang rakyat tidak tahu, keuntungan yang diperolehi oleh MAS sepanjang pengendaliannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif hanyalah disebabkan penjualan aset-aset di dalam MAS dan bukannya keuntungan operasi. Kalau setakat hendak jual bangunan-bangunan MAS dan mencatatkan keuntungan sehinggakan membolehkan beliau dilantik sebagai seorang Menteri, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan orang yang melantiknya. Elok sangatlah beliau dilantik menjadi CEO Pemandu, lingkup Malaysia.

Semalam, orang yang sama bercakap pula mengenai Malaysia berkemungkinan besar akan menjadi bangkrap menjelang 2019 disebabkan hutangnya berjumlah RM1.158 trillion. Sekiranya hutang-hutang ini hendak dipersalahkan ke atas subsidi-subsidi yang diberikan oleh rakyat seperti subsidi minyak minyak, gas, toll, gula, minyak masak dan sebagainya, saya rasa itu merupakan suatu tindakan yang bangang. Sejak bilakah subsidi-subsidi ini diwujudkan? Pada zaman DS Najibkah? Tidak! Ia wujud sejak zaman beberapa zaman Perdana Menteri sebelum ini. Kenapakah Kerajaan BN di bawah pimpinan Mantan-Mantan Perdana Menteri sebelum ini (kecuali Tun Abdullah) tidak pernah bersunggut mengenai pemberian subsidi kepada Rakyat? Kenapa baru sekarang hendak dikurangkan atau dihapuskan subsidi yang diberikan kepada Rakyat?

Inikah slogan yang dilaung-laungkan. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Cakap berdegar-degar tetapi tidak lebih sebagai mitos semata-mata. Betulkah Kerajaan sudah tidak mampu lagi menanggung subsidi disebabkan oleh kekurangan sumber alam negara atau disebabkan oleh ketirisan dan ketidakcekapan di dalam pentadbiran Kerajaan DS Najib? Betulkah angka RM103 billion defisit dan hutang disebabkan oleh tanggungan subsidi Rakyat atau adakah ini satu helah untuk menipu Rakyat Marhaen supaya tidak memberontak apabila subsidi dihapuskan? Saya setuju kita tidak patut menjadi Rakyat Subsidi, tetapi adakah Kerajaan pasti semua Rakyat "bermain di padang yang sama"?

Tahniah DS Najib. Usaha dan tingkah laku menteri-menteri Datuk Seri akan memendekkan karier politik anda. Saya tidak mahu bercakap lebih lanjut tetapi saya berani bertaruh (judi sudah dilesenkan kan) Kerajaan DS Najib bakal kehilangan lebih banyak negeri di dalam PRU13 sekirannya idea bodoh DS Idris Jala untuk mengurangkan dan menghapuskan subsidi kepada Rakyat diteruskan. "I bet my life!". Bagi saya, biarlah saya memberi peluang kepada satu pihak yang lagi satu kalau Kerajaan DS Najib sudah tidak berupaya mentadbir soal kewangan Negara. Tak gitu?

25 comments:

C L J said...

AKU BENCI BOLASEPAK .....

C L J said...

Menagement of the crisis is to find the source of the critical state.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Salam.

Najib ni nampak gayonyo banyak salah lantik orang jadi Mentori....

lord ried said...

CTS..........

DALAM GHAMAI2 BLOGGER UMNO HANG DAN THE FLYING KICK BUKAN JENIH PENCACAI, SEBAB BUKAN SUMA
PENDAPAT YANG TEREBIT DARI PIMPINAN
HANG,HANG PON JADI BARUA WALAUPUN MENDE TU TAK BETUI.

SALUTE, ADA ALASAN UNTUK AKU BERSETUJU NGAN HANG DALAM BAB NI, WALAU PON AKU SELALU MAI KUTUK HANG.


he he he
sekadaq bersetuju

Anonymous said...

idris jala ni memang babiiiiiiii
najib pun 2 x babi jugakkkkkkkkkk
kerajaan bn sekarang ni memang babiiiiiiiiii lahhhhhhh



ikhlas dari pengundi bn selama lamanya.. (setakat ni) next pru belum tahu lagiiiiiiiiiiiiii

Anonymous said...

Bagus jugak kurangkan subsidi. Kasi orang melayu bangun!!! Negara lain takde subsidi pon, negara jadi maju.

Wake UP! said...

Sampai bila kerajaan nak beri subsidi kepada rakyat? Lihat sajalah kerajaan Pakatan Rakyat pun tak mampu nak beri air percuma kepada semua rakyat.

Jangan kita tanya apa kerajaan mampu beri kepada kita, tapi tanyalah diri sendiri apa sumbangan kita kepada negara.

Jesus Christ is not the same as Allah.

Jati Diri said...

Salam Bro,

Bangunan yang dijual cuma satu sahaja iaitu Menara MAS di Jalan Sultan Ismail. Bukan "bangunan-bangunan" seperti kenyataan saudara.

Dengan terjualnya bangunan itu, MAS mendapat balik modal yang membolehkan mereka melonjakkan perniagaan serta mengutip keuntungan daripada operasinya.

Buat kajian betul-betul sebelum buat kenyataan.

Anonymous said...

Jangan kita dok mengata aje tanpa ada solution, apa kata kita pikir sama sama cammana nak buat. Cadangan aku ler

Naik kan tax untuk org kaya contohnyer sales tax, mungkin untuk kenderaan ke 3 atau ke 4, rumah jika lebih pada 2. Lembaga hasil kena proaktif mencari cukai korperat, ni dok tipu account kata takder untung tapi boleh bukak 10 branch kedai sparepart (cari makan mea). Tax kan jugek keuntungan dari pasaran saham, warrent buffet pun pernak mencadangkan benda yang sama kepada kerajaan US. Yang lain lain korang kena pikir ler, kalau aku nak tulis mungkin aku kena buat blog sendiri.

Tapi maksud aku, jangan ler kita mempertahankan orang kaya dengan menidakkan hak org miskin.

Kasi tax itu org kaya

KHAIRUL NAZRI said...

Salam,

1. Secara peribadi saya melihat kebimbangan kita terhadap rancangan untuk memansuhkan subsidi adalah kerana kita berasa amat selesa dengan kemewahan yang kita kecapi sekarang.

2. Kita tidak rela walau apa sekali carapun subsidi-subsidi ini ditarikbalik atau dihapuskan terus.

3. Kita sebenarnya masih malas untuk berusaha, bekerja keras memajukan diri, masih mengharapkan orang lain membantu diri dan bangsa kita terutamanya Melayu sedangkan bangsa-bangsa lain spt Cina, Keling dsbnya konsisten berjuang untuk memajukan diri dan bangsa mereka.

4. Kita sebaliknya konsisten berpolitik sepanjang masa dengan lebih berani dan gah menekan bangsa sendiri yang tidak sebulu hanya untuk menagih sokongan orang lain.

5. Bersedialah bahawa sebarang subsidi atau sebagainya bukanlah perkara atau benda yang kekal. Pastinya jika tiba harinya orang Melayu lebih gelabah dari bangsa-bangsa lain.

Bersediakah kita?

Anonymous said...

Bantu kami berkembang: Blog tuan/puan ini telah kami link di website kami (Bahagian Blogroll), harap tuan/puan dapat pertimbangkan dengan meletakan link kami pula di blog tuan/puan, mungkin membantu meningkatkan bilangan pembaca kedua pihak....Terima kasih

http://mybloghub.my/

Anonymous said...

Bantu kami berkembang: Blog tuan/puan ini telah kami link di website kami (Bahagian Blogroll), harap tuan/puan dapat pertimbangkan dengan meletakan link kami pula di blog tuan/puan, mungkin membantu meningkatkan bilangan pembaca kedua pihak....Terima kasih

http://mybloghub.my/

Anonymous said...

Tgk kejaan Kedah skng dah takdak hutang...soh la budak Najib tu p blajaq ngn MB Ustaz Azizan.Kelantan pun takdak hutang smnjk TG Nik Aziz jd MB...tu Puaka Pencen tu wat KLCC tu ape pekdah??
hutang berlambak lg ada la...umngokkkk betulll..

Anonymous said...

I share a same thought with u.I already posted my comment in Rockybru's under melayu jati.Salam

Pak Tam said...

Salam Anon May28 11:46pm,
Sdr jangan pakai hentam saje. Cuba lihat dlm budget negeri dan KNK atau KDNK negeri-negeri berkenaan. Tak usah komen lah sekadar nak tegak benang yg basah!

Anonymous said...

Saudara Cucu Tok Selampit,

Saya tidak terkejut jika ia bertindak begitu. Cuba selidik latar belakang Idris Jala. Seorang Penganut Kristian yang bergerejakan SIB (SIDANG INJIL BORNEO). SIB lah gereja yang menwar warkan supaya kitab injil di alih bahasa GOD kepada ALLAH. SIB telah bertapak di Semenanjung pada tahun 1990 yang di bawa oleh penuntut penuntut dari Sarawak (Orang Hulu).Di Sabah dan Sarawak mereka menghadapi masalah untuk berkembang kerana kebanyakan kaum peribumi adalah penganut mazab kristian yg lain maka mereka beralih ke Semenanjung untuk berdakwah dan mendapat ahli ahli baharu.Mengikut Malaysia Insider, Gereja SIB adalah Gereja yang terpantas mendapat penganut penganut baru. Kebanyakan ahli ahli di Semenanjung adalah berbangsa Cina yang kebanyakan tidak mempunyai latarbelakang ugama. Mereka mempunyai agenda tersirat dan tersurat didalam mengembangkan ajaran mereka.

Kol Mat.

Anonymous said...

Mohon izin untuk letak link. Ia berkait dengan Idris Jala jugak.

Thanks.

http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=116992478338801

joe said...

Baru aku tahu Idris Jala tu orang kristian rupanya.

Anonymous said...

hang baru tau ka??? org dah lama tau...tapi yg lagi memalukan pak lah duku siap bg salam kt idris jala ni..

Anonymous said...

Pak Tam,,, KNK n KDNK pe nyer???
klu ada post sini kat aku aku nak tgk at least bg link web nyer...

Anonymous said...

Hahahaha...dulu menJala di MAS kini menJala untuk kerajaan. TAB DS Najib, sila halusi cadangan ini agar ianya tidak membebankan rakyat Malaysia sebab kalau rakyat memberontak dalam bentuk undi diPRK atau pun PRU13 nanti maka nak jala kot mana pun tak boleh dah. Kepada Menteri tu, jgn nak tunjuk taring la agar masuk dalam buku baik DS Najib. Fikirkan implikasinya sebab kalau main ikut logik saja maka buruk padahnya. Pihak pembangkang tu memang menunggu kes-kes macam ni untuk di sensasikan agar mendapat sokongan dan undi rakyat. Cuba guna minda tu untuk menyenangkan rakyat BUKAN nya untuk menindas lagi rakyat Malaysia ni. Kalau setakat pak menteri semua takde subsidi pun takpe sebab kamu semua dah KAYA. Kami ni, fikirkan impak kepada KAMI ini wahai menteri oiii... itu tak di ajar disekolah atau universiti tapi melalui pengalaman hidup yg selalunya pahit bila ada menteri macam awak ni. Skrg awak bukan main dgn kapal terbang lagi, sekarang awak berhadapan dgn rakyat yg tak akan berkompromi bila ada orang cuba menyusahkan mereka. DS Najib, we do not need a Think Tank like this.. no matter what his reasons are.

Pedang Bertuah said...

Apa kita nak cerita pasal subsidi?

Tgk berapa ramai student kita sponsor pegi oversea tapi takmau balik berkhidmat di Malaysia. MEMBAZIR!

Tengok berapa ramai rakyat kita pegi kerja kat Singapore? Subsidi Malaysia sapu, tapi tak bayar income tax kat Malaysia. EPF pun menabung kat negara orang. BUANG MASA!

Mana cukup duit pembayar2 cukai macam kira nak tanggung manusia-manusia dalam 2 golongan di atas?

Anonymous said...

kenyataan Idris Jala ini aku rase pure bkn sbb politik..dia lebih kepada perancangan belanjawan negara..mamat ni business minded..pemikiran org business man mmg camgini..

cuma ianya tidak sedap dienak dikala puak2 pembangkang menceduk dan menggunakan setiap patah perkataan oleh org2 kerajaan sbg modal politik..itu yg kita marah, sbb takut kerajaan ini tumbang PRU13 nanti, sedangkan kerajaan yg bakal mengambil tampuk adalah kerajaan yg sgt lemah dr segi comparison..

najib ada umumkan langkah kerajaan ingin menjadikan isi rumah rakyat malaysia yg berpendapatan tinggi, cita2 ini tidak akan dicapai selagi kerajaan dibebani subsidi yg tinggi..jika tiada subsidi, perbelanjaan negara lebih terarah kpd pembangunan dan pengurusan hutang2, dan subsidi yg dijimatkan dapat mewujudkan lebih peluang2 pekerjaan melalui peluang2 perniagaan yg lebih kompetitif..untungnye perniagaan ini ditranslatekan kpd tinggi income rakyat2 malaysia..duit berpusing2 didalam negara, dan ketika ianya dicapai, kuasa beli rakyat lebih tinggi, dapat cushion impact kenaikan harga barang..

ape yg cuba dicapai, kenaikan pendapatan rakyat malaysia yg lebih tinggi dari kenaikan harga barang, tol, minyak dsb..

sampai bila kerajaan sentiasa dibayangi subsidi dalam usaha mengekalkan tampuk pemerintahan? kenaikan harga barang adalah sesuatu yg tidak boleh dielakkan, sampai bila kerjaan dapat bertahan? adalah lebih efektif penjimatan subsidi itu digunakan utk menjana lebih byk wang utk rakyat..pemberian subsidi spt menyimpan wang di bawah bantal, tiada faedah ekonomi, jd tujuan kerajaan utk mengoptimisekan setiap sen yg ade..

bagi aku, subsidi yg ditarik oleh kerajaan akan digantikan dgn pertambahan pendapatan..aku lebih suka gaji pokok aku dinaikkan dari dapat pertambahan elaun..kerana contribution syarikat berdasarkan gaji pokok shj, elaun tak kira beb!..

anti-firaun..

Jakasembung said...

RM103 billion sudsidi untuk 5 tahun.

1 tahun = RM20.6 billion

Rakyat Malaysia ada 30 juta

Sorang tak sampai RM700.00 setahun. Sebulan lebih kurang RM57 je. Sehari tak sampai RM2 pun.

Cuba bayangkan kalau kerajaan tarik balik semua subsidi tu...dia punya spinning effect kat harga barang2 lain...semua kos barang dan perkhidmatan naik harga. Aku rasa berganda2 dari RM2 sehari.

Anonymous said...

kalo berbelanja utk rakyat keseluruhannya, rasa berat je poket kerajaan...tp kalo utk kroni2, insentif sana sini, perjanjian2 berat sblh dgn sykt2 kroni, senang plak gomen kasi...tgk la perjanjian konsesi tol, kenaikan setiap 3 thn @ 10%..gila apa? perjanjian dgn penjana tenaga bebas? duit free je kasi kt diorg..last skali, rakyat kebanyakan yg menanggung derita..kos hidup makin naik..skang ni harga ayam pn melampau, sekilo dh dkt rm 10 dh..10 thn dulu, org kampung kalo tak mampu beli ayam, boleh jugak makan ikan kembung (murah), tp skang ikan kembung pn skit punya mahal..jadi pemimpin tp asyik melihat dan menjaga kepentingan org disekeliling saja..keperluan rakyat kebanyakan, golongan bwh dan menengah kerap kali diabaikan..cukup kah dengan sekadar memberi bantuan beras sekampit, gula sekilo, kain batik dan pelikat setiap 4 thn sekali (menjelang PRU) kpd rakyat? bagi mereka,sudah tentu cukup..sbb rakyat terus menerus menyokong mereka atas nama melayu..sedih skali

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates