December 6, 2009

19 Inikah Selangor Negeri Berkebajikan Ala Pakatan Haram?

(Foto ehsan rakan Facebook, Rohaizat Tahir)

Tidak sayukah mata melihat anak-anak ini tidur bergelimpangan di kaki-kaki lima. Mungkin permandangan ini sudah biasa di Indonesia dan Thailand, tetapi tidak di Malaysia. Lebih-lebih lagi gambar ini diambil diambil di kawasan Hulu Kelang di mana ADUN dan Ahli Parlimen daripada parti PKR (Parti Kelentong Rakyat), terletak di negeri Selangor yang mewar-warkan sebagai negeri berkebajikan. Apa yang kedua-dua wakil rakyat ini buat? Di mana Azmin Ali dan di mana pula Saari Sungib? Adakah mereka sedang sibuk memenuhkan kantung poket masing-masing?

December 4, 2009

17 Sasaran 10,000 Budak-Budak Nakal Tidak Tercapai

Walaupun perhimpunan pada pagi ini bertujuan untuk menghimpunkan 10,000 budak-budak nakal penyokong-penyokong Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, saya difahamkan jumlah kehadiran adalah sekitar 5,000 orang sahaja, walaupun Haprakdaily cuba membohongi pembacanya dengan mengatakan jumlah puluhan ribu, memang haprak sekali. Walaupun perhimpunan budak-budak nakal ini dilakukan pada hari cuti am Jumaat bagi negeri Kelantan, rakyat Kelantan lebih memilih untuk bercuti dan beristirehat bersama keluarga dari melayan kerenah Menteri Besar Kelantan. Laporan Malaysiakini, di sini. Cukuplah tu sokongan buat Menteri Besar Kelantan untuk berkhidmat sehingga ke akhir hayat.
"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu."
Begitulah kata Nik Aziz. Terkenang saya tentang apa yang beliau tidak pernah doakan kepada Tun Dr Mahathir suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, Tun Dr Mahathir masih sihat dan cergas hingga ke hari ini walaupun beliau lebih tua dari Nik Aziz. Cuma apa saya merasakan lebih baik Nik Aziz berdoa untuk kesejahteraan Sultan Kelantan yang gering daripada mendoakan kecelakaan orang lain, terutama DS Najib.

Dia doakanlah apa yang dia nak doa. Hanya Allah Rabbul Alamin sahaja yang layak dan berhak memakbulkan doa. Negeri Kelantan telah diturunkan bala dengan menjadi negeri tertinggi dengan bilangan pesakit HIV nya. Saya berdoa agar Kelantan dijauhkan bala dan musibah lain yang bakal diturunkan Allah akibat permainan doa yang bukan-bukan ini. Wallahualam.

8 Tahniah YDP MD Baling dan Menteri Besar Kedah

Saya mendapat maklumat daripada Pembantu Khas Menteri Besar Kedah, DS Azizan telah menyarankan perniagaan terbuka seperti pasar malam ditutup sementara bagi menghormati waktu azan. Lantaran itu, Majlis Daerah Baling merupakan penguatkuasa pertama di negeri Kedah yang mewajibkan aktiviti-aktiviti perniagaan di Pasar Malam seluruh Daerah Baling ditutup selama 15 minit sebagai menghormati masuknya azan Maghrib. Mungkin ada orang berkata ini adalah tindakan kosmetik kerajaan negeri. Bagi saya apa sahaja yang dilakukan oleh mana-mana kerajaan yang menegakkan syiar Islam akan saya sokong. Tahniah YDP Majlis Daerah Baling dan DS Azizan.

December 3, 2009

2 10,000 Budak-Budak Nakal PAS Diperlukan esok!

1. Tindakan Dewan Pemuda PAS mempertahankan tindakan pemimpinnya membuat laporan polis agar mengambil tindakan menghalang demonstrasi amat melucukan. Ini rentetan daripada tindakan perhimpunan mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan semalam. Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Hisam Fauzi dilaporkan berkata, dewan itu "menggesa polis supaya mengambil tindakan pencegahan bagi mengelak perhimpunan ini" dan menyifatkan ia bertujuan "mengganggu gugat kestabilan politik" di negeri itu. Kalau pihak lain buat, nak pula mereka buat laporan polis. Kononnya tindakan pencegahan untuk perhimpunan yang menganggu gugat kestabilan politik. Yang PAS Kelantan hendak anjurkan perhimpunan 10,000 budak-budak nakal PAS untuk berdemonstrasi di jalanan esok tak apa pula. Lihat poster di bawah. Inilah yang dikatakan kami buat halal, orang lain buat haram. Memang haram jadah betul.

2. Berita akhir-akhir ini sibuk melaporkan bahawa Nik Aziz akur dengan kehendak pimpinan PAS Pusat supaya menantu hantunya meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK, apa pula ceritanya ya? Informer penulis memberitahu Ariffahmi masih belum meletakkan jawatannya dan beliau juga tiada rancangan yang terdekat untuk meletak jawatan. Tambahan lagi, penulis difahamkan, Nik Aziz menyokong penuh tindakan menantu hantunya itu untuk menangguhkan perletakkan jawatannya. Kerakusan menantu hantu ini hendak menangguhkan perletakkan jawatannya boleh di lihat di Malaysiakini, di sini. Mungkin ada lagi saki baki wang PMBK yang hendak dirembatnya. Seperti kata kawan saya, PAS boleh buat pementasan teater muzikal di Istana Budaya yang bertajuk, "Menantuku Masih CEO". Poster telah kami sediakan seperti di bawah.

3. Adakah sandiwara perhimpunan 10,000 budak-budak nakal PAS keesokkan hari adalah untuk menutup kes penyelewengan Nik Aziz dan menantunya. Kalau sekiranya ianya bertujuan untuk mendapat sokongan rakyat, saya mencabar sekiranya perhimpunan berkenaan gagal mengumpul 10,000 budak-budak nakal PAS, Nik Aziz seharusnya meletakkan jawatan.

Secara peribadi saya tidak mahu Nik Aziz meletakkan jawatan kerana keletah dan perangai kebudak-budakan beliau boleh memberikan impak positif ke atas usaha UMNO dan Barisan Nasional untuk mengambil alih Kelantan di dalam PRU13. Biarkan beliau terus menjadi Menteri Besar. Banyak sikit bahan untuk saya tulis di dalam blog, ya tak?

December 2, 2009

7 DS Anwar Ibrahim Sekali Lagi Diiktiraf Majalah Amerika

DS Anwar juga turut diakui kehebatannya oleh akhbar Juruselam Post, sebuah akhbar portal Israel
DS Anwar bin Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Syeikh Anwar Al Juburi oleh Naib Presiden PAS, Mohammed Sabu, sekali lagi mendapat penganugerahan daripada majalah Amerika yang dimonopoli oleh golongan Yahudi. Kali ini beliau telah mendapat tempat ke 32 sebagai tokoh pemikir melalui anugerah "Top 100 Global Thinkers" oleh majalah Foreign Policy dari Amerika Syarikat. Laporan penuh dapat dibaca di The Malaysian Insiders, di sini. Ketua Pengarang Foreign Policy, Moises Naim merupakan seorang Yahudi anti Islam yang amat berpengaruh di Amerika Latin dan merupakan kawan rapat kepada DS Anwar. Beliau banyak menulis artikel mengenai DS Anwar. Dalam soal ini, tidak menjadi hal kawan baik mengangkat sahabat baiknya untuk menjadi popular.

Menurut Agensi Cucu Tok Selampit, penganugerahan itu diambil kira memandangkan beliau telah berjaya menipu hampir keseluruhan rakyat Malaysia melalui "Projek 16 September"nya. Kata-kata beliau yang menjadi idola panel-panel juri yang memilih beliau adalah "We have the numbers!"

Selain daripada itu anugerah ini juga turut mengakui kecekapan beliau berfikir mengelakkan diri daripada didakwa di mahkamah akibat daripada pertuduhan meliwat pembancuh kopinya, Mohd Saiful Bukhari. Panel juri berpendapat amat luar biasa bagi seseorang tertuduh yang berjaya mempermainkan sistem kehakiman Malaysia walaupun kes berkenaan telah didengar di mahkamah hampir satu setengah tahun yang lalu. Hasil risikan agensi mendapati, sekiranya beliau berjaya menangguhkan kes berkenaan jauh lebih lama, tidak mustahil kedudukan beliau sebagai tokoh pemikir akan naik ke kedudukan yang lebih baik untuk tahun hadapan.

Kami di Agensi Cucu Tok Selampit ingin merakamkan tahniah di atas kejayaan DS Anwar di atas pengiktirafan golongan korporat-korporat Yahudi berkenaan. Jadi tidak sia-sia dan berbaloi bagi Kerajaan Selangor mendapatkan khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor dengan nilai sebanyak RM1.

Agensi Cucu Tok Selampit.

5 ADUN Melor Dimasukkan ke ICU di Mekah?

Penulis mendapat berita daripada pakcik sahabat yang berada di Mekah menyatakan bahawa ADUN Melor, Wan Ismail Bin Wan Jusoh, yang terkenal dengan tuntutan mutaah daripada isterinya, Siti Aishah Abdullah, rakyat Kemboja keturunan Cina yang dinikahinya ketika berumur 19 tahun pada 2003, telah 3 hari dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di sana. Beliau diberitakan dimasukkan ke ICU akibat mengalami batuk berdarah dan dipercayai menghidap Hepititis B.

Sejak dua menjak ni, semakin ramai pula ADUN-ADUN PAS yang mengalami batuk berdarah. Sebelum ini Menteri Besar Kelantan telah dimasukkan ke IJN akibat simptom yang sama. Mungkinkah ADUN berkenaan tertekan dengan tuntutan mutaah RM3 juta? Atau mungkinkah beliau tertekan dengan cita-citanya yang tidak kesampaian untuk mengantikan Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan? Atau adakah pemimpin-pemimpin PAS sering mendoakan kecelakaan orang lain sehinggakan Allah membalasnya ke atas mereka sendiri? Apapun kita harapkan beliau cepat sembuh. Tak fasal-fasal pulak terpaksa mengadakan PRK lagi.

December 1, 2009

6 Yang Mana Satu Yang Betul Ni?

Kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Prihatin Rakyat Kelantan hari ini berkumpul di depan Kota Darul Naim mendesak Menteri Besar, TG Nik Aziz meletakkan jawatan. Ini rentetan keceluparan mulut Menteri Besar yang mendoakan kecelakaan kepada Perdana Menteri, DS Najib Razak dan Umno kerana keengganan Kerajaan Persekutuan membayar royalti.

Yang menjadi persoalan saya bukanlah bila TG Nik Aziz akan meletakkan jawatan. Tidak payahlah kita membuang masa memikirkannya kerana seperti DS Samy Vellu, beliau hanya akan meletak jawatan apabila malaikat Izrail mencabut nyawanya sahaja. Tidak sekali-kali sebelum itu.

Yang menjadi tanda tanya saya ialah bilangan penunjuk perasaan yang berkumpul. Haprakdaily melaporkan 5o orang yang mengadakan tunjuk perasaan. The Malaysian Insiders pula melaporkan 200 orang manakala Bernama dan The Star pula melaporkan sekurang-kurangnya 1,000 orang. Yang mana satu angka yang boleh kita percayai ini. Takkanlah bilangan penunjuk perasaanpun hendak di"spin" oleh pihak akhbar jugak?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates