November 28, 2009

5 Al Juburi Pembela Penduduk India Sri Lanka?

Sewaktu mengadakan majlis korban di Seksyen 23 hari ini, penulis berkesempatan berbual dengan seorang blogger terkenal. Macam hendak menangis apabila diberitahu rakan penulis bahawa Pak Syeih Anwar Al Juburi sewaktu persidangan Dewan Rakyat pada 23hb lepas telah membidas sikap tidak endah kerajaan Malaysia dalam menangani isu konflik kaum di Sri Lanka yang membabitkan pembunuhan dan pelarian etnik Tamil. Menurut rakan penulis, beliau dan dua rakan baiknya, Gobala Krishnan (PKR-Padang Serai) dan P.Ramasamy (DAP-Batu Kawan) telah mendesak Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay meletakkan jawatan kerana memalukan kaum India.

Penulis berasa hairan sejak bila pula Al Juburi ini mengambil berat mengenai kaum India di negara ini. Lebih-lebih lagi tiba-tiba beliau ingin menjadi jaguh menjuarai atau membela kaum India di Sri Lanka. Adakah nasib kaum India di Malaysia sudah terbela sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri? Di manakah beliau sewaktu Hindraf mengadakan mogok lapar di KLCC beberapa hari lepas? Penulis melihat konflik kaum di Sri Lanka sebagai isu dalaman negara berkenaan, satu pendirian yang sejajar dengan dasar luar negara yang berteraskan kepada prinsip menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan integriti wilayah serta tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.

Sememangnya Al Juburi bijak mengambil sebarang peluang yang terhidang. Cumanya, penulis agak hairan kerana seingat penulis Al Juburi tidak pernah mengutuk pencerobohan Israel ke atas bumi Palestin. Al Juburi yang penulis kenali tidak pernah mengutuk Amerika Syarikat yang menjadi kroni Israel di dalam usaha menghapuskan penduduk Palestin yang tidak berdosa serta menghalau mereka dari bumi tempat tumpah darah mereka. Adakah nyawa penduduk-penduduk Islam Palestin adalah lebih murah murah jika dibandingkan dengan nyawa penduduk India di Sri Lanka, di mata Al Juburi?

November 24, 2009

16 Sepandai-Pandai Karpal Singh, Bila Bercakap Pakai Kepala Lutut Juga

Permintaan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu pihak polis menghentikan proses menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat adalah sama seperti meminta balai polis ditutup pada pukul 5 petang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. TS Musa secara sinis berkata,
"Jika begitulah keadaannya, sesiapa yang mahu membuat laporan polis selepas waktu pejabat boleh berjumpa dengan Karpal. Jika saksi datang untuk memberi kenyataan mereka pada waktu malam, adakah Karpal mahu kami menghalau mereka?"
Saya menambah, lebih baik suruh balai polis dibuka jam 8.00 pagi sampai 4.30 petang sahaja - waktu pejabat bagi pejabat-pejabat Kerajaan. Kalau ada saudara mara Karpal Singh ditumbuk, dirogol, diliwat dan dibunuh, suruh saja Karpal Singh atau Gorbind Singh tunggu keesokkan harinya. Secara logik mengikut tafsiran Karpal Singh si tua kutuk ni, laporan polis tidak boleh di buat kerana balai polis sudah ditutup. Ye lah buat apa hendak membazir wang kerajaan buka balai polis selepas 4.30 petang kalau polis tidak boleh menyoal siasat selepas waktu pejabat.

Kalau ikut tafsiran Karpal Singh lagi, polis pula tidak boleh tangkap orang selepas waktu pejabat. Kenapa saya kata begitu. Sebab kalau tangkap juga penjenayah, kena bawa ke lokap, balai polis kan sudah ditutup. Lagipun mana boleh soal siasat. Kena tunggu keesokkan hari. Buat sementara tu penjenayah-penjenayah itu nak letak di mana? Rumah Karpal Singh? Bodoh bangang si tua kutuk ni. Bijak-bijak si Karpal ni bila bercakap pakai juga kepala lutut.

4 Selangor Negeri Berkebajikan?

Petang semalam, sekumpulan mahasiwa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang diketuai oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) telah menyerahkan memorandum untuk mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim campur tangan bagi mengurangkan kadar yuran bagi pengajian diploma dan ijazah di kolej tersebut yang dikatakan meningkat melebihi 100%. Kolej tersebut, yang terletak di Nilai, adalah milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Mungkin inilah idea-idea baru yang dikemukakan oleh Tuan Penasihat "RM1" Ekonomi Selangor, DS Anwar "Al Juburi" Ibrahim kepada Kerajaan Selangor. Untuk memulihkan ekonomi Selangor yang defisit semenjak Pakatan Haram mengambil alih tampuk pemerintahan, pusat-pusat maksiat hendaklah diperbanyakkan dan diperluaskan. Yuran-yuran pengajian mana-mana institusi pengajian swasta di bawah naugan Kerajaan Negeri hendaklah dinaikkan.

Ingin saya ingatkan kepada Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid, salah satu janji Kerajaan Pakatan Haram di dalam manisfesto mereka sekiranya mereka berjaya memerintah Selangor ialah "memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor". Walaupun janji Barisan Alternatif ialah untuk anak-anak Selangor, tidak ada salahnya sekiranya Kerajaan yang melaungkan Selangor, Bersih, Maju dan Berkebajikan, meluaskan skop kebajikannya untuk warga pelajar dan kolej seta universiti swasta yang berada di bawah naungan Kerajaan Negeri. Untuk pengetahuan TS Khalid juga, kami rakyat Selangor masih menantikan lain-lain janji-janji manifesto di atas untuk ditunaikan. Harap-harap TS Khalid tidak buat-buat lupa.

November 23, 2009

18 Baru Buat Laporan Polis, Pemuda UMNO Sudah Kecut Telor


Apabila blog Pemuda UMNO Nibong Tebal, yang merupakan antara pihak terawal yang menulis tentang pemberian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada fakir miskin di sebuah tokong oleh Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam artikelnya bertarikh 16 November 2009, saya merasa teruja dan berbangga. Inilah barisan Pemuda UMNO yang kita perlukan. Pemuda yang menyuarakan suara keramat mereka. Pemuda UMNO yang memperjuangkan nasib anak bangsa.

Apabila saya melawat kembali blog mereka Pemuda UMNO Nibong Tebal (lihat di sini) semalam, perasaan saya merasa amat jengkel dan meloyakan. Keberanian mereka yang saya sangka, pengecut mereka yang saya terima. Artikel berkenaan telah dibuang oleh pentadbir blog berkenaan. Amat memalukan lagi apabila Pemuda UMNO Nibong Tebal telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Phee Boon Poh. Ini rentetan laporan polis yang dibuat ke atas mereka oleh pembantu-pembantu peribadi kepada kedua-dua wakil rakyat berkenaan.

Baru laporan polis dibuat, sudah kecut telor. Belumpun lagi mereka didakwa di mahkamah. Kalau di suruh mengangkat senjata melawan musuh-musuh yang menyerang negara, saya rasa masing-masing akan bersembunyi di dalam kain bini masing-masing. Bukankah pendapat mereka betul? Bukankah bantuan kepada orang-orang miskin oleh JKM tidak wajar diadakan di tokong, tidak kira siapa penganjurnya? Tidak ada tempat lainkah hendak dibuat seperti Dewan Orang Ramai dan sebagainya? Kalau pendapat mereka betul, kenapa takut disoal siasat polis? Apa PDRM potong kepala mereka ka?

Pemuda UMNO sekarang bukan lagi seperti harimau jantan seperti era pemerintahan Dato' Harun Idris, yang amat pantang sekiranya maruah orang Melayu diperkotak katikkan. Pemuda UMNO sekarang terutama Bahagian Nibong Tebal ibarat anjing menyalak di dalam kandang, apabila dilepas sembunyi ekor. Kalau Ketua Pemuda UMNO sudah berpakaian metroseksual dan bergambar di dalam majalah fesyen, bagaimana pula anak buahnya. Tentulah ibarat mak nyah pulang petang. Kalau beginilah contoh keberanian yang mereka tunjukkan, saya sarankan agar blog Pemuda UMNO Nibong Tebal yang kebanyakannya memaparkan aktiviti bahagian ditutup. Simpanlah telur anda semua di dalam kerandut masing-masing.

November 22, 2009

4 Wartawan Melayu Yang Salah ... Anak Menantu Dan Kroninya Saja Yang Betul

"Hebat Harrier ini," kata Menteri Besar Kelantan dengan penuh tawadduk
Apabila senario politik di Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi kacau bilau dengan ura-ura Exco Kelantan, Dato' Husam Musa akan meletakkan jawatan dan meninggalkan parti, Menteri Besar Kelantan pantas mengeluarkan kenyataan menafikannya. Seperti biasa, untuk dijadikan kambing hitam, media massa yang selalu menjadi sasarannya. Kali ini umpan kambing hitam agak pelik. Beliau secara terbuka menyalahkan wartawan-wartawan Melayu dan memuji wartawan-wartawan berbangsa lain. Beliau ketika diwawancara oleh Haprakdaily dipetik berkata:
“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan. Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita. Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita.”
Kelu lidah saya apabila Menteri Besar Kelantan berkata, wartawan Cina lebih pandai dari wartawan Melayu. Saya dapat merasakan betapa sebak tokoh-tokoh wartawan Melayu seperti Dato' A Kadir Jasin dan lain-lain apabila mendengar komen Menteri Besar Kelantan ini.

Apa nak buat kita kena akui sajalah. Menteri Besar Kelantan termasuk di dalam orang-orang yang maksum. Apa yang berlaku tidak ada kena mengena masalah menatunya, Ariffahmi, juga tidak ada kena dengan konspirasi yang diakui sendiri oleh Dato' Husam Musa di sini. Semuanya adalah salah wartawan Melayu. Cuma saya agak tekilan kali ini. Selalunya apa sahaja masalah yang berlaku dalam Pakatan Haram, pastinya jari akan ditunding ke arah UMNO. Mungkin mereka akan tuduh esok lusa kot?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates