November 13, 2009

19 Selangor Darul Maksiat?

Saya merasa begitu marah, hampa dan kecewa dengan keadaan maksiat yang semakin berleluasa di Selangor. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula sibuk dengan isu tauliahnya. Tidak cukup dengan kes Dr. Mohd Asri yang akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur di AU2 Tmn Keramat hari Rabu 18 Nov @ 9 pagi, Utusan Malaysia mukasurat 17 hari ini pula memaparkan Dr Abdullah Yassin di bicarakan kerana mengajar tanpa tauliah.

Dr Abdullah yang saya kenali merupakan seorang pendakwah bebas yang mengajar tafsir Al Quran dan Hadith. Sepanjang beliau mengajar, tidak nampak sebarang ajaran songsang yang dibawa olehnya. Bukan beliau tidak pernah meminta tauliah dari JAIS. Mengikut sumber saya di JAIS, sudah 3 tahun permohonannya untuk mengajar telah diperap oleh pihak JAIS. Kelayakan beliau mengajar pula melebihi ilmu yang dimiliki oleh Ketua Pengarah JAIS itu sendiri.

Isu remeh temeh seperti tauliah menjadi keutamaan JAIS sedangkan maksiat berleluasa. Lihatlah gambar-gambar di bawah. Gambar-gambar berkenaan diambil di Damansara, Selangor. Anak-anak gadis ini dijadikan simbol seks dalam acara yang dianjurkan oleh Kelab Cuci Motor Damansara. Dimanakah JAIS sewaktu maruah anak-anak gadis Melayu Islam diperdagangkan? Atau inikah yang dilaungkan oleh Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim di dalam sidang DUN yang berlansung baru-baru ini bahawa beliau mempromosikan Islam di Selangor. Inikah konsep Islam yang beliau promosikan? Renung-renungkanlah.

November 11, 2009

8 Meraban Mereben TG Nik Aziz

1. Bila ditanya mengapakah PAS mengamalkan Bai'ah iaitu perjanjian menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya melompat parti, ini jawapan TG Nik Aziz,
“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan. Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni ... macam aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik. Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah."
Kata saya, Hmmm ... kalau jadi Mursyidul Am sama ada nak menipu atau cuba menyembunyikan sesuatu yang masyarakat awam sudah tahu, susahlah Tok Guru. Apapun PAS pastinya mengelupur sekarang apabila isteri Datuk Kamaruddin Jaafar meninggal hari ini. Bukan apa takut-takut Datuk Kamaruddin lompat parti. Apa pula bai'ah yang hendak dikenakan ke atas Datuk Kamaruddin.

CTS ingin mengucapkan takziah buat Datuk Kamaruddin ke atas pemergian isteri tercinta, Datin Kamariah Kamarudin yang meninggal dunia jam 6 pagi ini. Al Fatihah.

2. Bila bertanya adakah rasuah bagi sesiapa yang memberikan tawaran tajaan pakej haji kepadanya dan isteri ke Mekah 17 November ini, ini jawapan TG Nik Aziz,
"Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar). Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat."
Kata saya, Ooooo ... nak ambil berkat. Ini dah tahap Ayah Pin ni. Kalau orang lain, mampus dia suruh SPRM siasat.

3. Apabila ditanya kenapakah beliau melantik menantunya Mohd Ariff Fahmi Abdul Rahman memegang potfolio tetinggi sebagai Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), TG Nik Aziz mendakwa amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa' Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.Katanya,

"Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit."

Nasib baik pemberita tidak meminta TG Nik Aziz mengulas apa yang terjadi di perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Kalau tidak, mungkin TG Nik Aziz akan berkata seperti berikut,
Semua pemain Negeri Sembilan akan masuk neraka termasuklah pemain tengah, Kunanlan Subraniam. Ini kerana kemenangan mereka ke atas pasukan Kelantan pasukan Isle dan mengalahkan pasukan Isle adalah berdosa. Membakar kerusi stadium molek kerana kita pun bakar jugak masa muda-muda dulu. Asap yang keluar dari pembakaran kerusi stadium itu harus sebagai tanda berkabung diatas kematian Teoh Beng Hock. Lilin sudah tidak molek dan tidak praktikal.
Itu kalau ditanyalah. Apapun TG Nik Aziz bijak memutar belit dan menggunakan alasan agama untuk menghalalkan tindakan songsangnya seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini.

Ramai tentu masih ingat bagaimana TG Nik Aziz menghalalkan carutan Shahnon Ahmad dengan menfatwakan Allah juga mencarut maka manusia seperti TG Nik Aziz dan Shanon Ahmad juga layak mencarut. TG Nik Aziz juga menghalalkan DAP yang dianggapanya syaitan dijadikan rakan kerana Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman pun berkawan dengan jin dan syaitan.

Untuk mengukuhkan hujahnya maka dibentangkan ayat-ayat tentang Nabi Sulaiman di dalam Al Quran yang kononnya juga berkawan dengan syaitan. Oleh kerana TG Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman berkawan dengan jin dan syaitan maka TG Nik Aziz telah menggangap dirinya pun layak untuk berkawan dengan syaitan, seolah-olah Nik Aziz ingin gambarkan bahawa dirinya setaraf dengan Nabi Allah.

Anda nilaikan sendirilah.

November 10, 2009

12 Khalid Gereja Wajib Meminta Maaf Kepada UMNO

Khalid Samad, MP Shah Alam yang juga ahli Lujnah Politik PAS Pusat sebelum ini sering mendakwa UMNO adalah dalang di sebalik bantahan penduduk Seksyen 23 terhadap pembinaan kuil terbesar di Shah Alam di situ. Antara posting beliau boleh dirujuk di sini. Antara lain beliau berkata:
Hakikatnya isu ini didalangi UMNO. Pemimpin UMNO (Noh Omar) turun menghasut segelintir penduduk ahli UMNO tegar, penyokong Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, untuk bertindak menentang cadangan kerajaan walaupun belum lagi mendengar cadangan tersebut. Pemimpin UMNO juga (Hishamuddin) yang membela pendemonstrasi selepas demonstrasi berkenaan seperti yang dilakukan YB Zul. Jangan nak libatkan PAS dan PKR. Usaha untuk kaitkan PAS adalah taktik kotor UMNO.
Khalid Samad, yang terkenal dengan usahanya untuk membawa nama Allah ke gereja, sehinggakan beliau terkenal di kalangan bloggers sebagai Khalid Gereja. Walaupun penulisan di dalam blog beliau ini sepenuhnya ditulis dan dikendalikan oleh anak saudaranya yang berada di seberang laut (beliau pernah mengaku di hadapan seorang Menteri Besar ketika program bual bicara bersama Menteri Besar tersebut), beliau sewajarnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tulisan di dalam blog tersebut.

Apabila Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim pada persidangan Dewan Undangan Negeri, ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), semalam menafikan penglibatan UMNO di dalam demonstrasi mengarak kepala lembu, beliau sepatutnya meminta maaf ke atas kelancangan mulutnya. TS Khalid Ibrahim berkata walaupun terdapat anggota UMNO terlibat dalam satu demonstrasi mengarak kepala lembu di sini pada Ogos lepas, mereka ini bertindak lebih secara individu. Beliau juga tidak bersetuju kenyataan Ng yang mendakwa Umno sebagai sebuah parti perkauman kerana menjadi dalang bagi demonstrasi itu dan perlu dibubarkan. Laporan penuh Bernama.com di sini.

Khalid Samad kini berada di dalam keadaan panas. Ini belum lagi termasuk dengan kesnya hendak menjatuhkan Dr Hassan Ali di dalam kepimpinan PAS Selangor. Khalid Samad terlupa yang Dr Hassan Ali adalah Pesuruhjaya PAS Selangor yang dilantik Presiden yang juga menghadiri mesyuarat AJK PAS Pusat pada 8 November 2009. Untuk menyingkirkan Dr Hassan Ali dari PAS Selangor, Khalid Samad perlu pengaruhi Presiden yang dilihat lebih memihak kepada Dr Hassan Ali berbanding dirinya. Dr Hassan Ali dari sumber yang boleh dipercayai dikhabarkan telah memberi kata dua kepada Presiden parti untuk mengambil tindakan terhadap Khalid Samad atau dia sendiri yang akan ambil tindakan di atas kapasiti beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Antara keputusan "flip flop" Khalid Gereja

Kita tengok apa yang akan berlaku dengan PAS Selangor. Apapun ibarat menang jadi abu, kalah jadi arang. Sayangnya UMNO dan Barisan Nasional Negeri Selangor masih lena diulit mimpi. Segala permasalahan di dalam Pakatan Haram tidak dipergunakan dan dieksploitasikan sepenuhnya. Kalau Datuk Noh Omar membaca blog saya, tolonglah Datuk, saya merayu, kejutlah anak-anak buah Datuk di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan di dalam Selangor. Hendak merampas kembali Selangor di dalam PRU13 atau tidak? Kalau tidak jangan membuang masa kami semua!!!

November 9, 2009

1 Ronnie Liu Dan Kegiatan Komunisnya

Cucu Tok Selampit ingin merakamkan ucapan tahniah kepada sahabat blogger, The Unspinners, kerana melalui tulisannya telah berjaya membuatkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu, terpaksa membuat penafian di media mengenai pembabitannya membantu pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM). Laporan penuh disiarkan di Bernama.com, di sini.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Ronnie Liu, beliau bukanlah merupakan anak jati Selangor, walaupun beliau adalah ADUN Pandamaran. Beliau telah berasal dari Cheroh, Pahang. Bapanya merupakan seorang penyokong kuat komunis sehingga keluarga mereka ditempatkan di sebuah Kampung Baru Cina yang dikelilingi dengan pagar tinggi oleh kerajaan British pada masa itu untuk mengawal pergerakan komunis. Jadi tidak hairanlah apabila The Unspinners mendedahkan mengenai penglibatan beliau di dalam usaha untuk menghidupkan PKM di Malaysia.

Ronnie adalah antara orang pertama mendesak supaya Komunis diperakui sebagai pejuang kemerdekaan. Ronnie secara terbuka memperakui komunis sebagai pejuang dan beliau mengenali karakter komunis India bernama Asi dan menghormatinya dengan terbuka. (Lihat blog beliau, Color Blind, di sini) Rakyat Pandamaran pula melalui PRU12 telah melantik wakil Bintang Tiga yang kita tahu berdasarkan sejarahnya, komunis mahu menuntut kuasa dan mahu membunuh Raja-Raja Melayu selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Agak janggal bagi seorang pengikut tegar dari Pakatan Haram yang sentiasa mempermainkan undang-undang dengan membuat laporan polis dan menyaman sesiapa sahaja yang mereka tidak suka, Ronnie Liu dalam kes ini mendiamkan diri dan berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana blog berkenaan tidak mempunyai maklumat seperti penulis serta pihak yang bertanggjawab mengendalikannya. Saya merasakan sama ada beliau terlalu banggang atau beliau cuba menyembunyikan sesuatu. Siapa yang menyuruh beliau menyiasat siapa di sebalik The Unspinners, bukankah itu tugas polis? Kenapa beliau takut untuk membuat laporan polis? Adakah beliau takut kegiatannya menyokong komunis akan dibongkarkan oleh pihak polis?

November 8, 2009

13 TS Khalid Ibrahim Meraban Lagi

Kekadang saya merasa lucu apabila membaca kenyataan pemimpin-pemimpin politik di dada-dada media. Apa yang mereka cakapkan dan apa yang mereka telah dan sedang mereka lakukan adalah bercanggah sama sekali. Tidak kurang juga bagi Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim ketika memberi reaksi beliau ke atas deligasi PAS yang mendakwa Kerajaan Pakatan Haram gagal untuk menjuarai Islam. Dalam kenyataan mempertahankan dakwaan itu beliau telah berkata:

“Islam itself requires us to be proactive as a Muslim, it is not expecting other people or it is the Ummah (society) itself has the social responsibility but in Islam also it tells us that we must not only preach but also do. So if someone wants to complain that Pakatan Rakyat, then that Muslim has to say that he has spent 2,000 man hours promoting and there is nobody that has done it. I myself am doing it, we don’t complain. We promote Islam."

Source: The Malaysian Insiders.

Termenung saya apabila seorang Menteri Besar PKR yang memerintah di negeri tempat saya menumpang berteduh membuat kenyataan beliau mempromosikan Islam. Mungkin maksud beliau mempromosikan Islam adalah seperti berikut:
  • Beliau pernah mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri dan dapat digunakan oleh semua kaum dan Agama.
  • Kepimpinan beliau telah meneruskan dan menghalalkan penjualan arak di negeri Selangor walaupun dibantah oleh pimpinan PAS negeri.
  • Rumah-rumah urut di negeri Selangor semakin bertambah dan berkembang subur.
  • Mempertahankan anggota EXCOnya yang bersekedudukan luar nikah atau bahasa kasarnya, seks bebas dan foto kemaluannya terdedah ke seluruh dunia.
  • Memberikan lembu korban kepunyaan rakyat Selangor kepada penduduk-penduduk di kawasan parlimennya, Bandar Tun Razak.
  • Melalui YB Khalid Samad, mereka telah mengamalkan Islam liberal, nama Allah bebas digunakan di gereja.
  • Rasuah berleluasa. Membiarkan komunis DAP mentadbir negeri Selangor melalui SELCAT, yang bertujuan untuk merendah-rendahkan dan menindas kakitangan kerajaan negeri yang rata-ratanya Melayu Islam.
  • Kuil-kuil ditambah untuk menjaga hati sekelompok kaum. Kuil dibina di kawasan majoriti Melayu.
  • Membesarkan dan memodenkan tempat-tempat sembelihan babi.
  • Menindas pelajar-pelajar Kelas Agama Dan Fardhu Ain (KAFA) dengan menutup kelas-kelas pengajian mereka. Kejadian terbaru melibatkan 58 murid-murid KAFA Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang yang terpaksa belajar di jalan di bawah panas terik.
  • Membenarkan dua EXCO bukan Islam berceramah dan memakai "skirt" di dalam masjid.
Kalau inilah Islam yang dipromosikan oleh Menteri Besar Selangor, tunggulah bala yang akan diturunkan oleh Allah S.W.T.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates