October 30, 2009

5 Kelantan Oh Kelantan

Siapa kata Kelantan tidak memperjuangkan hak-hak wanita. Sejarah pemerintahan TG Nik Aziz, banyak forum dan seminar tentang wanita. Ini belum lagi termasuk larangan itu dan larangan ini. Terima kasih rakan FB, Pak Mat Nasir Mohamed (orang Kelantan) kerana menyiarkan poster berkenaan. Kalau tak percaya mari kita lihat:
  • Wanita tidak boleh bekerja malam.
  • Wanita cantik tidak digalakan diambil bekerja.
  • Berkahwin dengan wanita orang asli dapat sumbangan kerajaan PAS RM10,000.
  • Wanita boleh bertomoi.
  • Wanita tidak digalakan bergincu bibir bila datang ke pejabat.
  • Elaun khas kepada lelaki yang berkawin dengan janda untuk dijadikan isteri ke 2, 3 dan 4.
  • Wanita bersalin cuti 60 hari.
... dan yang terbaru, nikah tunai. Apa tu Tok Guru? Sebelum ni ramai ke lelaki-lelaki Kelantan menikah dengan berhutang? Mana taknya, duit banyak dihabiskan ke Golok kot atau mereka habiskan duit dekat GRO-GRO di disco (gambar di atas) dekat Jalan Hamzah?

October 29, 2009

23 Pengikut-Pengikut Pakatan Haram Telah Mula Sesat



Tempat: Berhampiran SUK Perak.
Tarikh: 28 Oktober 2009.

Kejadian:

Pakatan Haram sekali lagi mengistiharkan mereka adalah kerajaan yang sah. Walau beberapa kali penyokong-penyokong Pakatan Haram ini telah dihalau, mereka masih lagi mahu melakukan solat hajat untuk meminta pertolongan dari Allah. Sayangnya mereka telah berkiblatkan Bangunan SUK Perak dan bukannya mengadap ke arah kiblat yang sebenar. Mungkin selepas ini akan keluar fatwa baru dari TG Nik Aziz yang membolehkan sembahyang tanpa menghadap ke arah kiblat. Apakah semua yang dilakukan oleh pengikut-pengikut PAS ini halal?

Buat mereka yang bertanyakan di manakah arah kiblat, kita perhatikan bayang orang yang berdiri. Ke mana arahnya matahari terbenam, di sanalah arah kiblat dan bukannya ke arah Bangunan SUK Perak.

Apa nak buat orang Melayu telah dijadikan keldai oleh bangsa cina DAP yang ada 18 orang tu, orang Melayu ada le tinggal 6 orang aje. Sila tunjukkan mana ada bangsa Cina yang perdulikan dan masuk campur di dalam situasi hari ini. Wahai orang-orang PAS, banyak lagi perkara lain yang boleh disolat hajatkan. Wallahualam.

October 28, 2009

3 Majlis Ramah Mesra Pak Syeih Dengan Pelajar-Pelajar Mesir

Poster di atas saya perolehi dari Facebook sahabat saya, Ustaz Khairy Jalalluddin. Nampaknya, keesokan hari Pak Syeih Anwar Al Juburi (saya meminjam gelaran yang diberikan oleh orang kuat PAS, Mat Sabu) sibuk dengan aturcara untuk mempengaruhi pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah, Mesir agar dapat memberikan sokongan kepada PKR dan DAP apabila pulang ke tanahair nanti. Menurut sumber yang boleh dipercayai daripada tulisan salah seorang komentar di dalam "wall" berkenaan, Pak Syeih telah tiba di Kaherah pagi tadi bersama dengan Al Fadil Ustaz Badrul Amin, Ustaz yang pernah memanggil mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri sebagai Bapak Syaitan. Nauzubillah himinzalik. Sila lihat di sini.

Kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana di atas tiket tajaan biasiswa atau pinjaman dari Kerajaan Malaysia sedarlah bahawa, duit rakyat yang digunakan untuk pembiayaan saudara dan saudari hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya. Kami berharap anda semua dapat belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang dan pulang untuk berkhidmat kepada tanahair tercinta. Janganlah terpengaruh dengan dakyah sesat Pak Syeih sehinggakan anda sanggup berpaling tadah dan mengkianati tangan-tangan yang telah memberikan peluang belajar di sana serta biasiswa atau pinjaman untuk sara hidup dan kos pembelajaran. Janganlah menjadi seperti perumpaan "ibarat melepas anjing tersepit", iaitu bukan sekurang-kurang hendak kenang jasa, tangan yang melepaskannya dari kesusahanpun hendak digigitnya. Janganlah sibuk berpolitik sehinggakan pulang tanpa segulung ijazah. Kesihanilah kedua-dua orang tua kamu yang miskin di kampung. Janganlah terpengaruh dengan dakyah sampah Pak Syeih. Pak Syeih tu lainlah, dapat Ijazah Am kelas ketiga bidang bahasapun, ramai korporat dan teknokrat Yahudi yang sanggup menaja sara hidupnya.

Kepada pembaca budiman yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah mendapatkan penjelasan sendiri daripada Pak Syeih seperti berikut:

[SMS]
017-2802211
012-9533565
+17037252544(US/International)
[Email] Direct to blackberry
anwar.ib@gmail.com
anwar.ibrahim@aicassociates.com
ai55@georgetown.edu


(Sumber nombor Pak Syeih diperolehi dari Saudara Mohd Saiful Bukhari Azlan)

8 Syabas Unit Media Baru Dan Sahabat-Sahabat Bloggers

Buat renungan DewanUlama Pas, keropok yang diberikan percuma sewktu PRK ini bukan satu bentuk rasuah ke?
Ahli PAS diingatkan agar berwaspada dan sentiasa berhati-hati serta bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya.
Itulah nada kebimbangan yang telah diutarakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di dalam Haprakdaily, di sini. Belum pernah dalam sejarah saya menulis di blog, Pakatan Haram telah mengaku secara terbuka bahawa mereka takutkkan bloggers yang menentang Pakatan Haram. Belum pernah dalam sejarah media alternatif, Pakatan Haram menjadi kecut perut dengan media baru yang mereka sendiri mulakan. Ibarat senjata makan tuan.

Buat Unit Media Baru (UMB), saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas terutama buat Ketuanya Tun Faisal kerana telah berjaya memecah monopoli Pakatan Haram di dalam media baru ini. Pesan dari sahabatmu ini, diharap Unit Media Baru tidak terikut-ikut dengan rentak bloggers pembangkang yang mengambil bloggers untuk menyalak dan memaki hamun tanpa ada perasaan malu kepada diri sendiri maupun kepada parti. Tidak salah untuk bertentangan pendapat, tetapi elakkanlah bloggers di dalam UMB dari menggunakan perkataan lucah dan maki hamun. Ingatlah, UMB adalah satu sayap di bawah Pemuda UMNO. Jangan sampai rakyat menjauhkan diri akibat tindakan kita itu.

Buat sahabat-sahabat bloggers, tahniah saya ucapkan. Saya pun turut hairan. Kenapa Pakatan Haram hendak takutkan kami, para bloggers yang menyanggah Pakatan Haram. Saya tidak tahu tentang orang lain. Saya tahu ramai lagi sahabat-sahabat bloggers di luar sana yang seperti saya, tidak dibayar satu sen pun oleh sesiapa sahaja. Dalam erti kata lain, kami tidak dimiliki oleh sesiapa. Kami hanya menulis untuk menyampaikan isi hati kami demi mempertahankan Agama, Bangsa Dan Negara. Kalau Ustaz Deris menganggap ini sahaja yang kami mampu buat, Ustaz Deris adalah tersilap. Orang putih berkata. "This is not the end, this is just a beginning." Saya bersama sahabat-sahabat bloggers yang lain berjanji akan mendedahkan kemungkaran dan kefasikan yang dilakukan di dalam Pakatan Haram. Kebenaran mesti ditegakkan. Semoga Allah bersama kita semua. Insyaallah.

October 26, 2009

27 Sempena 19 Tahun Pemerintahan TG Nik Aziz Di Kelantan

21 Oktober 2009 genaplah 19 tahun pemerintahan TG Nik Aziz di Kelantan. Inilah juga merupakan penggal keempat TG Nik Aziz memegang pemerintahan Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah itu. Persoalannya, adakah betul negeri Kelantan telah membangun sebagai negeri Islam seperti yang dicanangkan atau adakah sekadar retorik pemimpin dan pengikut-pengikutnya sahaja? Lihatlah fakta-fakta di bawah:

1. Kalau betul-betul Kelantan merupakan negeri Serambi Mekah, kenapakah Kerajaan Negeri tidak pernah membina walau sebuahpun masjid di Kelantan. Masjid-masjid yang ada di Kelantan adalah ehsan dari Kerajaan BN yang lepas. Lebih memalukan, pembinaan masjid yang terbaru dibiayai oleh bekas Menteri dari Kerajaan BN. TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar hanya datang untuk merasmikannya sahaja.

2. Kalau untuk membina masjid tiada peruntukan, kenapakah kerajaan negeri boleh menyumbang pembinaan perbagai kuil dan tokong di Kelantan sama ada yang berdiri, tidur, duduk dan telentang?

3. Tidak adakah salah laku atau kejadian menjolok mata di negeri Serambi Mekah ini? Adakah wajar Negeri Serambi Mekah dipenuhi dengan pusat-pusat gay dan lesbian? Anda tidak percaya? Silalah datang ke Kota Bharu dan melawatlah Jalan Tengku Putra Semarak. Ada boleh melakukan apa sahaja dengan pasangan masing-masing baik berlainan jantina atau sesama jantina di Kelab Gay dan Lesbian yang terdapat di situ, bermula jam 9.00 malam sehingga 3.00 pagi.

4. Oh ya dan yang terakhir, saya belajar Agama tidaklah sampai ke Universiti Al Azhar. Saya cuma ingin bertanya perlukah Negeri Serambi Mekah menjual arak secara berleluasa? Malah TG Nik Aziz pernah mengakui Kerajaan "Serambi Mekah" Kelantan tidak pernah mengharamkan penjualan arak di negeri tersebut.

Selamat menyambut ulang tahun pemerintahan Kelantan selama 19 tahun TG Nik Aziz. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaallah.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates