October 15, 2009

7 Idea-Idea "Bernas" Pemuda Dan Puteri UMNO Sepanjang Perhimpunan Agong UMNO

Idea "bernas" Pemuda:
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan Bank Belia bagi memudahkan pinjaman khas untuk usahawan muda. Cadangan ini bertujuan mengatasi halangan modal perniagaan di peringkat permulaan selain untuk menggalakkan penyertaan golongan muda di sektor-sektor baru berteknologi tinggi dan mempunyai nilai tambah kepada ekonomi, katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno di sini Rabu.

Sumber: BERNAMA.com.
Apalah yang Anak Omak a.k.a Penganggur Terhormat ini cuba hendak sampaikan. Tidak cukup lagikah jumlah bank yang ada di dalam Malaysia. Bukan masalah bank yang menjadi puncanya, sebaliknya masalah pengagihan yang berkesan. Kita sudahpun mempunyai SME Bank, Bank Pembangunan dan agensi-agensi semi kerajaan lain seperti SMIDEC dan MIDF yang boleh menjadi alat untuk menyalur bantuan kepada usahawan-usahawan muda. Jangan berfikiran merapu hendak mewujudkan Bank Belia dan lagi merapu sekiranya ditadbir oleh Pemuda UMNO. Hancur lingkup jadinya. Lupakah kita apa yang terjadi kepada bank terbesar di Malaysia suatu ketika dahulu, Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang muflis disebabkan kegelojohan ahli-ahli politik.

Idea "bernas" dari Puteri:

PUTERI Umno wants the Government to ban the production of horror, mystical and superstitious movies, claiming such films can weaken the faith of the Muslims in the country. The movement also wants the authorities to empower the Islamic Development Depart-ment (Jakim) to take action against such productions. The call is contained in one of the motions that were passed without debate at the movement’s general assembly yesterday.

Source: The Star Online.

Di zaman kecanggihan teknologi tanpa sempadan di mana dengan penggunaan internet, pengguna-penggunanya boleh bebas mengekses segala data yang diingininya. Ketua Puteri UMNO yang saya rasa agak ketinggalan zaman, meminta agar kerajaan mengharamkan pengeluaran filem-filem seram, mistikal dan di luar batas pemikiran, kononnya atas alasan boleh memesongkan akidah Umat Islam. Hello! Puan Rosnah ni berada di zaman batu lagi ke? Bukankah mereka sebagai generasi muda sepatutnya menggalakkan usahawan-usahawan atau pengiat-pengiat filem agar menjadi kreatif dan innovatif. Barulah kita boleh setanding dengan bangsa asing. Ini tidak. Terlalu jumud macam makcik-makcik. Ini boleh itu tak boleh. Macam mana orang tak tolak Puteri UMNO. Make-up tebal-tebal, tersengih macam kerang busuk di majlis-majlis tetapi pemikiran masih lagi di tahap dunia kelas ketiga. Kalau tak percaya, cuba tanya Puteri UMNO, berapa kerat di antara mereka yang mempunyai, blog, facebook atau twitter. Kalau inipun mereka tidak ada, lupakan sajalah untuk berjuang di dunia tanpa sempadan.

Kesimpulannya, saya dapat merasakan Aruah Bapa saya masih tidak marah dengan pendirian saya untuk berada di luar parti UMNO kerana kalau beginilah corak pemikiran Pemuda dan Puteri UMNO, tak dapek den nak nolong.

7 Apabila Monyet Dengan Monyet Bergaduh

Sewaktu berkempen di PRK Bagan Pinang yang lalu, Penganggur Terhormat dan Menantu Terpilih, Khairy Jamaluddin, telah membuat gesaan meminta polis menyiasat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin Pakatan Haram, DS Anwar "The Drama King" Ibrahim yang didakwa mempunyai pelbagai sumber kewangan seperti yang didedahkan oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid pada tahun 1999.

Menjawab tuduhan itu, Pak Syeih Anwar memberitahu dia sedia disiasat dengan syarat siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki 'kekayaan melampau' termasuk Khairy. Ekoran kenyataan Anwar itu, Khairy juga turut menyatakan kesediaan untuk disiasat dan mengisytiharkan harta miliknya yang mana dalam perkembangan terbaru, Ahli Palimen Rembau itu juga dikatakan antara individu yang turut terlibat dengan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Saya memandang dengan penuh minat isu ini. Hasil dari kesediaan kedua-dua individu tersebut, saya meminta kerajaan melalui satu badan bebas menyiasat harta-harta yang dimiliki Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan juga Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Di atas kesediaan itu juga, saya mencabar Khairy dan Anwar untuk mengisytiharkan harta mereka termasuk pegangan-pegangan secara langsung dan tidak langsung melalui nomini, wang yang disimpan di dalam akaun-akaun di luar negara dan kepentingan-kepentingan di dalam pelbagai perniagaan termasuk yang didaftarkan di atas nama proksi-proksi.

Ibarat pepatah English, "a kettle calling a pot black" beginilah jadinya, kena sangatlah tu. Cerek mengatakan bontot kuali hitam dan kuali pula mengatakan sebaliknya. Sedangkan kita semua tahu kedua-duanya memang mempunyai bontot hitam yang tidak boleh dibersihkan lagi. Bagi saya, saya amat-amat setuju dengan kenyataan keduanya-duanya. Biarlah pihak yang berwajib menyiasat kedua-duanya dan meminta kedua-duanya mengistiharkan harta yang dimiliki.

Musykil juga saya. Saya bekerja hampir 20 jam sehari dan hampir 20 tahun masih tidak dapat mengumpul harta seperti yang dimiliki oleh seorang Mantan Banduan Salah Guna Kuasa dan seorang lagi Penganggur Terhormat. Pelik "lifestyle of rich and famous" di Malaysia ni ye? Rakyat tidak mahu tahu ke dari mana mereka berdua ini memperolehi harta? Saya tidak mahu mengakhiri tulisan saya dengan peribahasa gajah sama gajah bergaduh kerana mereka berdua ini tidak layak untuk disamakan walau dengan harimau tidak bergigi. Kita gantikan dengan peribahasa baru, ibarat monyet sama monyet bergaduh, kita yang menonton mari bertepuk tangan.

October 14, 2009

5 Nizar "The Puppet" Menghina Penduduk Bagan Pinang

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Bagan Pinang kelmarin sebagai 'kemenangan rasuah'. Beliau berkata, soal kekalahan calon Pas tidak menjadi masalah kerana adat pertandingan, tetapi moral kemenangan itu memperlihatkan pengundi tidak mengambil kisah mengenai latar belakang wakil rakyat walaupun pernah terlibat dengan politik wang.

“Pada mereka soal rasuah dianggap remeh dan tidak mendatangkan sebarang masalah. Saya sedih dengan keadaan ini kerana majoriti pengundi di sini adalah Melayu Islam yang seolah-olah mengiktiraf pemimpin dari kalangan rasuah padahal terang-terangan dalam al-Quran telah menyatakan dengan jelas berkaitan isu rasuah,” katanya, semalam.

Sumber: Sinar Harian.
Setelah PAS dibelasah dengan teruk di dalam ke lapan-lapan peti undi di DUN Bagan Pinang, Nizar "The Puppet" Jamaluddin dengan bongkak dan takburnya (kelaziman pengikut-pengikut Pakatan Haram) telah menghina keputusan yang dibuat oleh penduduk-penduduk di Bagan Pinang. Sepatutnya pimpinan PAS Pusat bermuhasabah diri dan mencari kelemahan diri dan bukannya menghina dan menyalahkan kuasa rakyat membuat keputusan. Bukankah mereka yang selama ini mengagung-agungkan KUASA RAKYAT?

Tatkala apabila rakyat menyokong dan memenangkan calon PRK dari Pakatan Haram, maka rakyat dipuji dan dipuja. Bukankah buruk tingkah laku mereka sekiranya apabila keputusan adalah tidak memihak kepada mereka, rakyat akan dihina dan digelar dengan pelbagai nama? Adakah selepas ini TG Nik Aziz akan mengeluarkan fatwa, pengundi-pengundi Islam di Bagan Pinang bakal penghuni neraka kerana tidak mengundi PAS?

"Kemenangan Rasuah" yang diberikan kepada TS Isa agak keterlaluan jika dibandingkan dengan kemenangan Ketua Pakatan Haram mereka di Permatang Pauh, DS Anuar Ibrahim. Sekiranya kenyataan Nizar "The Puppet" di atas diambil kira, apakah yang beliau hendak katakan kepada kemenangan DS Anwar di Permatang Pauh? "Kemenangan Mantan Banduan Salah Guna Kuasa"? atau "Kemenangan Peliwat"? atau "Kemenangan Al Juburi"? (meminjam kata-kata pimpinan saf PAS, Mat Sabu). Saya ingin bertanya kepada badut di atas, apabila 10 hakim sebulat suara bersetuju bahawa DS Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat, adakah Islam menghalalkan seorang peliwat menjadi Ketua Parti Islam, parti yang didokong oleh ulama dan ular dalam semak?

Saya tidak menyalahkan badut berkenaan 100% apabila beliau mengeluarkan kata-kata berkenaan kerana beliau hanya mengiyakan apa yang diperkatakan oleh mentornya, DS Anwar "Al Juburi" (sekali lagi meminjam gelaran yang diberikan oleh Mat Sabu), di sini.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates