September 24, 2009

7 The Malaysian Insiders Masih Memainkan Isu Perkauman Seksyen 23, DS Hisham Masih Berhari Raya

Apakah hanya orang Melayu Islam yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan?
The Malaysian Insiders, syarikat penerbitan portal yang mendapat sokongan penuh Kerajaan Pakatan Haram dan mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan Singapura masih lagi mahu memainkan sentimen perkauman dengan mengapi-apikan jumlah penduduk India di Seksyen 23 yang tidak sampai 5% itu. Laporan yang saya rasa berniat jahat ditulis oleh penulis keturunan India, Neville Spykerman bertujuan untuk mengapi-apikan isu perkauman, dapat dilihat di sini dan di sini. Jangan lupa juga membaca pembaca-pembaca "racist" yang menulis di dalam ruangan "Comments" di akhir rencana. Adakah mereka tidak boleh didakwa di bawah Akta Hasutan?

Kita faham apakah motif dan agenda yang hendak diutarakan. TMI masih lagi menggunakan isu yang sudah basi bagi kami penduduk-penduduk Seksyen 23 untuk kepentingan PRK di Bagan Pinang yang akan diadakan dalam bulan depan. Walaupun pengundi-pengundi India di Bagan Pinang adalah terlalu kecil dan tidak memberi impak kepada keputusan PRK berkenaan, niat jahat TMI untuk meniupkan api perkauman seharusnya tidak di pandang sepi oleh Kementerian Dalam Negeri.

Adakah Menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin hanya berani mengambil tindakan ke atas kaum Melayu berugama Islam? Adakah beliau tidak mempunyai telur untuk menegur atau mengambil tindakan ke atas TMI dan masyarakat minoriti India yang masih mahu memainkan isu perkauman? Jangan kata kami tidak memperingatkan Datuk Seri tentang perkara berkenaan. Orang Melayu Islam jangan dipijak-pijak dan dipermainkan, kelak binasa diri.

September 23, 2009

7 Ampu Sana Ampu Sini Dato' Sana Dato' Sini

Tidak bolehkah pemimpin-pemimpin terutama pemimpin muda mencontohi sikap Tun Ghaffar yang "down to earth"?
Jabatan Peguam Negara diminta memutuskan sama ada ‘pembelian’ gelaran seperti Datuk dari luar negara atau ijazah doktor falsafah (PhD) ‘secara ekspres’ merupakan perbuatan jenayah atau sebaliknya. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi ‘ilmuwan palsu’.

Sumber: Utusan Online.
Tidak boleh tidak saya amat bersetuju dengan pendapat DS Dr Rais Yatim. Pusing kiri Dato' pusing kanan kita akan jumpa Dato'. Cumanya saya tidak bersetuju dengan pendapat DS Dr Rais yang mengatakan Datuk hanya boleh dibeli dari luar negara. Tak payah pergi luar negara DS. Dekat dalam negarapun bercambah. Pakcik saya pernah membeli gelaran Dato' di sebuah negeri di Semenanjung dengan hanya bermodalkan RM30,000 pada ketika itu untuk tujuan perniagaan katanya. Pernah juga saya berjumpa dengan seorang anak muda berusia awal 30an, orang kuat Pemuda UMNO di sebuah majlis berbuka puasa juga memegang gelaran Dato'. Saya tidak tahu apalah jasanya sehinggakan melayakkan beliau untuk mendapat darjah ketinggian istana. Namun saya pasti, dalam usia semuda itu belum tentu beliau berjasa besar kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Saya teringatkan Mantan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba yang seringkali menolak pemberian sebarang anugerah sepanjang tempoh perkhidmatannya sehinggalah beliau dibersarakan oleh DS Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau hanya merendah diri dengan gelaran Encik Ghafar Baba, walaupun pada ketika itu, beliau boleh mendapatkan apa sahaja gelaran yang beliau mahukan dari pihak Istana. Saya masih ingat kata-katanya kepada saya, apakah erti sebuah gelaran sekiranya kita tidak mampu memberikan perkhidmatan seiiring dengan gelaran yang diperolehi.

Bukannya apa kita tidak mahu gelaran Dato' ini menjadi suatu gelaran yang tidak berharga. Cuba bayangkan penyanyi pelakon dapat Dato', Bangla berlakon dapat Dato', menang pingat sekali dua dapat Dato', berenang merentasi selat dapat Dato', belayar makan angin dapat Dato'. Ini belum lagi termasuk taukeh-taukeh babi dan taukeh judi yang mendapat Dato' dan Tan Sri. Penjenayah jangan cakaplah. Berapa banyak penjenayah dan mantan penjenayah yang masih memegang gelaran Dato', Tan Sri dan Datuk Seri. Kalau tidak percaya cuba tanya Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.

September 22, 2009

13 Kerajaan Kedah Pendokong Kuat 1Malaysia?

Alhamdulillah, saya dapat meluangkan masa menghabiskan empat hari untuk kembali ke negeri kelahiran, Negeri Jelapang Padi untuk berhari raya bersama keluarga. Perkara terbaik yang saya gembira dapat melakukannya ialah mencium tangan Mak di pagi hari raya dan menzirahi kubur Bapa yang di sayangi.

Tidak terdapat perubahan yang besar di bandar Alor Setar, tempat saya membesar. Jangan salah faham. Walaupun bergelar bandaraya, saya lebih sukakan keadaan "kekampungan" seperti keadaan sedia ada sekarang. Tiada kesibukan seperti penghuni kota metropolitan yang lain dan harga makanan masih lagi murah. Bayangkan, saya boleh mencuci kereta Grand Livina saya dan memotong rambut dengan harga RM5 setiap satu.

Perkara yang mengharukan saya apabila melawat bandar Alor Setar semenjak beberapa hari yang lepas adalah melihat terdapatnya puluhan "banner" kerajaan Negeri Kedah seperti gambar di atas yang memaparkan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang jelas berlogokan Kerajaan Negeri Kedah. Seperti mana yang kita tahu, pihak pembangkang sengaja mencetuskan kontroversi dan menempelak slogan yang di bawa oleh DS Najib ini semenjak hari pertama. DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Dato' Nik Aziz Nik Mat kerap mempersendakan slogan berkenaan dan menganggapnya sebagai retorik semata-mata.

Apabila seorang Menteri Besar Kerajaan Pas di Kedah mempromosikan slogan 1Malaysia DS Najib mengalahkan Kerajaan Barisan Nasional di negeri-negeri lain, saya merasa begitu kagum. Tahniah kepada DS Azizan Razak kerana berjaya mengenepikan pegangan kepentingan politik yang sempit. Saya berpendapat Kerajaan Kedah lebih ikhlas dan tulus untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat berbanding Kerajaan Pas Kelantan yang amat bermuka-muka. Satu sahaja pinta saya kepada Menteri Besar Kedah, diharap Datuk Seri dapat menukarkan kembali nama Alor Star kepada nama asalnya Alor Setar, yang telah ditukar oleh Menteri Besar Kedah yang lama yang tidak berguna kepada rakyat jelata iaitu Datuk Mahathir Khalid. Terima kasih.

September 21, 2009

10 Adakah Pemuda Pas Memiliki Dua Muka (Two Faces)?

Pemuda PAS, yang pernah membantah konsert penyanyi Beyonce Knowles (gambar) dua tahun lalu sehingga ia terpaksa dibatalkan, meneruskan pendiriannya dengan menggesa kerajaan membatalkan persembahan artis itu di ibu negara bulan depan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, pihaknya mahu kerajaan menarik balik permit membolehkan konsert itu - Beyonce I Am... World Tour Live in Malaysia 2009 diadakan 25 Oktober ini.

"Dewan Pemuda meminta kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab agar menarik balik kebenaran (yang telah diberikan) ... apa tujuan membenarkan konsert ini diadakan?

"Kita tidak mahu kebenaran kepada konsert yang menyuntik kerosakan moral dan akhlak muda-mudi," kata Nasrudin ketika dihubungi.

Sumber: Detikdaily.
Pertamanya, Cucu Tok Selampit ingin merakamkan salam Aidil Fitri kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya yang disayangi. Semoga anda semua selamat di dalam perjalanan dan bergembira di hari lembaran. Maaf Zahir dan Batin.

Berbalik kepada topik posting, ingin saya tegaskan di sini sebelum diri ditabur fitnah, saya bukanlah seorang peminat konsert. Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah menghadiri sepanjang konsert baik yang percuma maupun yang memerlukan saya mengeluarkan duit poket sendiri.

Sebenarnya, saya keliru dengan pendirian Pemuda Pas. Saya keliru dengan sifat bermuka-muka Pemuda Pas. Seolah-seolah mereka mempunyai dua belah muka i.e. "Two Faces". Dari satu segi mereka mementingkan slogan "Pas For All" iaitu menghormati hak bangsa dan agama lain di Malaysia. Dari satu segi pula, mereka bertindak sebagai satu lagi unit di dalam Pas yang dikenali sebagai "Anti Concert Squad". Kenapa saya gelarkan mereka sebegitu? Dewan Pemuda pernah menyatakan pendiriannya menentang persembahan Rihanna Live in Kuala Lumpur pada Februari lalu dan kumpulan Michael Learns To Rock awal bulan ini. Turut dibantah ialah konsert Mariah Carey dan konsert Beyonce pada tahun 2007.

Pertanyaan saya, Apakah hak (right) dan penerimaan (acceptance) rakyat bukan Muslim di Malaysia untuk menikmati konsert dan musik? Bukankah "Pas For All". atau Pas Untuk Semua? Adakah slogan ini hanya timbul semasa usaha terdesak Pas mendapatkan undi bukan Islam sewaktu PRK dan PRU?

Gambar di atas saya perolehi daripada internet dan kalau kita melayari Youtube, kita boleh memperolehi apa sahaja video muzik bukan terhad kepada Beyonce. Adakah Nasaruddin juga akan membantah penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia? Logik akal saya, kita tidak perlu ke konsert untuk memperolehi hiburan, sama ada berbentuk keIslaman dan sopan atau menghairahkan. Tepuk dada tanya iman.

Seharusnya hipokrit-hipokrit di dalam Pas seharusnya memulakan kempen yang serius terhadap kes-kes yang berlaku di Malaysia seperti gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangsterisma, Mat Rempit atau samseng jalanan, skandal seks dan penderaan seks, sumbang mahram dan banyak lagi gejala sosial yang lain di kalangan umat Islam dan bukan Islam di Malaysia daripada menyekat rakyat Malaysia untuk merehatkan minda dan menikmati musik.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates