September 6, 2009

14 From The Bottom Of My Heart Thank You

Saya meminta maaf kerana tidak dapat mengemaskinikan blog ini terutama terhadap apa yang berlaku pagi semalam. Ini disebabkan saya merasa terlalu penat dan terjadi insiden kecil di sebelah petangnya. Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Dialog yang berlaku pada pagi semalam dapat dilihat melalui klip video di Malaysiakini di sini dan laporannya pula di sini dan di sini. Kejadian menjadi tegang dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila R Gunaretinam menimbulkan kemarahan penduduk Melayu kerana berkata, setiap rumah kawasan mempunyai surau dan masjid bagi kegunaan masyarakat Islam dan mempertikaikan azan yang dilaungkan 5 kali sehari, lihat di sini.

Cucu Tok Selampit ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada TS Khalid Ibrahim yang telah bersetuju untuk membatalkan pembinaan kuil di Seksyen 23. Saya tidak pernah bertemu muka dengannya sebelum ini. Apa yang dapat saya katakan beliau mempunyai sifat keterbukaan dan mendapat nasihat yang salah mengenai isu ini.

Rasa terharu dan bersyukur juga saya tujukan buat rakan-rakan seperjuangan dari Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seskyen 23 yang tidak perlu saya sebutkan nama di sini. Jasa dan pengorbanan tuan-tuan amat disanjung tinggi. Kami memahami dan berbangga di atas pengorbanan anda semua. Bagaimana kita terpaksa menghabiskan cuti tahun, bagaimana dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan sehingga pukul 2 - 3 pagi. Bagaimana kita dihina, dicerca oleh masyarakat Malaysia dengan pelbagai nama dan gelaran termasuk PENGKIANAT. Bagaimana kita disisihkan oleh keluarga sendiri untuk menegakkan keadilan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media cetak dan media elektronik yang tidak jemu memberikan ulasan-ulasan dan laporan berita yang seimbang. Buat sahabat-sahabat seperjuangan blogger-blogger yang sentiasa membantu dari segi moral, penulisan dan wang ringgit. Jasa anda semua tidak akan kulupakan.

Dan yang terakhir, ucapan terima kasih ini saya tujukan buat penduduk-penduduk Seksyen 23 dari parti mana sekalipun anda berada, dari kaum mana dan agama sekalipun kerana teguh berdiri di belakang kami Jawatankuasa Bertindak terutama di dalam peristiwa bersejarah pada hari ini. Kejayaan sudahpun berada di tangan kita. Namun kita janganlah melupakan penderitaan yang masih lagi dialami oleh rakan-rakan kita di Seksyen 19. Marilah kita membantu mereka tanpa jemu.

Seperti kata TS Khalid Ibrahim, hari ini beliau telah banyak belajar dari episod yang berlaku. Beliau juga akur dengan KUASA RAKYAT atau PEOPLES' POWER. Marilah sama-sama kita menggunakan kuasa yang ada pada tangan kita untuk memajukan dan memakmurkan Malaysia yang amat kita sayang ini.

Akhir kata, from the bottom of my heart, thank you very much and Jazakallah hukhaira kasiran.

September 4, 2009

21 Surat Bantahan Penduduk Seksyen 19 Kepada MB Selangor

Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam,

29 hb. Ogos 2009.

Yang Amat berhormat,
Tan Sri Dato Abdul Khalid bin Ibrahim,
Menteri Besar Selangor.

Bantahan ungkapan Dasar Kerajaan Pakatan Rakyat “Tiada Kuil Baru dan Tiada kuil yang diroboh"

Dengan hormatnya kami merujuk perkara diatas.

2. Kami sebahagian penduduk Seksyen 19 Shah Alam telah berusaha begitu lama menuntut kuil haram Seksyen 19 dipindahkan segera. Kami kecewa dengan situasi yang berlaku sekarang pasti akan melambatkan lagi proses itu. Kami semua terkejut apabila kami dijemput ke Seksyen 23 melihat sendiri surat yang ditanda tangani oleh Adun YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil pada 7 Mei 2009. Kami juga sudah melihat tapak cadangan kuil yang hampir dengan padang permainan kanak-kanak dan kawasan perumahan penduduk.

Menurut surat itu pihak kuil bersetuju pindah tetapi meletakkan syarat-syarat. Salah satu daripada syarat itu ialah, kuil di Seksyen 19 masih boleh beroperasi hingga akhir tahun 2010. Kenapa kedua-dua YB tidak berjumpa dengan penduduk Islam Seksyen 19 mengenai perkara ini?

Penduduk sudah beberapa kali menghantar aduan, bantahan dan juga buat perjumpaan mengadu masalah-masalah dikuil itu. YB Khalid Samad sudah berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk Islam dalam masa setahun daripada tarikh perjumpaan beliau dengan penduduk pada 9/8/2008.

Sikap YB Adun Batu 3 dan Ahli Parlimen Shah Alam telah menyinggung perasaan penduduk Islam di Seksyen 23 dan di Seksyen 19. Apa yang berlaku kini apabila penduduk Seksyen 23 membantah, pihak kuil kelihatan aktif kembali di Seksyen 19. Kuil telah dicat baru, patung-patung juga semua di cat semula kerana mereka tahu kuil itu tidak akan diroboh walaupun akan dipindahkan ke lokasi baru yang akan mengambil masa satu setengah tahun lagi atau mungkin lebih panjang lagi.

3. Sikap toleransi yang begitu tinggi kedua-dua YB dengan pihak kuil yang menceroboh tanah PKNS selama dua dekad telah menyebabkan penduduk Islam kawasan berhampiran kuil bertambah kecewa. Kuil itu dahulunya digunakan oleh penduduk setinggan yang sudah lama dipindahkan.

Pada tahun 1988 semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini, kuil itu hanya sebesar tandas. TIADA bekalan air dan elektrik. Mereka yang menceroboh tanpa rasa malu mengaku tanah itu tapak mereka walaupun kawasan itu sudah menjadi milik PKNS. Semasa perjumpaan penduduk dengan pihak berkuasa mohon kuil itu dipindahkan, kami sering mendapat maklumat, pihak kuil sentiasa mendapat sokongan pemimpin MIC yang sering campur tangan apabila penguat kuasa mengambil tindakan keatas kuil itu.

Jadi kenapa YB Khalid Samad kritik pemimpin UMNO tidak berbuat apa-apa? Pemimpin UMNO tidak menyalahkan pembangkang apabila penduduk mengadu masalah kuil kepada mereka. Pihak kuil pula lupa jasa-jasa pemimpin MIC yang sentiasa membela mereka hingga dapat bertahan di kuil itu begitu lama walaupun aduan dan bantahan penduduk Islam juga telah dibuat berterusan begitu lama.

Hanya selepas kes kuil di Rimba Jaya dirobohkan dan kerajaan negeri bertukar tangan barulah mereka menyokong Pakatan Rakyat. Menurut YB Khalid Samad hasil perbincangan yang waras mereka sanggup bertolak ansur sanggup berpindah asalkan tidak jauh. Penduduk Islam percaya tanpa desakan penduduk mereka akan terus kekal disitu. Mereka tidak pernah ambil peduli gangguan yang mereka buat telah menyebabkan penduduk terpaksa membuat aduan hingga kepada DYMM Sultan Selangor pada tahun 2006. Tanpa campur tangan NGO Islam pada awal tahun 2009 mereka pasti berjaya membesarkan lagi kuil itu dan gangguan bising terpaksa dihadapi setiap hari seperti apa yang telah berlaku mulai April hingga December 2008.

4. YB Khalid Samad dalam blognya banyak menyalahkan UMNO dan NGO Islam sedangkan kedegilan pihak kuil yang enggan keluar dari kuil haram itu tidak diambil kira langsung. Mereka sudah beberapa kali dapat arahan pindah semasa dibawah BN dahulu tetapi mereka enggan keluar walaupun mereka tahu disitu tapak rumah teres dus tingkat sebanyak 16 unit.

Gangguan bising yang dihadapi semakin teruk selepas March 2008 hinggalah campur tangan NGO yang YB Khalid Samad tuduh sebagai kaki perhangat. Penduduk Islam berhampiran menyalahkan YB Khalid Samad kerana bersikap berat sebelah. Semasa NGO campur tangan membantu penduduk Islam beliau pula menyebelahi Hindu kuil. Sila rujuk dalam blog beliau yang keluar pada 10 dan 12 Januari 2009.

Penduduk Seksyen 19 sudah menjawab surat beliau dan tersiar dalam bebrapa blog. Jadi siapa yang lebih mendera penduduk Islam? Jika UMNO terlepas pandang menyebabkan jumlah kuil melebehi 1000 buah di Selangor, masjid dan surau hanya 380 sahaja, Parti Islam sepatutnya menyedari masalah yang dihadapi penduduk Islam jika kuil terletak berhampiran kediaman penduduk. Mungkin YB Khalid Samad tidak pernah merasakan apa yang telah dilalui oleh penduduk Islam berhampiran kuil di Seksyen 19, jadi YB tidak kesah jika keadaan yang sama berlaku kepada penduduk Islam Seksyen 23 apabila kuil itu dipindahkan kesana.

5. YB Khalid Samad menulis lagi "Dasar Pakatan Rakyat Mudah - tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh." Benarkah tiada kuil baru? Jika bangunan kuil lama dipindahkan mungkin kita boleh panggil pindahkan kuil lama. Tetapi jika kuil itu mengambil masa hingga satu setengah tahun baru siap itu bermakna kuil baru yang sangat besar akan didirikan disitu.

Adakah ungkapan Tiada kuil yang diroboh bermakna kuil lama akan kekal disitu?, jadi apabila mereka dapat kuil baru kuil haram di Seksyen 19 tidak akan di roboh? Jika begitu keadaannya sampai bila pun kuil itu tidak akan berganjak dari situ dan ia akan terus diaktifkan sampai bila-bila. Yang jadi mangsa dan sering diminta bertolak ansur ialah orang Melayu Islam. Masalah gangguan bising berlaku lebih serius apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pada bulan March 2008.

Gangguan bising tanpa kawalan memaksa penduduk mohon campur tangan NGO Islam kerana keadaannya sudah menjadi kronik. Jika dibiarkan kuil itu terus beroperasi hingga akhir tahun 2010, maka kemarahan penduduk Islam akan menjadi lebih kritikal jika mereka buat lagi gangguan bising terutama semasa keramaian bergendang hingga kewaktu tengah malam. Mereka yang meramaikan kuil kebanyakan datang dari luar kawasan Seksyen 19 Shah Alam. Mereka tidak pernah ambil peduli sensitiviti masyarakat Islam. Jelas sekali keadaan itu yang mendera dan mengganggu penduduk Islam.

6. Kami sertakan disini kronologi aduan, info dan maklumat masalah kuil haram Seksyen 19 dari tahun 2000 hingga Ogos 2009, surat terbuka kepada YB Khalid Samad, jemputan sidang media penduduk Islam berhampiran kuil dengan wakil-wakil NGO Islam dan media serta lain-lain dokumen yang berkaitan. Kami sertakan juga gambar-gambar kuil pada tahun 2008 dan tahun 2009. Penduduk Islam akan terus membantah sekiranya kuil yang telah mengganggu kehidupan penduduk Islam berhampiran itu tidak dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Kami sudah berusaha, kuil sudah dimaklumkan pindah ke Seksyen 22 pada 29/12/2007 selepas aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri (kes 35158), tetapi ditangguhkan kerana pilihanraya.

Jika perpindahan ini diteruskan tidak ada masalah berlaku saperti sekarang ini. Jadi wajarkah penduduk yang dipersalahkan? Pihak yang mengganggu ketenteraman awam terus dibela? Bila penduduk minta bantuan NGO Islam mereka dituduh membuat provokasi. Yang memulakan provokasi terhadap penduduk Islam ialah pihak kuil itu sendiri.

7. Jadi kami mohon agar Yang Amat berhormat Menteri Besar prihatin masalah penduduk Islam. Selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor aduan dan rayuan serta perjumpaan sudah dibuat. Tetapi sikap toleransi pemimpin Islam sendiri menyebabkan usaha penduduk Seksyen 19 terbantut lagi. Kuil yang sepatutnya pindah ke Seksyen 22 pada tahun 2008 bertukar tempat ke Seksyen 23. Lokasi yang dipilih berhampiran kawasan perumahan penduduk Islam, surau dan taman permainan kanak-kanak.

Pihak kuil pernah menolak ditawarkan berpindah ke Seksyen 23 beberapa tahun yang lalu. Menurut bekas Pembantu Khas bekas Adun Batu Tiga, mereka memberi alasan kawasan itu tempat najis kerana berdekatan Loji Indah Water. Apabila kawasan itu sudah dibangunkan menjadi kawasan perumahan majoriti penduduk Islam mereka mahu pula kawasan itu.

Penduduk Seksyen 23 sudah mengumpul maklumat dan menyiasat masalah penduduk Islam Seksyen 19 yang menghadapi masalah kuil. Mereka membantah kerana mereka tahu pihak yang akan dipindahkan itu telah membawa masalah besar yang telah berlarutan begitu lama kepada penduduk Islam Seksyen 1. Oleh sebab itu mereka berusaha agar masalah itu tidak berlaku kepada mereka pada masa hadapan.

8. Akhir kata kami merayu kuil Seksyen 19 dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Semoga aduan kami diberi perhatian yang serius oleh kerajaan negeri. Kami mohon maaf kepada YAB MB sekiranya terkasar kata dalam surat ini. Kami menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak YAB Tan Sri dan pihak SUK.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Cucu Tok Selampit: Baca dan faham betul-betul. Ini bukan sahaja masalah penduduk-penduduk Seksyen 23. Ini juga masalah umat Islam di Seksyen 19. Khalid Samad bijak menuturkan kata-kata dan memutar belitkan (spin) situasi. Sebagai orang-orang teraniaya, kami sekadar mampu memohon ke hadrat Allah SWT agar menurunkan pengajaran kepada kedua-dua YB ini agar mereka tidak lagi dapat terus menindas dan mempermainkan orang-orang Islam.

"Ya Allah ya tuhan kami, Engkau bukakanlah hati kedua-dua YB ini yang telah hitam dari menerima kebenaranMu. Ya Allah Ya tuhan kami, Engkau kembalikanlah mereka ke jalan yang benar. Ya Allah Ya tuhan kami, semperna bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Engkau kabulkanlah doa kami, doa orang-orang Islam yang teraniaya. Tiada lagi tempat untuk kami memohon melainkan kepadaMu Ya Allah, Ya Rabbul Alamin."

Baca suara A Voice, di sini.

September 3, 2009

8 Sudah Dua Kali Sultan Selangor Beri Teguran Kepada TS Khalid, Tak Sedar-Sedar Diri Lagi

Sultan Sharafuddin Idris Shah of Selangor has called upon Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim to amicably settle the issues surrounding the relocation of the Hindu temple to Section 23, Shah Alam.

The private secretary to Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani said the Sultan wanted Khalid to resolve the problem without hurting the feelings of both Hindus and Muslims.

Mohamad Munir said the Sultan had written a letter dated Aug 24 to Khalid expressing his hope that the Mentri Besar would also consider the percentage of Muslims staying in the area and call on Section 23 residents for a discussion.

Source: The Star Online.

Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Selangor yang seorang ini. Adakah beliau juga hendak jadi seperti Mantan Menteri Besar Perak, Nizar "The Puppet" yang selalu ditegur oleh Sultan? Masuk teguran Tuanku kali ini, sudah dua kali beliau ditegur. Kali pertama ketika Baginda mengingatkan Kerajaan Selangor agar jangan menggunakan wang zakat untuk perbelanjaan negeri (Lihat di sini).

Kali ini sekali lagi beliau ditegur kerana tidak sensitif dengan perasaan kaum Melayu. Baginda Sultan Selangor juga mengingatkan agar Menteri Besar Selangor mengambilkira jumlah peratusan kaum Melayu Islam di Sesyen 23 di dalam perencanaan beliau untuk membina kuil berkenaan. Tak tahulah kalau memang jenis manusia derhaka kepada Sultannya seperti Nizar "The Puppet". Tak dapek den nak menolong!

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

11 E-Mail Pembaca - RON95 ke RON97

Saya menerima e-mail ini dari seorang pengunjung tetap blog saya dan saya rasa ianya begitu menarik untuk dibaca, ditambah dengan loghat Utara yang melucukan:
Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. Ada minyak ada seringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.

Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah 'upgrade', kalau mau yang 'tak upgrade', guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan? Cantik kan? Kan? Suke tak? Suke tak? Tutup matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee!!!

Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambah baik enjin, samada dari segi 'ketukan' ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah 'tidak', jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba-tiba tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk universiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!

Last-last ada yang kena takek dengan parang tengah-tengah market tuh.

Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibi tiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.

Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan-kawan yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang-orang yang hilang akal sahaja!

Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?

Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?

Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!

Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Rakyat juga akan kata PRU13 ini kerajaan tidak berubah, cuma kami akan gantikannya dengan Pakatan Rakyat, kerajaan Malaysia yang telah dinaiktaraf kepada tahap premium.

September 2, 2009

3 Perbezaan Antara Dua Darjat

Hari ini kita dihidangkan dengan dua scenario politik Pakatan Rakyat yang saya lebih suka memanggilnya dengan nama Pakatan Haram. Ini adalah kerana gabungan ketiga-tiga parti DAP, PAS dan PKR adalah tidak berdaftar dan tidak sah di sisi undang-undang. Scenario pertama melibatkan Menteri Besar Kedah, DS Azizan Razak dan yang keduanya melibatkan Mantan Menteri Besar Perak, Nizar "The Puppet" Jamaluddin.

Scenario I
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan tidak akan menggunakan Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi menggantung kehadiran ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif daripada BN.

"Menggunakan Perkara 52 bermakna mengundang lebih banyak kecelaruan dan mengkucarkacirkan keadaan. Dari awal lagi kita sengaja tidak menggunakannya kerana mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskannya.

"Berdasarkan pengalaman di Perak, hanya SPR yang boleh menentukan kerusi itu kosong atau tidak," kata Azizan ketika diminta mengulas tindakan lanjut yang mungkin diambil bagi menyingkirkan Abu Hassan daripada menghadiri persidangan DUN selepas SPR mengekalkan kerusinya semalam.

Perkara 52 menyebut Speaker berhak menggunakan kuasanya bagi menyingkirkan mana-mana ADUN yang melanggar Perkara 51 daripada menghadiri persidangan dewan.

Sumber: Malaysiakini.
Scenario II

Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Laporan jawatankuasa tersebut yang dilantik oleh kerajaan negeri Pakatan tahun lalu, dibentangkan dalam sidang DUN hari ini yang berlangsung di Hotel Heritage Ipoh, selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak pagi tadi.

Sumber: Malaysiakini.
1. Lihatlah betapa indahnya budi pekerti MB Kedah DS Azizan yang menerima keputusan SPR dengan hati yang terbuka. Tidak sedikitpun di hati beliau tersimpan perasaan dengki dan dendam. Saya tidak boleh bayangkan sekiranya Nizar "The Puppet" berada di tempatnya sekarang.

2. Lihat pula gambar di atas bagaimana sikap dan sifat buruk Nizar "The Puppet" di bulan Ramadhan ini. Walaupun tidak lagi memegang kuasa di Perak, kerana ketamakan dan gila meroyan, sanggup beliau memimpin barisan DUN Pakatan Haram untuk mengadakan sidang DUN yang tidak sah. Lebih melucukan Speaker Badut telah menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara kepada Datuk R Ganesan dan Hee Yit Foong. Nasib baik hukuman penjara, kalau badut itu menghukum dengan hukuman gantung sampai mati takkah haru biru jadinya.

3. Sekiranya rakan sejawatnya dari negeri jiran dapat menerima dengan baik keputusan SPR dan menyatakan "berdasarkan pengalaman di Perak, hanya SPR yang boleh menentukan kerusi itu kosong atau tidak"apalah susah sangat bagi Nizar "The Puppet" hendak menerimanya.

4. Perhimpunan di bawah pokok sudahpun dilakukan, perhimpunan di dewan hotelpun sudah dilakukan. Hanya dua tempat lagi yang belum diadakan oleh badut-badut sarkis dari Perak itu. Satu di Zoo Taiping dan keduanya di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

2 Surat Pembaca - Isu Kepala Lembu Kerana Bantahan Masyarakat Islam Diabaikan

Surat pembaca di bawah saya perolehi daripada Ruangan Forum, Utusan Malaysia, lihat di sini. Dari gaya bahasanya, beliau merupakan salah seorang penduduk Seksyen 19 di mana kuil Hindu HARAM didirikan. Dengarlah luahan hatinya. Adakah Khalid Samad dan Rodziah Khalid mahu mencuci tangan dengan memindahkan masalah ini ke Seksyen 23? Bangsat kamu berdua!

MINGGU ini masalah kepala lembu menjadi tajuk utama dan isu negara. Maka ramailah yang membuat komen tanpa mengetahui secara khusus kenapa ia berlaku. Memang mudah menyalahkan orang. Tanpa sebab besar tidak akan berlaku tindakan sedemikian.

Artikel yang ditulis oleh Abdullah Bukahri Abdul Rahim, meminta langkah drastik diambil oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk segera mencuci tahi yang telah dipalitkan oleh kumpulan yang membawa kepala lembu.

Saya ingin menyatakan, tindakan penduduk Seksyen 23 Shah Alam adalah kerana bantahan mereka tidak diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Kami yang tinggal di Seksyen 19 juga menghadapi masalah yang sama berhubung kuil yang telah berlarutan begitu lama.

Masalah di Seksyen 19 sudah memakan masa 21 tahun masih belum selesai hingga ke hari ini. Aduan, bantahan, perjumpaan telah dibuat oleh persatuan penduduk dan individu tetapi tidak mendapat tindakan yang sewajarnya.

Setiap kali kuil itu diarahkan berpindah pasti ada campur tangan pemimpin politik yang akan melewatkan proses itu. Campur tangan inilah yang menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak. Kuil itu yang pada mulanya kecil makin lama makin membesar tanpa pelan dan permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan, aktiviti mereka semakin hebat. Kuil itu hanya di seberang jalan rumah penduduk Islam Seksyen 19. Apa perasaan pembaca apabila setiap hari kami terpaksa mendengar lagu-lagu Hindu yang membingitkan telinga?

Bila mereka mengadakan keramaian mereka buat perarakan di hadapan rumah penduduk Islam. Gangguan bergendang keramaian berjam-jam lamanya. Terlalu banyak masalah sampingan yang terpaksa kami hadapi jika hendak disenaraikan di sini.

Aduan terpaksa dihantar dari semasa ke semasa kepada pihak-pihak atasan. Namun bila ada campur tangan politik perkara ini sering terbantut. Gangguan bising yang dihadapi semakin teruk apabila Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor.

Sikap toleransi pemimpin Selangor telah menyebabkan gangguan yang dihadapi semakin teruk. Mereka bergendang hingga ke tengah malam mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.

Mereka hampir semuanya datang dari luar kawasan kami. Mereka berani mengugut jika ada penduduk yang menegur mereka. Botol-botol arak bersepah di merata-rata kawasan berhampiran Jalan 19/28. Gangguan bising pemuda India mengganggu kehidupan kami.

Kami merayu bantuan dan membuat aduan kepada pelbagai pihak tetapi tiada tindak balas. Ketika keadaan sudah menjadi kronik penduduk merayu bantuan NGO Islam. Tindakan drastik yang diambil oleh NGO Islam untuk membantu penduduk menyebabkan ada sedikit perubahan apabila gangguan bising berkurangan.

Pada 29 Disember 2007 maklumat yang diterima daripada Jabatan Perancang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22.

Apabila Pakatan Rakyat berkuasa selepas Mac 2008, kuil itu hendak dipindahkan pula ke Seksyen 23, kawasan majoriti penduduk Islam. Penduduk Seksyen 23 sudah maklum apa yang dialami oleh penduduk Islam Seksyen 19, sebab itu mereka membantah. Malangnya bantahan mereka tidak diambil berat oleh kerajaan negeri dan diminta bertolak ansur. Jadi siapakah yang bersalah?

Apabila kepala lembu diusung sebagai tanda protes semua buka mata. Pelbagai bantahan kita dengar. Tetapi apabila masalah gangguan berlaku kepada orang Islam, SABARLAH!

HALI HARON

Shah Alam, Selangor

September 1, 2009

14 Mahfuz Oh Mahfuz

Pemimpin PAS mengulangi dakwaan bahawa penduduk Seksyen 23 Shah Alam - yang mengadakan demonstrasi dengan mengarakkan kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di kawasan mereka - diupah oleh Umno.

Naib presidennya, Mahfuz Omar berkata, beliau yakin dengan penglibatan Umno berdasarkan kenyataannya sebelum ini yang didakwa mengapi-apikan isu perkauman, antaranya menyifatkan pentadbiran PAS sebagai "orang Islam jadi boneka bukan Islam".

"Saya menganggap bahawa tindakan kumpulan yang memijak kepala lembu itu, atas niat kerana itu lambang agama Hindu, tuhan agama Hindu, (tindakan) itu menyalahi agama Islam dan melanggar perintah Allah.

"Jadi, saya minta pemimpin Umno yang mengupah mereka ini, yang mengupah kumpulan ini, supaya membuat protes sebegitu, seharusnya merujuk kepada mufti (terlebih dahulu)," katanya.

Sumber: Malaysiakini.
Mahfuz ... Mahfuz ... Mahfuz. Tak habis-habis kamu hendak melakukan fitnah di bulan Ramadhan ini. Kamu puasa atau tidak hari ini. Kamu sedar atau tidak kamu melakukan dosa besar hari ini. Saya minta kamu rujuk mufti untuk mengetahui berapa berat dosa seorang pemfitnah. Baik kamu segera bertaubat wahai Mahfuz.

Adakah kamu mempunyai cukup bukti bahawa UMNO menjadi dalang kepada kejadian hari Jumaat lepas. Tidakkah kamu sedar bahawa perhimpunan berkenaan melibatkan semua golongan masyarakat Seksyen 23, tidak kira fahaman parti. Tidakkah kamu tahu wahai Mahfuz Pengerusi Jawatankuasa Membantah Pembinaan Kuil Seksyen 23 adalah Mahyuddin Manap, yang merupakan ahli PKR Cabang Wangsa Maju. Naib Pengerusinya pula, Ibrahim Sabri yang tinggal selang tiga rumah dari rumah saya adalah penyokong Anwar Ibrahim dan penggiat Reformasi yang pernah keluar masuk lokap. Tidakkah kamu malu untuk menuduh mereka sebagai orang upahan UMNO. Di mana maruah kamu wahai Mahfuz?

Kalau benarpun ada ahli UMNO atau Ketua Bahagian sekalipun yang terlibat dalam perarakan tersebut, apa masalahnya. Sekurang-kurangnya mereka prihatin dengan nasib kami penduduk Seksyen 23. Hendak menharapkan AP Shah Alam, Khalid Samad dan Rodziah Khalid. Mereka berdua ini adalah Melayu yang tak guna, Melayu yang menjual bangsa mereka sendiri untuk mempertahankan sedikit kuasa pemerintahan yang ada. Hendak mengharapkan kamu?

Tak payahlah kamu hendak menjaga tepi kain orang wahai Mahfuz. Kain kamu sendiri terkoyak dan terlondeh. Kamu terlalu sibuk dengan berpolitik sehinggakan anak sendiri dipenjarakan kerana mengguna dan mengedar dadah. Saya orang Alor Setar wahai Mahfuz. Saya tahu bagaimana kamu berulang alik ke penjara Alor Setar untuk melawat anak lelaki kamu. Saya sarankan kamu agar menjaga keluarga kamu baik-baik. Biarlah kami penduduk Seksyen 23 menguruskan hal peribadi kami. Kamu tidak perlu menyibuk.

9 Kes Pembinaan Kuil Seksyen 23 - Perjumpaan Dengan Penduduk

Sila "double click" untuk besarkan imej.

Tertera di atas adalah perjumpaan penduduk dengan MBSA dan PKNS berkenaan dengan isu pembinaan kuil Seksyen 23. Saya telah menghubungi En Noraznizam dan beliau telah megesahkan setakat hari ini, YB Khalid dan YB Rodziah akan turut di dalam perjumpaan tersebut. Saya mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan bloggers untuk memberi kami, penduduk Seksyen 23 semangat dan aspirasi. Terima kasih.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates