August 20, 2009

10 Bukti Sivakumar Gila Meroyan Hendak Jadi Speaker


Sila "double click" kepada surat di atas untuk dibesarkan.

Mantan Speaker DUN Perak yang juga Adun DAP Tronoh, V. Sivakumar cuba buat onar lagi. Kali ini dia mencuri "letter-head" Yang Dipertua Dewan dan mengeluarkan surat menjemput ADUN Perak menghadiri Sidang DUN pada 2 September 2009.

Perkara ini telah didedahkan oleh salah seorang ADUN Perak, YB Dato' Khusairi sendiri di dalam "face book"nya. Dikhabarkan Kelab ADUN Barisan Nasional akan melaporkan beramai-ramai penipuan yang dilakukan oleh Mantan Speaker yang gila meroyan ini. Terima kasih YB Dato' Khusairi di atas pendedahan ini.

6 Apa beza TG Nik Aziz Nik Mat Dengan Ayah Pin?

Sekiranya beginilah mentaliti pengikut-pengikut fanatik Pas kepada TG Nik Aziz, semoga Allah melindungi kita semua. Apakah perbezaan di antara Ayah Pin dan TG Nik Aziz. Siapalah yang akan menanggung dosa pengikut Pas di atas yang telah mensyirikkan Allah. Nauzubillah hi minzalik.

August 19, 2009

12 Persetan Dengan Khalid Gagap! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.

"Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini pada Rabu.
Pada persidangan Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri.

"Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini," titah baginda.

Baginda juga mahu supaya dijelaskan kepada rakyat mengenai perbelanjanan kutipan zakat pada setiap tahun.

"Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata'ala," titah Baginda.

Sumber: Bernama.
Kurang ajar punya Menteri Besar Selangor. Tidak sudah-sudah onar yang ingin kau lakukan ke atas Negeri Selangor. Perkara Kerajaan Negeri Pakatan Haram ini ingin menggunakan wang zakat orang-orang Islam untuk melampiaskan nafsu kroni-kroninya memang telah lama diketahui Rakyat Selangor. Pakatan Haram mengetahui bahawa mereka hanya akan memerintah selama satu penggal sahaja. Oleh itu apa sahaja wang rakyat Rakyat Negeri Selangor akan dirompak sewenang-wenangnya untuk diberikan kepada kroni-kroni bangsat mereka di Selangor. Tidak cukup dengan rompakan pasir, maka Khalid Gagap hendak pula merompak wang zakat orang-orang Islam untuk diberikan kepada EXCO-EXCOnya termasuk Si Dajal Ronnie Liu.

Kita harus bersyukur kerana Negeri Selangor masih lagi dijaga oleh Sultannya. Sultan yang akan dan telah menghalang Menteri Besarnya yang rakus dengan kuasa dari diperkudakan oleh barisan EXCOnya yang bukan Islam. Kalau Sultan kita boleh melihat semua kebinatangan ini, di manakah maruah kita sebagai Rakyat Selangor?

Di manakah maruah kamu wahai orang-orang Islam, saudara-saudaraku. Di manakah maruah kamu wahai rakyat-rakyat Selangor, bumi bertuah ini. Bangunlah kamu memberikan sokongan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

August 18, 2009

30 Jawapan YB Khalid Samad Mengenai Pembinaan Kuil

Ahli Parlimen Shah Alam hari ini telah menjawab berkenaan isu kuil di Seksyen 23 yang disiarkan di dalam blognya, di sini. Izinkan saya menjawab dan mengulas apa yang diperkatakan oleh beliau dalam usaha untuk mempertahankan tindakan sahabat karibnya, Dr A Xavier.
Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.
YB Khalid, kerajaan terdahulu sudahpun memperuntukkan sebidang tanah di Seksyen 22 untuk pemindahan kuil tersebut. Selepas Kerajaan Pakatan Haram memerintah perkara yang sebaliknya berlaku . Ini adalah kerana desakan daripada beberapa penganut Agama Hindu yang tidak mahukan kuil tersebut dipindahkan ke Seksyen 22 disebabkan kawasan berkenaan terpencil dan tidak berpenghuni. Oleh itu dengan jasa baik Dr A Xavier serta sokongan kuat YB Khalid dan YB Rodziah telah merencanakan perancangan jahat untuk memindahkannya ke Seksyen 23, kawasan majoriti penduduk Melayu.
Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.
Pembeli-pembeli di Taman Ixora di Seksyen 23 sememangnya menyedari bahawa kami membeli rumah berdekatan dengan tapak industri. Ya kami akui. Apa yang YB tidak faham dan pura-pura tidak faham sekiranya kami tahu bahawa ada pembinaan kuil yang terbesar di Shah Alam yang akan dibina di tapak berseluas 20, ooo meter persegi ini, adakah ada orang Melayu yang akan membeli perumahan tersebut? Apa yang YB tidak sebut adalah kedudukan kuil itu hanyalah 150 meter dari rumah orang beragama Islam, berhadapan taman permainan dan 200 meter jaraknya dari surau. Ini penghinaan namanya. Apa salahnya pembinaan kilang di situ. Kami tidak bantah. Kami hanya bantah pembinaan kuil. Susah sangatkah nak faham?

YB Khalid mengakui bahawa ini adalah tanah industri bukan? Bukankah tanah industri sekiranya ingin ditukarkan ke tanah komersial memerlukan pendengaran awam atau "public hearing". Adakah ianya dilakukan? Kenapakah YB tiada telor untuk memberitahu penduduk-penduduk di situ bahawa pembinaan kuil akan dibina di situ. Berapakah kerugian PKNS yang terpaksa ditanggung akibat dari penukaran tanah perindustrian ini atau adakah ada pihak yang mendapat labanya? Kenapakah surat bantahan penduduk tidak dijawab oleh YB Khalid dan YB Rodziah selama ini sehingga kami terpaksa membuat demontrasi, menghantar bantahan serta memanggil pihak akhbar?
Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?
Cakap boleh sebarang cakap YB, tetapi biarlah berfakta. Semasa penubuhan Jawatankuasa Bertindak Bantahan Kuil ini kami tidak membenarkan Ahli Jawatankuasa Penduduk Seksyen 23, yang dimonopoli oleh orang-orang UMNO dan Ahli Jawatankuasa Surau Al Jannah yang terdiri daripada orang-orang Pas menduduki Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23.

Ini adalah kerana kami tahu YB loyar buruk seperti YB Khalid dan YB Rodziah pastinya akan memainkan isu perkauman dan isu UMNO. Ingin saya ingatan kepada YB, semasa demontrasi awam yang kami jalankan di Seksyen 23, orang UMNO beragama Islam turun, orang Pas beragama Islam turun dan orang PKR yang beragama Islam turut turun. Penduduk Melayu Islam tidak kira fahaman politik turun memberikan sokongan kepada bantahan ini tanpa mengira sentimen parti.

Kesimpulannya, kami bukan menentang pembinaan kuil untuk masyarakat India Hindu untuk beribadat. Kami harapkan kuil yang terpaksa dipindahkan dari Seksyen 19 itu ditempatkan di Seksyen 22 sepertimana yang telah dijanjikan dan diperuntukkan tanah pembinaan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang lalu dan janganlah YB Khalid membiarkan telur YB dipegang oleh YB Dr A Xavier. Kalau YB Dr A Xavier boleh mempertahankan kaum minorotinya dalam kes ini, kenapa tidak YB Khalid?

11 Penjaga Syurga Dan Neraka



Sedari kecil saya diajar oleh Ibu Bapa tersayang mengenai Malaikat Ridzuan sebagai penjaga syurga dan Malaikat Malek sebagai penjaga Neraka. Selepas berbelas tahun menuntut, saya masih lagi diajar perkara yang sama. Semalam seorang Tok Guru Agama dari sebuah parti politik mempunyai khashaf terbesar sehinggakan beliau boleh mengetahui siapakah penghuni syurga dan siapakah penghuni neraka. Mungkin beliaulah penganti Malaikat Malek dan Malaikat Ridzuan untuk menjaga syurga dan neraka. Wallahualam.
"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Sumber: Bernama.

August 17, 2009

12 Logikkah Menggunakan Internet Untuk Perkhidmatan Penduduk di Rompin?

Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang dilantik sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan kemudahan Internet untuk berhubung dengan penduduk Rompin ketika beliau berada di AS. Katanya pelantikan beliau itu tidak bermakna beliau akan mengabaikan kebajikan pengundi di Rompin dan boleh mendengar dan menyelesaikan masalah mereka melalui Internet.

Sumber: Bernama.
Saya merasa terpanggil dengan isu ini. Adakah dengan mewujudkan laman web sendiri untuk berhubung dengan penduduk-penduduk kawasannya dan mewujudkan stesen bergerak dan klinik maya bagi membolehkan beliau berinteraksi dengan penduduk pada waktu yang ditetapkan, dianggap boleh menyelesaikan masalah penduduk Rompin?

Saya merasakan Dr Jamaluddin tidak berpijak dibumi nyata dan saya juga merasakan beliau seorang yang dangkal tentang situasi pengundinya serta geografi kawasan Rompin. Rompin, kawasan yang saya tahu memandangkan saya pernah melakukan audit di sana, adalah merupakan kawasan di mana sebahagian besar penduduknya adalah nelayan dan peneroka. Adakah beliau merasakan suatu yang praktikal untuk berurusan dengan mereka ini melalui internet? Rompin merupakan kawasan luar bandar yang dipenuhi hutan, ladang getah dan kelapa sawit (Felda) serta kampung-kampung nelayan di pesisir pantai.

Di sini bukan Putrajaya atau Cyberjaya. Waima sekiranya Putrajaya atau Cyberjaya sekalipun, belum tentu penduduk di situ dapat menerima konsep baru ini. Saya merasakan pendekatan yang hendak diambil oleh Dr Jamaluddin mungkin sesuai dalam tempoh 10-20 tahun akan datang. Saya tidak mahu berfikiran negatif. Bagi saya dengan perlantikan tersebut, saya beranggapan Dr Jamaluddin tidak mampu melakukan tugasnya sebagai wakil rakyat khususnya melawat kawasan ekoran jarak tempat beliau berada sekarang dengan Rompin terlalu jauh.

Laporan Bernama melaporkan, beliau turut merancang untuk pulang dua bulan sekali bagi berjumpa penduduk dan menyelesaikan masalah mereka selain akan balik bila sesi Parlimen (Dewan Rakyat) bersidang. Saya merasakan sangsi dengan kenyataan ini berdasarkan rekod beliau sebelum ini yang jarang melawat kawasan. Sewaktu berada di dalam negara pun jarang nampak muka bagaimana beliau boleh berjanji untuk pulang dua bulan sekali apabila menetap di Amerika. Lagipun tidak munasabah untuk pulang dua bulan sekali kerana selain membazir wang, bagaimana pula dengan tugasnya di sana sebagai duta yang sudah pastinya sibuk dan memerlukan tumpuan lebih.

August 16, 2009

20 Sekitar Demonstrasi Bantahan Penduduk Kepada YB Rodziah dan YB Khalid

Perjuangan kami tidak berakhir di sini. Perjuangan kami baru bermula. Wahai YB Khalid, wahai YB Rodziah, kami haramkan tapak kaki kamu ke tempat kami. Kamu berdua akan kami seret ke mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates