August 15, 2009

5 Iklan - Pelakon Opera Selangor Di Cari

Kerajaan Negeri Selangor ingin mempelawa warganegara Malaysia untuk hadir ke temuduga terbuka jawatan Pelakon Opera. Pengalaman tidak diperlukan memandangkan latihan akan diberi. Sekiranya anda berkebolehan untuk melakukan aksi-aksi seperti di bawah, kami menjemput anda untuk menghadiri ke temuduga di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Pakej lumayan disediakan dan anda juga berpeluang berkhidmat dengan dua pelakon terkenal Kerajaan Selangor seperti di bawah:

Datanglah beramai-ramai untuk sessi temu duga ini. Harap maklum.

August 14, 2009

12 Bantahan Pembinaan Kuil Hindu Di Seksyen 23, Shah Alam





Kemaskini:

Seperti yang dijanjikan berikut adalah laporan mengenai penyerahan memorandum bantahan semalam yang disiarkan oleh Akhbar Sinar. Rodziah dan Khalid tidak berani untuk bersemuka dengan wakil penduduk. Kami hanya menyerahkan memorandum berkenaan kepada pembantu khasnya, Saudara Naim. Laporan Sinar Harian, di sini.

Posting Asal:
Pihak AJK Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Hindu Seksyen 23, Shah Alam hari ini akan menghantar memorandum bantahan kepada YB Batu Tiga, Rodziah binti Ismail, dengan salinannya akan dihantar tangan kepada Menteri Besar TS Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, EXCO Kerajaan Negeri, Dr A Xavier Jayakumar dan Kebawah DYMM Sultan Selangor, hari ini pada pukul 3.30 petang.

Juga pada hari Ahad 16.08.2009 bertapak di Tapak Kuil Seksyen 23 (berdekatan dengan Dewan MBSA) akan diadakan demonstrasi aman penduduk. Permit polis sudahpun diperolehi untuk perhimpunan aman ini. Akhbar Sinar Harian, RTM dan TV3 sudahpun memberi pengesahan untuk membuat liputan mengenai isu ini

Pihak penduduk ingin menjemput Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk turut hadir di dalam majlis tersebut. Jemputan kepadanya telah dihantar secara rasmi dan saya telah mengingatkannya semalam dan hari ini melalui sms dan "facebook". Sekiranya Dr A Xavier begitu istiqamah mempertahankan kuil tersebut dibina di situ dan bukannya di tempat yang diluluskan sebelum ini iaitu di Seksyen 22, Penduduk mengharapkan agar YB Khalid akan berani datang untuk menghadapi isu yang telah diluluskan oleh YB. Kami berharap agar telur YB tidak dipegang oleh Dr A Xavier seperti mana Ronnie Liu memegang telur Dr Hassan Ali di dalam isu arak di Selangor, lihat drama swasta yang diarahkan oleh Anwar "The Drama King", di sini.

Kaulah buah hatiku, Ronnie -Dr Hassan Ali

Penulis akan membuat liputan di sana hari ini dan akan mengemaskinikan blog di sebelah petang dan juga pada hari Ahad. Kehadiran orang ramai dialu-alukan untuk menemui dua wakil rakyat berbangsa Melayu Islam yang telah memecah rekod dengan membina kuil terbesar selepas Batu Caves di Selangor dan juga sumbangan mereka dengan meluluskan dan mendirikan rumah urut dan gereja di Seksyen 23 yang 90% majoritinya penduduk-penduduk Melayu Islam.

August 13, 2009

2 Al Fatihah Kepada Ustaz Asri

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Sumber: Berita Harian Online.
Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau bersama orang-orang mukminin dan mukminat. Pergi Takkan Kembali. Al Fatihah buat Ustaz Asri Ibrahim.

8 Krisis Air Selangor - Ikhlaskah Pakatan Haram?

Sebentuk cincin permata belian ... MB Selangor ala-ala S. Jibeng

Semalam selepas selesai menonton siri TV kegemaranku yang memulakan musim baru semalam, CSI Miami, Penulis telah bergegas ke sebuah bistro di Seksyen 13 untuk bertemu dengan seorang sahabat lama yang kebetulan bekerja di perbendaharaan Negeri Selangor. Tujuan utama untuk mendapatkan dokumen penyelewengan kerajaan negeri Pakatan Haram dan berbual mengenai isu semasa.

Buat permulaan, biarlah kita mulakan dengan isu air percuma di Selangor. Usaha Kerajaan Pakatan Haram untuk memutar belitkan isu air bermula apabila mereka merasakan kesukaran untuk meneruskan program air percuma yang dijanjikan di dalam maneifesto PRU12 dengan meletakkan kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan kerana gagal menyerahkan semula pengurusan air kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri telah menuntut pampasan aset sebanyak RM9.7 billion kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih pengurusan air.

Ternyata DS Najib lebih bijak menghidu tektik politik murahan ini. Kerajaan Persekutuan tidak bersetuju dengan jumlah pampasan yang diminta kerana permintaan mereka tidak berdasarkan keadaan aset sebenar. Kalau dipersetujui, kerajaan negeri akan menggunakan RM5.5 billion untuk membayar pampasan kepada 4 syarikat iaitu Syabas, Puncak Niaga, Abas dan Splas manakala bakinya berjumlah RM4.2 billion merupakan keuntungan percuma yang akan dijanakan untuk meneruskan pemberian air percuma dan dana persediaan untuk Pakatan Haram Selangor bagi menghadapi PRU13. Sekiranya perjanjian ini gagal, kerajaan negeri akan memberhentikan pemberian air percuma dan menunding jari ke arah Kerajaan Pusat.

Gerkan untuk memutar belitkan isu ini telahpuhn bermula dengan kaedah-kaedah ceramah dan perjumpaan penduduk, tulisan melalui akhbar dan pamplet yang di hantar dari rumah ke rumah dan juga melalui paparan di billboard di seluruh negeri Selangor.

Di tangan Penulis terdapat dokumen penyelewengan yang bakal mengoncangkan kerajaan Negeri Selangor. Penulis merasakan amat sayang dan terlalu awal untuk mendedahkannya sekarang. Apapun Penulis berjanji akan membongkar dan mengeluarkan segala-galanya sekiranya Allah mengizinkan PRK berlaku di kawasan Penulis di DUN Batu Tiga tidak lama lagi.

August 12, 2009

30 YB Bangsat Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga

Semalam berlangsungnya perjumpaan Wakil Penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail di pejabatnya di deretan rumah kedai seksyen berkenaan. Ini rentetan daripada keengganan dan helah beliau yang sentiasa mengelakkan diri dari bertemu penduduk untuk membincangkan mengenai pembinaan kuil Hindu terbesar di situ. Penulis juga pernah mengupas isu yang sama, di sini.

Di dalam perjumpaan semalam, Rodziah Ismail dengan bongkak dan angkuhnya mempertahankan pembinaan kuil tersebut. Menurut beliau Menteri Besar, barisan EXCO dan PKNS sudahpun meluluskan projek berkenaan dan beliau berharap penduduk dapat menerima seadanya. Di dalam mesyuarat malam tadi, bukan sahaja tiada penyelesaian diperolehi malah ADUN Batu Tiga tersebut beria-ia mempertahankan keputusan kerajaan negeri tersebut.

"Mengapa orang Melayu tidak boleh bertolak ansur dengan kuil Hindu? Cuba bayangkan perasaan penganut Hindu yang terpaksa mendengar azan dari surau berdekatan rumah mereka?

Pertanyaan Rodziah ini bingkas dijawab oleh seorang penduduk, "Ini merupakan negara Malaysia yang Islam adalah Agama Persekutuan. Jangan nak samakan Islam dengan agama lain. Jika senang sangat mengapa tidak buat sahaj kuil-kuil tersebut di hadapan rumah YB?"

Apabila ditanya kenapakah beliau tidak menjawab memo bantahan yang telah dihantar oleh penduduk. Beliau bingkas menjawab bahawa beliau tidak menerimanya. Apabila pihak penduduk menyerahkan surat berkenaan yang diakuterima oleh pejabat beliau, beliau yang agak kemalu-maluan mengaku dan meminta maaf kepada wakil penduduk kerana tidak membalasnya.

Rodziah juga menjelaskan bahawa pemindahan tapak kuil tersebut bagi memudahkan kanak-kanak dan orang tua penganut Hindu ke kuil. Ini menimbulkan kemarahan penduduk yang datang. Salah seorang daripada mereka mempersoalkan penganut Hindu di seksyen berapa yang mudah. Jika dahulu di Seksyen 19 sekarang di Seksyen 22 apa bezanya? Bukankah mereka perlu bergerak juga. Jika diadakan di Seksyen 23 pun tentulah juga penganut hindu di seksyen 19, 20, 21 dan 22 juga perlu mencari pengangkutan.

Seorang penduduk yang tidak dapat bersabar terus keluar sambil memarahi Rodziah, "Jangan bagi alasan-alasan yang bodohlah." Beberapa orang lain kelihatan marah yang agak sukar dibendung sehingga menepuk-nepuk meja. Wakil penduduk juga turut mempersoalkan tindakan Rodziah membawa beberapa gangster India berkumpul di bawah pejabatnya semasa sesi dialog tersebut. Namun beliau memberi alasan tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Apabila beberapa penduduk termasuk penulis cuba bertindak ganas dengan mengugut gangster-gangster tersebut, akhirnya mereka mengakui bahawa mereka ditugaskan untuk menjaga EXCO-EXCO Kerajaan Pakatan Haram Selangor.

Kami difahamkan kerajaan negeri telah mengarahkan PKNS memberi tanah komersial miliknya sebanyak 20, 000 kaki untuk pembinaan kuil tersebut.
Kami bertanyakan soalan kepada YB bengap ini kenapakah tanah komersial milik PKNS diberi untuk pembangunan kuil tanpa melalui Pendengaran Awam seperti yang sering diperjuangkan DAP dan PKR semasa menjadi pembangkang? Beliau hanya terdiam tanpa berkata apa-apa.

Inilah contoh YB Melayu bangsat yang mewakili Pakatan Haram Selangor.

0 Fakta Terbaru Kes Teoh, Macha Gorbind Sudah Pening

Pakar pathologi yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat Teoh Beng Hock, Dr Khairul Azman Ibrahim yang bertugas di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang, berkata beliau menjalankan bedah siasat Teoh pada 17 Julai, sehari selepas mayat Teoh ditemui di tingkat 5 Plaza Masalam, sehari selepas dibawa untuk disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bernama melaporkan Dr Khairul berkata Teoh mati setelah mengalami kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi. Katanya, tiada bukti kecederaan ketara pada mayat mendiang yang menunjukkan berlakunya pergelutan sebelum kematiannya.

Dr Khairul juga memberitahu, hasil pemeriksaan dan bedah siasat itu menunjukkan bahawa semua kecederaan yang dialami oleh Teoh adalah bersesuaian dengan kesan kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi. "Pada pendapat saya, saya tidak nampak kecederaan mempertahankan diri yang ketara pada mana-mana bahagian badan si mati, kecuali kesan-kesan impak jatuh," katanya.

Sementara itu, Agensi Berita Cucu Tok Selampit pula melaporkan peguam bagi pihak si mati, Gorbind Singh Deo mula mengaru-garukan kepala sepanjang kes yang berlangsung semalam. Ini kerana teori Pakatan Haram dan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini yang mengatakan Teoh telah dibunuh oleh SPRM telah mula kabur. Mana Gorbind Singh tidak pening kepala. Mana ada orang yang hendak dibunuh langsung tidak melawan. Mustahil bagi SPRM membunuh Teoh tanpa ada kesan fizikal mempertahankan diri. Anak kucing sekalipun kalau kita hendak pukul akan mencakar kembali.

Beliau diberitakan akan membuat hujah balas hari ini dengan mengatakan walaupun tiada bukti fizikal pergelutan untuk menyelamatkan diri terdapat pada si mati, SPRM tetap akan bertanggungjawab sebagai pembunuh. Hujahnya pegawai SPRM telah memaksa Teoh terjun daripada tingkat 14 dengan hanya melalui kata-kata tanpa perlu sentuhan fizikal. Kami difahamkan walau apapun terjadi, isu ini tetap akan diputarbelitkan oleh peguam "spin" terkenal ini, sama seperti bapanya. Ini adalah kerana telah banyak duit rakyat yang telah dibelanjakan seperti RM20,000 untuk pengkebumian Teoh. Ini belum termasuk upah dua orang pakar forensik dari Thailand serta lain-lain kos guaman.

Agensi Berita Cucu Tok Selampit.

August 11, 2009

10 Mufti Pakatan Haram Ronnie Liu Bersuara Lagi

Mengulas lebih lanjut, Liu berkata undang-undang kecil MBSA tidak melarang penjualan bir, atau pun lesen diperlukan, kecuali bagi penjualan arak (hard liquor)..

Beliau percaya pegawai MBSA atau ahli majlis mungkin salahfaham dengan Akta Eksais 1976, yang menyebut bahawa lesen minuman keras tidak diperlukan bagi menjual minuman dengan kandungan alkohol kurang daripada 8.8 peratus.

"Dalam Bahasa Malaysia, tidak terdapat terjemahan yang tepat bagi minuman keras. (Istilah) bir hanyalah terjemahan terus. Orang Islam mungkin tidak faham istilah ini. Tetapi bukan Islam dapat membezakan bir daripada arak.

"(Dalam istilah perundangan) bir didefinasikan sebagai 'minuman keras'. Tidak ada deskripsi yang lebih tepat (daripada itu)," kata Liu, yang bidangkuasanya sebagai exco negeri termasuk memantau perjalanan majlis daerah.

Sumber: Malaysiakini.
Kepala tengkorok kamu Ronnie. Sekiranyanya kamu tidak tahu apa-apa mengenai Islam, boleh tak kamu mendiamkan diri. Jangan mengeluarkan sesuatu pendapat yang boleh menyinggung orang-orang Islam. Orang Islam manakah yang kamu maksudkan tidak tahu perbezaan di antara beer dengan minuman keras? Minuman yang mengandungi alkohol atas nama apa sekalipun baik dipanggil minuman keras, beer, arak, wain, todi, champaign atau sebagainya adalah haram di dalam Agama Islam.

Boleh tak orang-orang Islam yang mengundi Ronnie di dalam PRU12 yang lepas dan ahli-ahli Pakatan Haram berugama Islam memberikan sedikit tazkirah kepada mangkuk hayun ini supaya beliau tidak sewenang-wenangnya bercakap mengenai Islam. Jangan asyik melaungkan take beer, take beer tetapi maruah orang-orang Islam semakin hari semakin dipermainkan. Persetan dengan kamu Ronnie.

4 YB Zulkifli Nordin, My Utmost Respect To You Sir

Seringkali orang bertanyakan saya kenapakah saya merupakan salah seorang peminat YB Zulkifli Nordin, walaupun beliau merupakan ahli parlimen parti Parti Kena Reject (PKR) yang selalu saya kritik. Saya menjawab, ini adalah kerana beliau merupakan salah seorang YB di Malaysia yang tidak pernah bertolak-ansur mengenai Agama Islam. Saya telah lama mengikuti perjalanan karier politik beliau daripada sewaktu saya bergelar mahasiswa lagi. Beliau antara yang lantang dan istiqamah memperjuangkan isu murtad di Malaysia yang mana jarang-jarang ada pihak yang mahu membicarakan mengenainya. Terbaru, beliau telah mengutuk dengan keras Selangor Darul Khamar walaupun negeri ini diperintah oleh parti gabungannya, Pakatan Haram. Mari kita baca komen beliau di dalam postingnya yang terbaru:
Saya sangat kecewa dengan keputusan YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menolak usul yang dikemukakan oleh PAS Selangor supaya dilaksanakan larangan menyeluruh ke atas penjualan arak dikedai serbaneka dan peruncitan di Shah Alam khususnya, dan Selangor amnya. Ianya telah menukar status Selangor daripada negeri Darul Ehsan kepada Selangor Darul Khamar!!

Desakan ini dibuat berdasarkan hakikat Shah Alam adalah kawasan yang penduduknya lebih 90% adalah umat Islam. Tidak ada sebab untuk kedai peruncitan dan serbaneka untuk menjual arak, beer atau alkohol atas apa nama sekalipun, apatah lagi jika ianya berdekatan dengan surau atau masjid.

Baca selanjutnya di sini.
Saya dapat merasakan Anwar "the Drama King" Ibrahim amat panas bontot dengan sikap YB Zulkifli Nordin yang begitu terbuka atau "outspoken". Wahai YB Zulkifli Nordin, "from the bottom of my heart, I respect you as a true muslim." Tuan telah mengangkat mertabat pembangkang ke tahap yang lebih baik. Teruskan perjuangan Tuan untuk memertabatkan Islam di Malaysia. Saya bersamamu.

2 Perkembangan Paling Terbaru Kes Teoh

Kesan yang ditemui di tangga ke tingkat 15 Plaza Masalam disahkan bukan darah manusia tetapi dipercayai bahan anti-karat. Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock berkata, laporan penuh mengenainya akan diumumkan esok. Tiga ujian telah dijalankan oleh pakar tempatan dan pakar dari Thailand untuk mengesahkannya. Gobind berkata, pihaknya melawat semula tempat kejadian untuk membolehkan pakar dari luar negara membuat pemeriksaan di situ.
Menurut Gobind, satu laporan akan dibuat oleh pakar-pakar tersebut berhubung penemuan terbaru itu. Kumpulan pakar forensik dan peguam meninjau kembali kesan darah di tingkat berkenaan bagi menentukan sama ada ia milik manusia dalam siasatan inkues kematian Teoh. Menurut Gobind lagi, beliau tidak menolak kemungkinan kesan yang ditemui di tangga di Tingkat 15 merupakan darah haid pekerja wanita SPRM menitik keluar kerana salah kira hari. Oleh itu beliau akan menyarankan kepada koroner dan inkues hari ini supaya tong-tong penyimpan pad wanita terbuang di Tingkat 14 dan 15 disita dan diselidik untuk mendapatkan lebih banyak sampel darah.

Agensi Berita Cucu Tok Selampit.

August 10, 2009

7 Snippet - Anwar Ibrahim Tidak Sokong Penjualan Arak? Bagaimana Pula Anaknya?

Dikemaskini:

Melalui blog YB Zulkifli Nordin, saya mendapat tahu hari ini adalah hari lahir Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang ke 62. Selamat menyambut ulang tahun. Harap-harap Datuk Seri sedar diri sudah tua. Jangan buat perkara yang mengarut lagi.

Posting Asal:

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya arak di negeri Selangor tidak dijual di kawasan majoriti orang Islam dan Melayu.

”Isu arak di Selangor, kita (saya) tidak setuju kalau arak dijual dikampung-kampung Melayu (Islam), tadi saya telefon kepada Tan Sri Khalid, walau kita akan mesyuarat dengan Tuan Guru Ustaz Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat,

”Saya kata macamana Tan Sri Khalid ? saya kata buatlah kenyataan yang baik, kalau ada kawasan ramai orang Islam tak usahlah jual (arak),”ujar Anwar dalam ucapannya di satu majlis penerangan sempena lawatan sehari beliau ke Terengganu, disini, semalam.

Sumber: Buletin Online.

Ummpphh ... Cucu Tok Selampit bertanya : Anwar Ibrahim sudah bertanyakan anak lelakinya berkenaan perkara di atas? Adakah anaknya itu bersetuju? Apa beza di antara ayah dengan anak? Masing-masing terkenal dengan "kaki"nya. Seorang kaki al-juburi manakala seorang lagi kaki mabuk. Posting inipun nak kena saman ke? Take beer, take beer!

2 Wajarkah Permintaan Keluarga Teoh Dan Desakan DAP Diikuti?

Semua orang tahu tentang tuntutan DAP dan keluarga Teoh Beng Hock kepada kerajaan agar beri keistimewaan iktiraf anak yang kini dalam kandungan tunangnya sebagai anak mendiang dalam surat daftar kelahiran kelak. Persoalan besar bagaimana nanti jika ramai lagi yang minta keistimewaan seumpama itu. Contohnya teman lelaki yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya sedangkan tunang mereka sudah ‘termengandung’. Kematian Teoh mungkin satu tragedi yang misterinya belum terjawab. Namun peraturan tetap peraturan.

Kita selalu berhujah untuk mempertahankan keburukan yang telah dilakukan. Misalnya, apa salahnya jika bersekedudukan sebelum nikah, asalkan kita bertanggungjawab selepas itu. Persoalan saya, bagaimana jika selepas itu, si polan mengambil keputusan tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut atau meninggal teman wanitanya secara tiba-tiba? Ada yang hanya sempat berkahwin 10 hari, kemudian bercerai. Siapakah yang akan menjadi mangsa? Sudah tentu kaum hawa. Justeru itu, kita memerlukan “rule of law”, untuk membela nasib kaum wanita.

Untuk mengetahui lebih lanjut isu yang dikatakan sensitif ini dan juga “rule of law”, sila rujuk di sini. Bagi mendapatkan makna anak sah taraf dan anak tidak sah taraf, rujuk Undang-undang negara dalam Akta 60, Legitimacy Act 1961, juga akta Jabatan Pendaftaran Negara, di sini. Lihat juga, di sini. Baca juga Non Muslim Family Law, di sini. Manakala dari segi hak-hak penjagaan anak-anak tidak sah taraf ini pula, sila rujuk di sini.

Saya ingin mengingatkan kita agar kita jangan menjadi seperti pepatah Melayu, seperti kaduk naik junjung. Jagalah hati orang Melayu Islam seperti mana mereka menjaga hati dan perasaan kaum-kaum lain di Malaysia. Orang Melayu juga ramai yang menghadapi masalah yang sama seperti ini. Adakah kita mahukan kes ini menjadi “precedent case”, yang akan menghalalkan segala perlakuan sumbang selepas ini? Sedarkah kita beramai anak luar nikah yang telah lahir daripada hubungan yang tidak sah ini? Apakah kita mahukan ia menjadi budaya hidup kita.?Apakah tujuan perkahwinan sebenarnya? Apa tujuan diadakan akta dan undang-undang seperti undang-undang keluarga, perkahwinan, nikah cerai dan sebagainya diwujudkan? Jika perbuatan sumbang ini hendak dihalalkan maka tidak perlulah ada semua undang-undang dan akta ini.

Sejak memenangi banyak kerusi dalam PRU 12, DAP ternyata semakin biadab dan kurang ajar kerana turut campurtangan dalam hal-ehwal agama Islam yang menjadi agama persekutuan. Apakah hak parti politik ekstremis ini untuk campur tangan dalam undang-undang syariah negeri dan hal-ehwal Islam? Tidakkah mereka sedar bahawa Malaysia telah diisytihar sebagai sebuah Negara Islam walaupun ditentang hebat oleh mereka sebelum ini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates