Pakatan Haram sudah mula panas. Api perkauman sudah mula membakar parti-parti gabungannya. Kini mereka senada menuduh api perkauman yang melanda Pakatan Haram mungkin ditiup oleh parti-parti lawan dari Barisan Nasional.Laman web berkenaan bertindak kurang ajar dan membangkitkan isu perkauman dengan menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat adalah dengan menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau, menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau dan menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau. Walaupun blog berkenaan telah dihentikan, namun kenyataan penuh yang biadab daripada babi ini boleh dibaca di blog YB Zulkifli Nordin, di sini.
Sebelum daripada kes kontroversi ini, terdapat seorang lagi peniup api perkauman, Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong dari DAP merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di mukasurat N12, atas kebiadapannya menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis agama. Walaupun Jeff Ooi telah menarik balik kenyataan itu (lihat di sini) tetapi kenapakah beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada badan berkenaan termasuk Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang dari PKR, Mohd Razali Abdullah.
Ahli Parlimen dari PKR Rakyat Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin juga dikatakan mengutuk sekeras-kerasnya tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau. Pendapat YB Zulkifli bahawa Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar di luar negeri. JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat.
Kalau benar Jeff Ooi telah menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya, maka itu adalah satu tuduhan tidak wajar. Mungkin kerana kedangkalannya dalam memahami agama Islam itu sendiri, yang menjadi kewajipan parti rakan-rakan gabungan untuk menjelaskannya.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor isu penjualan arak yang menyebabkan PAS Selangor mendesak supaya kerajaan negeri Selangor memberhentikan Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu dari DAP, ekoran campur tangan ahli politik berkenaan di dalam isu jual arak di negeri itu. Sehinggakan beliau boleh mengeluarkan fatwa "beer" bukanlah minuman haram dan pengikut-pengikut PAS menjerit "Take beer, Take beer".
Beberapa bulan yang lepas juga kita dikejutkan dengan mainan politik perkauman oleh DAP Kedah yang memainkan isu merobohkan pusat penyembelihan babi di Kedah sebagai satu lagi isu perkauman. Walaupun Kerajaan Pas Kedah tidak akur dengan desakan tersebut, kita boleh melihat ke mana arah yang ingin di bawa oleh DAP mengenai hala tuju politik mereka.
Siapakah yang lebih memainkan isu perkauman? Pakatan Haramkah atau Barisan Nasional? Sayangnya, PKR dan PAS hanyalah boneka untuk tunggangan DAP. Di manakah suara ahli-ahli PAS dan PKR yang berugama Islam? Adakah mereka tidak mempunyai keprihatinan mengenai isu-isu di atas? Adakah suara mereka hanyalah seperti anjing yang menyalak bukit? (lihat di sini) Siapa kata pemimpin de facto Pakatan Haram, Anwar "The Drama King" Ibrahim bukan pembelot bangsa Melayu dan Islam. Sudah terang lagi bersuluh.







