July 31, 2009

16 Pertanyaan Hari Jumaat - Dia Ni Kerja Apa?

Pandangan dari sebahagian sisi rumah baru Anwar No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Anwar berpindah dari rumah lama di Damansara pada awal Januari 2007. Rumah lama di Damansara bernilai RM2 juta, dan rumah baru (villa), di Bukit Segambut dianggarkan lebih dari 7 juta. Anwar juga beli bangunan 10 tingkat di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru.

Tidak dapat dipastikan berapa nilai rumah di Sekyen 16, Petaling Jaya, yang dijadikan pejabat peribadi Anwar. Kondomium misteri yang pernah dimasuki Anwar bernilai RM2.2 juta. Banyak betul duit Anwar, sedangkan beliau hanya berjawatan Ketua Umum PKR. Dengan hanya berstatus Ketua Umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar memiliki wang semewah itu. Kalau jadi PM, tak tahulah berapa mewah lagi perbelanjaannya.

Dipenuhi juga dengan ciri-ciri keselamatan termasuk Pengawal Keselamatan dan pondok pengawal yang berkawal 24 jam. Begitu banyak penghawa dingin dipasang. Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV. Villa bertingkat-tingkat umpama sebuah mahligai. Ciri-ciri rumah beliau seperti ini bukan menggambarkan beliau hidup sederhana sepertimana yang diwar-warkan dalam ceramah-ceramahnya.

Atau adakah ini hasil jualan kraftangan banduan semasa di Sungai Buloh?

July 30, 2009

19 Fatwa Terbaru TG Nik Aziz - Apa Hendak Jadi Dengan Orang Tua Ini

Sesudah mengeluarkan fatwa kontroversi bahawa Allah Juga Mencarut, Dibolehkan berkawan dengan Syaitan dan dibolehkan berbogel di dalam rumah, TG Nik Aziz sekali lagi mengeluarkan kenyataan atau dikenali "fatwa" oleh penyokong-penyokongnya bagi mengharuskan perbuatannya menghina orang-orang Melayu Islam di dalam UMNO. Beliau sebelum ini menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini kerana ia dianggap wajar.

Untuk mengharuskan perbuatannya itu, beliau sekali lagi mnegeluarkan "fatwa" yang bakal mengelirukan umat Islam:

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang. Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta. Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya.

Sumber: Haprakdaily.
Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang dengan menggunakan Ayat Al Quran dan Hadis Sahih Rasulullah S.A.W. Cukuplah sekadar saya bertanya kepada Tok Guru Pas, siapakah kita sebagai hamba Allah untuk membandingkan sifat Rabul Alamin dengan sifat hambanya yang hanya dijadikan dari seketul darah yang hina dan serba kekurangan. Wallahualam.

July 29, 2009

7 Selangor Sebagai Contoh Negeri Maju, Bersih Dan Berkebajikan

Wahai tuan-tuan dan puan-puan. Lihatlah keistemewaan negeriku, Selangor Darul Ehsan. Inilah contoh negeri yang ditadbir dengan begitu baik oleh Kerajaan Negeri, Pakatan Haram Jadah. Saya mencabar tuan-tuan dan puan-puan untuk mencari sekiranya ada negeri lain di Malaysia yang sanggup membiarkan anak-anak belajar di jalanan.

Mungkin projek membangunkan sekolah untuk anak-anak ini tidak memenuhkan kantung poket EXCO-EXCO Selangor. Oleh sebab yang demikian, maka anak-anak yang tidak berdosa ini terpaksa belajar di jalan raya. Celakalah kamu wahai TS Khalid Gagap dan barisan EXCO kamu yang rasuah. Tidak ada yang lebih mulia budi pekerti kalian daripada melakukan perkara sekeji ini. Tahniah.

Seramai 58 murid- murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini terpaksa belajar di bawah matahari terik apabila disekat daripada memasuki kelas di surau berhampiran kawasan itu pagi ini.

Keadaan itu berlaku apabila jawatankuasa penduduk kawasan tersebut mengarahkan agar Surau Assaudin tempat mereka belajar dikosongkan atas alasan mahu mengaktifkan kembali jemaah di situ.

Hampir dua tahun lalu, surau tersebut dijadikan kelas KAFA sementara menunggu bangunan dua kelas yang dibina oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerima Sijil Layak Menduduki (CF) daripada pihak berkuasa tempatan.

Sumber: Utusan Online.

July 28, 2009

11 Pemuda Pakatan Haram Mahukan Anwar Berahi Sebagai Canselor UNISEL

Canselor Merangkap Raja Lawak
Pemuda Pakatan Rakyat Selangor mengulangi desakan kepada kerajaan negeri itu supaya menukar segera Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwanya tidak layak dan kompeten untuk menduduki kerusi berprestij itu.

Dalam satu kenyataan bersama, ia berkata ianya selaras dengan sokongan tidak berbelah bagi mahasiswa dan pensyarah UNISEL sendiri - dalam satu program yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang mahukan Canselor UNISEL ditukar segera.

"Malahan kita yakin masyarakat di Selangor juga mahu kepada seorang Canselor UNISEL yang boleh mencerminkan prestij dan imej keilmuan dan taman budi sebuah gedung ilmu negara," kata kenyataan itu lagi.

Sumber: Malaysiakini.
Kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Ketua Pemuda Angkatan Muda PKR Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Hasbullah Mohd Ridzwan (Pemuda PAS Selangor) dan Lau Weng San (DAPSY Selangor) amat menarik perhatian saya. Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim sememangnya amat berminat sekali untuk mengambilalih kerusi Canselor daripada DS Rosmah. Umum juga mengetahui Anwar Ibrahim sememangnya berminat dengan 2 jawatan iaitu menduduki kerusi Canselor dan juga kerusi Perdana Menteri.

Kita pastinya tertawa apabila melihat keletah ketiga-tiga keldai muda ini cuba untuk membodek Anwar Ibrahim. Cumanya saya tertanya-tanya ke manakah menghilangnya Shamsul Kemetot di dalam memperjuangkan isu ini. Kita juga tidak hairan apabila saban minggu dan bulan, Anwar Ibrahim dan barua-barua PKRnya pasti akan mengadakan ceramah dan pelbagai bentuk program bertujuan untuk memesongkan pemikiran mahasiswa-mahasiswa UNISEL. Apakah ini tidak dikategorikan sebagai menyalahgunakan kuasa memandangkan UNISEL adalah merupakan IPTS yang berada di bawah Kerajaan Pakatan Haram Selangor.

Sebagai perbandingan, marilah kita melihat siapakah yang layak menjadi Canselor UNISEL:

1. Sebagai seorang yang berkelulusan Sarjana Muda Bahasa yang telah menamatkan pelajaran hanya sekadar Kelas Ketiga, wajarkah Anwar Ibrahim diiktiraf sebagai Canselor. Bukan menjadi rahsia lagi apabila Anwar Ibrahim meminta agar diadakan Kelas Ekonomi kepadanya sewaktu Tun Dr Mahathir melantiknya menjadi Menteri Kewangan. Apa jadi? Kacau bilau keadaan ekonomi pada masa itu. Jika dibandingkan dengan pendidikan dan pengiktirafan dari segi akademik yang diperolehi oleh DS Rosmah, memang jauh panggang dari api kalau dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.

2. Apabila ketiga-tiga keldai ini berkata, "kerajaan negeri sepatutnya sudah menyedari dan bertindak proaktif untuk menukar Canselor UNISEL kepada individu yang lebih berkelayakan dan mempunyai nilai ilmu, akal budi dan akhlak murni yang tinggi", air kopi yang saya minum hampir tersedak. Siapakah Anwar Ibrahim yang dikatakan "mempunyai nilai ilmu, akal budi dan akhlak murni yang tinggi"? Hello! Bukankah Anwar Ibrahim merupakan seorang mantan banduan salahguna kuasa? Bukankah 8 daripada 10 hakim sebulat suara membuat ketetapan bahawa beliau seorang peliwat? Buat DS Rosmah, apakah dosa yang dilakukan oleh beliau selain difitnah terlibat di dalam pembunuhan Altantunya dan fitnah video murahan yang dilakukan terhadapnya. Saya cabar sesiapa sahaja di luar sana, hadapkan "The First Lady" ini ke mahkamah sekiranya anda semua mempunyai bukti!

Udah-udahlah demo 3 keldai ini nak membuang masa kito semua. Selangor hanya tunggu masa untuk Rakyat menjatuhkan Pakatan Haram ini. Paling lewatpun, di dalam PRU13 nanti bertukar kerajaanlah. Tak payahkah kita hendak membuat perkara yang tidak berfaedah ini.

July 27, 2009

12 Siapa Kata TG Nik Aziz Berubah?

"Ini permainan Umno," kata Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Apa yang saya minta adalah kerajaan negeri mengadakan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan. Apa yang saya cadangkan adalah hubungan antara dua kerajaan atas dasar semangat persekutuan. Ini bukan urusan parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan hubungan kedua-dua parti. Ini hal berasingan," katanya mengulas cadangannya semasa Fiesta Kelantan 2009 di Kuala Lumpur.
Sumber: Siasah.
Siapa kata TG Nik Aziz sudah berubah. Tidak sekali kali. Lihatlah kenyataan beliau di atas. Kenyataan beliau sebelum ini yang mahukan kerjasama dengan kerajaan pusat hanyalah retorik semata-mata. Kenyataan beliau tidak lebih daripada hendak memperkudakan Kerajaan Pusat untuk keuntungan siasah politik Pas Kelantan.

Tidak usahlah Kerajaan Pusat melayan lagi kerenah Menteri Besar Kelantan dan kerajaan negerinya. Teruskanlah usaha Kerajaan Pusat untuk membangunkan ekonomi dan infratruktur negeri Kelantan tanpa perlu memberi kredit kepada Pas Kelantan. TG Nik Aziz tidak akan berubah, dulu, kini dan selamanya.

3 Arahan Penangguhan Tindakan Ke Atas Pusat Siber Dan Kafe Siber Oleh Ronnie Liu


"Double click" untuk besarkan imej.

Beberapa persoalan dapat ditimbulkan melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh EXCO, Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, YB Ronnie Liu Thien Kiew mengenai "Arahan Penangguhan Tindakan Ke Atas Pusat Siber Dan Kafe Siber Berlesen Yang Beroperasi Melebihi Had Waktu Perniagaan". Antaranya adalah:

1. Kerajaan Negeri masih sedang mengkaji untuk melanjutkan had masa menjalankan perniagaan pusat siber dan kafe siber sehingga pukul 3.00 pagi. Bagaimanakah Ronnie Liu boleh mendahului Kerajaan Negeri di dalam membuat keputusan untuk menangguhkan sementara tindakan ke atas pusat siber dan kafe siber yang melanggar peraturan. Adakah ini termaktub di dalam tugas-tugas seorang EXCO?

2. Apakah keperluan melanjutkan tempoh pusat siber berkenaan sehingga ke pukul 3.00 pagi? Sekiranya dikhaskan untuk pelajar-pelajar, bukankah pada waktu berkenaan pelajar-pelajar sepatutnya berada di rumah dan sedang tidur. Lagipun kebanyakan pelajar-pelajar sekarang dibekalkan oleh keluarga mereka dengan komputer dan talian internet di rumah. Sesuaikah masa pusat siber dan kafe siber dilanjutkan sehingga pukul 3.00 pagi untuk pelajar?

3. Saya juga tidak nampak keperluan masa kedua-dua pusat internet berkenaan dilanjutkan untuk pelancong kerana kebanyakan hotel-hotel di Selangor mempunyai ekses internet di bilik-bilik hotel dan juga di pusat perniagaan yang dikhaskan oleh pihak hotel berkenaan. Adakah tujuan YB Ronnie Liu untuk melanjutkan tempoh kedua-dua pusat internet berkenaan adalah untuk meluaskan pusat-pusat perjudian internet yang semakin bermaharajalela di Selangor?

4. Adakah dibolehkan tindakan penangguhan tindakan undang-undang hanya kerana kerajaan negeri sedang membuat kajian? Apabila peraturan sedia ada sudah dilanggar, tindakan sewajarnya harus diambil terhadap pesalah berkenaan. Walaupun kerajaan negeri memutuskan untuk membenarkan kedua-dua pusat berkenaan beroperasi hingga jam 3 pagi, arahan ini hanya berkuatkuasa selepas ia diluluskan, bukan "backdated". Bukankah ini merupakan satu bentuk korupsi?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates