July 25, 2009

9 Itu Ini Begitu Begini Pas Dan PKR

Apakah politik Malaysia akan menyaksikan kerjasama di antara mereka berdua?

Itu Ini Pas

Saya agak terkedu membaca berita Bernama bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam. Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing. Laporan Bernama, di sini.

Sebagai orang Islam saya seharusnya bersyukur dengan situasi ini. Kalau betullah apa yang dilaporkan oleh Bernama, nampak gayanya macam Tok Guru telah berubah sikap. Mungkin kesan daripada kemenangan tipis sebanyak 65 undi membuatkan TG Nik Aziz berfikir bahawa tidak ada gunanya bergaduh dengan Kerajaan Persekutuan sehingga menyebabkan Rakyat Kelantan menderita dan jauh ketinggalan.

Adakah Tok Guru mengambil contoh terbaik dari rakan Menteri Besarnya di Kedah, DS Azizan yang memberi kerjasama penuh dengan Kerajaan Pusat untuk membangunkan Rakyat? Atau adakah ini masih merupakan satu helah beliau untuk mempergunakan Kerajaan Persekutuan dalam apa cara sekalipun. Kenyataan saya ini bertitik tolak dari tindakannya yang sentiasa menghina dan menyerang Kerajaan Persekutuan terutamanya parti UMNO sehingga sanggup mengelar ahli-ahli UMNO tidak Islamik dan sebagainya. Saya berharap tindakan TG Nik Aziz ini tidak seperti diberi susu dibalas tuba atau pertolongan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Rakyat Kelantan hanya ibarat melepaskan anjing tersepit oleh Pas Kelantan.

Begitu Begini PKR

Yang tua di sebelah kiri Anwar itulah SS Subramaniam

Hari ini saya begitu gembira kerana PKR telah menyambut cabaran saya. Satu lagi ahli pencen atau "reject" dari Barisan Nasional telah dipunggutnya dan diberi tempat di dalam PKR. Bekas naib presiden MIC Datuk S.S Subramaniam menyertai Parti Kena Reject (PKR) . Keputusan itu dibuat tepat seminggu selepas bekas naib presiden MCA Datuk Dr Chua Jui Meng memutuskan untuk melompat ke parti yang sama. Semasa mengesahkan perkara itu hari ini, Subramaniam berkata beliau menyertai PKR demi perpaduan kerana parti itu menyatukan semua bangsa di negara ini. Laporan penuh Bernama, di sini.

PKR masih belum berjaya memperolehi "alat-alat ganti baru" di dalam Barisan Nasional. Apa yang PKR perolehi hanyalah sisa-sisa kumbahan yang sememangnya hendak dibuang oleh Barisan Nasional. Terima kasih Anwar Ibrahim kerana telah membawa masuk "rotten" dan "dead woods" ke dalam PKR seperti Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng dan terbaharu SS Subramaniam. Ibarat PKR merupakan sebuah kereta. Segala alat ganti yang terdapat di dalam kereta berkenaan adalah merupakan bahan buangan dan barangan tidak terpakai daripada kereta lain. Adakah kereta tersebut akan berfungsi dengan sempurna? Teruskan usaha murnimu. Banyak lagi bahan buangan yang boleh kamu perolehi di dalam Barisan Nasional.

July 24, 2009

7 Akibat Pertahankan Prinsip Politik, TG Nik Aziz Sanggup Menggadai Islam

Kalau Anwar, Azmin dan Shamsul sembah mayat biasalah. Mereka adalah fasik!
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock walaupun Dewan Ulama Pas menyifatkannya sebagai meragukan. Beliau yang menyifatkan isu itu sengaja diperbesar-besarkan menyerahkannya kepada Nizar jika ia berhubung kait dengan niat ketika menghadiri majlis tersebut.

''Dewan Ulama menyatakan meragukan, ia tidak serupa dengan haram kerana 'ragu' lain, 'haram' lain, kalau ditanya adalah bergantung dengan niat, biarkanlah (serah kepada Nizar). Saya sendiri kalau orang agama Hindu atau Cina jemput, saya tanya, ini agama atau adat resam, kalau agama saya tidak boleh pergi tetapi kalau adat resam saya boleh buat," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di pekarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online.

Akhirnya penantian saya berakhir. Demi untuk mempertahankan salah laku pengikutnya. TG Nik Aziz sanggup menjual Agama. Demi untuk mempertahankan konsep kepartian yang sempit, TG Nik Aziz sanggup menggadaikan Agama Islam. Nauzubillah hi minzalik.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain:
"Saya bersetuju perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri,''
Komen daripada Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama Pas seperti berikut:
Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu. Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya? Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita. Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.

5 E-Mail Kepada Perdana Menteri

Ke hadapan Yang Berbahagia Datuk Seri Najib,

Sempena 100 hari perkhidmatan Datuk Seri, Rakyat Malaysia telah dihadiahkan dengan 11 insentif daripada kerajaan. Terima kasih daun keladi kami ucapkan walaupun kebanyakan insentif berkenaan tidak melibatkan Rakyat secara menyeluruh.

Belumpun sempat 11 insentif berkenaan dilaksanakan, Kerajaan telah mengambil sedikit kegembiraan Rakyat dengan menaikkan tambang teksi dan bas. Walaupun perit dirasakan, namun rata-rata Rakyat masih dapat menerima kenaikan tersebut memandangkan keprihatinan kami kepada pemandu-pemandu teksi dan pengusaha bas yang kecil untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kami tahu mereka juga Rakyat Malaysia.

Tidak sampai beberapa hari selepas itu, sekali lagi Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Tenaga Nasional Berhad (TNB) bercadang hendak menaikkan tarif elektrik berkuatkuasa Ogos depan. Dengan kenaikan ini, rakyat marhaen terpaksa mengikat perut untuk membayar kenaikan 8% kenaikan bil elektrik setiap bulan.

Kita tidak perlu menjadi seorang "economist" dan "rocket scientist" untuk mengetahui bahawa kenaikan tarif elektrik dan pengangkutan awam bakal menaikkan harga barangan dan perkhidmatan pengguna. Ini secara langsung akan memberi impak terus kepada pengguna dan menjejaskan pendapatan penduduk miskin dan sederhana. Dengan kedaaan inflasi yang agak meruncing dan pendapatan Rakyat yang tidak menentu, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat daripada kenaikan tarif elektrik bakal memburukkan lagi keadaan.

Sya amat amat berharap agar Datuk Seri dan seluruh bijak pandai yang dilantik untuk menguruskan ekonomi negara memikirkan sesuatu di luar kotak pemikiran (think out of the box) untuk mengatasi kesempitan Rakyat dan bukannya memberi kelulusan untuk menaikkan tarif elektrik bagi memberi kesenangan dan kemewahan kepada buaya-buaya "Independence Power Provider" (IPP) dan TNB yang merupakan monopoli sumber tenaga negara.

1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Rakyat hanya berharap slogan di atas tidak hanya menjadi retorik semata-mata seperti mana slogan Islam Hadhari. Maafkan saya Datuk Seri kerana menegur. Saya menegur kerana sayangkan Perdana Menteri saya.

Selamat Hari Lahir Yang Ke 56, Datuk Seri.

Hanya Seorang Rakyat Marhaen,
Khairul Rizal Osman
Nota Kaki: Posting di atas adalah luahan rasa yang telah dihantar ke e-mail Perdana Menteri semalam.

July 23, 2009

5 Joker Of The Day - Tian Chua

Untuk pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik tahun ini, Anwar "The Drama King" Ibrahim telah mendapat saingan hebat dari seorang anak muda dari parti yang sama. Tian Chua bakal dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Terbaik sekiranya beliau gagal menandingi kehebatan tokoh perfileman tanah air yang juga "Boss"nya, Anwar "The Drama King" Ibrahim. Mari kita sama-sama lihat drama pelakon ini di dalam mahkamah:

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria bertanyakan sama ada Tian Chua bersetuju dengannya bahawa tujuan sebenar dia pergi ke Parlimen adalah untuk mencipta satu insiden yang mampu meraih publisiti. Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebaliknya mempersoalkan apakah maksud insiden yang dinyatakan oleh Hanafiah.
Tian Chua, 46, memberi keterangan membela diri atas tuduhan mencederakan penjawat awam, Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, ketika ditahan dalam satu perhimpunan haram di perkarangan Parlimen, 11 Disember 2007. Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Tian Chua bersetuju dengan cadangan Hanafiah bahawa dia mengetahui pihak media sentiasa ada di sesuatu kawasan perhimpunan untuk merekodkan segala yang berlaku. Ahli pembangkang itu turut bersetuju bahawa dia mahu apa yang berlaku di antaranya dan pihak polis ketika hari kejadian dirakamkan oleh pihak media. Hanafiah turut bertanya mengenai kejadian Tian Chua jatuh di atas jalan selepas ditarik keluar dari kereta oleh polis.

Hanafiah : ''Adakah kamu sengaja berbaring dalam tempoh yang agak lama?''
Tian Chua: ''Ya.''
Hanafiah: ''Setuju dengan saya bahawa kamu menunggu polis mengangkat kamu?''
Tian Chua: ''Tidak.''

Tian Chua bagaimanapun enggan menjawab soalan pendakwa raya sama ada dia pernah baring di atas jalan raya ketika menyertai demonstrasi jalanan sebelum itu. Tian Chua juga menyatakan dia tidak terfikir mengenai pihak media yang merakamkan aksinya sewaktu diangkat oleh pihak polis.

Sumber: Utusan Online.
Kesimpulan: Inilah sikap dan kelakuan pemimpin Pakatan Haram yang boleh Rakyat Malaysia banggakan.

11 Tahniah Pewaris Kerana Berani Bersuara

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu, pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos. Sekurang-kurang 3,000 kumpulan pro-ISA akan berkumpul di Pasar Seni sebelum menurunkan tandatangan sokongan terhadap akta tersebut di atas kain rentang gergasi, sepanjang 200 kaki. Dengan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dipercayai akan bertembung buat pertama kali di jalanan dengan ribuan penentang akta itu yang menganjurkan Himpunan MANSUH.

Apabila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mengetahui perkara tersebut, mereka telah menjadi kecut perut. Selama ini tidak ada rakyat marhaen yang berani bangun untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka telah mengeluarkan kenyataan meminta kumpulan pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menggunakan laluan berbeza untuk mengadakan demonstrasi bagi mengelakkan sebarang pertembungan antara penunjuk perasaan membantah akta itu, 1 Ogos nanti. Mengakui mengetahui rancangan Pewaris semalam, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI akan membawa perkara itu dalam mesyuarat jawatankuasa pelaksana Himpunan MANSUH, hari ini.

Saya bukannya penyokong tegar ISA. Banyak kelemahan dan kekurangan di dalam akta ini yang boleh dikaji dan digubal semula. Bukannya untuk dimansuhkan seperti kehendak minoriti rakyat. Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara. Ini kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan, menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan yang segera.

Saya memberikan analogi yang mudah. Sekiranya pusat tahanan ISA di Kamunting ditutup hari ini, di manakah kita hendak meletakkan Mas Selamat, pakar bom dan juga pengganas yang membuat huru hara di Singapura. Hendak ditahan dan didakwa di mahkamah, tiada kesalahan yang beliau telah lakukan di Malaysia. Bagaimana pula sekiranya suspek pengebom terkenal yang disyaki terlibat dengan pengeboman di dua hotel terkenal di Jakarta tempoh hari, Nordin Mat Top sekiranya berjaya menyusup masuk ke Malaysia. Apakah yang hendak kita lakukan kepadanya sekiranya kita tiada undang-undang pencegahan seperti ISA?

Saya difahamkan jika dikumpulkan kekuatan Pewaris, Prowaris, Perkida dan 8 badan NGO yang menyokong kerajaan, kekuatan ahlinya adalah lebih daripada jumlah ahli UMNO itu sendiri. Jika digabungkan dengan jumlah ahli-ahli UMNO, inilah SUARA RAKYAT. Sudah sampai masanya RAKYAT bersuara. Bukannya golongan minoriti yang menyalak dan berkokok di jalan raya sekiranya mereka mahukan kemahuan mereka diikuti.

Tahniah Pewaris kerana berani bersuara. Sudah tiba masanya RAKYAT MARHAEN yang selama ini menyokong kerajaan namun suara mereka tidak diperdulikan oleh Kerajaan turut bersuara sebagai pendesak. Asyik pihak minoriti sahaja yang mahukan kemahuan mereka didengar. Kenapa tidak suara majoriti RAKYAT MALAYSIA. Cucu Tok Selampit bersamamu Pewaris di dalam perjuangan ini. Sudah sampainya kita "mengajar" puak-puak ini yang merasakan diri mereka hebat di jalanraya. Saya akan turut berada di sana pada 1 Ogos ini memberikan sokongan.

Saya berharap DS Najib tidak lagi tunduk dengan desakan pihak minoriti rakyat Malaysia yang suka membuat provokasi dan kekecohan untuk memaksa kerajaan menurut kehendak mereka. Apabila mereka mendesak dimansuhkan PPSMI, kerajaan akur. Apabila mereka mendesak kerajaan mengadakan inkues dan Suruhanjaya DiRaja di dalam kes kematian Teoh Beng Hock, kerajaan akur. Pada 1 Ogos nanti, apabila mereka mendesak kerajaan menghapuskan ISA, kerajaan akur. Selepas itu apa? Mungkin mereka akan meminta kerajaan supaya menyerahkan tampuk pemerintahan.

July 21, 2009

17 Adakah Pakatan Haram Anti Melayu?

Al Fatehah untuk Adik Wan Siti Farihan.
PAS memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak 'Melayu'kan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Kita (PAS) beri amaran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak 'Melayu'kan SPRM dan Polis dan jangan jadikan kematian Teoh sebagai isu perkauman. Pemimpin UMNO dan BN sepatutnya menjaga imej dan integriti SPRM dan polis dan tidak menjadikan kedua institusi ini kuda tunggangan mereka," tegas Salahuddin.

Sumber: Haprakdaily.
Wah hebat sungguh Salahuddin Ayob berbicara. Terharu saya apabila beliau berkata,
"Pemimpin UMNO sepatutnya tidak menjadikan kematian misteri Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Selangor sebagai isu perkauman kerana tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku kematian ia melibatkan kehilangan nyawa rakyat Malaysia."
Dimanakah Pas dan Pakatan Haram apabila pada 22 Jun 2009, seorang penuntut Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Wan Siti Farihan telah terjatuh dari tingkat empat Kolej Kediaman Pendeta Za'aba. Lihat laporan Kosmo!, di sini. Juga baca luahan yang sama dari blog sahabat saya, Faisal Rohban, di sini. Terima kasih Faisal kerana mengingatkan kita, siapa kita sebenarnya.

Kenapa tiada pembelaan dari Pas dan Pakatan Haram. Kenapa pada masa tersebut Salahuddin Ayob tidak bersuara? Kenapakah tiada pembelaan untuk Adik Wan Siti Farihan? Kenapa Pakatan Haram tidak mengadakan perhimpunan solidariti untuk beliau? Kenapakah Kerajaan Selangor tidak menanggung perbelanjaan perkebumiannya? Adakah beliau bukan rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan seperti Pembantu Am seorang EXCO yang terjun bangunan membunuh diri?

Lebih mengelikan hati apabila Salahuddin Ayob menegaskan "lebih buruk lagi bila ada pihak yang cuba menjadikan isu ini sebagai isu perkauman." Siapakah yang bersifat perkauman di Malaysia? Sudah lupakah kita apabila Teressa Cock berkokok meminta penyiasatan segera dari pihak polis dan mengesa Kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Di Raja menyiasat kes wanita yang didakwa rakyat China, yang didedahkan di dalam klip video "ketuk ketampi sambil berbogel di balai polis"? Tekanan yang diterima dari Pakatan Haram sehingga menyebabkan seorang Menteri yang pendek akalnya terpaksa meminta maaf kepada Kedutaan China. Apabila penyiasatan polis mendapati wanita berkenaan adalah rakyat Malaysia berbangsa Melayu, seluruh Pakatan Haram berdiam diri.

Kenapakah kes-kes yang melibatkan bukan bangsa Melayu seperti Kugan dan Teo Beng Hock mendapat tempat di dalam pembelaan Pakatan Haram? Apakah kes-kes orang-orang Melayu yang mendapat pembelaan Pakatan Haram? Adakah Pakatan Haram anti Melayu?

8 TG Nik Aziz Masih Membisu Mengenai Isu Ulama Pas Menyertai "Vigil"

Kelihatan bekas EXCO Perak, seorang Cina Muslim (bersongkok hitam) turut sama di dalam upacara "vigil"
Selepas menyepikan diri dari membuat sebarang kenyataan semenjak "kekalahan" Pas di Manek Urai tempoh hari, TG Nik Aziz hari ini menyampaikan takziah dan mengharapkan sebuah Suruhanjaya Bebas di Raja perlu ditubuh dalam tempoh terdekat bagi menyiasat kes tersebut secara lebih telus. Laporan Haprakdaily, di sini.

Saya mengharapkan kenyataan pertama beliau selepas keputusan Manek Urai dikeluarkan ada menyentuh mengenai budaya baru pengikut-pengikut Pas yang melaksanakan upacara "vigil" iaitu tradisi memperingati roh si mati dengan memegang lilin disertai dengan mantera-mantera tertentu. Sayangnya, ulama terkenal Pas berkenaan langsung tidak menyentuh mengenai hal tersebut.

Datuk Seri Zambry juga sebelum ini mengesa pihak ulama Pas membuat ketetapan mengenai perkara tersebut. Beliau berkata ulama dalam PAS patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas. Katanya lagi seperti yang dilaporkan oleh MStar Online:

"Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid. Dia lagi tahu apa yang dia buat."

Adalah diharapkan ulama-ulama di dalam Pas tidak membisu berkaitan dengan isu di atas kerana ianya melibatkan aqidah umat Islam . Tambahan lagi, Parti Pas seringkali berkokok mengenai memperjuangkan Islam di Malaysia.

July 20, 2009

8 Fakta Pertama - Teoh Mati 4 - 5 Jam Sebelum Ditemui

Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam selepas mayatnya ditemui mati dekat pejabat Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Daripada bedah forensik yang dilakukan, didapati Teoh meninggal dunia sekitar pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 16 Julai 2009. Sekiranya pembangkang menuduh SPRM membunuh Teoh, kenapakah mereka menunggu sehingga pagi untuk membunuhnya. Pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi di Shah Alam agak terang untuk melakukan pembunuhan iaitu menolak Teoh melalui tingkap bangunan Plaza Massalam.

Sekiranya pihak SPRM dituduh membunuh Teoh, mereka pastinya akan melakukannya pada malam hari atau sebelum subuh hari berkenaan bagi mengelakkan dari dilihat oleh orang ramai. Siasatan awal polis berkenaan dilaporkan oleh Malaysiakini, di sini. Kita tunggu fakta seterusnya.

July 19, 2009

21 Nizar "The Puppet" Jamaluddin Berjaya Dikafirkan DAP

Ini adalah pendapat-pendapat sahabat-sahabat saya di "wall Facebook" untuk pengetahuan dan renungan pembaca budiman:
1. Menyalakan lilin bukan sebahagian dari tradisi Islam, melainkan tradisi orang-orang kafir. Walau demikian, sejumlah orang Islam mengikuti acara tersebut. Entah, mereka faham atau tidak bahwa Rasulullah SAW hampir empat belas abad lalu sudah memperingatkan umatnya agar tidak sekali-kali menyerupai atau melakukan hal-hal yang menyerupai orang kafir, seperti menyalakan lilin untuk suatu acara tertentu.

2. Apabila kafir Quraish meminta agar berkongsi agama dengan Nabi Muhammad SAW, iaitu mereka menerima Islam jika Nabi SAW juga mempraktiskan ajaran mereka punya nenek moyang, maka Allah segera berfirman, "LAKUM DI NUKUM WALIYADIN" yang bermaksud, "Bagi kamu agamamu, dan bagi ku agamaku."
Saya percaya selepas ini pastinya TG Nik Aziz Nik Mat dan kumpulan ulamanya akan segera mengeluarkan fatwa mengenai upacara memegang lilin dan memperingati mayat atau dalam istilah "vigil". Inilah yang selalu Anwar Ibrahim laung-laungkan di dalam Pakatan Haram mengenai "Liberasasi Ugama".

Tidak perlu penganut ugama lain untuk menghancurkan agama Islam, umat Islam sendiri akan menghancurkan agama Islam yang kita anuti ini. Nauzubillah himinzalik. Semoga Allah memberi hidayahNya kepada umat Islam yang berada di dalam gambar di atas.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates