July 7, 2009

0 Keadilan Buat Saiful

Esok, 8 Julai 2009, Insyallah, akan berakhirlah penantian bagi seorang hamba Allah yang menjadi mangsa kerakusan orang yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan hawa nafsu. Diharap proses perundangan akan berjalan dengan baik dan lancar. Adalah diharapkan agar tiada lagi helah dari pihak pembelaan. Saya berharap peguam-peguam pembela agar segera mendapat rawatan dan pemeriksaan kesihatan pada hari ini bagi mengelakkan mereka memberikan alasan tidak sihat, sakit, penat dan sebagainya di mahkamah esok.

Saya menyeru pembaca-pembacaku yang budiman, marilah kita memberikan sokongan kepada Mohd Saiful Bukhari. Saya akur, sememangnya beliau tidak mempunyai sebarang pertalian dengan kita. Bayangkan kalau perkara yang sama berlaku kepada adik, anak atau saudara mara kita pada masa akan datang.

Kepada penyokong-penyokong yang tertuduh, DS Anwar Ibrahim yang mengelarkan diri mereka sebagai ZALIM, saya menasihatkan kamu agar tidak menimbulkan sebarang provokasi dan kekacauan esok. Berilah peluang anak muda ini membela diri. Adalah lebih baik pihak-pihak yang menyokong DS Anwar Ibrahim mengadakan sembahyang hajat seperti mana yang telah mereka lakukan pada tahun 1999. Adakah kamu semua takut doa kamu semua akan memakan diri akibat perbuatan sumbang tersebut?

Bagi penyokong-penyokong Mohd Saiful, niatkan perhimpunan kita kerana Allah. Kita reda dengan apa sahaja keputusan mahkamah sepanjang perbicaraan ini. DS Anwar Ibrahim boleh terlepas hukuman mahkamah dunia tetapi beliau tidak akan terlepas perbicaraan dan timbang tara semasa di Padang Masyhar kelak. Sama-sama kita memberi sokongan kepada Saiful untuk menegakkan keadilan.
"Ya Allah, Ya Tuhan kami. Berkatilah perhimpunan kami esok. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berhimpun keesokkan harinya kerana hendak memberi sokongan kepada seorang hambamu, mangsa keadilan dunia. Ya Allah Ya Rabbul Alamin, Mohd Saiful Bukhari telah bersumpah di atas kalimahMu yang suci, Wallahi, Wabillahi, Wattallahi. Sekiranya beliau di pihak yang salah, Engkau turunkanlah azabmu, Ya Allah. Sebaliknya jika beliau di pihak yang benar, Engkau angkatlah darjatnya dan Engkau tunjukkanlah buat kami kedudukan yang sehina-hinanya bagi seorang peliwat. Ya Allah, Engkau bukalah hati umat-umat Nabi Luth yang mengelarkan diri mereka sebagai ZALIM. Engkau lindungi perhimpunan kami dari sebarang provokasi dan tindakan di luar batas-batas kemanusian oleh puak-puak berkenaan. Sesengguhnya Engkaulah maha melihat dan maha mengetahui. Amin Amin Ya Rabbal Alamin."

July 6, 2009

7 Persoalan-Persoalan Yang Perlu Penduduk-Penduduk Manek Urai Ketahui

Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39. Disebalik keghairahan penyokong-penyokong Pas yang berarak (kebanyakannya "pelancong-pelancong" yang datang dari luar), beberapa persoalan bermain di fikiran penulis yang perlu dijawab kepada pengundi-pengundi di Manek Urai:

1. Kenapakah calon Pas bagi Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah tidak dibenarkan bercakap dengan pihak media selepas penamaan calon? Adakah beliau tidak berhak menyatakan apakah aspirasi atau cita-cita beliau untuk memajukan Manek Urai sekiranya beliau memenangi kerusi DUN? Adakah beliau dikuatiri membuat silap ketika bercakap dengan pemberita dan orang ramai? Adakah beliau sesudah dilantik menjadi ADUN (dengan keizinan Allah) hanya menjadi boneka di dalam menguruskan penduduk setempat?

2. Adakah disebabkan kecetekan pendidikannya dan pengalamannya membataskan pergaulannya? Bagaimana beliau hendak berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi tertentu yang mengkehendaki beliau berbahasa English apabila beliau memenangi pilihanraya tersebut? Adakah kehidupannya selepas bergelar wakil rakyat hanya berkisar di Manek Urai sahaja?

3. Dimanakah Ketua Pembangkang berada? Kenapakah beliau tidak turut serta di dalam proses penamaan calon? Ya benar, DS Najib juga tidak berada di situ. Adakah kesibukan sebagai Ketua Pembangkang menyamai kesibukan seorang Perdana Menteri Malaysia? Oh ya, mungkin beliau sibuk menghadapi tuduhan liwatnya. Kenapakah PKR sebagai rakan gabungan haram hanya menghantar Azmin Ali, Naib Presiden PKR. Tiada kelibat Presiden PKR, tiada kelibat Timbalan Presiden PKR, tiada kelibat Pengerusi DAP dan tiada kelibat Lim & Son, mengapa?

4. Di manakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Adakah beliau yang berjawatan sebagai Timbalan Presiden Pas tidak penting di dalam PRK Manek Urai ini? Adakah Husam Musa lebih afdal berada di Manek Urai berbanding dirinya? Adakah kenyataan Mursyidul Am Pas, TG Nik Aziz Nik Mat membayangkan dendam kesumatnya kepada Nasharuddin akan dibawa hingga ke mati?:
"Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".
5. Apakah secara lazim di dalam proses berkempen, calon Pas akan turut tidak dibenarkan berceramah? Mengapa? Adakah beliau kekurangan dari sudut pidato atau ceramah umum? Kelemahan ini adalah begitu ketara apabila beliau hanya bercakap tergagap-gagap tidak sampai 10 minit ketika sessi bertemu dengan warga Manek Urai yang berada di Lembah Kelang baru-baru ini.

Dan persoalan yang paling penting, adakah penduduk-penduduk Manek Urai tidak mahu berubah? Adakah mereka masih mahukan berada di dalam keadaan serba kekurangan hanya untuk memastikan retorik dan dogengan pihak Pas memomok-momokkan mereka dengan undi Pas membawa ke syurga. Kalau itu pilihan mereka, selepas pilihanraya tidak perlu menunaikan Rukun Islam yang lima kerana Mursyidul Am sudah menjanjikan syurga kepada 12,293 penduduk Manek Urai termasuk yang bukan Islam!
Nota Kaki: Apa kata diadakan forum terbuka sempena tempoh berkempen di antara dua calon ADUN Manek Urai ini berkisar tentang topik "Apa Yang Akan Saya Lakukan Sekiranya Saya Menjadi ADUN Manek Urai." Adakah Pas berani menyahut cabaran ini?

July 5, 2009

9 Perangai Buruk TG Nik Aziz - "Ketegaq"

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat dengan Perdana Menteri menjadi kenyataan. Menteri Besar Kelantan itu berkata pertemuan empat mata itu bertujuan untuk membincangkan garis panduan debat itu.

Sumber: Bernama.
Muak betul hendak menulis tentang ulama murtabak besar Pas yang seorang ini, TG Nik Aziz Nik Mat. Bukan apa kalau terlalu banyak menulis tentangnya pun masalah juga. Nanti orang kata penulis anti-ulamak pula. Penulis tidak anti ulama malah menyanjungi mereka. Kalau mereka buat salah kenalah tegur. Sedangkan 4 khalifah utama di zaman Rasulullah SAW lagikan bersedia ditegur, inikan pula ulama murtabak Parti Angguk Saja (PAS).

Yang terbaru, apabila Pejabat Perdana Menteri menolak cadangan TG Nik Aziz untuk berdebat, beliau masih lagi tidak puas hati. Sifat degil, keras kepala dan "ketegaq" kata orang Utara membuatkan sesiapa sahaja yang melihat tersenyum sinis. Ini salah satu perangai atau kelakuan buruk TG Nik Aziz. Apa sahaja dia hendak orang ikut cakap dia. Dia hendak sesuatu perkara mesti kena dapat. Tidak boleh tidak. Kalau anak saya sudah lama kena ketuk kepala.

Kalau pengikut sendiri tak apalah juga. Kalau tidak mahu ikut cakap boleh panggil sampah. Orang yang tidak ada kena mengena dengannyapun dia paksa ikut cakap dia. Apa ni. Keras kepala betul. Siapa dia hendak memaksa Perdana Menteri ikut cakap dia? Presiden parti pun tidak. Harapkan jawatan sedekah Mursyidul Am yang diberi secara belas ehsan. Dengan DAP tidak berani pula paksa mereka dengar cakap dia. Cuba dengan DAP dia keras kepala memaksa mereka turuti kehendaknya untuk dirikan Negara Islam. Tahu pula takut dengan rakan-akan Syaitannya itu. Sudah-sudahlahlah Tok Guru. Saya rasa kecuali orang Kelantan, orang lain sudah naik menyampah dengan perangai Tok Guru!

Nota Kaki: Mari kita sama-sama renungkan kuliah TG Nik Aziz yang menghalalkan rogol bagi perempuan-perempuan yang tidak bertudung. Video ini saya perolehi dari rakan Facebook, Dato' Shamsudin Nawawi.

video

July 4, 2009

6 Apabila Terdesak, Lim & Son Sanggup Meminta Tolong Kerajaan

Selama lebih seminggu kita dihidangkan dengan cerita Kampung Buah Pala atau lebih dikenali dengan panggilan "High Chapparal". Kawasan "High Chapparal" di Pulau Pinang tidak terkenal dengan lagenda filem koboinya, juga bukan kisah kepantasan Monalito menembak dan juga bukan kejelitaan Victoria. Kes Kampung Buah Pala menjadi hangat apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd berhak untuk membangunkan kawasan berkenaan dan menghalau penduduk setinggan di situ yang rata-ratanya berketurunan India.

DAP yang selama ini merasa bongkak dan takbur kerana berjaya merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional, kini merasa amat kerdil dengan isu Kampung Buah Pala yang mempunyai kepadatan pendudukan yang tidak sampai seribu orang. Sebelum ini DAP dengan bongkaknya telah menghidangkan cerita-cerita kejayaannya membawa pelabur ke Pulau Pinang, walaupun usaha tersebut telah diusahakan oleh Kerajaan terdahulu di bawah pimpinan TS Koh Soo Kun.

Kenapa apabila sudah tersepit dengan kes Kampung Buah Pala, bantuan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional ditagih. Kenapa tidak diselesaikan bersama gabungan parti pembangkang seperti Parti Kena Reject (PKR) dan Parti Angguk Saja (PAS)? Di manakah hilangnya Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang gah memberitahu dunia bahawa beliau seorang ahli ekonomi yang terkenal, walaupun hanya belajar Sarjana Muda Bahasa dan mendapat Kelas Ketiga? Rayuan Lim Guan Eng boleh dibaca di Bernama, di sini. Rayuan ayahnya pula, Lim Kit Siang boleh ditonton melalui video yang disediakan oleh akhbar portal terbaru yang semakin mendapat tempat, Malaysian Mirror. Video klip berkenaan di sini.

Kenapakah Kerajaan Persekutuan harus membantu Kerajaan DAP di Pulau Pinang. Memang betul Kerajaan Barisan Nasional di bawah TS Koh Soo Kun telah meluluskan projek berkenaan. Tetapi bukankah DAP sendiri yang telah berjanji kepada penduduk Kampung Buah Pala untuk menyelesaikan masalah berkenaan menjelang PRU12 melalui kempen-kempennya? Bukankah disebabkan kelulusan tersebut undi Barisan Nasional hilang dan disebabkan janji-janji manis DAP juga telah menyebabkan penduduk Kampung Buah Pala memenangkan DAP di dalam PRU12. Kenapa Kerajaan Pusat Barisan Nasional hendak bertanggungjawab mengenai isu ini? Tidak malukah Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membuat rayuan. Sendiri berjanji, sendiri selesailah!! Kalau benda sekecil inipun hendak minta tolong Kerajaan Barisan Nasional, apa kata lebih baik Pulau Pinang diserahkan kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk diperintah. Ada berani???

6 Betulkah Apa Yang Kubaca ... Atau Apakah Wayang Lagi?

Belumpun reda kemelut antara DAP dengan PKR berhubung isu pelucutan jawatan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Johari Kassim dari PKR, kini timbul pula dakwaan salah guna kuasa terhadap seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR. Dakwaan itu dibuat oleh ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP berkaitan cubaan ahli majlis berkenaan membatalkan arahan berhenti kerja yang dikeluarkan MPPP terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan di kawasan Jelutong.

Sumber: Malaysiakini.
Berkelip-kelip membaca laporan akhbar "online" Malaysiakini di atas. Untuk membuat pengesahan saya membaca sekali lagi. Hah! Memang betul. Yang membuat laporan, Ahli Parlimen Jelutong - dari DAP, yang dituduh ahli Majlis MPSP - dari PKR. Betul ke ni?

Saya rasa berita ini tidak benar. Marah benar Ketua Pembangkang, Brother Anwar bin Ibrahim mendengar perkara begini. Ini semua UMNO punya angkara. Ini semua kerana UMNO tidak senang dengan pakatan pembangkang yang amat kuat. Amat kuat? Oh ya seperti yang berlaku di Selangor, Perak dan terbaru Kedah ye Datuk Seri?

Bohong ... bohong. Ini semua fitnah dari pihak UMNO yang melega-lagakan Pakatan Pembangkang. Betul ke Datuk Seri. Orang UMNO tidak komen apapun. Oh ya, Datuk Seri, mungkin Jeff Ooi salah orang kot. Orang PKRkan baik-baik. Suci bersih sesuci embun pagi, ye tak. Oh ya, saya terlupa Datuk Seri, PKR kan golongan-golongan orang kena "reject" dari UMNO, UMNOpun tak mahu. Perangai lebih hodoh dari UMNO ye tak? Tak betul, tak palah ...

Ini adalah mainan media yang tidak senang dengan Pakatan Pembangkang yang haram dan tidak berdaftar! Media yang sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu. Mainan media Datuk Seri? Berita ini saya kutip dari Malaysiakini, portal web yang menyokong kuat parti pembangkang. Bukan Utusan Malaysia, Berita Harian atau Agendadaily.

Tak pa ... tak pa Cik noo ... ini hanyalah ibarat ribut yang berkocak dalam cawan. Tak pa ... Tak pa ...

Suka hati Datuk Serilah. Si lunci terjun dengan labu-labunya. Biarkan ... Biarkan ... Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ku sangka dapat bertahan hingga PRU13, rupanya berterabai di tengah jalan.

0 Owen Is Reds

Michael Owen spoke to MUTV ten minutes after signing for United. Here's a transcript of his first exclusive interview with Mandy Henry...

How does it feel to have signed for Manchester United?

It feels great. I never even had it in my wildest dreams really but then I got the call from the manager (Sir Alex) to come and meet him. It was a shock but I’m obviously really happy and things have moved quickly since then.

Players probably don’t need much persuasion to move to a club like United but what did the manager have to say to you?

We just discussed football really and the pros and cons of signing myself. Thankfully there were more pros than cons. From my point of view, I just wanted to talk about football so we left David Gill and my agent to talk about the rest. Then it was a case of show me the paperwork and where I have to sign. I’m delighted to have signed.

I presume at the end of last season you didn’t think you’d be playing for Manchester United this season?

No, I probably had a poor spell up at Newcastle but prior to that, my career was very good and I’m sure a top club like this can reignite my career. Hopefully I can score a few goals and help the team to more success.

July 3, 2009

7 Wakil Rakyat Tak Buat Kerja Ke?

Gambar Hiasan. Wakil-wakil rakyat yang penat bekerja sehingga tertidur sewaktu ceramah Anwar Berahi.

Saya berada di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi kerana hendak menghadiri mesyuarat di sana. Ketika berada di dalam Bilik Kawalan Keselamatan untuk mengambil pas, kebetulan di hadapan saya ada seorang wanita berpangkat kakak yang turut datang untuk berurusan. Katanya kepada pengawal yang bertugas, kedatangannya dari Pahang untuk mendapatkan pengesahan borang biasiswa anaknya. Pengawal-pengawal yang bertugas di situ dengan sopan tidak memberikan pas kebenaran masuk kerana kebetulan pagi tadi DS Najib sedang menghadiri mesyuarat kabinet.

Apabila melihat keadaannya yang resah gelisah dan membuat panggilan telefon ke sini sana, saya menegurnya dan bertanyakan sekadar kalau dapat menolong. Saya bertanyakan kenapa disebabkan borang biasiswa, beliau telah bersusah payah datang dari Pahang? Katanya, beliau telah berjumpa dengan wakil rakyat kawasannya dan wakil rakyat berkenaan tidak memperdulikan rintihannya. Wakil Rakyat berkenaan mengarahkan beliau berjumpa dengan DS Najib sekiranya permohonannya hendak diproses dengan cepat.

Apa yang hendak saya tekankan daripada episod di atas adalah dimanakah etika wakil rakyat berkenaan sama ada beliau dari pihak kerajaan atau daripada pihak pembangkang. Kalau setakat permohonan biasiswapun hendak diselesaikan oleh DS Najib, apa kerja wakil rakyat? Beliau bukan sahaja tidak cekap dan amanah menjalankan tugas yang diberikan, tetapi mungkin telah mencalarkan nama DS Najib. Bayangkan wanita berkenaan pulang ke tempatnya dan berkata DS Najib amat sombong kerana tidak mahu bertemu dengannya.

1 Bangkang ... Bangkang ... Bangkang ... Ini Saja Kerja Pembangkang

PAS berpendapat Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bakal diperkenalkan tahun hadapan tidak mengikut prinsip keadilan yang menyeluruh. Ini kerana, sebagaimana yang diumumkan oleh media arus perdana, pemberiannya adalah berdasarkan kepada sistem meritokrasi sepenuhnya. Demikian kata Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sumber: Haprakdaily.
Kekadang saya rasa geli hati melihat gelagat pembangkang. Apa sahaja usaha dan pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan yang memerintah akan dibangkang. Sama ada betul atau tidak belakang kira. Janji bangkang. Kalau bangkang, tidak pula disertakan dengan cadangan-cadangan yang boleh memantapkan sesuatu isu tersebut.

Yang terbaru adalah isu Biasiswa Nasional di bawah JPA. DS Haji Hadi turut juga membangkang. Namun tiada rasional diberikan melainkan katanya, "Sekiranya keadaan ini berlaku, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) berpendapat bahawa kaedah pemberian biasiswa ini adalah tidak berasaskan kepada prinsip keadilan yang menyeluruh". Bagaimana prinsip keadilan yang menyeluruh? Adakah ianya bermaksud berikan semua biasiswa kepada anak-anak penyokong pembangkang, baru dikatakan adil.

Di dalam situasi politik semasa, tidak salah untuk membangkang dan mempunyai perbezaan pendapat. Bukankah lebih baik disertakan dengan fakta dan idea yang lebih baik untuk mengatasi atau mengantipakai isu tersebut. Ini baru dikatakan politik bijak atau "intelligent politic". Jangan jadi seperti Anwar Ibrahim. Sama ada ketika beliau menjawat jawatan di dalam kerajaan sehinggalah beliau menjadi Ketua Pembangkang yang tidak berparti, tidak ada satupun idea bernas yang datang darinya. Kalau adapun, bahasa baku. Itupun orang sudah tidak gunakan lagi.

Cuba pula kita lihat kepada isu yang tidak pernah kunjung padam iaitu PPSMI. Pihak-pihak NGO telah berjaya mengeluarkan fakta-fakta mengenai kemerosotan pelajar-pelajar luar bandar, setelah kerajaan mengarahkan pembelanjaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa English. Mereka telah berusaha untuk mempertabatkan Bahasa Melayu walaupun kekadang nampak agak jengkel duduk sepentas dengan pihak pembangkang. Namun itu prinsip perjuangan mereka untuk mencapai kejayaan.

Mungkin dengan fakta-fakta yang kuat dan jalan penyelesaian yang diberikan, tidak mustahil Kementerian Pendidikan di bawah Menteri yang baru, TS Muhyiddin Yassin akan dapat menerima fakta-fakta dan jalan penyelesaian yang telah diusulkan. Tidak mustahil, saya katakan tidak mustahil Kementerian Pendidikan akan memansuhkan PPSMI! Kita tidak mahu pula selepas ini Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau DS Haji Hadi berkokok kegembiraan dan mendabik dada apabila kerajaan menghapuskan PPSMI. Biasalah puak-puak ini. Apa sahaja isu hendak dijadikan modal politik walaupun PPSMI diperjuangkan oleh pecinta-pecinta Bahasa Melayu.

July 2, 2009

13 Tahniah Datuk Seri Azizan Abdul Razak!

Saya "tabik spring" kepada Menteri Besar Kedah, DS Azizan Abdul Razak yang bertegas dengan pendiriannya tidak berkompromi dengan DAP Kedah/Perlis sehingga memaksa DAP keluar dari Pakatan Pemerintah di Kedah. Lihat Malaysiakini, di sini. Keberanian dan ketegasan DS Azizan harus dipuji kerana kerana pusat penyembelihan babi itu perlu dirobohkan atau ditempatkan dikawasan yang kurang kepadatan penduduknya. Ianya untuk mengelakkan pencemaran najis dan kotoran babi dan penyakit-penyakit yang yang dibawa oleh binatang tersebut. Ketegasan dan keberanian DS Azizan mengundang persoalan berikut:

1. Di saat negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi, negara menghadapi masalah selsema babi yang serius dan rakyat Kedah perlukan pembangunan rohani dan jasmani, DAP Kedah/Perlis yang dikepalai oleh Pengerusi DAP Babi Kedah/Perlis, Thomas Su hanya mementingkan masalah tempat penyembelihan Babi diroboh!

2. Wajarkah gelaran Mursyidul Am diberikan kepada DS Azizan Abdul Razak memandangkan beliau seorang yang tegas mempertahankan Islam. Bukannya seperti Mursyidul Am yang ada sekarang yang selalu tunduk dengan rakan syaitannya dan Peliwat Tegar.

3. DAP Kedah/Perlis yang terdiri daripada golongan minoriti begitu berani keluar dari Pakatan Pemerintah negeri hanya kerana Babi, apakah Pas Pulau Pinang begitu dayus untuk berlindung dengan rakan syaitannya di Pulau Pinang sehingga ditindas, diketuk kepala dan dijadikan pecacai oleh Batang Keldaian Rakyat dan Parti Syaitan?

4. Adakah Pas di peringkat negeri dan pusat masih lagi hendak mempercayai Parti yang sanggup menikam belakang hanya kerana Babi. Mungkin Allah hendak memberi petunjuk kepada parti Pas setelah parti itu menikam UMNO dari belakang di dalam isu Kerajaan Perpaduan, dengan mengaibkan Pas dengan isu parti itu ditikam dari belakang hanya kerana Babi!

5. Adakah Mursyidul Am Pas akan memanggil DS Azizan sebagai sampah kerana meroboh tempat penyembelihan babi di Mergong, Kedah kepunyaan sahabat-sahabat syaitannya?

Sekali lagi, DS Azizan Abdul Razak, TAHNIAH!!! Saya bangga menjadi rakyat Kedah.

Gambar Hiasan. Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 02 Julai 2009. Alangkah indah Melayu dan Islam bersatu!

July 1, 2009

5 Penghinaan Kepada Masyarakat Manek Urai

PAS mendakwa penduduk di Manik Urai yang akan memilih Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) baru mereka pada pilihan raya kecil 14 Julai ini, tidak memerlukan wakil rakyat yang berpendidikan tinggi. Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun berkata tidak seperti anggota Parlimen yang mempunyai tanggungjawab di peringkat persekutuan, tugas Adun hanya terhad di kawasan yang diwakilinya sahaja. "Wakil rakyat tidak semestinya berpendidikan tinggi. Lainlah sekiranya dia adalah wakil kerajaan Persekutuan (anggota Parlimen). Pengundi Manik Urai boleh terima dan tidak mengira isu pendidikan. Wakil rakyat nak jumpa (wakil) kerajaan tidak semestinya ada pendidikan tinggi," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Sumber: Bernama.
Tak tahulah bagi orang lain. Bagi saya kenyataan daripada Abdul Fattah Harun merupakan satu penghinaan kepada masyarakat Manek Urai. Adakah ini bermakna:

1. Orang Manek Urai merupakan orang-orang pendalaman yang tidak memerlukan pemimpin yang berkualiti? Adakah Pas berpendapat cukuplah letakkan calon lululsan Lower Certificate of Examination L.C.E (sekarang Sijil Rendah Pelajaran) di Manek Urai, orang-orang di sana bodoh-bodoh belaka?

2. Kenapa tidak mencalonkan pemimpin yang berpendidikan tinggi. Kenapa di tempat-tempat lain Pas sibuk mementingkan pendidikan seseorang calon? Letak sahaja pemborong ikan atau penternak ayam, pasti menang. Bukankah menghina mentaliti penduduk Manek Urai?

3. Adakah masalah yang dihadapi oleh Manek Urai seperti pembangunan modal insan dan pembangunan material di Manek Urai tidak penting. Adakah Pas hanya bertujuan hendak memenangi pilihanraya tanpa mementingkan kemajuan dan kebajikan masyarakat setempat selepas memenangi kawasan berkenaan?

4. Apakah kriteria yang ditetapkan oleh Pas? Ahli Parlimen mesti lebih berpendidikan dan terpelajar daripada ADUN?

5. Sekiranya Pas tidak mementingkan pendidikan dan tidak malu dengan calonnya, kenapa Pas malu hendak memberitahu taraf pendidikan calonnya? Kenapa Pas sewaktu memperkenalkan calon Pas di Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah menjadi ADUN, Pas hanya menyentuh taraf pendidikan dan taraf pekerjaan adik beradik Mohd Fauzi, apa relevannya? Lihat laporan Haprakdaily di sini ...

5 Di Mana Anwar Berahi Al Juburi Berada Sewaktu Penyokong Tegar Ditahan?

Dua pelajar Universiti Malaya, yang dituduh menconteng dan cubaan membakar dewan semalam, akan dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,000 tiap seorang dengan seorang penjamin. Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang sehingga tidak sempat membayar jamin akibat prosiding yang berakhir lewat 5.30 petang. Keluarga Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen masing-masing juga membayar ikat jamin RM500 lagi bagi kesalahan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Sumber: Malaysiakini.
1. Tiada kelibat pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang datang membantu pelajar-pelajar berkenaan, sedangkan merekalah pihak yang mula-mula menabur fitnah-fitnah berkenaan. Apabila pelajar-pelajar hingusan yang baru hendak mengenal hidup ini bertindak keterlaluan akibat dari momokan yang berterusan oleh Peliwat Tegar dan keldai-keldainya, maka mereka mula menjauhkan diri dan membasuh tangan sebersih-bersihnya. Ibarat melontar batu, sembunyi tangan. Siapa yang menjadi mangsanya?

2. Pelajar-pelajar berkenaan datangnya dari golongan sederhana. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar dengan tujuan supaya mereka boleh mengubah nasib keluarga. Apabila terlalu taksub dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh Anwar Berahi Al Juburi, masa depan kelima-lima mereka ini akan menjadi gelap. Harap-harapnya mereka-mereka ini dapat diterima oleh Anuar Berahi Al Juburi sebagai "pembacuh kopi".

3. Cucu Tok Selampit menyarankan mereka ini dibuang atau digantung pengajian di universiti. Menuduh atau membuat fitnah serta memalukan pihak universiti adalah termasuk di dalam salah satu peraturan AUKU. Mereka ini tidak wajar diberi tempat untuk belajar kerana mereka ini lebih berminat untuk membuat kerosakan dan membuat onar. Apatah lagi mendapat biasiswa atau pinjaman dari kerajaan yang mereka fitnah, maki dan hina.

4. Seret mereka-mereka ini ke muka pengadilan. Hadapkan mereka ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan memfitnah. Biarkan Anwar Berahi Al Juburi membantu mereka dengan mengemukakan bukti bahawa DS Rosmah Mansor adalah pembunuh Altantunya dan dalang di sebalik perancangan pembunuhan wanita Mongolia berkenaan. Sekiranya Anwar Berahi Al Juburi maupun pelajar-pelajar berkenaan gagal mengemukakan bukti, sumbat mereka-mereka ini ke penjara. Biarlah 5 ekor keldai Al Juburi ini menjadi contoh dan tauladan kepada yang lain supaya jangan memfitnah sesuka hati.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates