June 20, 2009

0 PKR Hendak Adakan Perbincangan Terbuka Untuk Perak? Untuk Apa?







Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan supaya satu perbincangan terbuka diadakan dengan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tiada syarat perlu ditetapkan dalam perbincangan itu. Menurut beliau, ia bertujuan menyelesaikan kemelut politik perak yang telah berpanjang hampir setengah tahun lalu.

Sumber: TVAntara.com.
Kak Wan, kenapa tiba-tiba Batang Keadilan Rakyat hendak menjadi hero di dalam isu politik Perak. Apa sebenarnya kemelut yang Kak Wan maksudkan? Setahu saya Menteri Besar Perak yang baru tengah sibuk menjalankan tugasnya untuk rakyat. Tiada masalah apa-apa. Rakyatpun walaupun pada mulanya dibatuapi dan di adu domba oleh Mantan Menteri Besar yang lepas Nizar "The Puppet" bersama teman-temannya Nge-Ngeh-Sivaji, namun mereka kini telah bersatu padu menyokong kepimpinan DS Dr Zambry. Rakyat Perak tidak mempunyai apa-apa masalah Kak Wan. Yang bermasalah ialah segolongan ahli DUN yang gila meroyan kehilangan kuasa. Kenapa bukan DAP yang mempunyai kerusi yang terbanyak yang hendak mengadakan perbincangan? Kenapa tidak Pas? Apa relevannya Batang Keadilan Rakyat? Sudah-sudahlah Kak Wan. Tumpukanlah kepada Abang Anuar, Kak Wan yang akan dihadapkan ke mahkamah di atas dakwaan liwat. Ke Kak Wan tidak mahu ambil tahu?

June 19, 2009

3 Penyakit Mental Semakin Parah Di Kalangan Pemimpin Pembangkang

Penyakit mental di negara ini mencatatkan peningkatan, dengan lebih banyak individu mendapatkan rawatan bagi masalah itu yang meliputi gangguan mental ringan kepada skizofrenia teruk. Menurut statistik Kementerian Kesihatan, sebanyak 379,010 individu mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital-hospital kerajaan, berbanding 324,344 pada 2007. Laporan penuh Bernama boleh dirujuk di sini.

Saya merasakan untuk tahun 2008 dan 2009, peningkatan pesakit mental di negara ini akan meningkat dengan kadar 2 atau 3 kali ganda. Ini adalah berdasarkan faktor politik semasa, ramai di kalangan ahli politik yang tidak dapat menerima kehilangan kuasa. Keadaan gila kuasa dan gila meroyan akibat kehilangan kuasa yang sedemikian telah menyebabkan ahli-ahli politik berkenaan mengalami ganguan mental yang agak serius. Adalah dikuatiri keadaan ini akan menyebabkan keadaan bakal menjadi lebih serius untuk beberapa bulan akan datang. Keadaan pemimpin-pemimpin politik yang sakit mental turut membawa kepada masalah mental yang serius kepada penyokong-penyokong tegar mereka. Berikut adalah beberapa contoh beberapa ahli politik yang mengalami masalah mental.

1. Nizar "The Puppet" Jamaluddin

Keadaan bekas Menteri Besar Perak ini amat membimbangkan. Menurut pakar psikiatris percubaan Nizar memekik di dalam Dewan Rakyat dan kemudiannya mengaku bahawa tindakannya adalah spontan adalah menunjukkan simptom-simptom skizofrenia yang teruk. Terbaharu adalah tindakannya yang agak kurang diterima akal apabila beliau meminta daripada Ketua Hakim Negara agar permohonannya untuk mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai, didengar di hadapan 11 hakim daripada 12 Hakim Mahkamah Persekutuan yang ada sekarang. Ramai doktor-doktor pesakit gila dan psikiatris mengelengkan kepala apabila mendengar permohonannya itu.

2. Sivakumar "Sivaji The Boss"

Tindakannya yang dapat duduk selama lebih dari 6 jam di atas kerusi speaker mengkagumkan para psikiatris. Beliau juga seringkali mengadu domba (provoke) pihak keselamatan agar menahannya untuk setiap tindakannya. Walaupun beliau hanyalah seorang speaker negeri, tetapi akibat gangguan mental yang serius, beliau seringkali merasakan beliau mempunyai kuasa sebagai seorang Raja di Perak. Beliau merasakan boleh memecat sesiapa sahaja yang dia suka, boleh mengadakan persidangan Dewan Negeri di bawah pokok dan sebagainya. Kebanyakan doktok sakit mental dan psikiatris berpendapat, berdasarkan gambar di atas, keadaan mental beliau akan menjadi lebih serius!

3. TG Nik Aziz Nik Mat

Ketokohan beliau sebagai Tok Guru tercemar apabila beliau agak tertekan dengan kekalahan kuda harapannya, Husam Musa bertanding sebagai Timbalan Presiden di dalam Muktamar Pas yang lepas. Beliau juga agak tertekan apabila hanya mendapat satu pencalonan untuk bertanding di kerusi Presiden. Akibat gangguan-gangguan tersebut, beliau telah menimbulkan huru hara di dalam parti. Beliau turut memanggil rakan seIslam dan separti sebagai sampah. Beliau seringkali marah-marah. Beliau terlupa apabila bercakap sehingga berhasrat untuk menyaman beberapa akhbar tempatan. Yang terbaru, tindakannya yang agak membingungkan pakar psikiatris ialah apabila beliau mengarahkan erdogan-erdogannya untuk memprotes dan memberi kata dua kepada Presiden parti. Tujuannya adalah satu, agar kerusi Presiden dan Timbalan Presiden akan berpindah kepadanya dan anak kuda kesayangannya, Husam Musa.

5 Perang Psikologi Anwar Berahi Diteruskan Lagi

Ketua Umum Batang Keadilan Rakyat, Anwar Berahi sekali lagi bermain perang psikologi. Terbaru ketika ditemubual oleh Agensi Berita Perancis AFP, beliau tidak menolak kemungkinan pendakwaan fitnah liwat terhadapnya di Mahkamah tinggi Kuala Lumpur akan menyaksikan beliau dijatuh hukuman dengan segera dan dikembalikan ke penjara Sungai Buloh sekali lagi. Mari kita ikuti auta beliau kali ini yang bagi saya bertujuan untuk mendapatkan simpati dari penyokong-penyokongnya:
"Senario terburuk yang mungkin saya hadapi ialah mereka menolak permohonan ikat jamin saya dan segera menjatuhkan hukuman. Kita akan lawan dan saya juga kini lebih bersedia, tidak seperti 1998 kerana ketika itu ia berlaku secara mengejut dan tidak sesiapun menjangkakan rancangan jahat sedemikian dirancangkan. Saya tiada masalah berhadapan dengannya (Saiful Bukhari). Isunya adalah beliau perlu bersedia dengan semua bukti yang menentang tuduhannya, terutamanya bukti laporan perubatan. Pakatan Rakyat bersedia menghadapi hakikat kemungkinan saya dipenjarakan dan sudahpun mengambil langkah yang sepatutnya."
Adakah Anwar sudah panas. Resah gelisah membilang hari perbicaraannya? Adakah perlantikan penagih arak tegar, Zaid Ibrahim ada kena mengena dengan orang yang akan mengantikannya kelak? Adakah perasaan resah gelisah ini berkaitan dirinya tertanya-tanya apakah bukti yang ada di tangan pihak pendakwaraya? Kita tunggu lagi apa pula perang psikologi yang akan digunakan olehnya keesokan hari dan hari-hari seterusnya sehingga tarikh perbicaraannnya pada 1 Julai.

0 Puak Erdogan Sudah Mula Tunjuk Taring

Buka sahaja suratkhabar "The Star" pagi tadi terpampang gambar Erdogan di muka hadapan. Tindakan puak-puak Erdogan yang yang merupakan "ass-kisser" kepada Anwar Berahi dan menjunjung kepimpinan Karpal Singh dan Lim Kit Siang dari Parti Syaitan (meminjam kata-kata TG Nik Aziz) tidaklah mengejutkan. Mari kita hafal nama-nama puak Erdogan ini:

Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Inilah orang-orang yang menikam Presiden Parti dari belakang sewaktu Presiden Parti berada di luar negeri. Mereka-mereka ini adalah pengecut dan tidak mampu untuk menyatakan sendiri di hadapan TG Haji Hadi. Mereka-mereka ini tidak pernah bersuara sewaktu TG Haji Hadi mengemukan idea Kerajaan perpaduan. Mereka-mereka inilah sebahagian ahli yang menjadi makhluk perosak di dalam parti.

Di manakah penyokong-penyokong TG Haji Hadi dan Ustaz Nasha? Di manakah penyokong-penyokong TG Haji Hadi dan Ustaz Nasha? Di manakah penyokong-penyokong TG Haji Hadi dan Ustaz Nasha? Kenapakah anda semua tidak bangkit membela pemimpin kamu yang kamu berikan sokongan penuh di dalam Muktamar Pas yang lalu.

Saya agak hairan kenapakah suratkhabar "The Star" menyiarkan berita perpecahan Pas di muka hadapan. Saya agak hairan kenapakah Pengerusi Parti Syaitan (meminjam kata-kata TG Nik Aziz) seia sekata dengan TG Nik Aziz mengarahkan TG Haji Hadi dan Ustaz Nasha supaya keluar dari parti. Apakah keuntungan pihak-pihak ini apabila orang-orang Melayu dan Islam berpecah belah? Tepuk dada tanya iman!

June 18, 2009

5 UMNO Disamakan Firaun Oleh Nasrudin - Kurang Ajar Punya Manusia

Kita diperintahkan oleh Allah menyampaikan dakwah Islam secara bijaksana dengan mengambil kira kaedah, kepelbagaian dan seumpamanya. Kedua, kita juga menyampaikan nasihat-nasihat yang tidak jemu kita berikan melalui khutbah, kuliah dan memorandum. Begitu juga dialog, debat atau apa saja ruang yang kita boleh sampaikan risalah kita. Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?
Sumber: Malaysiakini.
Kurang ajar punya Nasrudin. Baru belajar agama sedikit sebanyak sudah menyamakan orang dengan Firaun. Kepala bapak kamu. TG Nik Aziz kamu telah menyamakan DAP dengan SYAITAN, Nasrudin. Janganlah kamu menyamakan Pas dengan Nabi Musa. Nabi Musa tidak pernah berkawan dengan syaitan. Yang berkawan dengan syaitan adalah Iblis Laknatullah dan Jin Afrit. Kamu tergolong yang mana satu? IBLIS atau JIN AFRIT?

4 Perang Psikologi Anwar Berahi

1 Julai tinggal tidak sampai dua minggu lagi. Lebih tepat 13 hari kalau tidak masuk hari ini. Anwar sudah gudah gulana dan resah gelisah menantikan tarikh perbicaraan 1 Julai kerana meliwat Saiful Bukhari. Beberapa hari lepas, beliau telah menggunakan anak perempuan sulungnya, Nurul Izzah untuk melancarkan perang psikologi. Habis semua blogger-blogger yang tahu auta Anwar Berahi membelasahnya termasuk Saiful Bukhari sendiri.

Kemudian timbul pula cerita Anwar Berahi hendak berangkat ke Amerika Syarikat pada 25 Jun ini. Kalau ikut matematik mudah, beliau tidak sempat untuk menghadiri perbicaraannya pada 1 Julai. Tak apalah kerana mengikut kawan blogger, Hamidzun a.k.a Warisan 2057 yang merupakan seorang peguam, perbicaraan boleh diteruskan oleh mahkamah tanpa kehadiran tertuduh. Lainlah kalau Anwar Berahi tidak pulang-pulang lagi ke Malaysia dan mendapat suaka politik di sana.

Hari ini, perang psikologi diteruskan. Peguam Anuar Berahi mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang yang tidak berparti itu dengan tuduhan liwat tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur. Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Bagi saya senang saja. Kalau tidak ada bukti baguslah. Kenapa hendak buat heboh. Semalam panggil anak buat sidang media, hari ini panggil peguam keling sorang tu, mungkin esok panggil pula isterinya Kak Wan Azizah dengan muka "blur" buat pengakuan, mungkin lusa atau tulat panggil Sukma dan Azizan pula buat pengakuan. Apa ni. Kalau tidak bersalah buktikanlah di mahkamah. Buat apa hendak heboh-heboh dekat media. Loglaq betul hang ni Anuar!

1 Hari Ini Lain, Semalam Lain ... Flip Flop Lagi

Kenyataan TG Nik Aziz hari ini ketika bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya:
"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu. Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Sumber: Malaysiakini.

Semalam ketika menemplak Ustaz Nasha mengenai Kerajaan Perpaduan:

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu ... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas. Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Sumber: Malaysiakini.

Adakah kenyataan beliau semalam menunjukkan beliau "bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya"? Apakah kenyataan yang sama mengambarkan beliau sebagai "nasihat saya mesti didengar"? Kalau tidak anda semua sampah dan boneka UMNO? Betulkah Utusan Malaysia tersalah lapor atau beliau terlepas cakap. Kalau hendak saman, samanlah Malaysiakini sekali. Bukankah laporan beritanya sama. Kalau tidak cukup saman TV3 sekali. Jutaan rakyat menonton percakapannya di Buletin Utama semalam.

Paling saya suka sekali bila Tok Guru mengatakan DAP dan SYAITAN sama sahaja.

3 Fuhh ... Biadapnya Pas Kelantan

Berbeza dengan pilihanraya kecil lain, DUN Manek Urai menyaksikan kelainannya apabila poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan dinaikkan sebagai strategi kempen. Jentera pilihanraya PAS Kelantan berhasrat menonjolkan poster calon bersama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar sebagai sebahagian strategi "melokalisasi" kempen tersebut.
Sumber: Malaysiakini.
Strategi "melokalisasi" kempen kepala hotak hatuk kamu. Kalau sudah poster Presiden parti kamu sudah tidak mahu gantung dan tidak lagi hormat, nasihat dan saranan Presiden parti sudah tidak endah, bukankah biadap namanya itu? Sudahlah sebelum ini menurut sumber yang boleh dipercayai memberitahu, mesyuarat jentera pilihanraya Kelantan telah memutuskan "pemimpin-pemimpin tertentu dalam PAS" yang tidak boleh berkempen dan berceramah di Manek Urai. Ini sudah pastinya ditujukan kepada TG Haji Hadi dan Ustaz Nasa. Ditambah dengan kenyataan Cina seekor ini yang diberi betis hendak paha, pemimpin KPP, Yap Kok Seng yang berkata, kehadiran mereka (TG Haji Hadi dan Ustaz Nasa) hanya akan "mengelirukan pengundi" dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu Kerajaan Perpaduan. Fuhh ... kalau Kelantan tu Kelantan jugak, assobbiyah tak habis-habis!

0 Zuraida Berbohong Di Dalam Sidang Media Di Parlimen

Sidang media yang diadakan di runag lobi parlimen oleh Ketua Wanita Keadilan telah memaparkan lagi satu pembohongan daripada parti tersebut. Di dalam sidang media berkenaan, pimpinan tertinggi Wanita Keadilan menyambut baik peruntukan 30% kedudukan dalam parti untuk golongan wanita di setiap peringkat Cabang, Negeri dan Pusat. Peruntukan ini katanya sekaligus memenuhi keperluan Piagam Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan dasar Wanita Negara bersabit kuota itu. Zuraida Kamaruddin, seorang pejuang nasib ahli DUN yang bertelanjang di portal web, menyifatkan kejayaan PKR meminda perlembagaan itu sebagai kejayaan yang bersejarah.

"Parti keadilan merupakan parti pertama memperuntukkan didalam perlembagaannya penglibatan wanita 30% di semua peringkat sekurang-kurangnya. Ia satu langkah baru untuk penglibatan wanita dalam arena politik, yang diiktiraf oleh sebuah parti yang baru dan parti yang progresif. Peruntukan 30% untuk wanita tidak pernah diberikan oleh mana- mana parti lain, termasuk parti- parti lama oleh UMNO. Saya dapati UMNO, MIC dan MCA sampai sekarang masih lagi tidak dapat mengenengahkan wanita. Ini satu pencapaian kepada PKR membuktikan komitmen bahawa wanita itu diiktiraf dan diberikan tempat disemua peringkat sekurang- kurangnya 30 peratus." Zuraida memetik.

Apa Zuraida ini ingat apa sahaja yang hendak dibohongnya akan diterima bulat-bulat. Untuk membuktikan pembohongan ini, mari kita sama-sama melihat carta organisasi Batang Keadilan Rakyat di dalam Majlis Pimpinan Tertinggi. Hanya seramai 8 orang daripada 42 yang membabitkan wanita di dalam majlis tersebut. Dari segi peratusan, hanya melibatkan 19%. Apa yang makcik ini hendak kelentong? Lain kali cakap siang, pandang-pandang, Makcik Zuraidah oiii!
Majlis Pimpinan Tertinggi (2007 - 2010)

Ketua Umum Parti
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

Timb. Presiden
Dr Syed Husin Ali

Naib Presiden
Sdr Azmin Ali
Dr Lee Boon Chye
Sdr Mustaffa Kamil Ayub
Sdr Sivarasa Rasiah
Datuk Dr Jeffrey Kitingan

Setiausaha Agung
Dato' Salehuddin Hashim

Timb. Setiausaha Agung
Sdr Abdul Halim Mohamed Yussof
Sdr Jonson Chong
Sdri Suzana Manja Ibrahim

Bendahari
Sdr William Leong

Timb. Bendahari
Tengku Maraziah Tengku Sulaiman

Ketua Penerangan
Sdr Chua Tian Chang @ Tian Chua

Pengarah Pilihanraya
Hajjah Zainon Jaafar

Timb. Pengarah Pilihanraya
Hajah Fuziah Salleh

Pengarah Strategi
Sdr Saifuddin Nasution Ismail

Pengerusi Tetap
Haji Hishamuddin Ismail

Timb. Pengerusi Tetap
Sdr Khazizi Ahmad

Ahli-Ahli MPT
Sdr Dominique Ng Kim Ho
Dr Badrul Amin Bahron
Dr Mansur Othman
Sdr N. Gobalakrishnan (URL)
Dr Zaleha Mustafa
Sdr Mohd Yahya Sahri
Sdr Johari Abdul
Sdri Irene Fernandez
Sdri Christina Liew
Kapt (B) Usaili Alias
Dato Dr. Zainal Abidin Ahmad
Sdri Latheefa Koya
Sdr Saiful Izham Ramli
Haji Osman Abdul Rahman
Sdr Badrul Hisham Shahrin
Sdr Ansari Abdullah
Sdri Animah Ferrar
Sdr Khalid Jaafar
Sdr Zakaria Abd Hamid
Sdr Cheah Kah Peng
Sdr Omar Jaafar
Sdr S. Manikavasagam
Sdr Ang Hiok Gai

Sumber: Website Batang Keadilan Rakyat.

June 17, 2009

4 TG Nik Aziz Wajar Masuk DAP Atau PKR

Fuhh ... Garang benar Tok Guru seorang ni. Gara-gara isu Kerajaan Perpaduan, seorang Ulama (Ular Dalam Semak) sanggup menghalau orang nombor dua dalam parti supaya meninggalkan parti dan meletak jawatan sebagai ahli parlimen. Apa dia ingat Pas tu mak bapa dia yang punya? Ahli Parlimen Bachok itu jawatan yang diberikan oleh saudara mara beliau? Apakah seorang ulama wajar memanggil seorang Islam yang lain sebagai sampah? Mari kita baca dan faham betul-betul kata-kata DIKTATOR di dalam Pas ini yang disiarkan di dalam Buletin Utama,
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan."
Saya merasakan Tok Guru wajar mempertimbangkan kedudukannya di dalam Pas. Jawatan Mursyidul Am yang dipegangnya adalah DILANTIK dan bukannya KEHENDAK akar umbi. Kalau ikut akar umbi hanya satu bahagian sahaja yang mencalonkannya sebagai jawatan Presiden di dalam muktamar yang lepas. Kalau hendak diikutkan pencalonan, tidak layakpun bagi beliau memegang jawatan Mursyidul Am. TG Nik Aziz pada masa sekarang lebih DAP daripada DAP dan lebih PKR daripada PKR sendiri. Kita baca ulasan beliau seterusnya,
"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri."
Hah! Itulah yang dikehendaki oleh beliau. Tak faham lagi. Beliau tidak menghalang kerajaan Perpaduan asalkan Anuar Berahi dan Ungka Lim turut dilantik menjadi menteri. Begitu sayangnya beliau dengan dua ekor beruk ini. Beliau sanggup mencaci cerca sahabat-sahabat seIslam di dalam Pas semata-mata hendak menjaga golongan gay dan golongan komunis laknatullah di dalam Pakatan Haram Sewajarnya beliau mempertimbangkan cadangan saya supaya beliau menyertai DAP atau PKR. Buruk perangai duduk di dalam Pas.

0 Malaysia Negara Penyeludup Manusia - Amat Memalukan!!!

Amerika Syarikat telah memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara-negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu. Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009 - yang menganalisa usaha di lebih 173 negara untuk memerangi buruh paksaan, pelacuran, perkhidmatan ketenteraan dan tujuan-tujuan lain, telah menyenarai-hitamkan Malaysia bersama 16 negara lagi. Malaysia adalah satu daripada lima negara Asean yang disenaraihitam. Yang lainnya ialah Burma, Papua New Guinea, Fiji dan North Korea.

Ini adalah kajian yang paling gila dan amat memalukan yang pernah saya dengar. Kementerian-kementerian terbabit terutama Kementerian Dalam Negeri seharusnya tidak mengambil ringan isu tersebut. Tindakan drastik yang lebih tegas dan berkesan perlu dilakukan terhadap warganegara asing yang menggunakan visa pelajar untuk datang ke negara ini dan kemudiannya berubah karier menjadi pelacur. Bagaimana kita hendak menyalahkan Mat-Mat dan Minah-Minah Indon dan Bangla yang datang ke sini kerana Malaysia adalah lubuk emas untuk mereka mencari rezeki. Tidak malukah kerajaan dengan isu ini? Warga China dengan kegiatan persundalannya atau "China Dolls", yang bangla dan Indon dengan masalah sosial, rompakan dan sebagainya dan warga Afrika pula yang bersepah di Bangsar terutamanya dengan masalah "Black Money" dan kegiatan samsengnya. Apa kerajaan tutup mata kah dengan masalah ini atau Menteri dan pegawai atasan terlalu sibuk untuk bermain golf dan bersosial di Coffee House?

Undang-undang yang lebih ketat seperti di Singapura yang mengamalkan hukuman rotan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) wajar dilaksanakan dan dibentangkan ke Dewan Rakyat untuk mengelak gejala negatif ini dari terus menular. Saya tidak tahu apakah yang dilakukan oleh kementerian-kementerian dan pihak yang berwajib untuk mengatasi masalah ini. Malaysia terlalu baik dan naif sebenarnya dengan pihak PATI ini. Contoh yang paling ketara untuk mentafsirkan isu ini yang berubah dari kudis menjadi barah adalah kebanjiran warga Filipina yang semakin membarah di Sabah terutamanya di Tawau dan Kota Kinabalu. Susah sangatkah perlaksanaan undang-undang hendak dilaksanakan di situ. Saya pernah ke Kota Kinabalu 2 bulan lepas. Susah untuk memastikan yang mana satu rakyat tempatan dan yang mana satu rakyat asing. Kita tidak mahu ibarat menyusu kera di hutan dan membiarkan anak di rumah mati kelaparan. Sesuatu yang konkrit perlu dilakukan segera!

0 Mansuhkan ISA!

Kempen terbaru untuk menuntut kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilancarkan di lobi Parlimen tengah hari esok, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan. Kempen itu bersempena usaha menganjurkan demonstrasi besar menentang akta tersebut yang digelar 'Himpunan Mahsuhkan ISA' yang dijadual 1 Ogos ini di Kuala Lumpur.

Sumber: Malaysiakini.
Katakan saya bersetuju dengan pendapat Saudara Nasrudin. Salah seorang tahanan ISA yang ada sekarang adalah Mas Selamat. Mas Selamat yang tidak selamat ini adalah penjenayah yang amat dikehendaki di Singapura. Mas Selamat telah melepaskan diri daripada penjara yang amat canggih di Asia Tenggara iaitu di Singapura. Beliau adalah pakar letupan dan Allah tahu apa yang beliau mampu lakukan sekiranya beliau dilepaskan dan berlegar-legar di KLCC, Putrajaya atau Mid Valley Megamall. Sebelum kita pergi kepada isu yang lebih jauh iaitu Mansuhkan ISA, saya ingin tanya kepada Nasrudin, sekiranya beliau adalah kerajaan pada masa ini, apa yang beliau akan lakukan selepas dapat menangkap Mas Selamat tempoh hari? Tahan dan bicara beliau? Salah. Beliau tidak mempunyai apa-apa kesalahan di Malaysia? Habis bagaimana? Mahu diletakkan Mas Selamat di rumah Nasrudin? Selamatkah anak dan isteri Nasrudin?

June 16, 2009

1 Kalaulah CEO-CEO Di Malaysia Seperti Mereka-Mereka Ini!

Ketika pengurus-pengurus dan eksekutif-eksekutif kanan syarikat di seluruh dunia termasuk Malaysia dikecam hebat kerana mengambil bonus lumayan, golongan eksekutif Jepun berjaya mengelak kontroversi dengan memotong gaji mereka atau bekerja secara percuma sewaktu dunia dilanda krisis ekonomi.

Apabila ketua-ketua syarikat pengeluar kenderaan AS diselar baru-baru ini kerana menggunakan jet peribadi ke Washington bagi merayu peruntukan kerajaan, ketua syarikat penerbangan terbesar di Asia iaitu Sistem Penerbangan Jepun (JAL) berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki bas seperti pekerja biasa. Presiden JAL, Haruka Nishimatsu turut memotong gajinya dan beliau juga sanggup berbaris bersama-sama kakitangan lain untuk makan tengah hari di kafetaria syarikat itu. Rencana mengenai beliau oleh CBS News boleh dilihat di sini.

Selain daripada Haruka, langkah berjimat cermat itu turut dilaksanakan presiden sebuah firma pengeluar cip komputer, Yukio Sakamoto yang bekerja tanpa gaji selama dua bulan pada tahun lalu bagi membantu memulihkan prestasi syarikat. Selain mereka, menurut tinjauan akhbar Nikkei, ketua di lebih 200 firma besar Jepun turut memotong gaji mereka sejak April tahun lalu. Pengeluar kereta terbesar di dunia Toyota membatalkan pembayaran bonus untuk kakitangan eksekutifnya pada tahun ini.

Nak harapkan CEO-CEO syarikat-syarikat di Malaysia hendak buat begini, kirim salam!

June 15, 2009

4 80% Responden Tolak Idea Bodoh Anwar

Puak-puak Pakatan Haram ni suka sangat buat undian. Segala keputusan bancian, kaji selidik atau undian terutama dari Merdeka Centre, satu badan yang berkait rapat dengan puak-puak Pakatan Haram ini akan dibesar-besarkan. Responden walaupun tidak sampai 1,000 orang akan dianggap sebagai keputusan yang merangkumi majoriti. Nah, sekarang giliran saya pula untuk bagi satu fakta kaji selidik:
Lapan puluh peratus dari 10,000 responden kaji selidik berkumpulan Jabatan Penerangan Malaysia tidak mahu Chin Peng dibenarkan pulang atau diberi kerakyatan. Ketua pengarah jabatan tersebut Datuk Abdullah Morad berkata, kaji selidik itu dilakukan di kalangan pelbagai kaum di seluruh negara setelah timbul cadangan pihak tertentu yang bersetuju membenarkan bekas pemimpin atasan Parti Komunis Malaysia (PKM) itu pulang atas aspek kemanusiaan, lapor Bernama.

Sumber: Malaysiakini.
Faham atau tidak maksud data berkenaan. Maksudnya, 80% atau 8,000 daripada 10,000 responden dalam kaji selidik Jabatan Penerangan Malaysia menolak idea bodoh dan provokatif Anwar Ibrahim yang mahukan Chin Peng pulang ke Malaysia. Ini belum lagi termasuk undi saya dan jutaan lagi rakyat Malaysia. Ada kamu faham wahai Anwar bin Ibrahim?

4 Beruk Nizar Buat Hal Lagi

Kalau sudah memang beruk tu, beruk jugak. Ke mana pergi mesti buat kacau. Baru hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, Nizar "The DAP Puppet" Jamaluddin buat hal lagi. Banyak lagi yang hendak diperbincangkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat untuk RAKYAT. Bukan kami hendak dengar dan lihat lakonan "circus" daripada beruk seekor ini. Kenapa Jabatan Perhilitan tidak tangkap sahaja beruk ini. Specis terancam ini. Letak saja dekat Zoo Taiping. Memang gila meroyan dan barua DAP betul beruk seekor ini!!! Laporan The Star di sini. Memang bangang orang-orang Bukit Gantang yang mengundi beruk sebagai wakil mereka.

Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru, YB Zulkifli Noordin juga tidak bersetuju dengan tindakan mereka-mereka yang tidak bertamadun ini. Lihat di sini. Apa hendak dikata YB, beruk, mana ada tamadun!

8 Jawapan Bodoh Kepada Kenyataan Bodoh Sempena Pertemuan TG Nik Aziz - Lee Kuan Yew

In a short speech, Nik Aziz said Singapore is known for its anti-corruption stance and “a champion of democracy” - TG Nik Aziz Nik Mat.

Source: The Malaysian Insiders.
Are you kidding me Tok Guru. May I ask you what happen to the opposition in Singapore. Sure you don't have a clue, right?
"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya." - TG Nik Aziz Nik Mat.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi." - TG Nik Aziz Nik Mat juga.

Sumber: Malaysiakini.
Satu kenyataan beliau mengatakan Presiden adalah ketua pertubuhan. Satu lagi kenyataan beliau juga katakan beliau pemimpin parti. Mana satu yang betul ni. Presiden ke atau Mursyidul Am sebagai ketua parti atau pertubuhan. Tidak ada ahli Pas yang dapat menjawab soalan saya setakat ini.
Demikian jaminan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Menteri Mentor Singapura, Lee Kwan Yew, yang bertanya Nik Aziz sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Sumber: Siasah.
Sama ada Menteri Besar Singapura ini sudah nyanyok dan hendak mampus atau Mursyidul Am Pas ini yang angan-angan Mat Jenin. Pas hanya ada 24 kerusi Dewan Rakyat ketika ini dan Pas hanya bercadang untuk bertanding 40 kerusi parlimen sahaja di dalam PRU13. Agak-agak bagaimana Pas hendak menguasai pucuk kepimpinan negara? Ada sesiapa yang boleh jawab?

June 14, 2009

4 Anwar Ibrahim & Chin Peng - Bagai Aur Dengan Tebing

Setakat "posting" ini ditulis, sudah lebih 24 jam kenyataan Ketua Umum Batang Keadilan Rakyat (BKR) - sumber di sini, mengesa kerajaan membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia atas dasar perikemanusiaan. Posting ini sengaja dilewatkan memandangkan saya ingin melihat reaksi daripada kenyataan beliau yang telah disiarkan oleh Malaysiakini.

Nyata sekali juak-juak dan "burung-burung kakak tua" Anwar Ibrahim, diam membisu dan tidak mengikut rentak tarinya. Rata-rata blog parti pembangkang tidak mengemukakan isu ini. Mereka tahu dengan menulis isu berkenaan, mereka bakal menghadapi kemarahan majoriti rakyat Malaysia terutama yang bencikan kezaliman Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng. Mereka juga tidak mahu terpengaruh dengan kenyataan bodoh yang cuba mengalih dari isu beliau yang sebenar - 1 Julai, perbicaraan liwatnya.

Strategi Anwar yang menjangkakan akhbar-akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian akan "memutarbelit" dan membuat liputan yang meluas mengenai kenyataannya tentang Chin Peng juga tidak berhasil. Berita Anwar dan idolanya Chin Peng tidak mendapat tempat di kedua-dua akhbat tersebut.

Ternyata strategi Anwar Ibrahim untuk mendapatkan publisiti tidak menjadi. Rakyat Malaysia sudah muak dengan provokasi Anwar Ibrahim. Kenapa Anwar Ibrahim mahu mengaitkan isu Chin Peng ini dengan isu perkauman (Lihat Suara Keldaian di sini). Kekejaman Chin Peng mengatasi ruang litup perkauman. Tidak kira Melayu, Cina dan India habis dibunuhnya. Bukan orang Cina sahaja yang menyertai komunis. Orang Melayu sepeti Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin juga menyertai komunis. Cuma saya tidak pasti keturunan Anwar Ibrahim India Muslim ada atau tidak menyertai komunis. Oleh itu, jangan menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan kerajaan Malaysia menghalang Chin Peng kembali disebabkan faktor perkauman. Kami tidak sebodoh kamu, Anwar Ibrahim.

0 To All Dad Out There - Happy Father's Day

video

Happy Father's Day to all fathers visiting my tiny weeny blog.
Be a proud dad!

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up, to more than I can be.

... no one would and could replace Bapa. I Love You Bapa. Al Fatehah.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates