May 23, 2009

9 Mogok Lapar ... Ha Ha Ha ... Buatlah Sampai Mampus

Pakatan Rakyat menganjurkan mogok lapar 72 jam bagi mendesak pembubaran DUN Perak dalam usahanya menentang pengambilalihan kuasa BN sejak Februari lalu. Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker mereka V Sivakumar. Ia akan berakhir dengan solat hajat pada petang Khamis ini di pejabat Perak.

Sumber: Malaysiakini.
1. Kenapa sebarang mesyuarat dan perasmian oleh Nizar mesti dilakukan di Wisma DAP negeri. Tahulah kamu komunis. Wisma tu tuan-tuan kamu yang punya. Tidak perlulah hendak menunjuk sangat!

2. Setahu saya, tiada ajaran mogok lapar dalam Islam. Nizar ni sudah banyak terpengaruh dengan budaya hindu yang dibawa oleh Sivakumar. TG Nik Aziz sudah keluar fatwa baru ke?

3. Dimulai dengan mogok lapar (budaya hindu), disudahi dengan solat hajat (ajaran Islam) dan kemudian pergi "yam seng" dengan minum arak dan makan babi banyak-banyak. Tahniah Nizar.

4. Nizar ikut budaya hindu Sivakumar mogok lapar. Sivakumar ikut sekali ke sembahyang hajat? Nga dengan Ngeh macam mana? Bolehlah sepajang tempoh mogok lapar, Nga mengumat gamit membaca surah Al Quran. TG Nik Aziz mesti suka.

5. Kalau hendak mogok lapar, mogok lapar betul-betul. Jangan makan dan minum. Jangan jadi mogok lapar macam Hindraf tempoh hari, siap boleh makan manisan dan minum susu. Mogok lapar kepala bapa kamu!

6. Kenapa mogok lapar 72 jam. Buatlah mogok lapar sampai mampus. Senang kami hendak bakar mayat kamu!

6 Kaum Majoriti Islam Di Negeri Pakatan Haram Tertindas

Ini adalah sekelumit cerita rakyat. Rakyat yang kononnya sentiasa dibela oleh Kerajaan Pakatan Haram di Selangor. Ini adalah cerita rakyat majoriti Melayu Islam yang menetap di Seksyen 23, Shah Alam, negeri yang diperintah oleh DAP, PKR dan Pas yang kahwin mutaah dan mengelarkan pakatan mereka Pakatan Rakyat.

Keresahan penduduk Islam yang majoritinya 80% di Seksyen 23 adalah dalam waktu terdekat sebuah kuil Hindu akan dibina oleh pihak tertentu dengan PERSETUJUAN KERJAAN NEGERI SELANGOR. Kawasan yang dikenalpasti untuk pembinaan kuil hindu itu adalah bersebelahan dengan taman kanak-kanak dan bertentangan dengan Dewan Orang Ramai Seksyen 23. Cadangan ini telahpun mendapat persetujuan di dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk makluman, perkara ini bukan lagi berita angin. Berita pembinaan kuil ini telahpun disahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam di dalam majlis penerangan dan sessi soal jawab yang dianjurkan oleh ahli jawatan kuasa "MEMBANTAH PEMBINAAN KUIL HINDU DI SEKSYEN 23" pada 20/05/2009 jam 9.00 malam di Surau Al Jannah, Seksyen 23. Amat mendukacitakan, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Ir Khalid Samad yang beragama Islam tidak dapat memberikan sokongan kepada Jawatankuasa Bertindak untuk membantah pembinaan kuil hindu ini , berdasarkan alasan yang diberikan oleh PKNS iaitu "Tidak ada tanah lain yang sesuai selain daripada Kawasan Seksyen 23". Jawapan-jawapan yang diberikan oleh YB Khalid juga adalah tidak meyakinkan penduduk-penduduk Seksyen 23.

Kenapa tidak diadukan kepada YB Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga di mana penduduk Seksyen 23 bernaung. Pejabat YB Rodziah berada di sebuah rumah kedai di Seksyen 23. Amat sukar bagi penduduk untuk bertemu dengannya. Beliau juga tidak pernah menghadirkan diri di mana-mana majlis penduduk dan juga kenduri. Beliau mengusulkan Jawatankuasa Bertindak bertemu dengannya. Namun, apa yng perlu ketemu sedangkan selama ini tidak pernah mengambil tahu hal penduduk!

Adakah wajar pembinaan kuil hindu dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor berdasarkan faktor-faktor berikut:

1. Seksyen 23 mempunyai 80% penduduk Melayu beragama Islam. Penduduk India di taman berkenaan hanyalah sekitar 5%. Itupun separuh daripadanya beragama kristian.

2. Untuk apakah pembinaan kuil hindu seluas 20,000 kaki persegi diluluskan sedangkan menjadi dasar kerajaan Negeri Selangor hanya meluluskan 10,000 kaki persegi untuk pembinaan rumah ibadat. Kuil hindu yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini adalah sebesar 14 buah rumah teres penduduk setempat.

3. Pertemuan dengan YB Ir Khalid Samad, beliau mengatakan pembinaan berkenaan adalah untuk kegunaan penduduk -penduduk India di Seksyen 19, 20, dan 21. Kalau begitu kenapa benak sangat hendak membina di Seksyen 23? Binalah kuil hindu dengan banyak di kawasan yang penduduknya majoriti beragama hindu.

4. Di Seksyen 23, penduduk Islam disediakan sebuah surau kecil untuk kegunaan penduduk Islam beribadah. Penduduk Seksyen 23 telah meminta Kerajaan Selangor menaik taraf surau berkenaan kepada masjid melalui Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Namun selepas 2 tahun, impian penduduk majoriti kaum Melayu Islam tinggal impian. Mungkin pembinaan masjid ini tidak dapat dilakukan untuk menjaga hati penduduk bukan Melayu Islam dengan kebisingan Azan seperti di setengah-setengah tempat? Jika demikian kenapa pula pembinaan kuil hindu seluas 20,000 kaki persegi hendak dibina?

Ahli Parlimen yang berketurunan Melayu Islam, YB Ir Khalid Samad dan ADUN yang juga berketurunan Melayu Islam, YB Rodziah Ismail, gagal mempertahankan maruah orang-orang Islam yang menjadi penduduk majoriti Seksyen 23, apabila gagal melakukan sesuatu dengan pembinaan kuil berkenaan.

Kedengaran suara-suara keras dan tegas penduduk di dalam perhimpunan "MEMBANTAH PEMBINAAN KUIL HINDU DI SEKSYEN 23", apabila penduduk dengan lantang berkata, "Ini adalah penggal terakhir pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Cukuplah kami menderita selama sepenggal!"

May 22, 2009

3 Dr Zambry Win ... Next, Federal Court Appeal By Nizar

The Court of Appeal has declared Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir the rightful mentri besar of Perak in a unanimous decision. It granted Zambry his appeal against an earlier High Court decision declaring Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin as the rightful mentri besar of Perak.

Source: The Star.

I repeat, UNANIMOUS decision from 3 judges! Period.
Next course of action ... Appeal by Nizar at Federal Court!!

0 Bumiputera Baru Bersuara Lagi ... Melayu meLAYU

DAP adviser Lim Kit Siang said today that if the prime minister wants to fulfil his 1 Malaysia promise then he must move away from ethnic profiling, especially in awarding scholarships.

Bekas pengikut tegar Parti Komunis Malaysia dan pengikut Chin Peng, bersuara lagi. Bumiputera Baru masih mempertikaikan Akta 153, Perlembagaan Persekutuan - Hak-hak keistimewaan Orang-Orang Melayu. Mereka terus-terusan menekan Bumiputera dan Melayu. Kenapa? Melayu telah Layu. Melayu sudah tidak ada telor. Anak kecil main api. Setiap perkara ada hadnya. Setiap kesabaran ada limitasinya. Jangan membakar hati orang Melayu dan jangan bermain api. Buat Malaysian Insiders, teruskan meniupkan api perkauman. Kerajaan tidak akan berbuat apa-apa. 1Malaysia lah katakan.

2 Snippet - Pilihanraya Lagi!

Seorang sahabat dari negeri Serambi Mekah telah memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kelantan, Haji Ismail Yaacob, 60 atau lebih dikenali sebagai Paksu Wel telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II. Semoga roh Allahyarham berada di kalangan orang yang soleh. Al-Fatehah!

Pengajaran yang boleh diperolehi (morale of the story) - Lain kali kalau hendak pilih Wakil Rakyat, kena pilih betul-betul, bukan wakil yang keluar masuk hospital, bukan wakil yang bercadang hendak sambung belajar dan bukan wakil yang kerja suka main dengan bini orang (laki orang tak pe). Kalau tidak asyik pilihanraya saja kita jadinya. Apa kata survey?

May 21, 2009

0 Bumiputera Untuk Semua Rakyat Malaysia Yang Lahir Selepas 1957 - Bersediakah Kita

Ketua pertubuhan haram, Hindraf yang baru dibebaskan dari Kemunting, M Manoharan telah mengemukakan suatu idea untuk disampaikan kepada DS Najib - Berikan Hak Bumiputera Untuk Semua Rakyat Malaysia Yang Lahir Selepas 1957. Antara kata-katanya ketika ditemubual oleh portal Malaysian Insiders:
"I want to meet the prime minister to propose that we accord Bumiputra status to all Malaysians born here after August 31, 1957 to dismantle racial barrier. The constitution enshrines the rights of Malays, not Bumiputras, so they can still continue to enjoy their special status. I am not trying to take it away from them."
Idea bagi saya yang gila, babipun tidak gila seperti ini (kata Ustaz Ismail Kamus) telah dipersetujui oleh 2 bloggers terkenal, Rocky Bru dan Pasquale. "Bumiputera Untuk Semua" adalah satu cara pengecut dan bahasa sopan yang diucapkan oleh Manoharan yang membawa maksud "Hapuskan Hak-Hak Keistemewaan Orang-Orang Melayu". Inilah konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini. Konsep 1Malaysia DS Najib telah dipermainkan dan dipersendakan untuk menganggu gugat kontrak sosial yang telah termaktub selama ini.

Adakah ini bermakna hak-hak istimewa orang melayu seperti yang disebut dalam artikel 153 perlembagaan Persekutuan akan diubah? Dalam artikel tersebut, hak istimewa orang Melayu terbahagi kepada tiga. Pertama mengenai biasiswa persekutuan, kedua kouta dalam perkhidmatan awam, ketiga lesen dan permit perniagaan. Adakah ini yang dikejar oleh Manoharan? Sekurang-kurangnya Gobind Singh lebih berani apabila beliau mengatakan adakan pilihanraya terus untuk Perdana Menteri, dalam erti kata lain Bumiputera Baru ini tidak memerlukan lagi Yang Dipertuan Agong.

"Bumiputera" kalau dirujuk Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi Empat bermaksud peribumi, anak watan, anak jati, penduduk asli atau penduduk asal. Kalau diikut takrif Kamus Dewan ini sahaja telah dapat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Manoharan ini.

Secara jujur sekiranya kita ingin menghapuskan hak-hak orang Melayu atau di dalam bahasa lembutnya memberikan hak bumiputera kepada semua bangsa di Malaysia yang lahir selepas 1957, adakah Bumiputer Baru:
1. Bersedia menjadi satu bangsa seperti Indonesia - Tiada lagi nama Manoharan, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Teressa Kok. Yang ada hanyalah nama-nama dalam Bahasa Kebangsaan seperti Kurniawan, Santrawidoyo, Anwar Al Juburi atau Ramona. Mahukah golongan Bumiputera Baru ini menukar nama mereka menjadi nama bumiputera asal berbangsa Melayu seperti yang diamalkan di Indonesia menerusi Pancasilanya?

2. Tiada lagi Sekolah Jenis Kebangsaan baik Cina mahupun Tamil - Yang ada hanyalah Sekolah Kebangsaan yang mengamalkan satu Bahasa - Bahasa Bumiputera, Bahasa Malaysia?

3. Berbangga dengan Bahasa Kebangsaan, Bahasa Malaysia. Tiada lagi cakap-cakap dialek kantonis, mandarin, tamil dan sebagainya. Bukankah kita wajar mengkagumi Bahasa Kebangsaan seperti mana kita memerlukan hak-hak sebagai seorang Bumiputera?

4. Penduduk Malaysia dilahirkan selepas 1957 merupakan Bumiputera Baru, bagaimana dengan yang lahir sebelum tahun berkenaan? Perlukah kita menghantar mereka balik ke mana sahaja mereka berasal? Bukankah itu berasalnya kontrak sosial - hak-hak orang Melayu terpelihara, bangsa lain dijamin kerakyatan Malaysia?
Sekiranya Manahoran, Rocky Bru, Pasquale dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya bersetuju melaksanakan apa yang tertera di atas, maka selayaknya bagi kamu untuk mengemukakan cadangan kamu yang berkenaan kepada DS Najib.

May 20, 2009

3 Hindraf - PDRM & KDN Harus Bertindak Lebih Tegas

Tidak tahulah saya sama ada hendak ketawa atau menangis apabila membaca kenyataan pengerusi pertubuhan haram Hindraf, P Waythamoorthy apabila beliau memberikan kata dua kepada kerajaan dan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak - Tarik balik arahan terhadap abangnya yang juga pemimpin Hindraf, P Uthayakumar untuk bertemu dengan lembaga penasihat ISA atau pergerakan itu akan mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan DS Najib. Kenyataan bangsat beliau di sini.

Memang pelik bagi penyokong-penyokong Hindraf yang mendengar kata daripada pemimpin pertubuhan haram yang tidak mempunyai telor yang telah melarikan ke United Kingdom dan mendapatkan suaka politik di sana sewaktu krisis berkenaan sedangkan abangnya dan pemimpin yang lain rela dipenjarakan atas dasar prinsip. Sebelum ini pemimpin bacul dan dayus ini pernah memberikan masa 100 hari bertenang kepada DS Najib dari menganjurkan kegiatan seperti tunjuk perasaan atau menyerahkan memorandum. Kenyataan bangsat beliau berikutnya di sini.

Kata dua yang diberikan kepada kerajaan untuk menarik balik arahan kepada P. Uthayakumar menunjukkan keangkuhan pertubuhan itu. Amaran tersebut membuktikan Hindraf merasakan mereka hebat. Saya berharap pihak PDRM dan KDN perlu bertindak lebih agresif untuk memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia yang lain yang cintakan keamanan. Jika mereka melanggar peraturan, kenakan tindakan tegas. Bawa mereka ke mahkamah, dakwa dan sumbat mereka ke dalam penjara. Jangan lagi wujud elemen tolak-ansur. Masa untuk itu rasanya sudah berakhir. Apa lagi kompromi yang boleh ditawarkan kepada golongan yang sanggup memberi kata dua kepada kerajaan?

Menarik sungguh kata dua darimu wahai Moorthy. Dengar pula kata dua dariku, Cucu Tok Selampit kepadamu dan pengikut-pengikut HINDRAFmu - Hentikan segala kelakuan sumbangmu untuk merosakkan tanah airku, Malaysia yang tercinta atau akan kukorbankan setiap titis darah dan keringatku untuk memerangimu!

0 Snippet - DAP Flip Flop Action

Dua wakil rakyat DAP dan sembilan pekerja parti itu ditahan polis ketika menyertai acara nyalaan lilih sebagai "tanda berkabung matinya demokrasi". Dua wakil rakyat DAP itu ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee.

Sumber: Malaysiakini.
The devils talked evil themselves. When your Selangor speaker does the complainant, judge and jury by himself, DAP has lost the right to condemn and promote the revival of democratic process.

May 19, 2009

0 Snippet - RPK’s Son Pleads Guilty To Theft


Raja Azman Raja Petra, the 32-year-old son of Malaysia Today editor Raja Petra Raja Kamarudin, pleaded guilty at the Magistrates Court here to four counts of stealing motorbikes, house break-ins and possessing stolen goods.

Source: The Star.
I wonder what will RPK update in his blog - It's BN game plan, the police make a wrong arrested, there is no justice in Malaysia, he is not my son ... he is somebody son, our judiciary system is badly corrupted or may be it's Najib devil plan to tarnish AnWar's image during the Penalti's election. Gheeesh.

May 18, 2009

3 Adakah Perlantikan Raja Video Seks Lucah Satu Jenaka?

Dewan Tertinggi BN hari ini melantik Timbalan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek sebagai ketua penyelaras BN bagi merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat. Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi BN, DS Najib berkata, ia merupakan jawatan baru yang diperkenalkan 'untuk memfokus terhadap negeri-negeri yang bukan diperintah oleh BN'.

Saya tidak tahu apa kriteria yang digunakan oleh Dewan Tertinggi BN dengan perlantikan ini. Adakah ianya satu gula-gula kepada Soi Lek untuk terus bersama dengan BN atau adakah ianya bertujuan untuk memusnahkan terus karier beliau apabila beliau gagal di dalam tugas-tugas "mission imposible" berkenaan.

Bagi pendapat saya, perlantikan Soi Lek adalah tidak tepat berdasarkan tiga faktor berikut:

1. Imejnya yang sudah tercalar gara-gara lakonannya di dalam Video Seks Lucah. Beliau tidak lagi menunjukkan kepimpinan melalui teladan atau "leadership by examples".

2. Beliau mengadakan pertemuan peribadi tanpa persetujuan parti dengan Naib Presiden PAS, Husam Musa bagi membincangkan isu-isu politik semasa dan kemelut politik di Perak.

3. Soi Lek dan anaknya yang juga ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong menjadi perhatian nasional akhir-akhir ini apabila muncul spekulasi beliau dan anaknya akan melompat kepada Pakatan Rakyat selepas didakwa telah dipinggirkan dalam partinya sendiri.

Walau bagaimanapun, keputusan terletak di tangan Dewan Tertinggi BN. Siapalah saya untuk mengatakan benar salahnya.

4 Dosa Eli Kini Diampunkan Di Dalam Perhimpunan Pas

Saya pernah menulis di dalam "posting" saya yang lepas di mana dosa Eli Wong telahpun diampunkan oleh TG Nik Aziz, di sini. Yang terbaru Ratu Exco Gambar Separuh Bogel telah diarak sebagai ikon muslimah sejati Pas di dalam ceramah Pas. Berita penuh oleh Agendadaily di sini. Alhamdulillah, demi politik Pas berada di satu pentas bersama Peliwat. Demi politik Pas berada di satu pentas bersama Ratu Seks Bebas. Tahniah Pas.

Tiada apa yang hendak diulas. Kelu lidah untuk berkata-kata. Bagi sesiapa yang hendak melihat gambar penuh Eli beraksi, lihat Gutterunsensored, di sini. Dosa tanggung sendiri! Ada 15 photo kesemuanya. Kepada Menteri Besar Selangor yang pernah berkata, sesiapa yang ada gambar Eli, hendaklah memulangkan kepadanya, saya berharap ada pembaca yang sudi "memulangkan" gambar-gambar tersebut kembali kepadanya.

Poster ihsan GAP.

0 DS Najib Wajar Menyaman Pemfitnahnya

Mengulas laporan akhbar terhadap Najib katanya, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau. Katanya, akhbar tersebut secara terang-terangan menyiarkan gambar Dato' Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent. Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al- Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay. Menurut beliau, Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan palsu tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf tersebut di akhbar dan web mereka. "Tetapi perkara ini tidak dilakukan oleh Najib, kenapa Najib tidak saman akhbar tersebut. Kalau Presiden boleh saman satu akhbar, Najib ada 11 akhbar kalau menang banyak dapat."

Sumber: Harakahdaily.

Saya jarang bersetuju dengan pendapat yang sering dilontarkan oleh politikus-politikus pembangkang kerana kebanyakan idea dan cerita yang mereka hendak sampaikan adalah di dalam bentuk fitnah dan cerita sains fiksyen. Namun, sekiranya sesuatu idea atau pendapat yang dikemukakan oleh mereka mempunyai asas dan logik di akal, tidak salah kita mengambilnya untuk dijadikan pedoman dan sempadan.

Dalam petikan dari Harakahdaily di atas, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa ketika dalam ceramah perdana meraikan petugas negeri Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam berkata DS Najib sewajarnya mengambil tindakan undang-undang iaitu saman malu ke atas pihak-pihak yang menabur fitnah ke atas dirinya terutama bagi akhbar dan tabloid asing. Tindakan fitnah yang melibatkan tuduhan pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya Shaaribu sewajarnya diberhentikan.

Kami faham kenapa DS Najib tidak mahu melayan perkara yang tiada asasnya ini. Namun, ada kalanya kita harus berpendirian seperti pembangkang, ada fitnah yang dilemparkan, kita saman. Beban untuk mengemukakan bukti adalah bagi pihak yang memfitnah. Biarkan mereka seperti cacing kepanasan di dalam mahkamah. Kepada penasihat-penasihat DS Najib, berilah nasihat kepadanya di dalam perkara ini. Memang benar kata orang tua, yang hak akan terbukti dan yang batil akan terbongkar jua akhirnya. Namun, bagi penyokong-penyokong DS Najib, kami sudah tidak sabar apabila beliau difitnah, dicaci cerca dan diperlakukan seolah-olah beliau telah bersalah.

May 17, 2009

2 Kenapa AnWar Marah Sangat Dengan Anipah

Menteri Luar, Dato' Anifah Aman akan menghadapi tindakan saman oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim jika beliau tidak memohon maaf secara terbuka atas tuduhan Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila beliau berjaya mengambil alih kuasa Kerajaan Malaysia. Peguam Sangkara Nair dan rakan-rakan yang bertindak bagi pihak Anwar akan mengfailkan saman terhadap keyataan Anifah jika beliau tidak memohon maaf dalam masa 24 jam dari sekarang.

Sumber: Haprakdaily.
Perkara 16 September ini bukan perkara yang baru. Cerita Cina Bukit mengepalai rombongan ke Taiwan untuk memancing ahli-ahli parlimen Barisan Nasional bukan perkara yang orang tidak tahu. Dato' Dr Puad Zakarshi pernah mengadakan ceramah kepada perwakilan UMNO berkenaan gimik AnWar untuk menawan Putrajaya melalui pintu belakang. (Lihat di sini) Kenapa pada masa itu AnWar tidak mahu menyaman Dato' Dr Puad dan media yang melaporkan berita dan cerita kartun 16 September?

Kenapa ya Si AnWar ini begitu marah dengan Dato' Anifah Aman sedangkan sebelum ini Datuk Dr Puad pernah mengemukakan kenyataan dan cerita yang sama. Mungkin ini adalah sebab-sebabnya:

1. AnWar tidak kisah sekiranya rakyat Malaysia yang tahu mengenai tembelang-tembelangnya. Dia tahu Rakyat Malaysia amat bodoh. Walaupun beliau sering menipu Rakyat Malaysia, mereka tetap menyokongnya. Bodoh dan baghal lah katakan. Namun pantang datuk nenek AnWar sekiranya tembelangnya diketahui oleh "Grand Design"nya, kroni-kroni dari USA. Mana boleh jadi begitu, nanti mereka potong "budget" perbelanjaan dan tajaan, baru padan muka. AnWar juga tidak mahu kelihatan terdesak dan tergila-gila di mata bos-bosnya di sana.

2. Mungkin Dato' Anifah Aman tersilap dengar, mungkin bukan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang AnWar tawarkan. Mana boleh jawatan Timbalan Perdana Menteri. Habis Ketua Parti Malaysian Republic Of Communist hendak letak mana? Apa beliau hendak bagi alasan dekat Lim Kit Siang!

Oh ya, sewaktu "posting" ini ditulis, tempoh 24 jam yang diberikan AnWar melalui barisan peguam Hindrafnya telah tamat. Apa lagi, samanlah. Kalau tidak cukup mahkamah dekat Malaysia, pergilah ke Mahkamah Antarabangsa.
Nota Kaki: Saya tidak tahu sama ada pembaca sedar atau tidak. Sejak kebelakangan ini nama Parti Keadilan Rakyat, telah diberi nafas baru dengan nama KeADILan dan dipromosikan oleh media-media pembangkang. Nama Parti dan Rakyat telah dibuang dan ADIL pada Keadilan telah dihuruf besarkan. Adakah bagi PKR sekarang, nama Rakyat harus dibuang kerana ADIL bagi mereka hanyalah sekiranya sesuatu perkara berpihak kepada mereka. Wallahualam.

2 Glory Glory Manchester United - Champion Again!








 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates