April 11, 2009

3 MIC Oooh MCA

Beberapa hari yang lepas MCA buat hal, bagi kata dua kepada Perdana Menteri. Hari ini pula MIC pula hendak menguji kesabaran Perdana Menteri. MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru. Mereka memberi alasan banyak lagi isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India.

Mungkin mereka beranggapan DS Najib adalah selembik Mantan Perdan Menteri sebelum ini, Tun Abdullah. Mungkin mereka merasakan DS Najib boleh diugut-ugut dan DS Najib seperti kerbau dicucuk hidung akan mengikut kata-kata mereka. Kenapa masih memainkan kata-kata seperti masyarakat India masih dilayan sebagai rakyat kelas dua, malah seperti kelas tiga di negara ini. Adakah mereka dilayan sedemikian rupa. Adakah mereka, kaum-kaum India ditindas di negara ini. Kenapa baru sekarang memainkan isu-isu yang diceduk dari pertubuhan haram Hindraf? Apakah oleh kerana wakil MIC dalam kabinet tidak diberi jawatan menteri kanan, Menteri di Jabatan Kerja Raya maka DS Najib dilabelkan sebagai melayan masyarakat mereka sebagai kelas kedua?

Ini susahnya kalau MCA dab MIC masih berpegang kepada tradisi. Tradisi bodoh yang tidak tertulis menyatakan sekian-sekian banyak jawatan menteri dan timbalan menteri mesti diberikan kepada MCA dan MIC. Jawatan Menteri Kerja Raya adalah hak MIC manakala Menteri Kesihatan pula hak mutlak MCA. Apa ni? Kalau tidak bagi merajuk. Cerminlah muka dulu. Berapa banyak parti MIC dan MCA telah menyumbang kerusi parlimen untuk menubuhkan kerajaan. MIC dan MCA tidak sekuat dahulu. Mereka sudah hampir terkubur seperti Gerakan di dalam PRU12 yang lepas. Mereka sepatutnya muhasabah diri mereka seperti mana yang dilakukan oleh parti Gerakan. MIC dan MCA seharusnya kembali mengambil hati kaum Cina dan India untuk menghadapi PRU 13 dan bukannya gila menuntut jawatan dalam kerajaan. Saya puji sikap parti-parti komponen dari Sabah dan Sarawak yang yang amat bertimbang rasa selama ini dan jarang mempertikaikan hak perogatif seorang Perdana Menteri.

Adalah diharapkan MCA dan MIC tidak menjadi api di dalam sekam, gunting dalam lipatan, duri dalam daging dan musuh dalam selimut!

3 In Loving Memory Of Mr Sathivelu Muthucumaru

Sit in the far left
Mr Sathivelu Muthucumaru, a great teacher, marvelous ex-boss, a good friend, Honourary Secretary for The Rotary Club of Pantai Valley and the best auditor Affinbank had ever have, had passed away peacefully this morning. I would like to express my condolence to his wife, Pooma Devi, his sons Devraj, Vighnaraj and Reuben Raj, his mother Bhuvaneswari and all his family. You are forever remain in our memory. You are departed yet forever etched in our heart.

April 10, 2009

1 Sirul Dan Azilah Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati?

Saya merupakan peminat fanatik trilogi CSI baik versi Grissom: Las Vegas, Mac Taylor: New York maupun Horatio Caine: Miami. Saya juga "hardcore" drama bersiri "Prison Break". Oleh itu, sudah pastinya penulisan saya kali ini agak terpengaruh dengan kedua-dua siri berkenaan.

Sirul dan Azilah telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di atas pembunuhan warga Mongolia, Altantunya Shaaribu semalam. Pastinya mereka akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan dan ini pastinya akan mengambil suatu tempoh masa yang agak lama.

Seingat saya, sepanjang masa kedua-dua pegawai Unit Tindakan Khas ini menghadiri perbicaraan, kita tidak pernah melihat kedua-dua wajah mereka. Kita tidak tahu bagaimana wajah mereka. Cuma kita pernah mendengar suara mereka dan mereka juga mempunyai tubuh kecil yang agak sama besar. Seperti kata Rocky Bru, tidak ada konspirasi di antara pihak media dan pihak polis. Mungkin ini hanyalah satu igauan konspirasi yang bermain di fikiran saya. Mungkin. Apakah mungkin suatu hari nanti kita akan bertembung dengan Azilah di pasar malam atau dengan Sirul di kedai gunting rambut tanpa mengetahui siapa orangnya. Apakah mungkin orang yang yang akan dihukum gantung sampai mati, bukannya Sirul dan Azilah ... sekadar pengedar dadah atau penjenayah lain yang telah dihukum dengan hukuman yang sama? Apakah mungkin Azilah dan Sirul pada masa sekarang sedang berada di suatu tempat peranginan sambil menghirup air kelapa di tepian pantai?

Seperti yang saya katakan di permulaan "posting" saya. Mungkin saya terlalu banyak menonton siri-siri CSI dan Prison Break.

April 9, 2009

1 Congratulation Sabahans And Sarawakians

Thank you DS Najib for an impressive Cabinet Minister line up. More Sabahans and Sarawakians in the line up. Corrupters, misconduct and misbehave personalities have been left out!! No Khairy, no Jarjis, no Soi Lek, no Mr Samy, no Azalina ... and the best of all Tok Pa and Datuk Mukriz will be my Bosses. Cayalah!

NEW CABINET LINE-UP:

Prime Minister and Finance Minister 1 Datuk Seri Najib Tun Razak

Deputy PM and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ministers in Prime Minister’s Department
Unity and Performance Dr Koh Tsu Koon
Law and Parliament Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Religious Affairs Brig. Gen. (Rtd) Datuk Jamil Khir Baharum
Economic Planning Unit Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Deputies: Datuk Liew Vui Keong, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Datuk SK Devamany, Ahmad Maslan, Senator T. Murugiah

Finance
Datuk Seri Najib Tun Razak
Finance Minister II: Datuk Ahmad Husni Hanadziah
Deputies: Datuk Chor Chee Heung, Datuk Dr Awang Adek Hussein

Education
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Deputies: Datuk Wee Ka Siong, Datuk Puad Zarkashi

Transport
Datuk Seri Ong Tee Keat
Deputies: Datuk Abdul Rahim Bakri, Datuk Robert Lau

Home
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Deputies: Datuk Wira Abu Seman Yusop, Jelaing Mersat

Information, Culture, Arts and Communications
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Deputies: Datuk Joseph Salang Gandum, Senator Heng Sai Kee

Energy, Green Tech & Water
Datuk Peter Chin Fah Kui
Deputy: Noriah Kasnon

Plantation Industries and Commodoties
Tan Sri Bernard Dompok
Deputy: Datuk Hamzah Zainuddin

Rural and Regional Development
Datuk Seri Shafie Apdal
Deputies: Datuk Hassan Malek, Datuk Joseph Entulu

Higher Education
Datuk Seri Khaled Nordin
Deputies: Dr Hou Kok Chung, Saifuddin Abdullah

International Trade and Industry
Datuk Mustapa Mohamed
Deputies: Datuk Muhkriz Mahathir, Datuk Jacob Dungau

Science, Tech and Innovation
Datuk Dr Maximus Ongkili
Deputy: Fadillah Yusof

Natural Resources and Environment
Datuk Douglas Uggah Embas
Deputy: Tan Sri Joseph Kurup

Tourism
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Deputy: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Agriculture and Agro-based Industries
Datuk Noh Omar
Deputies: Johari Baharum, Rohani Abdul Karim

Defence
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Deputy: Datuk Dr Abdul Latif

Works
Datuk Shaziman Abu Mansor
Deputy: Datuk Yong Khoon Seng

Health
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Deputy: Datuk Rosnah Rashid Shilin

Youth and Sports
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Deputies: Datuk Razali Ibrahim, Wee Jeck Seng

Human Resources
Datuk Dr S. Subramaniam
Deputy: Datuk Maznah Mazlan

Domestic Trade and Consumer Affairs
Datuk Seri Ismail Sabri
Deputy: Datuk Tan Lian Hoe

Housing and Local Government
Datuk Kong Cho Ha
Deputy: Lajim Ukin

Women, Family and Community Development
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Deputy: Datin Paduka Chew Mei Fun

Foreign Affairs
Datuk Anifah Aman
Deputies: Datuk Lee Chee Hong, Senator A. Kohilan

Federal Territories
Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
Deputy: M. Saravanan

1Malaysia. Its working time!

April 8, 2009

3 Di Mana Kedudukan MCA Hendak Meminta Bulan Dan Bintang?

Presiden MCA, Ong Tee Kiat hari ini telah mengadakan sidang akhbar untuk menegaskan dan membuat ketetapan mengesa agar Perdana Menteri, DS Najib mengekalkan jumlah kuota Menteri seramai 4 orang dan Timbalan Menteri seramai 6 orang dari parti MCA. Terdahulu daripada itu, Timbalan Setiausaha Agung parti MCA, Loke Yuen Yow, dengan bodoh sombong mengesa DS Najib mengadakan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua kepada MCA.

Lawak bodoh apakah yang cuba dimainkan oleh MCA. Ugutan bangsat apakah yang cuba mereka ketengahkan? Sedarkah mereka, bahawa di dalam PRU12 yang lepas. MCA hanya mampu memperolehi 15 kerusi parlimen berbanding 78 kerusi parlimen yang dimenangi oleh UMNO. Kemenangan 15 ahli parlimen MCA pula banyak bergantung kepada undi orang-orang Melayu. Berapa pula kerusi yang telah dimenangi oleh parti-parti daripada Sabah dan Sarawak. Sepatutnya parti-parti daripada Sabah dan Sarawak inilah yang mendesak DS Najib menambah kerusi Menteri dan Timbalan Menteri. Disebabkan oleh parti-parti daripada Sabah dan Sarawaklah Barisan Nasional dapat mengekalkan majoriti mudah di parlimen. Tanpa UMNO dan parti-parti daripada Sabah dan Sarawak, Barisan Nasional sudah lama terkubur.

Hendak harapkan parti MCA. Hampeh! Pengundi-pengundi Cina di kawasan parlimen Bukit Gantang sendiripun tidak tertarik dengan parti kaum Cina ini. Analisis pilihanraya kecil Bukit Gantang menunjukkan peratusan salah satu kawasan penempatan nelayan Cina di Kuala Sepetang meningkat daripada 65% daripada pilihanraya yang lalu kepada 75% untuk undi yang kaum Cina berikan kepada Parti Islam Pas. Sekiranya kaum Cina sendiri menolak MCA, ada hati mereka hendak mendesak bulan dan bintang. Sedarlah diri sedikit. Bawa-bawa tengok muka dekat depan cermin!

3 Tahniah Kepada Pengundi-Pengundi Di 2 Bukit

Tahniah buat pengundi-pengundi di P 59 - Bukit Selambau dan N 25 - Bukit Gantang yang bertekad untuk memilih kepimpinan PKR dan Pas untuk mewakili mereka sebagai wakil rakyat. Dengan majoriti kemenangan sebanyak 2,403 dan 2,789 sesungguhnya menunjukkan bahawa sokongan padu diberikan kepada wakil-wakil rakyat tebaru mereka.

Adalah diharapkan Saudara Nizar dan Saudara Manikumar dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada pengundi-pengundi mereka, yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi bagi memastikan kemengan mereka. Jangan pula lupa dengan janji-janji PKR dan Pas yang telah dibuat sebelum pilihanraya. Tolong lupakan buat sementara usaha-usaha Nizar dan Manikumar untuk terus berpolitik siang dan malam. Sudah sampai masanya, khidmat dan bantuan wajar diberikan kepada rakyat di kawasan anda.

Buat pengundi-pengundi di Bukit Gantang, diharap mereka dapat bersabar dengan wakil rakyat mereka. Beliau bukan sahaja terpaksa mengagihkan masa untuk pengundi-pengundi di Bukit Gantang, malah beliau juga terpaksa memberikan khidmat beliau di Pasir Panjang yang terletak lebih kurang 100 km jaraknya dari Bukit Gantang. Itu belum lagi termasuk dengan masa beliau yang akan dihabiskan di parlimen dan bermesyuarat di bawah pokok bersama Nga-Ngeh yang dipengerusikan oleh Sivakumar. Diharap anda semua akan mendapat manafaat dan pembangunan yang sepatutnya. Sekiranya ada masalah berbangkit, tidak perlulah menghubungi TV3 untuk melaporkan kedaifan dan kesusahan. Cukuplah sekadar menghubungi Malaysiakini atau Harakah.

Buat pengundi-pengundi di Bukit Selambau, diharap pengundi-pengundi dapat memastikan isteri-isteri masing-masing bebas dari membuat hubungan dengan wakil rakyat yang baru. Manalah tahu, nanti ada pula hubungan sulit yang terkini, terpaksa pula beliau meletakkan jawatan dan melarikan diri ke luar negara. Bukankah membazir namanya untuk mengadakan pilihanraya kecil semula?

Seperti yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin sewaktu sidang media selepas keputusan pilhanraya kecil di 2 Bukit dan 1 Batang dikeluarkan semalam, majoriti penyokong-penyokong Barisan Nasional datangnya dari kawasan pendalam. Oleh itu, sewajarnya kerajaan Barisan Nasional membalas budi baik pengundi-pengundi Barisan Nasional yang teguh berdiri menyokong dan memastikan Barisan Nasional dapat mendirikan sebuah kerajaan sama ada di negeri ataupun di peringkat persekutuan. Lupakan sahaja kera-kera di hutan yang hendak disusukan, kerana mereka ini ibarat melepaskan anjing yang tersepit, tidak pernah mengenang budi. Banyak lagi anak-anak di rumah yang perlu disusukan dan jangan biarkan mereka ini mati kelaparan.

April 6, 2009

0 Esok & Lusa - 1Malaysia

Dua perkara penting akan berlaku di dalam senario politik negara pada hari esok dan lusa. Keesokan hari, akan berlakulah pilihanraya kecil terbanyak dalam sejarah dalam satu masa iaitu pilihanraya kecil di 2 bukit dan 1 batang. Pilihanraya kecil ini tidak secara langsung memberi impak kepada perubahan kerajaan negeri yang sedia ada. Namun begitu secara tidak langsung, ianya akan memberikan signal atau isyarat kepada penerimaan DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Inilah masanya rakyat dapat menyatakan sokongan dan penerimaan kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru seperti mana yang dilaungkan oleh Tun Dr Mahathir. Kekalahan Pakatan Haram di Bukit Gantang bakal menoktahkan perjuangan Nizar "the puppet" Jamaluddin di dalam arena politik di Perak. Kemenangan Pakatan Haram di Batang Ai, bagi saya adalah amat mustahil. Oleh itu, Pakatan Haram mengharapkan kemenangan di 2 bukit untuk membuktikan mereka masih lagi relevan untuk Rakyat Malaysia.

Perkara kedua yang akan berlaku lusa (Rabu) yang tidak kurang pentingnya adalah pemilihan anggota kabinet oleh DS Mohd Najib Tun Razak. Saya tidak begitu teruja di dalam pemilihan anggota kabinet. Sebagai orang muda, saya mengharapkan DS Najib dapat memberi lebih peluang kepada lebih ramai golongan muda iaitu yang berusia kurang dari 50 tahun, untuk menerajui barisan kabinetnya. Saya amat berharap Saudara Khairy Jamaluddin tidak mendapat tempat di hati Perdana Menteri. Saya juga berharap tiadanya perjanjian awal untuk melantik menantu Tun Abdullah dan Tun Jeanne ini sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Khairy perlu diberi peluang dan membuktikan dirinya mampu mengendali Pemuda UMNO yang berpecah ketika ini sebelum melebarkan sayap untuk mencorakkan hala tuju rakyat Malaysia.

Saya juga berharap DS Najib tidak lagi memberi peluang kepada orang-orang yang telah menconteng arang ke muka parti UMNO. Antaranya adalah Jamaluddin Jarjis yang diura-urakan akan kembali memegang Timbalan Menteri Kewangan II mengantikan TS Nor Mohamed Yakcob. Keaibannya meraba isteri orang di dalam sebuah kelab malam berdekatan KL Sentral masih lagi menjadi bualan ramai, walaupun kes berkenaan berjaya diselesaikan di luar mahkamah. Beliau dan rakan-rakannya yang lain walaupun terpilih sebagai ahli-ahli majlis tertinggi wajar disisihkan sekiranya mereka telah atau sedang terlibat di dalam siasatan kes melibatkan rasuah, salah guna kuasa atau mempunyai keperibadian yang tidak baik. Pilihan sewajarnya ditumpukan kepada pemimpin berjiwa rakyat seperti Tok Pa (Datuk Mustapha Mohammad) dan sebagainya.

Buat penduduk-penduduk di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi yang berhemah. Ingatlah pilihanraya bukanlah tempat untuk mencari siapa yang popular atau melantik sesiapa yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya, gunalah peluang pilihanraya kecil ini untuk memilih calon yang dapat berkhidmat 100% kepada penduduk setempat. Selamat mengundi.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates