April 6, 2009

0 Esok & Lusa - 1Malaysia

Dua perkara penting akan berlaku di dalam senario politik negara pada hari esok dan lusa. Keesokan hari, akan berlakulah pilihanraya kecil terbanyak dalam sejarah dalam satu masa iaitu pilihanraya kecil di 2 bukit dan 1 batang. Pilihanraya kecil ini tidak secara langsung memberi impak kepada perubahan kerajaan negeri yang sedia ada. Namun begitu secara tidak langsung, ianya akan memberikan signal atau isyarat kepada penerimaan DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Inilah masanya rakyat dapat menyatakan sokongan dan penerimaan kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru seperti mana yang dilaungkan oleh Tun Dr Mahathir. Kekalahan Pakatan Haram di Bukit Gantang bakal menoktahkan perjuangan Nizar "the puppet" Jamaluddin di dalam arena politik di Perak. Kemenangan Pakatan Haram di Batang Ai, bagi saya adalah amat mustahil. Oleh itu, Pakatan Haram mengharapkan kemenangan di 2 bukit untuk membuktikan mereka masih lagi relevan untuk Rakyat Malaysia.

Perkara kedua yang akan berlaku lusa (Rabu) yang tidak kurang pentingnya adalah pemilihan anggota kabinet oleh DS Mohd Najib Tun Razak. Saya tidak begitu teruja di dalam pemilihan anggota kabinet. Sebagai orang muda, saya mengharapkan DS Najib dapat memberi lebih peluang kepada lebih ramai golongan muda iaitu yang berusia kurang dari 50 tahun, untuk menerajui barisan kabinetnya. Saya amat berharap Saudara Khairy Jamaluddin tidak mendapat tempat di hati Perdana Menteri. Saya juga berharap tiadanya perjanjian awal untuk melantik menantu Tun Abdullah dan Tun Jeanne ini sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Khairy perlu diberi peluang dan membuktikan dirinya mampu mengendali Pemuda UMNO yang berpecah ketika ini sebelum melebarkan sayap untuk mencorakkan hala tuju rakyat Malaysia.

Saya juga berharap DS Najib tidak lagi memberi peluang kepada orang-orang yang telah menconteng arang ke muka parti UMNO. Antaranya adalah Jamaluddin Jarjis yang diura-urakan akan kembali memegang Timbalan Menteri Kewangan II mengantikan TS Nor Mohamed Yakcob. Keaibannya meraba isteri orang di dalam sebuah kelab malam berdekatan KL Sentral masih lagi menjadi bualan ramai, walaupun kes berkenaan berjaya diselesaikan di luar mahkamah. Beliau dan rakan-rakannya yang lain walaupun terpilih sebagai ahli-ahli majlis tertinggi wajar disisihkan sekiranya mereka telah atau sedang terlibat di dalam siasatan kes melibatkan rasuah, salah guna kuasa atau mempunyai keperibadian yang tidak baik. Pilihan sewajarnya ditumpukan kepada pemimpin berjiwa rakyat seperti Tok Pa (Datuk Mustapha Mohammad) dan sebagainya.

Buat penduduk-penduduk di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi yang berhemah. Ingatlah pilihanraya bukanlah tempat untuk mencari siapa yang popular atau melantik sesiapa yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya, gunalah peluang pilihanraya kecil ini untuk memilih calon yang dapat berkhidmat 100% kepada penduduk setempat. Selamat mengundi.

April 4, 2009

2 Brother Anwar Bin Ibrahim Seorang "Anti Klimaks"

Dikemaskini 12.13 a.m.:

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas 11 bahagian dan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan. Enam bahagian yang dibubarkan itu ialah Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok. Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar mengumumkan perkara itu dalam satu ceramah malam ini di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.

Sumber: Malaysiakini.

Seperti yang telah dijangka di dalam "posting" asal melalui sumber saya dari Sungai Petani. Tidak ada apa yang hendak dihairankan. Tidak ada gunanya menyimpan ahli-ahli gabungan di dalam Barisan Nasional sekiranya mereka ini begitu senang untuk dibeli. Saya difahamkan sebanyak 6,137 ahli yang terlibat di dalam pembubaran parti PPP di Kedah ini tetapi hanya 1,578 sahaja yang menyertai PKR. Mana yang selebihnya? Semoga 1,578 katak-katak tersebut akan gembira bersama wang yang akan mereka perolehi daripada parti yang akan karam tidak lama lagi. dan bukannya hanya Ketua Katak sahaja yang mendapat habuan yang besar sedangkan yang bawah menjadi katak-katak bodoh "piang" yang hanya dapat teh secawan. Ini sahajakah berita gempar yang hendak disampaikan oleh Perdana Menteri Kerajaan Langit, Brother Anwar Bin Ibrahim. Ha ... Ha ... Ha ... "Anti klimaks" betul!

Posting Asal:

Brother Anwar Bin Ibrahim selain terkenal dengan sifat-sifat badutnya, beliau juga memang dikenali di seluruh Malaysia sebagai seorang yang kaki kelentong dan pembohong. Kenyataan-kenyataan yang dibuatnya tidak pernah menampakkan kecerdikannya sebagai seorang Ketua Pembangkang seumur hidup. Kenyataan-kenyataan yang dibuat olehnya kalau dikaji secara terperinci mempunyai unsur-unsur pembohongan, "exergerate" dan "anti klimaks".

Sesuatu perkara yang diperkatakan olehnya walaupun kecil, akan nampak "exergerate" dengan penambahan bunga-bunga bahasa dan kebolehan berpidato yang baik. "Anti klimaks" yang saya maksudkan terserlah apabila beliau menyatakan akan mengumumkan sesuatu, barua-baruanya akan bertungkus lumus akan melakukan pengiklanan yang terbaik. Maka berpusu-pusu rakyat datang untuk melihat ceramah yang hendak disampaikan. Akhirnya mereka akan pulang hampa kerana tiada isu besar yang hendak dibangkitkan. Sudah beberapa kali rakyat Malaysia telah tertipu dengan drama yang telah dilakukan olehnya.

Terbaru mengikut baruanya, pengarah strategi pilihanraya PKR Saifuddin Nasution, Brother Anwar Bin Ibrahim akan membuat "pendedahan tergempar" dalam satu ceramah di Bukit Selambau hari ini, yang mengikutnya akan memberi pukulan besar terhadap peluang BN dalam pilihanraya kecil DUN tersebut pada 7 April depan.

Pendedahan itu berkaitan "secara langsung dan tidak langsung" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Saifuddin dalam sidang akhbar di Sungai Lalang dalam DUN tersebut semalam. Pendedahan tersebut, tambahnya, berdasarkan reaksi awal yang diterima oleh pihaknya berhubung pelantikan DS Najib sebagai perdana menteri keenam semalam.

Saya menjangkakan malam ini isu yang beliau hendak ketengahkan adalah mengenai penghijrahan sebahagian kecil ahli-ahli PPP yang tidak memberi sebarang kesan di dalam Barisan Nasional. ISA, Hindraf dan penggantungan dua akhbar pembangkang Harakah dan Suara Keadilan sudah tidak menjadi isu kerana penggantungan tersebut telah ditarik balik serta-merta malam tadi dan 13 tahanan ISA, termasuk dua pemimpin Hindraf, turut dibebaskan, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 6. DS Najib juga akan turut mengkaji keberkesanan ISA. Kalau setakat hendak membawa balik bekas ADUN, V Arumugam atau teman gay, Arnaud Dubus dari akhbar Perancis, The Liberation untuk berceramah, hentikan sajalah. Penduduk Bukit Selambau tidak memerlukan seorang yang bersekedudukan dengan isteri orang atau seorang gay untuk memberikan ceramah!

Rakyat dan penduduk Bukit Selambau digalakkan untuk datang beramai-ramai menghadiri ceramah berkenaan. Percayalah, anda semua akan pulang dengan keadaan yang marah dan menyumpah kerana sekali lagi akan ditipu oleh Raja Kelentong berkenaan.

April 3, 2009

4 TG Nik Aziz Menerima DS Najib Sebagai Perdana Menteri Ke 6



Kemaskini:

Alhamdulliah. Kuasa manusia tidak dapat mengatasi Qada dan Qadar Allah. Tepat pukul 10.10 pagi. DS Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke 6. Bagaimana agaknya rupa Brother Anwar Bin Ibrahim, Lim Kit Siang dan Tuan Guru Haji Hadi ketika ini? Tahniah Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Jutaan rakyat Malaysia bersamamu. Selamat bersara Tun Abdullah bin Haji Ahmad dan isteri Tun Jeanne binti Abdullah. Semoga beroleh cahaya mata selepas ini.

Posting Asal:

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bakal Perdana Menteri baru perlu membersihkan diri terlebih dahulu terhadap segala tomohan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

"Saya menyebut perkara lama, selagi tuduhan atau tomahan yang dilemparkan terhadap bakal perdana menteri yang akan mengambil alih kepimpinan negara esok belum dibersihkan, saya begitu dukacita dan kecewa sekali.

"Nampak sangat pemimpin negara kita tidak berkualiti menjadi pemimpin negara," katanya ketika diminta pandangannya terhadap Dato' Seri Najib Razak yang akan mengambil alih teraju negara esok.

Menurutnya juga orang yang paling berkualiti sekali di dunia ini ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang bersifat al-Amin. Katanya, sifat berkenaan tidak boleh dibuat-buat, sebaliknya ia merupakan tabiat semulajadi yang ada kepada baginda sejak kecil lagi.

"Sekiranya tuduhan yang dilemparkan secara terbuka belum lagi diperjelaskan, bagaimana rakyat dapat menerimanya. "Nak harapkan amanah tu bolehlah...tetapi nak harap amanah pada tebuan, tebuan dengan lebah serupa saja," ujarnya.

Menurutnya pemimpin yang belum dibersihkan imej bagaimana mungkin boleh menduduki tempat tertinggi dalam negara, sedangkan Islam amat menitikberatkan soal kualiti. Media asing termasuk Liberation yang berpangkalan di Perancis sebelum ini mengaitkan Najib dengan model Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam di negara ini.

Beberapa akhbar lagi turut mengaitkan nama bakal Perdana Menteri Malaysia dalam kes tersebut termasuk; The Nation Thailand, The New York Times, 9News, The Australian, The Times of India dan Timesonline.

Bagaimanapun, Tuan Guru Nik Aziz berharap kerajaan pusat di bawah Perdana Menteri baru lebih bersifat mesra dengan kerajaan Kelantan seperti yang berlaku di zaman Abdullah. Kata beliau, sebaiknya Najib perlu melakari rekod baru dalam sejarah pentadbiran negara dalam menjalinkan hubungan lebih erat dan bersih berbanding Perdana Menteri sebelum ini.

"Walaupun kita akui diskriminasi sebelum ini tetap berlaku dengan wujudnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang langsung tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri. "Kita harap perdana menteri baru mengambil perhatian penuh terhadap Kelantan dan negeri-negeri lain di bawah Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau bersyukur sekiranya perkara itu benar-benar berlaku di era pentadbiran Najib. Kata beliau, ia bersesuaian dengan negara demokrasi dan semangat federalisme, di mana pemimpin perlu menterjemahkan suasana itu.

"Walaupun kaki di bawah, mata di atas tetapi semuanya bekerja untuk satu tubuh. Sekiranya kaki tersadung, muka akan tersungkur mengakibatkan hidung berdarah, mulut meraung.

"Sebagai sebuah negeri di bawah persekutuan, tidak wajar Kelantan dipinggirkan, apa lagi masyarakatnya terkenal sebagai rakyat yang rajin, berilmu pengetahuan dan dedikasi," ujarnya.
"Sebagai sebuah negeri di bawah persekutuan, tidak wajar Kelantan dipinggirkan, apa lagi masyarakatnya terkenal sebagai rakyat yang rajin, berilmu pengetahuan dan dedikasi," ujarnya.

Sumber: Harakahdaily.
Pertamanya, kalau kita melihat keseluruhan konteks pandangan dan pendapat TG Nik Aziz, beliau telah menerima dengan baik perlantikan DS Najib sebagai Perdana Menteri yang ke 6 yang akan mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan YDP Agong pada pukul 10 pagi hari ini. Beliau juga mengharapkan kerjasama yang erat di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan yang diibaratkan olehnya sebagai mata dan kaki yang saling berkait di antara satu dengan lain.

Cumanya TG Nik Aziz terpengaruh dengan fitnah-fitnah yang ditaburkan oleh segelintir barisan pembangkang ke atas DS Najib. Saya ingin memaklumkan kepada Tuan Guru, tidak ada apa yang hendak DS Najib dapat lakukan untuk membersihkan tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Pihak yang mengada-adakan fitnah ini termasuk media asing tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyabitkan DS Najib. Sekiranya ada, pastinya merekalah yang terlebih dahulu akan merapat sembah kepada YDP Agong membuat aduan, membuat undi tidak percaya di parlimen atau mengheret DS Najib ke mahkamah. Mereka tidak mempunyai apa-apa bukti selain daripada fitnah dari orang-orang munafik yang bakal menjadi bara api neraka di akhirat kelak. Saya bersetuju dengan pendapat Tuan Guru supaya kita menitikberatkan pemimpin yang bersih, berkualiti dan beramanah. Oleh itu, saya yang tidak berilmu ini ingin menasihatkan TG Nik Aziz supaya menjauhi Brother Anwar Bin Ibrahim dan tidak melantiknya sebagai Ketua Pembangkang. DS Najib hanya ditolak disebabkan tomahan oleh golongan-golongan munafik tanpa mengadakan atau memberikan sebarang bukti. Bagaimana pula dengan Brother Anwar Bin Ibrahim yang telah dibuktikan bersalah dan dipenjarakan kerana salah guna kuasa, dibebaskan dari di penjara atas tuduhan liwat ke atas Azizan dan Sukma hanya atas kesilapan teknikal, tidak dinafikan oleh 9 hakim dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan sebagai PELIWAT dan masih menghadiri perbicaraan kerana satu lagi kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari! Sekali lagi saya ingin bertanya Tuan Guru, siapa di antara mereka berdua yang lebih buruk akhlaknya?

Kesungguhan TG Nik Aziz menerima dan sanggup berkerjasama dengan kerajaan baru Malaysia yang bakal dipimpin oleh DS Najib wajar diambil perhatian serius oleh pucuk pimpinan Pas. Pandangan TG Nik Aziz sebagai Ketua Dewan Ulama Pas dan juga sebagai Nakhoda Parti Pas sewajarnya dipatuhi. Presiden Pas, TG Haji Hadi perlu mematuhi saranan nakhodanya dan bukan arahan mantan salah guna kuasa, Brother Anwar Bin Ibrahim. Semoga perpaduan dan ukhwah yang terjalin di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan akan terus utuh untuk perpaduan bersama.

April 2, 2009

1 Snippet : Adakah Zakiah Anas Digam?

Hari ini, rancangan 999 tidak lagi dihoskan oleh pengacara sensasi Zakiah Anas, sebaliknya Teh Syuhada diberikan tanggungjawab secara bersendirian. Adakah Zakiah Anas digam, diberi cuti rehat atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan Media Prima ekoran gambar seksi bertuala di sebuah bilik hotel?

3 Usaha Terakhir Fuckatan Rakyat Tidak Berhasil

Usaha terakhir Fuckatan Rakyat untuk menghalang DS Najib untuk dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 6 telah berkubur sepertimana akan terkuburnya Fuckatan Rakyat di dalam PRU13 nanti. Usaha desperado yang terakhir dengan menghantar surat sembah derhaka sekali lagi ke Istana Negara untuk tatapan DYMMSPB Yang Di pertuan Agong telah ditolak oleh Tuanku. Usaha untuk memfitnah DS Najib di saat-saat akhir amat memualkan. Isu kapal selam dan Altantunya yang tidak habis-habis dilaungkan oleh barua-barua Fuckatan Rakyat tidak diperdulikan oleh Tuanku kerana Tuanku seorang yang adil, berpendidikan tinggi dan tahu benar dengan perangai sebenar badut dan Raja Kelentong Brother Anwar Bin Ibrahim, seorang mantan banduan salah guna kuasa, seorang peliwat yang dibebaskan kerana masalah teknikal dan terkini dihadapkan ke mahkamah kerana menyondol dubur seorang lagi lelaki bernama Mohamad Saiful Bukhari. Cukup-cukuplah Anwar. Kekallah kamu sebagai Ketua Pembangkang yang baik kerana kami amat memerlukan kamu untuk hiburan jenaka-jenaka kamu yang tidak pernah padam. Itupun kalau kamu tidak disumbatkan kembali ke dalam penjara atas jenayah liwat. Berikut disertakan surat yang dihantar ke Istana Negara:

28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa' sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden Umno yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Perancis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Baginda menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. YB Ahmad bin Kassim
2. YB Dato' Rashid Din
3. YB Dato' Johari Abdul
4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan
5. YB Zulkifli Nordin
6. YB Tan Tee Beng
7. YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim
8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri
10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj
11. YB Dr Lee Boon Chye
12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir
13. YB Amran Abdul Ghani
14. YB Saifuddin Nasution Ismail
15. YB Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad
16. YB William Leong Jee Keen
17. Yb Mohamed Azmin Ali
18. YB Zuraida Kamaruddin
19. YB Gwo-Burne Loh
20. YB Hee Loy Sian
21. YB Sivarasa a/l K Rasiah
22. YB Manikavasagam a/l Sundaram
23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid
24. YB Chua Tian Chang
25. YB Wee Choo Keong
26. YB Nurul Izzah Anwar
27. YB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
28. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas
29. YB Azan Ismail
30. YB Fuziah Salleh

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

31. YB Ustaz Nasir Zakaria
32. YB Haji Mahfuz Omar
33. YB Dr Mohd Hayati Othman
34. YB Firdaus Jaafar
35. YB Che Uda Che Nik
36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib
37. YB Dato' Haji Kamarudin Jaafar
38. YB Dato' Haji Abd Halim Ab Rahman
39. YB Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf
41. YB Salahuddin Haji Ayub
42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
43. YB Muhammad Husin
44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli
45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa
46. YB Mohd Abdul Wahid Endut
47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad
48. YB Dr Che Rosli Che Mat
49. YB Khalid Abd Samad
50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
51. YB Dr. Lo' Lo' Haji Mohd. Ghazali

SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY

52. YB Lim Guan Eng
53. YB Dr.Tan Seng Giaw
54. YB Chong Eng
55. YB M.Kulasegaran
56. YB Fong Kui Lun
57. YB Tan Kok Wai
58. YB Chow Kon Yeow
59. YB Teresa Kok Suh Sim
60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy
61. YB Ngeh Koo Ham
62. YB Nga Kor Ming
63. YB Karpal Singh
64. YB Fong Po Kuan
65. YB Teo Nie Ching
66. YB Gobind Singh Deo
67. YB Chong Chieng Jen
68. YB Loke Siew Fook
69. YB Tony Pua Kiam Wee
70. YB Jeff Ooi Chuan Aun
71. YB Charles Santiago
72. YB M.Manogaran
73. YB Sim Tong Him
74. YB John Fernandez
75. YB Liew Chin Tong
76. YB Dr.Hiew King Cheu
77. YB Lim Lip Eng
78. YB Er Teck Hwa

Sumber: Haprakdaily.
Nota kaki: Petang tadi sempat bertemu dengan Syeikh Azidi @ Kickdefella, blogger yang ditangkap kerana menterbalikkan bendera Malaysia di dalam blognya. Syeikh agak susut sedikit berbanding ketika saya berjumpanya pada tahun lepas. Sempat berbual mesra ketika menikmati sup terkenal di Pulau Pinang, Sup Hameed, berhadapan dengan Hotel Malaysia.

3 Masuk Ke Kandang Kambing ... Mengembik

Memang sudah menjadi adat bertandang ke rumah orang. Takkan kita hendak menghalang apa yang disediakan oleh tuan rumah. Asalkan kita tahu adab dan batas tata susilanya. Dengan menghadiri majlis yang diserikan oleh tiga gadis seksi yang telah disediakan oleh masyarakat Cina, adakah itu satu perkara yang salah? Bukannya kita menerima habuan seks dan selepas itu mengatakan seks itu sedekah. Dan bukannya juga kita melakukan seks bebas dan kemudian mengambil gambar bogel untuk disiarkan kepada orang ramai. Juga bukannya juga orang ramai yang datang termasuk DS Zahid dan Ismail Safian membuat hubungan sulit dengan isteri orang, lepas tu lari ke luar negeri!

Saya tidak nampak kenapa ini dijadikan isu oleh Malaysiakini ... di sini. Begitu juga blog Brother Anwar Bin Ibrahim yang menjadikannya sebagai sisipan utama di sini. Saya tahu kenapa Brother Anwar Bin Ibrahim marah sangat. Beliau lebih suka kalau kedatangannya diiringi dengan tarian lelaki seksi, kacak dan "macho", macam ala-ala Saiful Bukhari. Barulah perkara ini tidak jadi isu kan? Tak payahlah kita tanya pendapat TG Nik Aziz. Saya sudah tahu benar jawapannya. Kalau UMNO dan barisan buat dosa besor, kalau Pakatan buat molek benor. Lihat juga bagaimana Brother Anwar Bin Ibrahim kena April Fool di Lubok Antu di sini ...

0 Mengata Dulang Paku Serpih

Sebuah web portal pembangkang baru-baru ini mendakwa seorang calon bebas yang bertanding di Bukit Selambau adalah bekas Ketua Umno Cawangan. Menurut web portal berkenaan, Utara Online, calon berkenaan, iaitu Mejar (B) Haji Anuar Abd Hamid yang mengunakan lambang telefon adalah bekas Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah. Menurut blog berkenaan lagi, Mejar (B) Anuar juga dikatakan bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Merbok sehingga tahun 2008. Pendedahan yang dilakukan blog ini antara lain cuba mengambarkan bahawa calon bebas yang bertanding di Bukit Selambau adalah calon yang ditaja oleh Barisan Nasional.

Mungkin bagi kes Mejar (B) Anuar ada kebenarannya. Mungkin juga sekadar kebetulan. Bagaimana pula dengan Md Radzi Md Lazim dan A. Jayagopal yang bertanding sebagai calon bebas di Bukit Selambau? Md Radzi telah dipecat dari PKR berikutan kenyataannya dalam media memburukkan parti dan mengisytiharkan dirinya keluar parti. Beliau kemudian cuba memohon menjadi ahli baru, akan tetapi permohonannya telah ditolak.

Manakala Jayagopal pula telah digantung sejak tahun lalu oleh kerana ada beberapa kes berkaitan dengannya yang sedang disiasat oleh Lembaga Displin Parti. Walaubagaimanapun, sehingga ke tarikh beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon, beliau masih lagi ahli PKR, bukan? Adakah kedua-dua calon bebas ini di"tanam" atau ditaja oleh PKR di Bukit Selambau bertujuan untuk memecahkan undi Barisan Nasional?

April 1, 2009

0 Pembohongan Badut PKR Yang Berterusan

Dalam sidang media selepas menyampaikan ceramah di di Taman Kelisa Ria, Sungai Petani, malam tadi, Brother Anwar Bin Ibrahim menjelaskan bahawa bekas wakil rakyat Bukit Selambau, V. Arumugam menghubunginya beberapa hari lalu untuk memohon izinnya untuk pulang berkempen. Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau bercakap dengan bekas exco Kedah itu secara peribadi dan menasihatkan beliau tidak turut serta berkempen.

Ini kerana, kata Brother Anwar Bin Ibrahim, beliau tidak dapat memastikan keselamatan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau itu. Katanya lagi, Arumugam sekarang masih berada di luar negara, tetapi tidak menjelaskan di mana Arumugam berada.

Teringat saya kata-kata TS Muhyiddin pada sidang media selepas mendengar taklimat jentera Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil Bukit Selambau di Aman Jaya, Sungai Petani Isnin lalu:
“Sepatutnya mereka malu letak calon. Apa tujuan kalau letak calon, menang dan kemudian lari. Bukan kita suruh dia berhenti. Kita takut calon PKR kali ni juga lari daripada tanggungjawab jika menang nanti. Wakil BN tak akan lari dan rakyat patut beri peluang kepada BN kali ini. Kita sudah sedar, insaf serta tahu ada kelemahan. Kita tak mahu bohong. Sekarang kita letak calon paling sesuai. Jika pengundi berfikir rasional, peluang kita adalah baik. Sebaliknya mereka cuma nak bertanding, bukan berkhidmat kepada rakyat.”
Tindakan PKR meletakkan calon di Bukit Selambau saya sifatkan sebagai perbuatan yang memalukan parti itu sahaja kerana wakil rakyat mereka sebelum ini dengan penuh pengecut dan tidak bertanggungjawab, telah lari ke luar negara dan meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri Kedah. Malah parti itu juga sudah menunjukkan kegagalan dari segi ideologi mereka. Mereka hanya berjuang untuk kepentingan individu tertentu dalam PKR terutama untuk Ketua Umum parti itu yang setakat ini belum menganggotai mana-mana parti, Brother Anwar Bin Ibrahim. Kenapakah Arumugam tidak dibenarkan balik ke Bukit Selambau untuk berkempen? Arumugam juga masih belum mengadap Sultan Kedah dan rakyat Bukit Selambau khasnya untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

Untuk apakah pendududuk di Bukit Selambau hendak mengundi calon PKR lagi. Bukankah sebelum ini kerusi itu milik mereka, Mereka sendiri memungut calon berkenaan. Mereka juga yang menyuruh calon berkenaan mengundur diri dan mereka sendiri kembali mencalonkan kembali calon yang baru. Untuk apa? Gila kuasa? Gila talak atau gila meroyan seperti Brother Anwar Bin Ibrahim? Mereka buat pilihanraya seperti bapa Brother Anwar Ibrahim yang punya. Nak bertanding, letak calon. Lepas menang, tak sesuai, cabut lari. Pilih calon yang baru, kembali bertanding! Menang, kembali buat skandal, rasuah, bogel dan seks bebas. Adakah rakyat Bukit Selambau begitu bodoh menerima semua ini?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates