March 21, 2009

3 YB BABI Memperbodohkan Rakyat Lagi!

Ketua PKR Pulau Pinang, Zaharin Mohammed Hashim secara sengaja atau tidak telah terlepas cakap di dalam sidang akhbar bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa Timbalan Ketua Menteri I, Mohammed Fairuz Khairuddin terpaksa melepaskan jawatan kerana hendak menyambung pelajarannya. Ini ekoran kerana kegagalan Guan Eng untuk menerangkan kenapa Fairuz dipaksa rela melepaskan jawatannya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, kelentong rakyatlah nampaknya.

Untuk tidak menampakkan Kerajaan Pakatan Haram Pulau Pinang tidak berbohong dan berdolak dalik, Ketua Pemimpin Pakatan Haram yang tidak berparti, Yang Berhormat Brother Anuar Bin Ibrahim (YB BABI) di dalam sidang media pembukaan pusat khidmat ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad di Kelana Jaya terpaksa berkongsi cerita yang sama - Fairuz Khairuddin meletakkan jawatan disebabkan beliau akan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. The Star Online juga hari ini mendedahkan pembohongan yang sama di sini dan di sini.

Untuk menutup malu dan tidak mahu mendedahkan kepincangan barisan Pakatan Haram yang tidak habis-habis dilanda dengan kontroversi dan masalah dalaman, mahu tidak mahu Fairuz selepas ini terpaksa melanjutkan pelajarannya, walaupun Fairuz telah memiliki 2 ijazah sarjana! Buat murid-murid Tabika Kemas dapatlah YB BABI kelentong. Takkan beliau beranggapan berjuta rakyat Malaysia terpukau dengan pembohongan yang dilakukan olehnya. Saya merasakan penyokong-penyokong fanatiknya yang buta hati akan lebih dapat menerima penjelasannya sekiranya YB BABI mengaku adanya kepincangan di dalam Pakatan Haram. Fairuz Khairuddin memang bermasalah, terlibat di dalam salah guna kuasa dan tidak effisyen. Memang benar kata orang-orang tua, sekali berbohong, selamanya akan berbohong. YB BABI berbohong besar, terang dan jelas di dalam kes Fairuz Khairuddin. Adakah beliau bercakap benar apabila beliau berkata beliau tidak meliwat Sukma, Azizan dan Mohd Saiful Bukhari! Bodoh betul masyarakat Malaysia yang mempercayainya.

8 Zaid Ibrahim Lebih Baik Dari Tun Dr Mahathir?


Seperti kebiasaan, saya sering menjelajah ke blog-blog yang bertentangan dengan kepercayaan dan pegangan saya. Ini dapat memberikan saya input untuk memperkasakan kepercayaan saya. Sedih saya untuk menyatakan bahawa puluhan blog pembangkang yang saya lawati tidak banyak memberikan input-input yang berguna selain maki hamun, menuduh dan memfitnah tanpa bukti dan syok sendiri. Antara "posting" yang amat menarik dan terbaru adalah daripada blog pengikut Pas tegar, Mohd Sayuti Omar, yang juga seorang penulis buku politik tanahair.

Di dalam "posting"nya, beliau telah membuat kesimpulan Zaid Ibrahim lebih baik dari Tun Dr Mahathir (Lihat Di sini). Saya tidak tahu sama ada hendak menangis atau ketawa apabila membaca "posting" yang pastinya murid-murid Taska Kemas sekalipun tidak akan mempercayainya. Berikut adalah beberapa petikan "posting"nya yang tidak bersandarkan kepada kenyataan:
Mahathir terperasa dia masih merasakan dihormati dan disanjungi oleh rakyat. Sepatutnya dia sendiri insaf hanya segelintar sahaja yang mengelilinginya hari ini. Yang dok arak dia ke sana ke sini adalah para pendekar yang tempang, patah kaki dan tidak laku dalam Umno dan kerajaan saja.

Kalau Mahathir merasakan dia masih dihormati dan cadangan dia didengar oleh rakyat, saya rasa elok kalau kedua mereka (Mahathir dan Zaid) adakah referendum untuk melihat siapa yang dihormati.
Wahai Mohd Sayuti, sedarkah kamu berapa ramai pengujung dan pemberi komen di dalam blognya setiap hari? Setakat "posting" ini ditulis, sebanyak 16,384,754 pelawat yang menyayanginya telah mengujungi dan memberi komen-komen yang positif serta melahirkan sokongan setiap kali mereka memberikan komen. Ini hanyalah sebahagian daripada rakyat maya di kalangan generasi X dan Y yang celik internet. Kalau ditinjau kepada orang-orang kampung yang tidak tahu menggunakan internet, angka ini akan jauh lebih daripada itu. Tahukah kamu berapa banyak Tun Dr Mahathir "Fan Club" yang ditubuhkan di Malaysia ini? Berapa banyak pula ahlinya? Buatlah kajian dulu wahai Mohd Sayuti sebelum "posting" kamu menjadi suatu jenaka yang diketawakan. Kamu tidak layak untuk membandingkan Tun Dr Mahathir dengan Mantan Banduan Salah Guna Kuasa pujaan kamu, Yang Berhormat Brother Anwar Bin Ibrahim (YB BABI), apatah lagi membandingkan dengan sampah yang dipunggut oleh Majlis Perbandaran, Zaid Ibrahim.
Mahathir juga menrendahkan Zaid dengan menyebut orang yang tidak ada prinisp dan konsisten dalam perjuangan, lompat sana lompat sini macam katak. Inilah kalau sudah sampai ke tahap nyanyuk seseorang itu akan mudah lupa apa yang tercokol di hadapan mata. Yang ada di hadapan mata lebih hanyir dan buruk daripada Zaid kalau nak bicara soal prinsip dan moral.
Zaid Ibrahim seorang yang berprinsip dan bermoral, Mohd Sayuti? Tidak pernahkah kamu terbaca bahawa Zaid Ibrahim pernah digantung keahlian ahli UMNOnya disebabkan terlibat dengan rasuah. Tidak tahukah kamu bahawa Zaid Ibrahim seorang penagih arak tegar. Tidak pernahkah kamu melawat rumah dan pejabatnya yang dipenuhi dengan botol-botol arak yang saya sendiri tidak tahu jenis dan harganya. Kalau sebagai seorang Melayu dan Islam merupakan penagih arak tegar dan bergelumang dengan rasuah merupakan orang yang dikatakan oleh Mohd Sayuti sebagai seorang yang berprinsip dan bermoral, saya tidak pasti Islam apakah pengikut Pas seorang ini!

Saya bersimpati dengan Mohd Sayuti. Marahnya dengan Tun Dr Mahathir tidak pernah padam. Gila meroyannya untuk menghentam Tun Dr Mahathir tidak pernah hilang. Ini disebabkan oleh Tun Dr Mahathir pernah menyingkirkan idola kesayangannya, Mantan Banduan Salah Guna Kuasa dan peliwat, YB BABI daripada terus menerus merosakkan negara Malaysia.

March 20, 2009

12 Kemenangan Moral BN Di Bukit Selambau

Belum pernah dalam sejarah pilihanraya kecil sebelum ini, pilihan dari Ketua Pakatan Haram yang tidak berparti, Yang Berhormat Brother Anwar Bin Ibrahim (YB BABI) telah ditolak secara terbuka oleh pengundi-pengundi di kawasan pencalonan. Mulut manis berhati hempedu YB BABI sudah tidak menjadi di Bukit Selambau. Malaysiakini, akhbar portal rasmi parti pembangkang juga tidak segan silu melaporkan bahawa pengumuman YB BABI mengenai pencalonan calon Pakatan Haram, Manikumar dari Parti PKR, telah disambut dengan bunyi bantahan dari sesetengah penyokong PKR yang hadir.

Menurut saksi, penyokong-penyokong tersebut terdiri daripada kira-kira 20 orang dari bahagian Merbok, yang menyokong seorang lagi calon iaitu K Masilamani. Malah saya juga sebelum ini beranggapan Dr R Krishnamoorthy, naib ketua Angkatan Muda PKR Kedah dan ketua penerangan Sungai Petani akan dipilih oleh YB BABI sebagai calon.

Berikut adalah perbezaan ketara di antara calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan calon PKR, Manikumar. Ini diharapkan dapat membantu pengundi-pengundi di Bukit Selambau membuat perbandingan dan keputusan yang wajar:

1. Ganesan dilahirkan di Sungai Divisyen Estet di Bukit Selambau, bersekolah beberapa tahun di situ dan merupakan anak jati Bukit Selambau yang lahir di dalam keluarga pekerja ladang yang susah manakala Manikumar pula dilahirkan di Alor Setar dan hanya pernah menetap di Bukit Selambau.

2. Ganesan mempunyai firma guaman di Sungai Petani yang diuruskan oleh isterinya R. Vatsala dan rumah kediaman mereka adalah di Bukit Selambau. Pengundi-pengundi akan senang untuk berurusan dengan beliau sekiranya beliau terpilih sebagai wakil rakyat. Manakala Manikumar pula tinggal di Taman Ria, Sungai Petani, tempoh perjalanan setengah jam berkenderaan dari Bukit Selambau.

3. Kedua-duanya mempunyai Sarjana di dalam bidang masing-masing. Ganesan merupakan seorang peguam manakala Manikumar merupakan seorang ahli perniagaan.

4. Ganesan merupakan orang lama yang berkhidmat di dalam parti MIC semenjak 1983 dan merupakan Timbalan Ketua MIC Kedah manakala Manikumar hanyalah merupakan ahli biasa dan baru dua tahun menyertai PKR.

5. Manikumar tidak pernah mempunyai pengalaman menghadapi pilihanraya sebelum ini tetapi Ganesan pula pernah berkhidmat sebagai ADUN Lunas di Kedah. Ganesan telah memenangi Kerusi DUN Lunas di dalam PRU 11, 2004 dan beliau tidak bertanding di dalam PRU 12, 2008.

6. Pengumuman pencalonan Ganesan dibuat oleh DS Najib di SMK Teknik 2, Bukit Selambau manakala pengumuman pencalonan Manikumar dibuat oleh YB BABI di Yayasan Aman, Sungai Lalang, Sungai Petani. Pengumuman yang sepatutnya dibuat di di Bilik Gerakan utama PKR Merbok di Taman Tuanku Hamimah terpaksa dibatalkan disebabkan mendapat bantahan keras dari penduduk tempatan mengenai pencalonan Manikumar. Bukit Selambau berada dibawah Parlimen Merbok dan bukannya Parlimen Sungai Petani. Agak pelik bukan bagi seorang calon ADUN di bawah parlimen Merbok diperkenalkan di parlimen Sungai Petani?

Saya tidak nampak kenapa Manikumar dipilih berbanding Krishnamoorthy maupun Masilamani sama ada dari segi sokongan penduduk maupun pengalaman menghadapi pilihanraya. Satu kelebihan yang nampak adalah beliau agak kacak dan amat cocok dengan citarasa YB BABI.

Batang Ai, Insyallah di dalam tangan. Berkat usaha keras dan tiada sabotaj yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional di Bukit Selambau, kerusi DUN Bukit Selambau juga Insyaallah akan dirampas kembali dari Parti Keliru Rakyat.

March 19, 2009

8 Wajarkah Wanita Mengandung Diberi Tanggungjawab Sebagai Guru Sementara?

Semalam, seorang wanita berusia 27 tahun membuat laporan polis ke atas Kementerian Pendidikan kerana telah menarik balik tawaran kerja sebagai guru sementara setelah mengetahui dirinya telah mengandung 3 bulan. Noorfadila Ahmad Saikin dari Kajang yang telah berkahwin dan mempunyai anak perempuan, dikatakan membuat laporan polis atas alasan diskriminasi jantina.

Persoalan saya, wajarkah kes ini dibawa untuk siasatan polis. Atas kanun tatacara jenayah apa, pihak polis akan melakukan siasatan. Sebagai seorang bakal pendidik, Noorfadila sepatutnya tahu cabaran-cabaran yang bakal digalasnya. Bagi saya alasan untuk mengugurkannya sebagai guru sementara adalah tepat. Bayangkan apa yang akan terjadi 5 atau 6 bulan akan datang. Beliau bukan sahaja akan menyusahkan Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah untuk mencari pengganti sewaktu beliau bercuti bersalin selama 2-3 bulan, malah beliau juga turut menyebabkan pelajaran murid-murid sekolah tempat beliau mengajar tergendala. Noorfadila sepatutnya tidak mementingkan dirinya sendiri sewaktu mengambil tindakan untuk membuat laporan polis atau menyaman kerajaan. Saya berani jamin, tidak ada satupun syarikat swasta di luar sana yang berminat untuk mengambil bakal pekerja yang sedang mengandung. Ini bukan masalah diskriminasi jantina. Tidak ada kena mengena sama ada Noorfadila perempuan atau lelaki. Ini masalah pendidikan murid-murid secara teratur. Lain kali kalau beringinan untuk menabur bakti atau makan gaji sebagai guru sementara, merancang keluargalah. Jangan anda menyaman pihak itu dan pihak ini, sedangkan masa sedap anda seorang!

Seperti biasa apabila setiap kes membabitkan usaha untuk melawan pihak kerajaan pastinya ada wakil rakyat dari pembangkang yang cuba mencari populariti. Di dalam kes ini Noorfadila ditemani oleh pemimpin yang pernah membela Ratu Seks Bebas Yang Berbogel, Ahli Parlimen dari Ampang Jaya, Zuraida Kamaruddin. Walaupun Noorfadila bukannya pengundi kawasan Ampang Jaya, namun ini tidak menghalang Zuraida dari menyibukkan diri walaupun banyak lagi masalah pengundi-pengundi di Ampang Jaya yang tidak diselesaikan. Beliau juga sering diberitakan susah bertemu dengan pengundi-pengundinya. Biasalah, wakil rakyat 5 tahun sekali. Besok-besok dekat pilihanraya nampaklah muka di kawasan parlimennya itu!

0 Shocking News Regarding Coca Cola / Pepsi

Pepsi and Coca Cola contains extract from pork (pig). Most of the people avoid Pepsi and Coca-Cola for various reasons i.e. because of harmful chemical contents such as excessive carbonates, etc.

Now there is yet another reason which is more dangerous. The scientific and medical research says that drinking Pepsi & Cola leads to cancer because the key element is taken from Pigs sausage. The pig is the only animal that eats dirt, dung and urine, which makes lethal and deadly fabric polluted germs and microbes.

According to a report published in Jordanian Magazine, the Head of Delhi University Science and Technology, Dr. Mangoshada scientifically proved that the key element in Pepsi and Cola contains extract from the intestines of pig which causes cancer and other deadly diseases.

The Indian University conducted tests on the impact of drinking Pepsi and Coca Cola which proved that drinking them lead to more rapid heart rate and low pressure. Also drinking 6 bottles of Pepsi or Cola at a time causes instant death. It also contains chemicals such as carbonic and phosphoric acids, citric acid which harms teeth and causes bone fragility. Bones kept in the cup of Pepsi melts during the week knowing that the bones of the dead remain in the grave for thirty years. Research itself confirmed that the calcium dissolved in Pepsi and it weakens the bladder, kidneys, kills the pancreatic, leads to diabetes and infectious diseases.

Pepsi or Coca-Cola lovers, you have nothing to worry as it is not the only drinks available on this earth, as we have other healthy alternatives such as natural fruit juices, canned coconut water, flavoured milks, buttermilk etc., all of them are conveniently available even in the small stores.

March 18, 2009

0 Elok Tutup Kain Sendiri Daripada Menjaga Tepi Kain Orang

Ketua Angkatan Muda PKR telah membuat aduan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka hari ini. Dalam aduannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin turut melampirkan laporan pelbagai akhbar hari ini yang menyiarkan keputusan lembaga disiplin UMNO. Beliau ditemani ketua Angkatan Muda PKR Melaka, Hairis Nordin dan ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek ketika membuat aduan itu.

Sementara itu, perkhabaran yang bertiup kencang dari negeri Pulau Mutiara membisikkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairuz Khairuddin akan meninggalkan posisinya esok. Ini berikutan khabar bayu yang bertiup memberitahu bahawa pemimpin "De Facto" parti tersebut yang bukannya ahli parti, YB BABI cuba untuk mengurangkan kerosakan publisiti yang teruk dialami oleh Pakatan Haram di Pulau Pinang akibat daripada tindak tanduk dan salah laku yang dilakukan oleh Fairuz semenjak beliau dilantik ke jawatan tersebut.

Aneh bin Ajaib. Parti sendiri pun terpalit dengan tahi, sibuk-sibuk si Mamat Shamsul ni hendak ambil tahu hal ehwal dalaman parti orang lain. Bersihkan dulu rumah sendiri sebelum nak ambil tahu perihal orang lain. Laporkan dulu kesalahan rasuah yang dilakukan oleh Saudara Fairuz, ini barulah betul-betul telus dan adil. Oh ya, hampir saya terlupa. YB BABI pernah berkata, Parti Keadilan Rakyat adalah parti terbersih di dunia. Bersih kepala hotak dia!

0 Majlis Peguam Wajar Dijadikan Parti Politik

Majlis Peguam semalam menggesa kerajaan mengkaji secara serius Akta Hasutan 1948 dengan matlamat memansuhkan undang-undang itu sepenuhnya. Ketika memberikan respons kepada dakwaan hasutan terhadap pengerusi DAP Karpal “Singh Is King” di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi semalam, presidennya yang baru dipilih, Ragunath Kesavan berkata akta itu telah menyekat dengan teruk kebebasan asasi sivil orang awam. Majlis peguam telah dengan jayanya, baik dari zaman Ambiga dan disambung pula oleh Kesavan, menjadi jurucakap Pakatan Haram.

Apa yang Majlis Peguam cadangkan adalah setiap orang mempunyai kebebasan mutlak untuk menghasut, menghina dan menabur fitnah tanpa perlu mengemukakan bukti. Orang ramai bebas bersuara sama ada dalam konteks perkauman, agama, keturunan malah apa sahaja. Demi untuk kesinambungan politik Pakatan Haram, kesemuanya hendaklah dibolehkan. Apa sahaja yang menghalang pergerakan atau improvisasi pergerakan haram mereka hendaklah dihapuskan.

Majlis Peguam seharusnya tidak berselindung di sebalik nama pertubuhan Badan Bukan Kerajaan. Seharusnya mereka lebih berani dengan memasuki arena politik dengan terbuka. Jangan baling batu sembunyi tangan. Daftarlah sebagai parti politik dan sertai Pakatan Haram. Itu adalah lebih baik bagi pertubuhan kamu. Mungkin selepas ini, majlis peguam boleh mensyorkan bahawa setiap warganegara bebas untuk memukul, merogol dan membunuh sesuka hati untuk memberi kebebasan asasi sivil orang awam. Apa salahnya? Hapuskan Akta Hasutan, hapuskan Akta Kanun Jenayah dan Kanun Keseksaan. Biar Malaysia menjadi negara koboi untuk memuaskan hati puak-puak Pakatan Haram yang rakus dan buas untuk berkuasa.

Patutlah YB BABI dengan bangga dan gembira dengan perlantikan Kesavan sehingga membuat satu “posting” memberi ucapan penghargaan kepada Majlis Peguam, antara lain YB BABI menulis, “Syabas kepada Majlis Peguam kerana membuktikan, melalui usul-usul yang diluluskan sebentar tadi betapa mereka senantiasa tuntas mempertahankan kedaulatan undang-undang dan melawan kezaliman.” Ya la YB, mempertahankan undang-undang selagi ianya berpihak kepada Pakatan Haram dan menentang kezaliman sekiranya ianya tidak dilakukan oleh YB BABI & Co.

March 17, 2009

6 Apa Punya Hukuman Ni, Tengku?

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen mengumumkan di Ibu Pejabat parti sebentar tadi bahawa DS Mohd Ali Rustam telah didapati bersalah kerana melanggar peraturan kempen parti dan tidak dibenarkan bertanding Timbalan Presiden UMNO minggu depan. Sebaliknya Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin, merangkap menantu Pak Lah, PM membilang hari persaraan pula dibenarkan bertanding walaupun telah didapati bersalah melanggar peraturan kempen parti, sama seperti DS Mohd Ali.

Tengku memaklumkan bahawa Khairy bertanggungjawab terhadap tindakan ejennya, tetapi Tengku Ahmad Rithauddeen enggan mendedahkan identitinya. Bagaimanapun, katanya, kesalahan yang dilakukan oleh ejen Khairy itu tidak seberat kes yang membabitkan Mohd Ali. Apa ni Tengku, ada pula kes berat, kes ringan? Kalau sudah langgar tu langgar la. Apa pula "double standard". Mungkin sebab DS Mohd Ali tidak tidur dengan anak Pak Lah kut!

Seorang tidak dibenarkan bertanding manakala seorang lagi diberikan amaran walaupun didapati melanggar peraturan yang sama. Keputusan apa ini Tengku? Adakah Pak Lah menggunakan tangan-tangan ghaibnya untuk menyelamatkan "politic career" menantunya itu? Lawak terbaik hari ini. Wahai perwakilan-perwakilan UMNO, undilah Khairy Jamaludin untuk menghancurkan UMNO!

12 Kelentong Pak Samad

Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Ketika memberikan ucapannya di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini, malam tadi, Pak Samad membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin. Antaranya beliau mengingatkan hadirin supaya menggunakanlah kuasa undi dan mengundi siapa saja asal jangan mengundi Umno. Beliau yang kini merupakan badut atau "puppet" terkini pemimpin PAS dan PKR, turut menegaskan bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan. Akhirnya Pak Samad menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program "Kembara Kasih bahasa".

Sudah sudahlah Pak Samad. Sudah terang lagi bersuluh. Hentikan sajalah berselindung di bawah panji Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). Bukankah lebih senang Pak Samad isikan borang parti Keadilan atau Pas. Kenapa hendak jadi monyet atas pagar? Nak jadi badut, jadilah. Siapalah yang larang, tetapi jangan namapak seperti orang yang tidak ada pendirian. Suadah menjadi orang tua, bawa-bawalah beramal ibadat. Sekiranya tidak mahu, aktiflah kamu Pak Samad sebagai jentera parti Pas atau Keadilan sebagai ahli. Untung-untung Pas atau Keadilan boleh calonkan Pak Samad sebagai calon untuk pilihanraya Bukit Selambau, Bukit Gantang atau Batang Ai.

Saya mencabar Pak Samad menasihatkan rakan-rakan Pak Samad supaya jangan berbahasa Inggeris bagi semua upacara baik di dalam negeri atau di dalam negara. Saya mencabar Pak Samad agar berjuang untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi di Sekolah Jenis Kebangsaan di bawah program "Kembara Kasih Bahasa". Saya mencabar Pak Samad agar mengajar bukan Melayu di dalam parti Pas dan Keadilan supaya berbahasa Melayu dengan teratur, bukannya seperti Cina Tongkang. Berpuluh tahun hidup di Malaysiapun masih belum fasih berbahasa Melayu. Saya harap Pak Samad menyahut cabaran saya, sebelum meminta UMNO menyahut cabaran Pak Samad!

March 16, 2009

0 Akhirnya Raja Didakwa Juga, Anak Raja Hilang Imuniti

Gambar Raja Karpal bersama putranya di kelilingi hamba sahaya dan gundik.

Hasrat parti-parti pembangkang untuk menyeret Raja-Raja ke mahkamah dan mendakwa mereka akhirnya tercapai juga. Kemungkinan keesokan hari, Karpal Singh dari keturunan raja "Singh Is King" akan didakwa di mahkamah. Bukankah kerajaan itu adil? Apabila pembangkang hendak mendakwa Raja-Raja, pihak polis bertungkus lumus menjalankan siasatan untuk mengheret dan mendakwa Raja berkenaan di mahkamah. Pembangkang pada keesokkan hari boleh berarak beramai-ramai ke mahkamah sambil menabur pulut kuning.

Yang terharunya, bukan sahaja Raja kena dakwa, anak Raja juga turut diharamkan selama 12 bulan dari menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat kerana imuniti anak Raja tersebut telah dilucutkan. Oleh itu, anak Raja berkenaan mempunyai masa yang cukup untuk membela Sultan Pakatan Haram di Mahkamah. Adakah sejarah akan membuktikan sekali lagi di mana Sultan merangkap O.K.U bakal dipenjarakan?

March 15, 2009

4 Liverpool Calarkan Maruah Manchester United?

Sejak semalam saya dihujani dengan puluhan e-mail (lebih dari 40 e-mail) daripada sahabat-sahabat dan pengunjung-pengunjung blog Cucu Tok Selampit. Ini adalah disebabkan Manchester United (MU) telah dibelasah teruk 4-1 oleh Liverpool. Terima kasih di atas keprihatinan anda mengutuk dan menyindir. Tidak cukup dengan itu, salah seorang penyokong fanatik Liverpool yang kebetulan sahabat saya telah menghantar bendera Liverpool ke rumah saya sebelum sempat saya bersarapan!

Macam-macam pendapat dan nasihat diberikan. Terima kasih. Kepada penyokong MU tidak perlu anda bermuram durja. Sayugia saya ingatkan bahawa MU masih lagi berada di tangga teratas dengan kelebihan 4 mata berbanding Liverpool yang berada di tangga kedua. Keduanya, MU masih kekurangan satu perlawanan berbanding Liverpool. Perlawanan seterusnya akan menjadikan MU 7 mata meninggalkan Liverpool. Saya tidak pernah bimbangkan Liverpool untuk merampas takhta EPL. Salah satu sebabnya mereka tidak konsisten. Mereka pasti akan kecundang selepas ini. Pegang kata-kata saya.

Selalunya kekalahan MU di hujung minggu sering menghilangkan "mood" saya. Keluarga saya amat memahaminya. Tetapi hari ini mereka terkejut kerana saya tidak "moody" seperti biasa. Kali ini saya merasakan MU sepatutnya kalah. Keegoan mereka sebenarnya telah melampaui batas. Mereka seharusnya berpijak kembali ke bumi yang nyata ... dan ini seharusnya menjadi pengajaran agar jangan terlalu bongkak. Kenyataan Rooney sebelum perlawanan iaitu beliau bencikan "The Kops" tidak seharusnya dilafazkan. Kekebalan barisan pertahanan musnah semalam di mana Evra dan Vidic terutamanya menjadi dalang walaupun mereka bermain dengan baik sebelum ini. Seperti juga UMNO dan Barisan Nasional pada PRU12, kekalahan MU semalam bukan disebabkan Liverpool kuat, tetapi disebabkan MU (UMNO dan BN secara kiasannya) terlalu angkuh, lupa diri dan memandang rendah keupayaan lawan.

Mu buat masa ini adalah seperti harimau yang tercedera. Amat malang bagi kelab yang bertemu MU selepas ini!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates