"Kami bukan gila mengutuk, tapi apa yang dihamburkan terhadap pimpinan Umno-Barisan Nasional adalah berdasarkan pada bukti dan kebenarannya sejak mereka memerintah 51 tahun negara ini. Kami pun sebenarnya sudah hampir jemu dan jelak untuk bercakap perkara sama mengenai perbuatan seperti Najib dan rakan-rakannya. Tetapi, tiada cara lain untuk menyedarkan rakyat bagi menghalang penyelewingan Umno-BN berterusan. Rakyat telah dihalang dengan gas pemedih mata dan pancutan meriam air yang mengganggu protes aman terdiri puluhan ribu rakyat berbilang kaum dari berbagai peringkat ilmuan untuk menentang prinsip amalan penjajah itu."
Kata Nuridah, berdasarkan kajian dari badan profesional Bahasa Melayu menunjukkan dasar itu telah meninggikan draf kemerosotan perbelajaran anak-anak Melayu dalam sains dan matematik penghantar bahasa Inggeris.
"Tapi, sungguh sayang kerajaan Umno-BN terus membodohkan diri tidak peduli saranan pimpinan profesional bahasa di kalangan rakyat," jelasnya. Tegas Nuridah, dasar tersebut seumpama "keris makan tuan" iaitu merosakkan masa depan generasi muda kita .
"Anak-anak kita bukan bertambah maju ke depan malah sebaliknya ianya banyak mendorong kepada kegiatan sosial yang negatif, seperti mendekati penyalahan pengunaan dadah, mat rempit dan terpengaruh sosial liar, tegas Nuridah.
Sumber" Haprakdaily.
Apa kaitannya pembelajaran Sains dan Matematik dengan kegiatan Mat Rempit, pengaruh sosial luar dan penggunaan dadah di kalangan anak-anak kita? Berapa ramai hati ibu bapa termasuk saya yang terguris dengan kenyataan ini. Semoga Harakahdaily tidak dibaca oleh orang luar. Mentaliti pemimpin-pemimpin Pas amat memualkan. Lain kali kalau bercakap guna akal fikiran anugerah Allah, bukan kepala lutut wahai Nuridah!
