August 26, 2009

5 Kes Rohaizat - Siapa Harus Melakukan Harakiri?

Ramai pengunjung blog saya dan rakan-rakan karib yang bertanya kenapakah saya langsung tidak menulis sebarang posting mengenai Permatang Pasir. Seperti kata pepatah ditelan mati emak, diluah mati bapa. Cerita yang sebenar telah saya pendam sehinggalah ke hari ini, bila mana Dato' Shamsuddin Nawawi telah menulis di dalam blognya, Small Talk bertajuk Rohaizat dan Kartika, di sini. Bacalah dengan hati terbuka untuk Bangsa, Agama Dan Tanahair.

Kami juga telah memaklumkan sekali lagi kepada TS Muhyiddin Yassin sewaktu pertemuan beliau dengan bloggers pada 19 August 2009 di Carcosa Seri Negara tempoh hari. TS Muhyiddin seperti mengakui kelemahan orang-orang bawahannya tetapi sudah terlewat untuk mengundurkan diri. Satu persoalan yang masih terbuku di dada saya mengenai Rohaizat, lelaki apakah yang malu untuk mengakui seorang isteri yang dinikahinya dengan secara sah? Izinkan saya memetik tulisan DSN di dalam pengakhiran tulisannya mengenai Rohaizat:
Siapa kah yang silap dan siapakah yang harus "hara-kiri?" Kita semua tahu dan orang yang mati-mati hendakkan Rohaizat terus bertanding sebagai calon sepatutnya selepas ini tidak lagi menjadi pemimpin kita. Mereka patutnya sudah mati akibat harikiri! Tidak terkecuali lawyer umno dan Pengerusi Unmo Pulau Pinang! Dan "Don't kill the messenger!" kalau UMNO mahu terus mahu hidup lama lagi !..
Semoga Allah menyelamatkan UMNO dari dihancurkan oleh manusia-manusia ini. Tahniah saya ucapkan kepadaPesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

5 comments:

Pedang Bertuah said...

Dear CTS,

Nampak sangat BN terkial-kial menangkis isu peribadi calon yang dimainkan oleh pembangkang... mana ada masa nak memenangi hati pengundi kalau semua pentas digunakan untuk menjawab tuduhan saja?

Bak kata Nobisha dalam blognya:
http://nobisha.blogspot.com/2009/08/analisis-pilihanraya-permatang-pasir.html

It's all about marketing dan perception. Kalau pun Rohaizat tak bersalah tapi dia gagal ubah perception pengundi, maka gagal lah dia.

Buktinya, bila ditanya kali pertama mengenai kes 'struck off' dia boleh kata NO COMMENT? Dari awal lagi dah gagal dalam 'damage control'. Celah-celah tu tak mengaku beristeri dua pulak? Parah bertambah parah.

:) saper yang patut harakiri?

CHAIRMAN KAGA said...

MUHAHAHAH
KAMI TURUT MERASA SIMPATI KEATAS KEKALAHAN TERUK PENCACAI GEROMBOLAN. SETELAH DIKAJI KALAU PENCACAI LEBIH PANDAI DALAM BAB BI SUDAH TENTU MAKSUD STRUCK OFF DAH JELAS DAN PENCACAI GEROMBOLAN TAK PAYAH NAK PERTAHANKAN SEORANG CALON YANG SERBA KEKURANGAN ZAT INTEGRITI
HE HE HE

Anonymous said...

Projek Projek Kerajaan Barisan Nasional!!!

Istana Bali >>> http://gomalaysian.blogspot.com/2009/07/dulu-selangor-ada-istana-zakaria.html

Istana Zakaria >>> http://gomalaysian.blogspot.com/2008/11/khir-toyo-isu-istana-zakaria-ada-motif.html

Istana Ottawa >>> http://gomalaysian.blogspot.com/2009/03/dari-batang-ai-hingga-ke-ottawa-ini.html

Terbaru!!!
Istana Kampung >>> http://gomalaysian.blogspot.com/2009/08/satu-lagi-projek-kerajaan-barisan.html

YANG GAMBI said...

Salam,

satu kelemahan yang perlu diubah oleh setiap pemimpin UMNO...., mengakui kesilapan dan kalau perlu berundurlah demi parti...

Mat Cendana said...

I had just read Dato' Sam's post - I'm wondering what might have happened had TSM listened to Dato' Sam's point after you had voiced this out... I'm wondering how things could have been were it not for that numskull of a lawyer!

Bro, you had done all that you could - no one can fault you here. Something good might come out of this loss. At least I hope so.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates