July 6, 2009

7 Persoalan-Persoalan Yang Perlu Penduduk-Penduduk Manek Urai Ketahui

Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39. Disebalik keghairahan penyokong-penyokong Pas yang berarak (kebanyakannya "pelancong-pelancong" yang datang dari luar), beberapa persoalan bermain di fikiran penulis yang perlu dijawab kepada pengundi-pengundi di Manek Urai:

1. Kenapakah calon Pas bagi Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah tidak dibenarkan bercakap dengan pihak media selepas penamaan calon? Adakah beliau tidak berhak menyatakan apakah aspirasi atau cita-cita beliau untuk memajukan Manek Urai sekiranya beliau memenangi kerusi DUN? Adakah beliau dikuatiri membuat silap ketika bercakap dengan pemberita dan orang ramai? Adakah beliau sesudah dilantik menjadi ADUN (dengan keizinan Allah) hanya menjadi boneka di dalam menguruskan penduduk setempat?

2. Adakah disebabkan kecetekan pendidikannya dan pengalamannya membataskan pergaulannya? Bagaimana beliau hendak berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi tertentu yang mengkehendaki beliau berbahasa English apabila beliau memenangi pilihanraya tersebut? Adakah kehidupannya selepas bergelar wakil rakyat hanya berkisar di Manek Urai sahaja?

3. Dimanakah Ketua Pembangkang berada? Kenapakah beliau tidak turut serta di dalam proses penamaan calon? Ya benar, DS Najib juga tidak berada di situ. Adakah kesibukan sebagai Ketua Pembangkang menyamai kesibukan seorang Perdana Menteri Malaysia? Oh ya, mungkin beliau sibuk menghadapi tuduhan liwatnya. Kenapakah PKR sebagai rakan gabungan haram hanya menghantar Azmin Ali, Naib Presiden PKR. Tiada kelibat Presiden PKR, tiada kelibat Timbalan Presiden PKR, tiada kelibat Pengerusi DAP dan tiada kelibat Lim & Son, mengapa?

4. Di manakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Adakah beliau yang berjawatan sebagai Timbalan Presiden Pas tidak penting di dalam PRK Manek Urai ini? Adakah Husam Musa lebih afdal berada di Manek Urai berbanding dirinya? Adakah kenyataan Mursyidul Am Pas, TG Nik Aziz Nik Mat membayangkan dendam kesumatnya kepada Nasharuddin akan dibawa hingga ke mati?:
"Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".
5. Apakah secara lazim di dalam proses berkempen, calon Pas akan turut tidak dibenarkan berceramah? Mengapa? Adakah beliau kekurangan dari sudut pidato atau ceramah umum? Kelemahan ini adalah begitu ketara apabila beliau hanya bercakap tergagap-gagap tidak sampai 10 minit ketika sessi bertemu dengan warga Manek Urai yang berada di Lembah Kelang baru-baru ini.

Dan persoalan yang paling penting, adakah penduduk-penduduk Manek Urai tidak mahu berubah? Adakah mereka masih mahukan berada di dalam keadaan serba kekurangan hanya untuk memastikan retorik dan dogengan pihak Pas memomok-momokkan mereka dengan undi Pas membawa ke syurga. Kalau itu pilihan mereka, selepas pilihanraya tidak perlu menunaikan Rukun Islam yang lima kerana Mursyidul Am sudah menjanjikan syurga kepada 12,293 penduduk Manek Urai termasuk yang bukan Islam!
Nota Kaki: Apa kata diadakan forum terbuka sempena tempoh berkempen di antara dua calon ADUN Manek Urai ini berkisar tentang topik "Apa Yang Akan Saya Lakukan Sekiranya Saya Menjadi ADUN Manek Urai." Adakah Pas berani menyahut cabaran ini?

7 comments:

Singh Is Kinng said...

Salam CTS,

Still in Kuching?

1. Orang PAS takut Abe Uji buat political blunder, malu besar jadinya.

2. Even proper BM tak sure dia boleh faham.

3. Orang PAS tak bagi datang kot, ye lah pengundi MU 99% Melayu.

4. Nik Aziz now tak boleh sorok between politik dan emosi.

5. Kekuatan mereka bukan kepada calon punya kredibiliti, tetapi riak dan taksub terhadap parti.

Harap dijawab semuanya.

Wassalam.

Cucu Tok Selampit said...

Thank you Bro Singh.

Anonymous said...

This is stupid blog.. bercakap biar beralas bernas.. setakat menimbulkan persoalan yang bodoh.. orang gila pon boleh buat!

kluangman said...

Saolan dari kacamata pemerhati seperti saudara tentunya berbeza dengan pandangan dari kacamata pengundi manek urai.

Saolan saolan tadi tidak penting bagi mereka (pengundi manek urai) kerana seperti juga UMNO yang sebelum ini selalu memainkan sentimen, undi kerana parti dan bukannya calon - maka PAS bermain isu yang sama.

Jika tidak bercakap kepada wartawan merupakan strategi PAS mengelak kelemahan dan kesilapan calonnya maka ia satu kebijaksanaan bagi membungkam UMNO sehingga tiada isu.

Lihat kebijaksanaan (?) tv3 sebentar tadi, seorang penyokong UMNO memberitahu kelebihan calon UMNO adalah kerana calon PAS tidak berpelajaran tinggi - berita yang disiarkan itu mencari nahas namanya.

Apapun kita mengharap calon PAS tewas untuk memberi kesedaran kepada kepimpinan PAS bahawa strategi mereka yang terlampau baik dengan DAP dan Anwar merupakan satu kesilapan besar dalam perjuangan mereka.

Jika PAS berterusan menang - Nik Aziz dan PAS semakin lupa diri dan mereka mudah dipergilakan dan dipergulakan Anwar.

Pejuang Bangsa said...

saya setuju bro dengan artikel ini
izinkan saya akan sebarkan artikel ini ..


salam perjuangan ..

Jeffry said...

SLM BRO..BILA PAK AJIS KATA MEMILIH CALON2 YG XDE ILMU LEBIH BAIK DR YG BERILMU, WA RASE MCM ADE YG X KENA LAK. JADI SELAMA NI YB2 PAS YG ADE NI SEMUA SEPATUTNYA DI GANTIKAN AJE LA DGN CALON2 YG BENGAP SKET. ATAU PUN BUBAR AJE DUN ABIS CITER HEHEHE

Cucu Tok Selampit said...

Terima kasih Kluangman dan Jeffry kerana sering memberikan pendapat. Pejuang Bangsa, silakan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates